lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, September 26, 2010

Soalan Ramalan JPN Kelantan SPM 2010

TEMA 10 : BAB 1 DAN 2 TINGKATAN 5

SOALAN STRUKTUR

1. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada apa yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah.

(a) Namakan tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Thailand.
• Nai Pridi Panomyong
• Field Marshall Phibul Songram
[1 markah]

(b) Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand
• Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
• Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
• Perkembangan sistem pendidikan Barat
• Golongan intelek didedahkan kepada fahaman liberal
• Perkembangan sistem demokrasi
• Pengetahuan mengenai raja berperlembagaan
• Kelemahan sistem pentadbiran
• Sikap boros Raja Vajiravudh
[2 markah]

(c) Apakah kesan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
• Penubuhan Parti Rakyat oleh Pridi Panomyong / Field Marshall Phibul Songram
• Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932
• Tamat sistem raja berkuasa mutlak
[1 markah]

(d) Jelaskan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Thailand untuk mengatasi rasa tidak puashati rakyat dalam gerakan nasionalisme tahap kedua.
• Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
• Membubarkan sekolah Cina
• Membubarkan akhbar Cina
• Menggalakkan penduduk pribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
• Menetapkan jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut Buddha
• Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas
• Bekerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
• Berjaya mendapat semula wilayah-wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu
[3 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah negara Thailand tidak pernah dijajah sehingga kini?
• Dasar buka pintu / berbaik dengan kuasa Barat
• Pemodenan dalam pentadbiran
• Memperkenalkan birokrasi barat
• Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
• Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah / Majlis Penasihat Tertinggi / Kabinet Menteri
• Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan
• Kerjasama dengan Jepun
• Mana-mana yang munasabah
[3 markah]



2. Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Mereka yang terlibat dalam gerakan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

(a) Namakan tokoh yang mempelopori Gerakan Islah.
• Sheikh Tahir Jalaluddin
• Syed Syeikh Al- Hadi
• Dr. Burhanuddin Helmy
[1 markah]

(b) Namakan akhbar yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea dan perjuangan mereka.
• Al-Imam
• Neracha
• Idaran Zaman
• Pengasuh
[1 markah]

(c) Apakah matlamat perjuangan Kaum Muda ?
• Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
• Gesaan memajukan ekonomi, politik, sosial orang Melayu
• Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
• Menuntut ilmu
• Mempelajari tawarikh atau sejarah
• Mengkritik penjajah
[3 markah]

(d) Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan berkesan di Negeri-negeri Melayu ?
• Gerakan ini hanya dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Selat sahaja
• Undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Sultan tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah oleh Kaum Muda
• Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu
• Mendapat tentangan daripada golongan Kaum Tua / alim ulama
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan penting kepada orang Melayu ?
• Sistem pendidikan Islam
• Pendidikan untuk dunia
• Pendidikan untuk akhirat
• Pendidikan fardhu ain
• Ilmu Hisab
• Bahasa Inggeris
• Pendidikan untuk pelajar perempuan
• Mana-mana jawapan yang munasabah
[3 markah]

3. Pada awal abad ke-20, wujud persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan orang Melayu.

(a) Senaraikan tiga isu yang dibincangkan oleh persatuan-persatuan negeri
• Ekonomi
• Pendidikan
• Bahasa
• Sastera
• Perpaduan
• Pembelaan politik bangsa
[3 markah]

(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan-persatuan negeri ?
• Mengabungkan tenaga intelektual Melayu
• Membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi
• Membincangkan nasib orang Melayu dalam soal pendidikan
• Membincangkan nasib orang Melayu dalam perkhidmatan
• kerajaan
• Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu
[2 markah]

(c) Namakan dua tokoh yang menjadi pengasas Kesatuan Melayu Singapura.
• Mohammad Eunos Abdullah
• Tengku Kadir Ali
• Embok Suloh
[2 markah]

(d) Senaraikan matlamat penubuhan persatuan di bawah.

i) Persatuan Sahabat Pena Malaya
• Menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan
• Menggalakkan ahlinya bertukar-tukar pendapat
• Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan
[1 markah]

ii) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
• Mengeratkan perpaduan Melayu
• Menggalakkan pendidikan
• Menjaga budaya dan maruah bangsa
• Menegakkan ajaran agama Islam
[1 markah]

(e) Mengapakah kesedaran berpersatuan kurang menonjol di Sabah?
• Kesulitan perhubungan
• Taraf pendidikan masih rendah
[1 markah ]

SOALAN ESEI





1. Rajah di atas menunjukkan kuasa Barat yang menjajah Filipina

(a) Nyatakan perubahan sistem pentedbiran di Filipina kesan penjajahan Sepanyol.
• Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dipanggil barangay
• Barangay diperintah oleh golongan datu
• Selatan filipina wujud kerajaan Islam
• Selepas kedatangan Sepanyol, sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan di Filipina
• Peringkat pusat diketuai oleh Gabenaor Jeneral
• Pentadbiran wilayah diketuai oleh Ketua Datuk Bandar
• Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
• Pentadbiran tempatan mengikut Sistem Encomienda
• Pemerintah Encomienda dikenali sebagai Encomiendero
• Tugas Encomindero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai, dan mengkristiankan penduduk barangay
• Sistem Encomienda dibenci kerana mengenakan cukai yg tinggi dan kerahan tenaga
• Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu
[8 markah]

(b) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina
• Gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal
• Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat
• Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
• Bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
• Diberikan hak kebebasan bersuara
• Menubuhkan Liga Filipina
• Bertujuan mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
• Kerajaaan Sepanyol berasa terancam
• Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao, dan dibunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
• Gerakan dakyah berakhir
[6 markah]

(c) Terangkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina
• Bermula apabila Andres Bonifacio
• menubuhkan Katipunan
• menentang secara radikal
• matlamat menyatukan bangsa Filipina
• mencapai kemerdekaan melalui revolusi
• menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
• Kalayan merupakan akhbar rasmi
• melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol tetapi gagal
• Katipunan semakin lemah selepas Andres Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguilnaldo

• Emilio Aguinaldo
• Anggota Katipunan dan Datuk Bandar di Cavite
• Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan pemberontakan
• dilantik sebagai Presiden Kerajaaan Revolusi Filipina (1897)
• Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol (1898)
• kesannya, penguasaan Amerika Syarikat di Filipina
• Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
• Revolusi diteruskan sehingga Aguilnaldo ditangkap (1901)

• Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti politik sederhana
• Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan
• Parti Nasional memenangi pilihan raya(1907)
• Nasionalis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan (1930-an) setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada pemimpin liberal
[6 markah]

2. Akhbar, majalah dan novel memainkan peranan yang penting sebagai penggerak kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

(a) Jelaskan isu-isu sosial yang dibangkitkan dalam akhbar-akhbar Melayu pada tahun 1930-an.
• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih
• kerja dan tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan
• kerja tangan
• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
[8 markah]

(b) Jelaskan mesej-mesej yang terdapat dalam novel-novel pada tahun 1930-an.
• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

• Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad

• Semangat anak muda menentang penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

• Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid

• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa
[6 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah akhbar amat berkesan dalam meniupkan semangat kebangsaan ?
• Dikeluarkan setiap hari
• Harga murah
• Mengunakan medium tulisan jawi
• Isu-isu berkaitan dengan masyarakat
• Mudah didapati
• Penulis/pengarang terdiri daripada orang Melayu
• Tiada sekatan daripada pihak penjajah
• Mana-mana jawapan yang munasabah
[6 markah]

3. Senarai berikut merujuk kepada persatuan Melayu yang ditubuhkan pada awal abad ke-20.

• Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
• Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
• Kesatuan Melayu Muda (KMM)

a) Jelaskan perkembangan persatuan berikut dalam perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu

i. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
• Diasaskan Mohd Eunos Abdullah/Tg Kadir/Embok Suluh
• Didokong oleh mereka yang berpendidikan Inggeris
• Bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi orang Melayu Singapura
• Menjadi wakil dalam pentadbiran British
• Menjadi ahli Majlis Perundangan negeri-Negeri Selat
• Mendesak kebajikan orang Melayu Singapura diberi perhatian
• Memperoleh penempatan khas orang Melayu Singapura
• Menodorong penubuhan cawangannya di Melaka/Pulau Pinang/negeri-negeri Melayu lain
[5 markah]

ii. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
• Diasaskan oleh golongan cerdik pandai Pulau Pinang
• Dipimpin oleh S.M Zainal Abidin B.A
• Menggalakkan ahli berkenal-kenalan
• Bertukar-tukar pendapat
• Memajukan diri sendiri dan bangsa
• Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan orang Melayu
• Mempunyai organisasi kemas
• Mempunyai perlembagaan sendiri
• Tidak bersifat parti politik
• Asas kepada perpaduan Melayu
[5 markah]

b) Nyatakan matlamat penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dari tahun 1938-1945.
• Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan Melayu
• Bersifat politik
• Menghalau British dan menyokong Jepun di Tanah Melayu
• Menyokong Jepun
• Menjadi bahan propaganda Jepun
• Menyediakan kader tentera semut untuk menentang British
• Membeli surat khabar Warta Malaya sebagai alat propaganda anti British
• Mendesak Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia
• Menubuhkan negara Melayu Raya/Indonesia Raya
[6 markah]

c) Sebagai seorang pelajar, mengapakah anda perlu melibatkan diri dalam persatuan di sekolah?
• Meningkatkan kesedaran semangat kebangsaan
• Perpaduan pelbagai bangsa/kaum
• Saluran betul untuk bersuara
• Toleransi dan tolak ansur dalam menyediakan masalah
• Menanam sikap kerjasama
• Melatih pelajar mengurus organisasi
• Tidak mementingkan diri sendiri
• Melatih pelajar menjadi pemimpin
• Mana-mana yang munasabah
[4 markah]

TEMA 11 : BAB 3, 4, 5, 6, 7 DAN 8 TINGKATAN 5

SOALAN STRUKTUR

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan yang diwujudkan selepas negara kita mencapaiu kemerdekaan.








(a) Apakah maksud Negara Persekutuan ?
• Penyatuan beberapa buah negeri
• Mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri
• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
[1 markah]

(b) Nyatakan dua bidang kuasa yang terdapat dalam senarai berikut ;

i. Senarai Persekutuan
• Hal ehwal luar negeri
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihan raya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
[2 markah]

ii. Senarai Negeri
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Petanian dan perhutanan
• Kerajaan tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
[2 markah]

iii. Senarai Bersama
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan
[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ?
• Satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah
• Dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa
• Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik
• Hubungan baik perlu dipupuk untuk menjamin keharmonian
• Sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama
[3 markah]








2. Rajah di atas menunjukkan struktur pentadbiran di Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pengasingan kuasa?
• Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga cabang
• Badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
• Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak berasingan
• Mengelakkan pembolotan kuasa
[2 markah]

(b) Nyatakan dua syarat kelayakan untuk menjadi seorang senator.
• berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
• mewakili setiap negeri
• dilantik tanpa melalui pilihan raya
• memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun
• individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam bidang tertentu
• mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli
[2 markah]

(c) Berikan dua tanggungjawab Badan Pelaksana dalam sistem pentadbiran negara.
• Menggubal dasar-dasar kerajaan
• Merancang program pembangunan ekonomi dan sosial
• Menyelaras program pembangunan ekonom dan sosial
[2 markah]

(d) Nyatakan dua kuasa yang terdapat pada Badan Kehakiman.
• Kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
• Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana
• mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
• Mentafsir undang-undang
• Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
• Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
[2 markah]

(e) Pada pendapat anda, mengapakah hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?
• Hakim dilindungi daripada pengaruh politik
• Menjamin keadilan
• Menjamin kesaksamaan undang-undang
• Mana-mana munasabah - terima
[2 markah]
Soalan 3






(a) Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
• Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
• Jaminan terhadap hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
• Tanah Melayu 1948
[2 markah]

(b) Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan.
• Ketua negeri.
• Bahasa kebangsaan.
• Agama Islam.
• Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.
• Hal ehwal imigresen.
• Kerakyatan.
• Peruntukan kewangan
• Pelajaran
[2 markah]

(c) Terangkan dua inti pati Laporan Suruhanjaya Cobbold.
• Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
• Satu pertiga menyokong dengan syarat.
• Satu pertiga menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu
[2 markah]

(d) Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan Malaysia ?
• Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.
• Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme
[2 markah]

(e) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan pembentukan
Malaysia ?
• Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah.
• Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.
• Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
• Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]

4. Gambar di bawah menunjukkan bendera negara kita






(a) Siapakah yang mencipta bendera negara kita ?
• Encik Mohamad Hamzah
[1 markah]

(b) Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera negara.
• Majlis Perundangan Persekutuan
• Penglibatan 373 pereka
• Akhbar The Malay Mail
• King George VI
[2 markah ]

(c) Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-

(i) Bintang berpecah empat belas
• Gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
[1 markah]
(ii) Warna biru
• Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum
[1 markah]
(iii) Bulan sabit
• Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
[1 markah]

(d) Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan ?
• Kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Menaikkan semangat
• Membezakan Malaysia daripada negara lain / identiti
• Membangkitkan semangat perjuangan / patriotik
• Menunjukkan kesetiaan
• Bersatupadu / simbol perpaduan
• Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara
• Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
• Menunjukkan ketaatan kepada negara
• Untuk digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi
[2 markah ]

(e) Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang membakar bendera negara ?
• Melucutkan kewarganegaraan
• Menjalani sesi kaunseling
• Mengenakan perkhidmatan masyarakat
• Hukuman penjara
• Denda
• Buang daerah / negeri
• Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara
• Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mencetuskan huru hara
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]

5. Maklumat di bawah berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan yang diwujudkan selepas negara kita mencapaiu kemerdekaan
UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN
1957 Ordinan Pelajaran
1961 Akta Pelajaran
1974 Akta Jawatankuasa Kabinet

(a) Nyatakan dua cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
• Dua elemen penting untuk menyuburkan semangat perpaduan.
• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.
• Kurikulum bercorak kebangsaan yang seragam.
• Penubuhan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum.
• Sekolah Menengah dibahagikan kepada sekolah menengah Melayu dan sekolah menengah Inggeris.
• Penggunaan pengantar bahasa Melayu di Sekolah Umum.
• Penggunaan pengantar bahasa Inggeris,Cina dan Tamil di Sekolah Jenis Umum.
• Penggunaan pengantar bahasa Melayu di sekolah menengah Melayu.
• Penggunaan pengantar bahasa Inggeris di sekolah menengah Inggeris
• Mewajibkan Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris di semua sekolah.
[2 markah]

(b) Nyatakan dua perubahan yang dicadangkan dalam laporan Rahman Talib 1960 terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelumnya.
• Mencadangkan penukaran sekolah di peringkat rendah.
• Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.
• Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
• Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
• tanpa mengira keturunan dan agama.
• Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
• Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
• Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan
• yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan
• sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
[2 markah]

(c) Kajian Aminudin Baki 1965 telah memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan. Apakah matlamat sistem persekolahan tersebut ?
• Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
• Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
• Memberikan pelbagai kursus kemahiran
• Melahirkan tenaga mahir
• Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
[2 markah]

(d) Nyatakan dua perkara yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk memantapkan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
• Memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
• Kenaikan darjah secara automatik
• Penekanan terhadap sekolah vokasional
• Sukatan pelajaran sekolah swasta
• Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasar pendidikan ?
• Belajar di sekolah yang sama
• Menggunakan pengantar yang sama
• Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum.
• Menggunakan kurikulum yang sama
• (Mana-mana yang munasabah)
[2 markah]

6. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

(a) Berikan dua matlamat Wawasan 2020?
• Menjadi negara maju menjelang tahun 2020
• Menjadi negara industri yang menggunakan acuan sendiri
• Setanding dengan negara maju di dunia
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu [2 markah]

(b) Nyatakan dua cabaran Wawasan 2020.
• Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
• Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
• Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
• Membina masyarakat yang maju dan saintifik
• Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
• Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
• Memupuk dan membina masyarakat makmur
[2 markah]

(c) Apakah perkara yang perlu dipupuk dalam melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika dalam Cabaran Keempat Wawasan 2020?
• Masyarakat perlu menseimbangkan etika dengan kemajuan fizikal
• Masyarakat perlu patuh kepada agama
• Masyarakat mengamalkan budaya dan tradisi yang cemerlang
• Pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang berkesan
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan usaha melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis
• Insitusi kekeluargaan yang unggul dapat membina masyarakat bermoral dan beretika
[2 markah]

(d) Nyatakan nilai kasih sayang yang terdapat dalam cabaran Wawasan 2020.
• Kasih sayang dalam keluarga
• Hubungan sesama manusia
• Penekanan dalam agama/ patuh pada agama
• Menghidupkan semula budaya tradisi yang penuh dengan nilai murni
• Masyarakat penyayang
• Kehidupan masyarakat yang bermuafakat/bekerjasama
• Saling memahami/ menghormati/membantu
• Meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan sendiri / tidak individualistik
[2 markah]

(e) Sebagai pelajar, apakah peranan anda ke arah merealisasikan wawasan 2020?
• Pelajar perlu melibatkan diri dalam pengisian wawasan/sembilan cabaran
• Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
• terdahulu
• Berusaha mengekalkan kemajuan negara
• Berusaha mengekalkan perpaduan
• Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
• Menguasai pelbagai disiplin ilmu
• Menyanjung tinggi budaya bangsa
• Menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI

Suruhanjaya Reid Mac 1956
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Ogos 1957

1. Perkara di atas diwujudkan bertujuan untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada tahun 1957.

(a) Apakah tugas Suruhanjaya Reid?
• Membincang perlembagaan Persekutuan yang merdeka
• Menyusun perlembagaan
• Merangka sebuah perlembagaan Persetuan Tanah Melayu yang akan merdeka
• Berpandukan beberapa isu spt pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
• Mengambil kira isu kedudukan raja-raja Melayu / hak istimewa orang Melayu
• Mewujudkan satu bangsa PTM
• Menerima memorandum daripada pelbagai pihak iait raja , orang perseorangan dan parti politik
• Menerbitkan cadangan-cadangan
• Menyerahkan cadangan kepada Parlimen British untuk diluluskan
[4 markah]

(b) Jelaskan isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
• Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Institusi Raja sebagai Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
• Prinsip Jus soli diterima
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
• Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
• Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
• Bahasa Melayu sebaga Bahasa kebangsaan
• Yang di-Pertian Agong menjadi ketua negara
• Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
• Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
• Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksan pentadbiran / dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO
[8 markah]

(c) Sebagai rakyat PTM yang merdeka pada masa itu, nyatakan kepentingan yang diperolehi apabila termeterainya Perjanjian PTM 1957?
• Pakatan murni dicapai
• Kerajaan Demokrasi ditubuhkan
• Membentuk kerajaan berkonsep raja berpelembagaan
• Pemimpin pelbagai kaum menyokong PTM
• Wujud perpaduan yang jitu antara kaum
• Keharmonian kaum dapat dicapai
• Mengelak pertumpahan darah
• Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir
• PTM sebagai negara yang berdaulat
• Negara merdeka mengikut acuan sendiri
• Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
• Mengenepikan perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa
• Kini rakyat menikmati keamaanan dan pembangunan
• Mendapat taraf bangsa yang merdeka sama dengan bangsa lain di dunia
[8 markah]
Soalan 2

(a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
• Sarawak

• Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
• SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
• Parti ini kemudiannya menyokong
• SUPP terus menentang
• PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
• menyokong gagasan ini

• Sabah

• Sebelum ini tiada parti
• melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik
• Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
• Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini
• menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
• Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
[7 markah]

(b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
• Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah
• Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
• Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
• Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
• Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
• Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
• Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
• JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
• ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
• Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
[8 markah]

(c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ?
• Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
• Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
• Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
• Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri
• pertanian.
• Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
• Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
• Menggalakkan pelaburan
• Menggalakkan perkembangan industri pertanian
• Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
• Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
• Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
[5 markah]

3. Pada 16 September 1963 negara Malaysia ditubuhkan secara rasmi yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

(a) Terangkan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
• Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara
• Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
• Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara
• Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan

• Cadangan daripada pemimpin Singapura
• Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955
• Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman (TAR) mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
• Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
• Cadangan Dato Onn bin Jaafar
• Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
• Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
• Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman
• Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi Singapura
• Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh / disegani
• Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan
• Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan
[7 markah]

(b) Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold berhubung dengan pembentukan negara Malaysia.
• Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,
• David Watherstone
• Wakil tempatan terdiri daripada Dato’ Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie
• Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
• Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British
• Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
• Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British
• Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
• Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan
• mereka harus dilindungi
• Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum
• menyertai Malaysia
• Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan
• Tanah Melayu 1997
• Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan
• Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
• Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
• Penentuan tarikah penubuhan Malaysia
[7 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya dibentuk walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan luar negara ?
• Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu secara
• berterusan
• Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang
• pembentukan Malaysia
• Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu
• daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina
• Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan
• Sarawak serta Singapura
• Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina
• Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis
• Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
• dengan kerajaan British
• Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO
• Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel
• Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah
• Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk
• Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan
• kedaulatan negeri terjamin
• Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota
• Mana-mana jawapan yang munasabah
[6 markah]

4. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ia merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan.

(a) Terangkan maksud keluhuran perlembagaan [4 markah]
• Prinsip Rukun Negara yang ketiga
• Keagungan dan ketertinggian undang-undang
• Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
• Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
• Undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan
• Undang-undang negeri terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan
• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen / bercanggah dengan perlembagaan.
• Mahkamah berhak menentukan kesahihan setiap undang-undang

(b) Jelaskan kepentingan perlembagaan negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat [10 markah]
• Menjamin kestabilan sesebuah negara
• Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan kerajaan
• Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan
• Sebagai panduan kepada pemerintah
• Menjamin taat setia rakyat kepada negara
• Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat
• Menjamin dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu
• Menjamin kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
• Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
• Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri
• Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya untuk memesatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak

(c) Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa. [6 markah]
• Bertujuan melindungi kepentingan rakyat
• Menjaga keselamatan negara
• Melicinkan urusan pentadbiran negara
• Supaya ia sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
• Mewujudkan undang-undang yang munasabah dan dipatuhi oleh rakyat
• Melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka
• Perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti pemerintahan beraja / agama Islam / Bahasa Melayu / hak istimewa orang Melayu
• Memelihara ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
• Pindaan pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang Dipertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah


Soalan 5

Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

(a) Apakah yang anda faham tentang Yang di-Pertuan Agong
• Jawatan YDPA diwujudkan sejak tahun 1957
• Merupakan tonggak negara
• Ketua Utama Negara
• Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara
[4 markah]

(b) Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Sebagai ketua kerajaan
• Mengetuai 3 badan kerajaan/Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
• Satu unsur daripada 3 unsur Parlimen
• Mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen
• Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
• Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
• Boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
• Membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
• Ketua Agama Islam
• Bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
• Mempunyai kuasa untuk melantik & melucutkan Jemaah Menteri & Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat PM
• Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah ’Undang-undang X’
• Jika mendapati keselamatan negara terancam
• Kuasa melantik Pengerusi dan 3 orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,
• Serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
• Bertanggungjawab melantik Peguam Negara
• Melantik Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
• Memiliki kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara kita
[7 markah]

(c) Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen Parlimen. Jelaskan apakah ciri-ciri Dewan Negara.
• Juga dikenali sebagai Dewan Senat
• Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara
• Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli
• Ahli Dewan Negara digelar Senator mewakili setiap negeri
• Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya
• Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun
• Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
• Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat/Ahli Parlimen
• Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
• Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDPA
• Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam Perkhidmatan Awam/ bidang profesional spt perniagaan/ perusahaan/ pertanian/ kesenian/ kebajikan/ mewakili kumpulan minoriti spt Orang Asli
[6 markah]

(d) Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan kepada raja dan negara Malaysia?
• Menghormati lambang-lambang Negara
• Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
• Menghormati keluhuran Perlembagaan
• Menghormati institusi Raja
• Mana-mana munasabah – terima
[3 markah]
Tambahan
(e) Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat
• Ahli dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum
• Mengandungi 219 orang ahli
• Ahli mewakili kawasan pilihan raya di seluruh negara
• Tempoh jawatan ahli ialah lima tahun atau satu penggal
• Tugas utama ahli menggubal / meluluskan undang-undang
• Ahli berumur 21 tahun ke atas
• Ahli mewakili parti politik / bebas

6. Rancangan Pembangunan Lima tahun tahap pertama telah dilaksanakan pada tahun 1956 hingga 1970

(a) Apakah matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama ?
• Membangunkan kawasan luar bandar
• Mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar
• Merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar
• Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
• Meningkatkan taraf hidup rakyat
• Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
• Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan getah
• Memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam
• Membuka tanah baru untuk kegiatan pertanian
• Menggalakkan penanaman getah secara ladang
• Memberi perhatian kepada sektor perkhidmatan
• Memberi tumpuan kepada sektor awam seperti pembinaan infrastruktur
• Memberi tumpuan kepada intergrasi nasional
• Memfokuskan kesejahteraan Rakyat
[6 markah]

(b) Huraikan peranan agensi kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama
• FELDA ( Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan )
• Membuka tanah untuk pertanian
• Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara

• FELCRA ( Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara )
• Membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi luar bandar

• MARA ( Majlis Amanah Rakyat )
• Membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian

• Bank Bumiputera
• Menggalakkan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan

• PERNAS ( Perbadanan Nasional Berhad )
• Mengiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan

• MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian )
• Menjalankan penyelidikan pertanian
• Memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil pertanian

• MIDA ( Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia )/Lembaga Penasihat Tarif/Akta Pelaburan
• Mengalakkan kemunculan industri baru
[10 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah rancangan pembangunan tahap pertama kurang memberangsangkan ?
• Ancaman komunis
• Perbelanjaan negara dialih kepada keselamatan negara
• Kejatuhan harga getah dan bijih timah
• Berlaku peristiwa 13 Mei 1969
• Masalah perpaduan kaum
• Perbezaan pendapatan antara kaum
[4 markah]

7. Usaha mencapai perpaduan dilaksanakan melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan aktiviti sukan.

(a) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956
• Pelancaran “Minggu Bahasa”untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
• Pelancaran “Bulan Bahasa” untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
• Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960
• Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
• seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim
• Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada
• bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Lahir daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang
dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
• Dilancarkan pada tahun 1971
• Digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Objektif adalah untuk memperkukuhkan perpaduan
melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang
dengan pembangunan sisioekonomi.
• Mulai tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
• Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990
[10 markah]

(b) Jelaskan bagaimana sukan menjadi alat perpaduan di Malaysia.
• Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
• Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• Aktiviti sukan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum
• Sukan dijadikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
• Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali berperanan mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri
[5 markah]

(c) Mengikut pendapat anda, apakah kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
• Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting
[5 markah]

8. Rajah diatas merujuk kepada dasar kerajaan dalam memastikan pembangunan dan perpaduan bangsa.

(a) Jelaskan dasar-dasar berikut:

i. Dasar Kebudayaan

[3 markah]
ii. Sukan Untuk Perpaduan
• Sukan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
& kaum
• Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
• Di peringkat sekolah, merupakan aktiviti kokurikulum
yang sangat digalakkan
• Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-sekolah di
peringka daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
• Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan 2 tahun sekali jelas memainkan peranan mengeratkan
perpaduan kaum & hubungan antara negeri
[3 markah]

(b) Dalam usaha memajukan sistem pendidikan kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai cadangan telah diajukan bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Jelaskan apakah cadangan-cadangan yang dikemukan dalam Penyata Razak.
• Penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina & Tamil sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
• Mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui dasar pendidikan
• menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum
[6 markah]

(c) Akta Bahasa Kebangsaan telah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jelaskan usaha-usaha yang dijalankan bagi memajukan bahasa Melayu.


• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956
• Pelancaran ‘Minggu Bahasa’ dan Bulan Bahasa’ untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
• Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada 1960
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
• Seperti Sekolah Alam Shah/Sekolah Sri Puteri/Sekolah Sultan Abdul Halim
• Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
• Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat²
• Penubuhan UKM pada tahun 1977 membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
• Mulai 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
• Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

[4 markah]

(d) Sebagai warganegara, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk memperkuatkan perpaduan kaum.

• Memupuk kerjasama melalui gotong-royong
• Mengelakkan perkara-perkara yang membawa kepada pergaduhan/perbalahan antara kaum
• Bersama-sama dalam membuat dasar negara
• Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara
• Mana-mana yang munasabah
[4 markah]

TEMA 12 : BAB 9 TING. 5

SOALAN STRUKTUR

Soalan 1

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada bulan September 1961.

(a) Apakah matlamat penubuhan NAM ?
• Mengekalkan keamanan dunia
• Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis
• Membangunkan negara anggota
• Mengelak campur tangan asing
• Bertukar-tukar pendapat untuk keamanan dan pembangunan
• Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui rundingan dan persefahaman
[2 markah]

(b) Senaraikan prinsip perjuangan NAM.
• Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
• Menghormati kedaulatan sesebuah negara
• Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara
• melalui rundingan dan persefahaman
• Menghormati hak asasi manusia
• Membela kepentingan negara anggota / negara sedang membangun
[3 markah]

(c) Namakan negara anggota dalam Pertubuhan NAM.
• Bekas tanah jajahan Barat (sebut mana-mana negara berkaitan)
• Negara-negara membangun di Asia/Afrika / Amareka Selatan
• Timor Leste
• Pulau Catalina
[1 markah]

(d) Nyatakan empat isu yang dibangkitkan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
• Menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
• Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana negara.
• menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
• Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
• menubukan Kumpulan G15
• ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
• menghidup kembali NAM
• Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
[4 markah]

Soalan 2

Malaysia telah menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa dan telah bergiat secara aktif.

(a) Apakah yang anda faham tentang pertubuhan Komanwel?
• Anggota terdiri daripada negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.
• 54 buah negara maju dan negara sedang membangun
• sekretariat / ibu pejabat di London
[1 markah ]

(b) Berikan dua matlamat penubuhan Komanwel
• Membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
• bekerjasama dalam semua bidang
• Memelihara keamanan dan kedaulatan negara anggota
• Menjanjikan bantuan kepada negara anggota
[2 markah]

(c) Senaraikan tiga sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel
• Lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
• Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
• Menganjur mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
• Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
[3 markah]

(d) Nyatakan dua faedah yang diperoleh Malaysia menerusi Komanwel.
• Membantu pelihara keamanan
• Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
• Berjanji membantu jika diserang musuh semasa berkonfrontasi dengan Indonesia
• Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
• Bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
• Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
[2 markah]

(e) Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa?
• Berbaik-baik dengan semua negara
• Menjamin keselamatan rakyat dan negara
• Memelihara kepentingan nasional
• Mengekalkan kedaulatan negara
• Menggalakkan pembangunan ekonomi
• Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
• Menjadi warga global yang bertnggungjwab
• Memupuk kesejahteraan dunia
• mana-mana munasabah - terima
[2 markah]

SOALAN ESEI

Soalan 1

Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) merupakan konflik antarabangsa yang meninggalkan kesan besar terhadap sejarah dunia.

(a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama
• negara-negara kecil bersatu membentuk sebuah
• negara bangsa yang lebih besar
• Jerman dan Austria
• semangat nasionalisme yang berkobar-kobar sehingga sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing
• berlaku persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan
• penjajahan untuk mendapatkan bahan mentah dan
• pasaran
• negara Eropah mempunyai dua pakatan
• Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
• pembunuhan Franz Ferdinand dan isterinya oleh
• pengganas Serb
[6 markah]

(b) Jelaskan lapan kesan Perang Dunia Pertama.
• Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
• Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun 1919
• Membawa kepada termeterainya PerjanjianVersailles
• mengubah peta Eropah
• membentuk beberapa buah negara baru
• pembentukan Liga Bangsa
• negara berperang mengalami inflasi yang tinggi
• menanggung beban hutang peperangan yang tinggi
• masalah pengangguran berlaku
• pasaran dunia diambil alih oleh Amerika dan Jepun
• Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya
• korban nyawa yang besar
[8 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan ?
• menjalin hubungan dengan semua negara
• mengamalkan dasar berkecuali / tidak memihak
• kepada mana-mana blok
• menghormati kedaulatan negara lain
• tidak mencampuri urusan negara lain
• menyertai pertubuhan-pertubuhan serantau / dunia
• menyelesaikan pertelingkahan secara damai/ rundingan
• mengamalkan sikap toleransi
• mengelak perlumbaan senjata
• menyokong usaha untuk mewujudkan keamanan
• bersama-sama menentang keganansan
[6 markah]

2. Jadual di bawah merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan

Pertubuhan Tahun
Penyertaan
Komanwel 1931
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) 1970
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 1971

(a) Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia apabila menyertai pertubuhan Komanwel ?
• Memelihara keamanan
• Memelihara kedaulatan negara
• Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
• Menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain / Australia / New Zealand
• Mendapat bantuan tentera apabila diserang terutama semasa konfrantasi dengan Indonesia
• Menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
• Menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan
• Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel / Britain dikenakan cukai yang rendah
• Malaysia mendapat bantuan teknikal/ biasiswa dalam Rancangan Colombo
• Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998
[6 markah]

(b) Jelaskan matlamat penubuhan pertubuhan-pertubuhan berikut :-

(i) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
• Mengekalkan keamanan dunia
• Tidak menyokong blok barat / blok komunis
• Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
• Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan / persefahaman
• Menghormati hak asasi manusia
• Membela kepentingan negara sedang membangun
• Membela isu Palestin
• Kerjasama ekonomi
• Membincangkan isu Antartika
• Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
[5 markah]

(ii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
• Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
• Bersuara dengan satu nada bagi kepentingan umat Islam
• Mengekalkan perdamaian dalam segala sengketa
• Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari
• Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah
• Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju
• Menubuhkan Bank Pembangunan Islam untuk memberi perkhidmatan kewangan kepada anggota
[5 markah]

(c) Jelaskan peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan menentang Israel
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 / 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam
• Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan
[4 markah]

Soalan 3

(a) Terangkan cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia
• Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa sempadan.
• Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat
• Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan sebuah negara lain berlaku dengan pantas.
• Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam nbidang teknologi maklumat dan komunikasi.
• Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT.
• Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran kekayaan sesebuah negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan
• Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja berpengalaman menjadi sumber paling berharga bagi sesebuah negara.
• Kita perlu bersedia ke arah mewujudkan K- masyarakat.
[6 markah]

(b) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.
• Malaysia menghadapi cabaran ini dengan menyediakan frasarana ICT
• Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT
• Malaysia mempromosikan Penggunaan ICT
• Malaysia melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
• MSC memulaakn e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital
• Kerajaan telah memperuntukkan belajawan
• Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT
• RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar
• Kerajaan menyediakan peruntukan kepada penyelidikan dan pembangunan penciptaan baru dan pendaftaran paten
• Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru
• Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan
• Sekolah tersebut diwujudkan bagi meningkatkan daya saing
• Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari
• Sekolah ini dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat
• Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semua
• Langkah ini dilaksanakan agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitik
[5 markah]

(c) Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia ?
• Memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat
• Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
• Menggalakkan perkembangan ICT.
• Menggalakkan penggunaan ICT secara positif.
• Pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan (K-ekonomi) berjalan lancar.
• Membangunkan ekonomi negara
• Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi.
• Melahirkan masyarakat yang bermaklumat
[5 markah]

4. Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga. Negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang dan politiknya.

(a) Apakah matlamat penubuhan kumpulan Negara- Negara Selatan?
• Atasi masalah harga eksport bahan mentah yang rendah
• Meningkat kerjasama ekonomi negara anggota
• Meningkatkan kerjasama teknikal negara anggota
• Tidak bergantung kepada negara-negara maju
[4 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri Negara-Negara Selatan.
• Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga
• Mempunyai persamaan latar belakang ekonomi antara negara anggota
• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk proses bahan mentah menjadikan barangan siap
• Perdagangan dengan negara maju tidak adil
• Harga bahan mentah dikawal oleh negara maju
• Kadar faedah pinjaman modal dikenakan tinggi
[8 markah]

(c) Jelaskan tindakan yang diambil oleh Negara-Negara Selatan untuk kemajuan negara anggota.
• Menubuh Sururhanjaya Selatan-Selatan
• Oleh Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad
• Penubuhan kumpulan 15 / G15 pada 1989
• Mengadakan sidang kemuncak G15 di Kualan Lumpur pada 1990
• Merancang projek kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuh Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi di Kuala Lumpur (SITTDEC)
• Menubuh Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP)
• Menubuh kemudahan kredit dan kaknisme kewangan pembiayaan perdagangan
• Mengatasi daripada bergantung kepada negara maju
• Menentukan harga eksport
• Meningkat kerjasama ekonomi negara anggota
[8 markah]

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation