lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Wednesday, October 22, 2008

Soalan struktur Percubaan SPM Johor 2008

Gerakan Islah ialah

-Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam.

Namakan dua akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka?
-al-Imam
-Neracha
-Idaran Zaman
-Pengasuh

Berikan tiga tujuan perjuangan nasionalisme persatuan-persatuan Negeri.
-Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
-Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
-Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
-Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
-Memajukan diri dan bangsa Melayu
-Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
-Membincangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi / pendidikan /
perkhidmatan kerajaan
-Menjaga budaya dan maruah bangsa Melayu
-Menegakkan ajaran agama Islam
-Mendapatkan pembelaan politik bangsa Melayu
-Mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu

Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?
-Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
-Kesulitan perhubungan
-Taraf pendidikan yang rendah
-Kurang kesedaran penduduk
Maks
Apakah tindakan Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob untuk menentang British?
-Bekerjasama dengan Jepun
-Menjadikan KMM badan propaganda Jepun
-Membeli Warta Malaya sebagai alat propaganda anti-British
-Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan menentang British
-Menubuhkan cawangan KMM / Maahad Il Ihya Assyariff
-Menyediakan kader-kader / Tentera Semut untuk menentang British

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation