lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, August 30, 2009

Assalaimualaikum dan salam 1malaysia untuk Semua....Cikgusejarah dah lama dah tak update bahan dalam blog cikgusejarah....Mesti ada yang tertanya-tanya, cikgusejarah memohon maaf....cikgusejarah tengah sibuk sekarang...banyak projek menulis buku dari Longman terpaksa cikgusejarah Siapkan...Sekarang ni cikgu kena siapkan 3 projek sekali gus....esensi sejarah dah siap sepenuhnya....Kertas Model...tinggal bahagian Jawapan sahaja dan Resos Kit buat Soalan ( banyak juga soalan kena buat ) belum mula lagi...

Untuk tidak menghampakan di sini cikgusejarah masukkan tip-tip untuk cemerlang dalam sejarah :

Teknik Menjawab Soalan

1. Kertas 1 (objektif) – 40 markah
- 1 soalan – 1 markah
- Masa – 1 jam
- 1 bab – 2/3 soalan
- Cari jawapan salah dulu
- Pilih satu jawapan sahaja
- Buat ulangkaji / latih tubi berdasarkan topik
- Baca dua kali sebelum menjawab
- Urus masa dengan baik

2. Cara menjawab kertas 2

a) Soalan struktur (40 markah)
- Ada 4 soalan – 10 markah 1 soalan
- Masa 30/40 minit
- Ada pecahan i) ii) iii) iv)
- Baca tokoh / peristiwa / ciri-ciri / konsep/ istilah / faktor / kesan
- Meliputi teks T4/T5
- Jawab dalam bentuk ayat

b) Soalan esei
- Baca dan garis perkataan / kunci kata dalam soalan
- Jawab 3 soalan sahaja (60 markah)
- Bentuk ayat ringkas dan padat
- Beri 1 contoh sahaja dalam isimesti ada huraian
- Panjang jawapan berdasarkan markah soalan
- 1 soalan – 20 markah – guna masa 30 minit sahaja
- Merangkumi teks T4 / T5
- Jika 10 markah tulis 5 isi (1 isi - 2 markah)
- Jika 5 markah tulis 3 isi atau 1 perenggan
- 1 isi tulis dalam satu perenggan
- Tiada pengenalan atau penutup
- Tulis isi dan huraian sahaja

C Cadangan kepada calon / guru mata pelajaran Sejarah
- Beri tumpuan kepada fakta dalam buku teks sebagai rujukan utama
- Memahami konsep Sejarah
- Perbanyakkan latihan / kemukakan banyak soalan setiap bab
- Kuasai teknik menjawab yang tepat
- Buat nota / peta minda
- Buat kumpulan / perbincangan topic

Mata pelajaran sejarah bagi peringkat SPM adalah berbeza dari segi skop dan pengisiannya. Para pelajar atau calon SPM akan menjawab lebih banyak berbanding dengan peringkat PMR. Oleh itu para pelajar haruslah peka pada mata pelajaran sejarah SPM. Sejarah SPM dianggap lebih mudah berbanding dengan subjek lain kerana calon hanya perlu tahu.
Ingat fakta/isi
Faham sebab/kesan/punca peristiwa
Luahkan dalam peperiksaan
Teknik Menjawab
1. Pastikan pelajar cari kata kunci soalan dan gariskan. Ia penting kerana kata kunci soalan adalah tema persoalan yang dikehendaki soalan. Jika pelajar salah mentafsirkan maka akan larilah jawapannya.
2. Pastikan pelajar tahu apa kehendak soalan seperti berikut:
Kunci soalan yang kerapkali digunakan ialah:
o Apakah: Meminta calon menghuraikan/menerangkan sebab-sebab terjadi sesuatu peristiwa/sejarah.
o Mengapakah: Meminta para calon menghuraikan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
o Bagaimanakah: Meminta calon menghuraikan atau menjelaskan cara sesuatu peristiwa yang telah berlaku yang boleh membawa berlaku pula peristiwa yang lain.
o Huraikan: Para calon diminta menerangkan aspek-aspek tentang satu-satu perkara dan beri asalan atau komen.
o Jelaskan, Terangkan, Nyatakan: Meminta calon menerangkan sesuatu peristiwa.
o Kesan: Soalan yang berbentuk sedemikian meminta para calon menerangkan ciri-ciri penting akibat daripada sesuatu peristiwa, meliputi aspek negatif dan positif.
o Rumuskan: Meminta para calon mengemukakan sesuatu yang disoal itu dalam bentuk ringkas/padat. Perkara-perkara yang penting perlu dirumuskan dan diberikan sokongan serta alasan.
o Galurkan: Para calon diminta menyorot satu-satu peristiwa/perkara secara urutan atau turutan kejadian.
o Sebutkan/Senaraikan/Namakan: Meminta para calon mengemukakan nama tokoh/sesuatu perkara dengan tepat dan jelas seperti isi-isi perjanjian, perjuangan tokoh dan beberapa istilah sejarah.
o Faktor-faktor: Meminta para calon menyatakan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau perkara.
o Gambarkan/Analisakan: Soalan ini biasanya disertakan gambar atau rajah atau peta mengenai sesuatu peristiwa. Anda diminta menjawab soalan berkaitan dengan tepat dan jelas. Pelajar perlu memastikan kehendak soalan supaya dapat membezakan antara pernyataan dan soalan.
3. Bijak melakukan teknik menolak bagi jawapan aneka pilihan kerana jawapan bagi bahagian ini hampir-hampir sama antara satu sama lain.
4. Pastikan juga pelajar membuat rangka jawapan supaya isi yang sepatutnya ditulis tidak ketinggalan. Kemudian karangkan isi-isi penting tersebut.
5. Pastikan jawapan bagi soalan esei mengandungi tema berikut:
o (a) Isi
o (b) Huraian
o (c) Bukti/contoh menyokong jawapan.
Contoh:
Buruh India yang datang ke Tanah Melayu bertujuan mencari rezeki yang halal. Mereka datang melalui sistem Kangany. Mereka diarah bekerja di ladang-ladang getah dan membuat jalan raya.
6. Soalan esei Sejarah tidak perlu pengenalan. Jadi terus kepada jawapan.
7. Jawab soalan pendapat berdasarkan fakta Sejarah dan pengetahuan am.
8. Bijak membahagikan masa bagi soalan-soalan pecahan, contohnya pecahan ialah 10 minit setiap satu soalan.
9. Pastikan jawapan pelajar benar-benar mengikut soalan jadi tidak perlu mengulang isi.
10. Pastikan tulisan terang dan jelas untuk dibaca.
11. Gunakan buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana soalan-soalan banyak digubal melalui buku tersebut

Wednesday, August 26, 2009

Tema 4

Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
1.1 Imperialisme barat Di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialisme Barat
Tag SPM 2007 ( Struktur – Maksud Imperialisme )
1.1.2 Faktor-Faktor Imperislisme Barat
Tag SPM 2004 ( Struktur – Faktor Imperialisme, Slogan Perancis )
Tag SPM 2005 ( Esei – factor Imperialisme barat di Asia Tenggara
Tag SPM 2005 ( Esei – Kesan Imperialisme Barat )
Tag SPM 2007 ( Struktur – Cara kemajuan system pengangkutan dalam dalam membantu imperialism Barat
Tag SPM 2007 ( Struktur – Faktor persaingan kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan pengaruh di Timur )
Tag SPM 2007 ( Struktur – Pandangan tentang Slogan beban orang putih )

1.2 Perubahan Sistem Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat Tag SPM 2004 ( Struktur – Ciri-ciri Birokrasi barat )

1.3 Nasionalisme Di Asia Tenggara Tag SPM 2004 ( Struktur – nasionalisme Burma
1.3.1 Faktor-Faktor Kemunculan nasionalisme
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme
Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
2.1 Perjuangan pemimpin tempatan menentang British
Tag SPM 2005 ( Esei – Perjuangan Mat salleh Menentang British )
2.1.1 Sebab-Sebab Penentangan
Tag SPM 2005 ( Esei- Faktor Penentangan Pemimpin tempatan )
Tag SPM 2008 ( Esei – Tindakan penjajah British yang telah menyebabkan penentangan masyarakat tempatan
2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan
Tag SPM 2005 ( Esei – Kesan Penentangan )
Tag SPM 2005 ( Esei – Iktibar Sikap Perjuangan Pemimpin Tempatan )
Tag SPM 2008 ( Esei – Perjuangan Dol said dan Mat salleh )
Tag SPM 2008 ( Esei – Cadangan kpd generasi Muda untuk menjadi
warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan Negara. )

2.2 Gerakan nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
tag SPM 2004 ( Sebab Gerakan nasionalisme bersifat sederhana )
2.2.1 Faktor-Faktor Pemangkin nasionalisme
2.2.2 Gerakan Islah dalam Meningkatkan Minda bangsa
2.2.3 Akhbar, majalah dan Novel : Pengerak Kesedaran Kebangsaan
tag SPM 2004 ( Media Cetak zaman penjajah,
2.2.4 Perjuangan nasionslisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

Saturday, August 22, 2009

Tema 3 : Ramalan SPM 2009

Bab 9 Perkembangan Di Eropah

9.1 Pengenalan

9.2 Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah ( target SPM 2009 )

9.3 Penjelajahan dan Penerokaan

9.4 Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

Tag SPM 2007 ( Esei – kaitan antara Revolusi Pertanian dan Perindustrian )

Tag SPM 2007 ( Esei – Kesan Revolusi pertanian dan perindustrian )

Tag SPM 2007 ( Esei – Sebab Revolusi perindustrian membawa kepada

imperialism barat ke Asia Tenggara)

Bab 10 Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

10.1 Pengenalan

10.2 Ekonomi Tradisional

Tag SPM 2006 ( Struktur – Aktiviti ekonomi saradiri )

Tag SPM 2006 ( Struktur – Cara masyarakat Melayu gunakan lebihan pengeluaran )

Tag SPM 2006 ( Struktur – Sebab-sebab masyarakat Memberikan tumpuan kepada ekonomi sara diri )

Tag SPM 2008 ( Esei – Peranan Pembesar Melayu dalam Perusahaan Bijih Timah

Tag SPM 2008 ( Esei – Sebab orang Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan terhadap perlombongan bijih timah )

Tag SPM 2008 ( Tindakan yang sepatuhnya diambil oleh orang Melayu untuk memastikan mereka terus menguasai Perlombongan bijih Timah.

10.3 Ekonomi dagangan

Tag SPM 2004 ( Esei – Faktor dan Perkembangan Getah )

Tag SPM 2005 ( Struktur – Jenis-jenis tanaman Komersial

Faktor Menggalakkan Tanaman Komersial, sebab Orang Melayu tidak terlibat dalam pertanian komersial dan sebab tanaman komersial tertumpu di Pantai barat )

10.4 Dasar British Terhadap Pertanian ( target SPM 2009 )

10.5 Kesan-Kesan dasar Ekonomi ( target SPM 2009 )

Tema 2 : Ramalan SPM 2009 mengikut Tema

Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

4.1 Pengenalan

4.2 Masyarakat arab Jahiliah

Tag SPM 2008 ( Esei – Sebab masyarakat Arab dianggap sebagai masyarakatArab Jahiliah

Tag SPM 2008 ( Esei – Ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah

Tag SPm 2008 ( Esei - Amalan jahiliah yang menghalang pembentukanmasyarakat bermoral

4.3 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

4.4 Kerasulan nabi Muhammad s.a.w

4.5 Penyebaran Islam di Makkah

Tag SPM 2006 ( Struktur – Pihak yang menerima Islam secara rahsia )

Tag SPM 2006 ( Struktur – Sebab dakwah secara rahsia )

Tag SPM 2006 ( Struktur – Cara Penyebaran Islam secara terbuka )

4.6 Reaksi Masyarakat Arab

Tag SPM 2006 ( Struktur – Sebab-sebab penentangan Orang Quraisy )

Bab 5 : Kerajaan Islam Di Madinah

5.1 Pengenalan

5.2 Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

5.3 Hijrah

Tag SPM 2005 ( Struktur – Konsep, Sebab-sebab dan kepentingan Hijrah )

5.4 Piagam Madinah

Tag Spm 2004 ( Struktur- Kandungan, kedudukan Yahudi dan kepentingan Piagam Madinah )

5.5 Penyebaran Islam

5.6 Perjanjian Hudaibiyah

Tag SPM 2008 ( Struktur – Pihak yang terlibat di dalam Perjanjian Hudaibiyah )

Tag SPM 2008 ( Struktur – Peristiwa yang menyebabkan berlakunya PerjanjianHudaibiyah

Tag SPM 2008 ( Struktur – Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah)

Tag SPM 2008 ( Struktur – Iktibar Perjanjian Hudaibiyah kepada Malaysiauntuk mengukuhkan perpaduan dan keamanan

Bab 6 : Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

6.1 Pengenalan

6.2 Kerajaan Khulafa al-rasyidin

Tag SPM 2004 ( Esei- Syarat-Syarat Menjadi Khalifah dan Pembaharuan Umaral-Khatab )

Tag SPM 2007 ( Struktur – kaedah pemilihan khalifah )

Tag SPM 2007 ( Struktur – Tanggungjawab seorang khalifah dalam bidangekonomi, sosial dan politik )

Tag SPM 2007 ( Struktur – Kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Abu bakar alSiddiq

Tag SPM 2007 ( Struktur – Cara mengamalkan cirri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran di Malaysia



6.3 Kerajaan bani Umaiyah ( target SPM 2009 )

6.4 Kerajaan Bani Abbasiyah ( target SPM 2009 )

6.5 Kerajaan turki Uthmaniyah ( Target SPM 2009 )

6.6 Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain di Dunia

Bab 7 : Islam Di Asia Tenggara

7.1 Pengenalan

7.2 Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

7.3 Penyebaran Islam di Asia Tenggara

Tag SPM 2005 ( Esei – Faktor Penyebaran Islam )

Tag SPM 2007 ( Esei – Cara Penyebaran agama Islam di Malaysia

7.4 Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Tag SPM 2005 ( Esei – Kesan Tamadun Islam dalam aspek Kesenian

Tag SPM 2007 ( Esei – Kesan kedatangan islam di dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara

Bab 8 Pembaharuan dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

8.1 Pengenalan

8.2 Kesan Kedatangan Islam Terhadap Politik

8.3 Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

Tag SPM 2006 ( Esei – Kesan kedatangan Islam terhadap bahasa )

Tag SPM 2006 ( Esei – Kesan Tamadun Islam dari segi kesenian )

Tag SPM 2007 ( Esei – Nilai-nilai Islam dalam kehidupan tradisional masyarakat Melayu

Tag SPM 207 ( Esei – Bukti Islam Menanamkan sifat mementingkan ilmu pengetahuan

8.4 Kesan Kedatangan Islam Terhadap Ekonomi

Tema 1 : Ramalan mengikut Tema

Bab 1 : Kumpulan Tamadun Awal manusia
1.1 Pengertian Tamadun
Tag SPM 2006 ( Esei – Konsep tamadun Mengikut Islam dan barat )

1.2 Ciri-Ciri Tamadun
Tag SPM 2004 ( Struktur - )
Tag SPM 2006 ( Esei – Ciri Kehidupan bertamadun )
1.3 Proses Pembentukan Tamadun
Tag SPM2006 (Esei 2006 – Sumbangan Tamadun Sumeria )
Tag SPM2008 (Esei 2008 – Keistimewaan dan Sumbangan tamadun Mesir )
Tag SPM 2008 ( Pencapaian Malaysia yang menjadi kebangaan Generasi akan datang

Bab 2 : Peningkatan Tamadun
2.1 Pengenalan
2.2 Latar Belakang Tamadun
2.3 Aspek-Aspek Peningkatan tamadun
Tag SPM 2004 ( Struktur – Pemerintahan tamadun Yunani, Sumbangan Tokoh Ilmu Pengetahuan
Tag SPM 2005 ( Struktur – Undang-Undang Rom – Prinsip dan kepentingan )
Tag SPM 2008 ( Struktur - Maksud Demokrasi )
Tag SPM 2008 ( Struktur - Ciri-Ciri Demokrasi )
Tag SPM 2008 ( Struktur – Negara yang mengamalkan Demokrasi )
Tag SPM 2008 ( Struktur – Ciri-Ciri kepimpinan Demokrasi
Tag SPM 2008 ( Struktur – Pandangan berkaitan kebaikan Sistem pemerintahan Demokrasi )
2.4 Sumbangan Tamadun
Tag SPM 2004 ( Struktur – Tujuan Pembinaan Acropolis )
Tag SPM 2005 ( Esei – Sumbangan Tamadun Rom )
Tag SPM 2005 ( Esei – Peperiksaan Awam China )
2.5 Kemunculan Agama dan Ajaran Utama di Dunia



Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
3.1 Pengenalan
3.2 Bentuk-bentuk Kerajaan awal
Tag SPM 2007 ( Struktur – Asas kegiatan ekonomi kerajaan Maritim )
Tag SPM 2007 ( Struktur – Contoh kerajaan maritime di Tanah Melayu
Tag SPM 2007 ( Struktur – Peranan pelabuhan pembekal, kerajaan dan entreport
Tag SPM 2007 ( Struktur – Peranan bahasa Melayu dalam kegiatan ekonomi )
Tag SPM 2007 ( Struktur – Iktibar kepada generasi muda daripada kerajaan
maritim )

3.3 Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan awal

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com

Cikgusejarah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, terutamanya untuk guru-guru dan semua pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM tahun ni... Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, tingkatkan ibadat dan pebelajaran di bulan ini.....

Sunday, August 16, 2009

Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Tajuk ini juga tidak boleh diabaikan oleh pelajar yang akan menghadapi SPM sejarah 2009

Dewan Negara :

  1. Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara kita.
  2. Ia mengandungi seramai 69 orang ahli yang dipilih oleh kerajaan tanpa perlu memenangi pilihanraya.
  3. Ahli Dewan Negara ini digelar sebagai Senator, dan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sahaja.
  4. Seseorang Senator itu mestilah berumur 30 tahun dan taraf mereka sama dengan Ahli parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
  5. Ahli Dewan Negara adalah dilanti oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan.
  6. Orang Asli juga boleh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili golongan mereka.
  7. Keahlian Dewan Negara adalah dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang bagi setiap negeri.
  8. Ia dipili oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang bukan ahli DUN.
  9. Yang DiPertuan Agong pula memilih dua orang ahli dewan Negara yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  10. Seramai 40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Dewan Rakyat :

  1. Dewan rakyat adalah mempunyai peranan yang penting di dalam pemerintahan di Negara Malaysia kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
  2. Ia mengandungi ahli seramai 219 orang yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh Negara.
  3. Mereka memegang jawatan selama lima tahun dan boleh bertanding lagi apabila pilihanraya dilakukan untuk tempoh seterusnya.
  4. Tugas utama ahli Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Kesimpulannya Dewan negara ialah dewan tertinggi negara yang dipilih oleh YDPA berdasarkan kecemerlangan dalam perkhidmatan di malaysia, Dewan rakyat pula ahlinya adalah dipilih menerusi Pilihanraya....Yang menang dalam pilihanraya adalah Ahli Dewan Negara atau Ahli Parlimen...

Friday, August 14, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan renaissance ?

  • Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment
  • Bermaksud “kelahiran semula”.
  • Merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani dan Rom.
  • Kegemilangan tamadun yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
  • Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahanny

Berikan dua faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.

  • Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
  • Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
  • Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
  • Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
  • Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
  • Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
  • Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
  • Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
  • Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar mereka.
  • Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
  • Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
  • Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
  • Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.

Sebutkan tokoh renaissance yang muncul di Itali.

  • Francesco Petrarch
  • Niccolo Machiavelli
  • Giovanni Bocaccio
  • Galileo Galilei
  • Leonardo da Vinci
  • Raphael
  • Michelangelo

Mengapakah pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli sains dan matematik pada zaman renaissance

  • Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
  • Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
  • Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
  • Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
  • Gereja menekankan penjelasan tradisional.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan pada Zaman Renaissance ?

  • Zaman Renaissance telah membangkitkan semangat inkuiri.
  • Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
  • Semangat inkuiri menyebabkan berkembangnya bidang intelektual.
  • Zaman renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
  • Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
  • Perkembangan intelektual telah berjaya memupuk keyakinan diri masyarakat.
  • Perkembangan intelektual menyebabkan masyarakat mengutamakan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
  • Perkembangan intelektual melahirkan manusia yang mampu menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan.
  • Perkembangan intelektual melahirkan sifat berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.


Sunday, August 2, 2009

Contoh Jawapan Esei untuk SPM 2009

(a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M? [6 markah]

Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan pertolongan

pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang dipanggil Revolusi

Abbaysiyah.

Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit.

Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara terbuka.

Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk

mendapatkan sokongan.

Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.

Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan Salamah

al-Khallal yang berpusat di Kufah.

Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan

mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.


(b ) Terangkan lima faktor yang membantu Kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. [10 markah]

Faktor yang membolehkan Kota Baghdad muncul sebagai sebuah pusat kegiatan intelektual

pada zaman Kerajaan Bani Abbasiah ialah Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui

penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa dan sastera yang serba boleh

serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik, perubatan, seni

muzik dan falsafah.

Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid iait

BaitulHikmah. Penubuhan Institusi ini juga telah membolehkan kota Baghdad muncul sebagai

sebuah pusat kegiatan intelektual pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.

Institusi ini telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Al-Makmun.

Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memperterjemahkan karya falsafah dan sains

terutamanya bahasa Yunani.

Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahas Yunani, Sanskrit dan suriani telah

mengalakkanlagi perlkembangan intelektual pada waktu itu di kota Baghdad.

Kegiatan penulisan yang dilakukan adalah adalah mengikut tiga tahap iaitu :

Tahap pertama – mencatat segala idea atau percakapan, Tahapkedua – mengumpulkan segala

idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammads.a.w ke dalam sebuah buku.

Tahap ketika ialah Mengarang – ia dilakukan dengan teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur

ke dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.

Golongan ulama juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya pada tahun 761 Masihi,

ramai ulama telah mulamenyusun hadis dan menghasilkan Tulisan dalam bidang fekah, tafsir,

sejarah dan sebagainya.

Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan sahaja

memperterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang

diterjemahkan ke dalambahasa Arab.

Mereka juga telahmembuat penambahan dan pembaharuan yang sangat tinggi nilainya.


(c) Berdasarkan pencapaian kerajaan Islam, bagaimanakah generasi hari ini dapat menjadikan

Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pegetahuan yang terkemuka di dunia [4 markah]


Generasi hari ini dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pegetahuan yang terkemuka di dunia dengan menguasai menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain yang penting di dunia.

Mereka juga perlu memperterjemahkan banyak buku ilmu pengetahuan kepada bahasa melayu agar semua penduduk di Malaysia akan memperolehi manfaat dari usaha tersebut.

Generasi hari ini juga perlu mempunyai kebolehan mengolah buku yang diterjemahkan dengan menambahbaikan lagi terhadap buku yang diterjemah.

Generasi hari ini juga perlu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu yang terdapat pada hari ini agar pengetahuan mereka tidak terbatas kepada sesuatu ilmu sahaja

Mereka harus berani Meneroka bidang-bidang baru yang belum diterokai oleh bangsa lain agar Negara kita berada di barisan depan di dalam bidang baru tersebut.

Generasi hari ini juga perlu menghasilkan banyak karya-karya sendiri hasil daripada penyelidikan yang berterusan

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pengetahuan semua generasi hari ini perlu berfikiran terbuka dan mampu berfikir tentang sesuatu pekara sera dapat manfaat ilmu tersebut kepada Negara.



a. Nyatakan Empat sifat yang perlu ada pada seorang pengusaha untuk Berjaya di alam perusahaan yang mereka ceburi? Buku Teks Hal. 240( 4 markah )

F1 Mempunyai idea imaginative

F2 kegiatan yang inovatif

F3 Kegigihan dalam keusahawanan

F4 Komitmen yang tinggi

F5 Menjalankan perniagaan secara jujur dan ikhlas

F6 Tidak menindas pihak lain

F7 Tidak mementingkan keuntungan semata-mata

F8 Tidak jemu untuk menuntut ilmu di dalam bidang perniagaan

Conto Soalan Sejarah SPM berbentuk KBKK - Ramalan SPM 2009

a. Berikan Empat cadangan kepada generasi hari ini supaya mereka dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita? ( 4 markah )

Contoh Jawapan

F1 Mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan terutamanya teknologi terkini

F2 Tidak mudah menerima pengaruh asing yang membawa keburukan kepada bangsa dan Negara.

F3 Bersikap tolenrasi dalam menjalinkan hubungan antara kaum

F4 Berani menerokai bidang baru dalam meningkatkan pengetahuan

F5 Generasi harus mempunyai sikap yang inovatif dalam kehidupan

F6 Mempunyai semangat inkuiri dalam semua bidang

F7 Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap Negara

F8 Bertanggungjawab dalam kehidupan kenegaraan dan tidak mementingkan diri sendiri

F9 sanggup dan berani mempertahankan Negara jika Negara diserang musuh

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation