lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Monday, September 20, 2010

Gerak Gempur Sejarah Kelantan SPM 2010 - set 3 esei

Nyatakan lima sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Perkataan dan perbuatan dipercayai kerana tidak pernah berbohong

Bijaksana dengan menyelesaikan peletakan batu Hajar Aswad

Bersifat pengasih dan bertimbang rasa

Membantu isteri memasak / menampal pakaian / melayan anak / membersih rumah

Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak

Mengamalkan cara hidup yang sederhana

Sentiasa merendah diri

Seorang yang pemaaf

Sentiasa menyampaikan (Tabligh) Mana-mana 6 x 1 m

Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai

Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah

Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam

Memujuk dengan menggunakan akal.

Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam

Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab pertanyaan para sahabat

Memberi penerangan / penjelasan tentang pemasaalahan Islam

Menunjukkan contoh teladan yang baik. Mana-mana 6 x 1 m

Nyatakan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan

berkongsi dengan teman baginda.

Sejak berumur 12 tahun

baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib

ke Syam.

Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah

memperoleh keuntungan yang berlipat ganda

Baginda berniaga dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik.

memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan

Seorang pedagang yang dihormati

menjadi contoh kepada masyarakat

Terangkan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho

Sistem pemerintahan beraja /monarki

Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja

Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama

Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan

Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik

Raja Shang keturunan pemerintah agama.

Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan

Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim

Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja

Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran

Bertanggungjawab mentadbir wilayah

Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri

Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang

Pentadbiran wilayah

Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah

Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah

Raja Chou dibantu oleh ketua menteri

Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama / kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang

Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia

Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou

Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang

Melindungi raja

Memberi bantuan tentera semasa perang

Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan

Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti

Bermula dengan Dinasti Hsia ,Dinasti Shang dan Dinasti Chou

Mana-mana 6 x 1 m

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia hari ini

Sistem pemerintahan monarki

Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno

Diteruskan sehingga pemerintahan Dinasti Ching

Gelaran raja ditukar kepada maharaja

Konsep anak syurga dikaitkan dengan raja/maharaja

Mandat dari syurga juga dikaitkan dengan maharaja

Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20


Pembangunan pertanian

Pembinaan sistem pengairan

Pembinaan terusan

Mengairi kawasan pertanian

Mengelakkan berlakunya banjir

Teknologi pertanian

Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul

Sabit

Menggunakan batas untuk penanaman

Penggunaan alat pertanian diperbuat daripada besi

Sistem tulisan

Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini

Penggunaan secara meluas

Dalam bidang penulisan dan percetakan

Diajar di sekolah-sekolah di China

Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan

Pemujaan roh nenek moyang

Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa

Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan

Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang

Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi

Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

Sistem Kalendar

Terdapat 30 hari dalam sebulan

360 hari dalam setahun

Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai

Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Falsafah Perang Sun Tzu

Karyanya the Art of War

Membicarakan selok belok perang

Bagaimana menangani musuh

Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa

Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari ini

Mana-mana 10 x 1 m

Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini.

Berikan pendapat anda

Memilih pemimpin yang prihatin terhadap pembangunan pertanian

Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian

Memajukan tanah-tanah terbiar untuk tujuan pertanian

Menggunakan bijih benih yang berkualiti

Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden

Penggunaan baja yang bersesuaian

Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas

Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan

Menggunakan teknik penanaman yang betul

Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian

Menjadikan produk pertanian barangan komersial

Pertanian adalah perniagaan

Mana-mana jawapan yang munasabah

Mana-mana 4 x 1 m

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation