Saturday, June 6, 2009

pantai Sabak dilanda hakisan - Gambar Lama

Gambar lama sewaktu hakisan melanda kampung Pantai Sabak.....Seingat cikgusejarah waktu pertama kali hakisan melanda pantai sabak ialah sewaktu sedang menuntut di universiti tahun ke 2...waktu itu ibu beritahu....rumah telah runtuh kerana hakisan ombak....cikgusejarah terkejut kerana sebelum ini peristiwa hakisan ombak tidak pernah meruntuhkan rumah....Memang rumah cikgusejarah paling hampir dengan laut....dibelakang rumah cikgu sejarah...tempat nelayan mendarat...tiap-tiap pagi cikgusejarh dikejutkan oleh bunyi enjin sangkut perahu nelayan kg pantai sabak untuk turun ke laut. hari jumaan sahaja bunyi tersebut tidak kedengaran.....Sebelum ini hakisan hanya sekejap sahaja....aku pernah tidur...bila malam terjaga kerana terkejut kerana katil dibasahi oleh air ombak pada waktu tengah malam. Cikgusejarah juga pernah lalui pengalaman dinding kedai rumah runtuh ketika ramai pelanggan sedang menjamu selera di waktu tengah malam...di kedia kopi lik ( ayah telah meninggal pada masa tu )..tapi kedia tu org tetap panggil kedia lik sahaja. Sewaktu cikgusejarah sedang membancuh teo ben dan mengangkat mi goreng tiba-tiba "gedegug" bunyi ombak menghempas dinding rumah...air yg cikgusejarah bawa bersama dengan mi terbalik entah ke mana...seorang pelanggang terseliuh kaki kerana kakinya terselit di celah meja...yang lucunya selepas itu...cikgusejarah dan pelanggang tadi...sama-sama baiki dinding yg tercabut tadi....utk dipaku semula....lepas tu mereka oder teo ben dan mi goreng semula...Malam tu tv ada menanyang cerita "kisah benar"kalu tak silap hari tu hari ahad.....itulah pengalaman yg sukar utk dilupakan.......Kisah benar membina rumah ditepi pantai sabak......Malam tu ramai org luar datang.....mereka terkejut tgk keadaan kedai yg penuh air laut....tapi cikgusejarah dan pelanggang relax je duk dalam kedai....tak risau apapun.....tetapi dua tiga hari lepas tu ombek semakin mengganas.....Cikgusejarah dan mak terpaksa mengalah....kami akhirnya perpindah lagi untuk kali ke 2. ( kedia kopi yg kedua selepas setahun rumah kami runtuh kerana hakisan ombak ) satu ekar tanah.....kami berada di dalam laut....Mak masih membayar cukai tanah.....tak apalah katanya tak mahal RM2.50 je.....aku hanya mengikut sahaja....tapi sekarang ni akulah yg membayarnya....

Pantai Sabak yang aku rindukan.........

Inilah wajah kampung ku. kampung pantai sabak....sewaktu aku kecil dan sewaktu aku bersekolah....Dulu...masa bersekolah....ditepi pantai tulah tempat aku belajar dan study.....sehingga aku mampu meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia....kenangan di Pantai sabak.....amat indah...banyak memori yg tersimpan kemas di hati ini.....Sekarang aku sudah kembali ke kampung halaman ke.....kenangan itu sering hadir apabila aku melihat ombak dan pantai....walaupun di Pantai sabak sekarang....pantainya berbatu......

Tuesday, June 2, 2009

Download Skema Jawapan Gerak Gempur Sejarah JPN Kelantan 2009

Terbaru Dapatkan di sini Skema jawapan untuk gerak gempur Sejarah JPN 2009

Klik di sini Untuk Download :


Semua bahan adalah hak cipta JPN Kelantan. Apa2 maklumat adalah untuk membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek sejarah untuk spm 2009. Kepada En Nasir di JPN kelantan. Terima Kasih kerana bahan ini.
cikgusejarah 2009

Wednesday, May 20, 2009

Perlawanan futsal- Kelab Futsal SMK. Kemumin

Kelab Futsal SMK. Kemumin kembali lagi mengegarkan gelanggang Futsal di panji...bersebelah dengan bersebelahan dengan Asia Pacific Crew Resident . ..Panji
Pada malam tersebut....Kelab Futsal SMK. Kemumin menentang Kelab Futsal Bomba...Musuh tradisi....

Pada malam tersebut.....Bilangan gol tak terkira terlalu banyak bagi kedua-dua pihak....

Gol paling pantas di abad ini telah dijaringkan oleh Cikgu Halim (GKB ) Gol paling banyak dijaringkan oleh Cikgusejarah sendiri....malam itu malam yang menjadi bagi cikgusejarah...Shout je terus masuk Gol....

Jumlah Gol yang dijaringkan 
Cikgu Halim GKB ( 1 Gol )
cikgusejarah ( 8 Gol )
Adi Adam kantin ( 4 Gol )
Cikgu Hasnan ( 1 Gol )
Banyak lagi gol yang dijaringkan tetapi tak ingat berapanya jumalah.....yang paling Frust sekali ialah ketua pasukan....gagal menjaringkan sebarang gol....sampai pakai baju pun terbalik.....tapi tak apa...ada lagi peluang.....tak apa cikgu syam....Gamenya baik....banyak bola yg dipassingnya membolehkan cikgusejarah shout gol.......
Pemain yang paling control game....Ustaz mat Hassan...walau tak jaringkan gol...kawalannya memang hebat.........

Thursday, May 14, 2009

Soalan Gerak gempur SPM 2009

1(a) Nyatakan Teori Kedatangan Agama Islam di Asia Tenggara?

Teori Islam datang dari Semananjung TanahArab di kemukan oleh John Crawford
Teori Islam datang dari China dikemukakan oleh Emenual Gadinho Eredia
Teori Islam datang dari India di kemukakan oleh Snouck Hurgronje

1(b ) Apakah bukti teori kedatangan Islam dari Tanah Arab ?

F1    Pedagang Arab  mempunyai pusat perniagaandan petempatan di Canton atau Amoy.

F2    Pedagang Arab mempunyai perniagaan di  negara China dan singgah di pelabuhan utama

        di Asia Tenggara

F3    Kedudukan Asia Tenggara yang strategik terletak di laluan perdagangan.

F4    Pedagang Arab membina perkampunganIslam.

F5    Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.

F6     Para pedagang Islam berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang Islam.

F7     Nilai Islam yang murni menarik minat  penduduk tempatan.

F9     Sifat pedagang Arab yang berhemah tinggi.

1 ( c )Apakah Bukti Teori kedatangan agama Islam dari China?

F1 Canton di China menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan pedagang Arab.

F2  China yang beragama Islam sebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

F3    Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton dan Amoy ke Asia Tenggara.

F4    Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat Kuala Berang.

F5    Penemuan Batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab Kampung Pematang Pasir.

F6    Mubaligh China Islam menyebarkan Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di Indo China dan Pekan, Pahang.

F7      Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina di masjid Nusantara

1 ( d ) Apakah Bukti teori Kedatangan agama Islam menerusi China ?

F1 Hubungan pedagang India dan Asia Tenggara telah lama wujud.

F2   Terdapat hubungan rapat antara India dengan    Asia Tenggara dari segi budaya.

F3     batu marmar pada batu nisan mempunyai ciri buatan India 

Aktiviti Riadah...Cergaskan Minda dan Kesihatan


Sekali sekala bermain Futsal seronok juga dapat tambah kenalan dan jumpa ngan ramai kawan-kawan. Kelab Futsal SMK. Kemumin mengadakan perlawanan Persahabatan Futsal...Seminggu sekali di gelanggan Panji berdekatan dengan Sekolah anak yatim....
Malam itu perlawanan seronok sekali sebab menang lawan bomba

Antara penjaring gol pada malam itu ialah

GKB : Cikgu Halim - Jaringkan Dua gol
Cikgu Hasnan - 3 Gol ( dalam masa lima minit main dah jaringkan 3 gol bayangkan kalu dia main sepenuh masa.....naya pihak lawan
Cikgusejarah - 3 Gol
Cikgu Hisyam - 4 Gol

yang lain-lain tu dah tak ingat sapa yang jaringkan ....banyak sangat Gol....tak terkira....kenapun banyak juga 14 - 13 : SMK Kemumin menang 1 gol sahaja.....
PK.Hem...En.Zulkifli juga main malam tu....Control gamenya hebat....Sesuai dilantik jadi kapten bolasepak......

Friday, May 8, 2009

Sahabat Lama Berkunjung ke Rumah

Seorang sahabat lama Mat yg belajar di UKM telah datang mlawat di rumah cikgusejarah di kampung pantai sabak

Wednesday, April 22, 2009

Analisis Soalan SPM 2008 mengikut Tema

Tema 7 ( Tingkatan 4 )
Tamadun Awal Manusia
Bab 1 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Bab 2 - Peningkatan Tamadun
Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tengga
SPM 2008 - Bab 2 ( Pemerintahan Demokrasi Tamadun Yunani ) – Soalan Struktur
SPM 2008 - Bab 1 ( Ciri-Ciri dan Sumbangan Tamadun Mesir Purba ) – Soalan Esei


Tema 8 ( Tingkatan 4 )
Tamadun Islam dan Perkembangan
Bab 4 - Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah
Bab 6 - Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
SPM 2008 Bab 5 : Perjanjian Hudaibiyah – Soalan Struktur
SPM2008 BAB 4 : Zaman jahiliah - Soalan Esei


Tema 9 ( Tingkatan 4 )
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 9 - Perkembangan di Eropah
Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Nega
SPM 2008 : Bab 10 : Perlombongan Bijih Timah – Soalan esei

Tema 10 ( Tingkatan 5 )
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di AT
Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
SPM 2008 : Bab 2 : Penentangan masyarakat Melayu terhadap kedatangan British

Tema 11 ( Tingkatan 5 )
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka
Bab 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
Bab 8 - Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
SPM 2008 : Bab 8 : Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi – Soalan Esei

Tema 12
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
( Untuk Tema 12 Tiada pilihan Bab, Setiap tahun Soalan daripada Bab 9 ting 5 disoal dalam soalan peperiksaan SPM )

Wednesday, April 8, 2009

Tajuk Popular SPM 2009 Tema 1

Tema 1 : Tajuk Popular SPM 2009 : Kemunculan Agama dan Ajaran Utama dunia

Soalan : Nyatakan kepentingan agama kepada manusia

isi penting jawapan :

1. Satu keperluan Utama kepada manusia
2. Pedoman untum membimbing manusia
3, memenuhi keperluan manusia
4. Satu pegangan atau kepercayaan kepada manusia

Nyatakan 3 Fungsi tuhan di dalam masyarakat Hindu

1. Tuhan Brahman - Tuhan Mncipta
2. Tuhan Vishnu - Tuhan Memelihara
3. Tuhan Siva - Tuhan Membinasa

Mengapakan masyarakat Hindu percaya kepada Hukum Karma

1. Berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup
2. Kelahiran semula selepas mati
3. kelahiran semula adalah bergantung kepada karma

Apakah matlamat utama penganut agama Hindu

1. Untuk mencapai Nirvana atau Moksya
2. iaitu kebebasan mutlak
3. Mencapai tahap ini akan bersatu dengan tuhan
4. Tidak akan di lahirkan semula ke dunia
5. untuk mencapainya penganutnya mestilah membuat kebaikan kepada semua makhluk di dunia

Friday, March 6, 2009

Lokasi Sebenar Jambatan Guillemard

Terdapat percanggahan fakta di dalam buku teks sejarah Tingkatan 3 yang mengatakan jambatan Guillemard Berada di Kuala Krai.
Mengikut Buku : " Perang Dunia Kedua " Peranan Askar Melayu " Tulisan Wan Hasyim Wan Teh Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1993 Menurut Buku tersebut : Jambatan Guillemard yang merentangi Sungai Kelantan di Tanah Merah telah dimusnahkan oleh Tentera British pada 11 Disember 1941.


Gambar : Kelihatan tentera berjalan kaki Jepun sedang menggunakan Jambatan itu untuk menuju ke Kuala Krai ( Mungkin disini kesilapannya...yg mengatakan jambatan Guillemard berada di Kuala Krai : Sebenarnya tentera Jepun gunakan jambatan tersebut untuk menuju ke Kuala Krai
Mengikut Pengetahuan Cikgusejarah, jambatan di Kuala Krai yang dijumpai ialah Jambatan Sultan Ismail. CikguSejarah berada 7 tahun di Kuala Krai..

Monday, March 2, 2009

Download bahan Sejarah - Soalan kertas 1 Ujian mac 2009

Download Soalan Ujian Pengesanan 1 - Ujian Mac 2009 Tingkatan 4 : Klik Disini Untuk Soalan

Perincian : Soalan ini mengandungi 20 Soalan bab 1 dan 20 Soalan bab 2 Tingkatan 4