- Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
- Dibawa oleh Ksyatria / disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
- Dibawa oleh pedagang/vaisya
- Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
- Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
- Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
- Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
- Mana-mana 6 x 1 m
- Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara
- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
- Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
- Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
- Raja berada di puncak pemerintahan
- Di bawahnya terdapat kerabat diraja
- Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
- Di ikuti dengan rakyat
- Hamba golongan paling bawah
- Raja berkuasa mutlak
- Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
- Perintah raja menjadi undang-undang
- Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
- Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
- Raja sebagai bayangan tuhan
- Rakyat takut menderhaka
- Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
- Dipercayai memiliki kesaktian
- Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
- Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
- Wujud adat istiadat pertabalan raja
- Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
- Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
- Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
- Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
- Bertujuan menjadi raja terulung
- Mendirikan kompleks kota
- Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
- Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
- Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
- Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat
- Mana-mana 8 x 1 m
- Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara ?
- Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan
- Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
- Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
- Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
- Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja
- dan undang-undang
- memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang
- menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat batu bersurat di Lembah Bujang
- bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama / bacaan mentera / upacara keagamaan
- perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka / manusia / pahala / rupa / sengsara
- bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
- pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
- pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
- Penceritaan lisan dan wayang kulit
- Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama
- Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen
Saturday, June 20, 2009
Soalan Ramalan SPM 2009 ( Tema 1 )
Ramalan SPM 2009 - Tema 1 ( Bab 1, Bab 2 dan Bab3 Tingkatan 4 )
- Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
- Anyang
- Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
- Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
- Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
- Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
- Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
- Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani
- Mana-mana 2 x 1 m
- Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang
- kepada Dinasti Chou ?
- Kezaliman pemerintah Raja Shang
- Kebangkitan golongan hamba
- Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan
- Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou
- untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?
- Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
- Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
- Diminta melindungi Raja
- Memberikan bantuan tentera pada masa perang
- Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
- Mana-mana 3 x 1 m
- Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho ?
- Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
- Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
- Bertanggungjawab memungut cukai
- Menguruskan pertahanan
- Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing
Saturday, June 6, 2009
pantai Sabak dilanda hakisan - Gambar Lama
Gambar lama sewaktu hakisan melanda kampung Pantai Sabak.....Seingat cikgusejarah waktu pertama kali hakisan melanda pantai sabak ialah sewaktu sedang menuntut di universiti tahun ke 2...waktu itu ibu beritahu....rumah telah runtuh kerana hakisan ombak....cikgusejarah terkejut kerana sebelum ini peristiwa hakisan ombak tidak pernah meruntuhkan rumah....Memang rumah cikgusejarah paling hampir dengan laut....dibelakang rumah cikgu sejarah...tempat nelayan mendarat...tiap-tiap pagi cikgusejarh dikejutkan oleh bunyi enjin sangkut perahu nelayan kg pantai sabak untuk turun ke laut. hari jumaan sahaja bunyi tersebut tidak kedengaran.....Sebelum ini hakisan hanya sekejap sahaja....aku pernah tidur...bila malam terjaga kerana terkejut kerana katil dibasahi oleh air ombak pada waktu tengah malam. Cikgusejarah juga pernah lalui pengalaman dinding kedai rumah runtuh ketika ramai pelanggan sedang menjamu selera di waktu tengah malam...di kedia kopi lik ( ayah telah meninggal pada masa tu )..tapi kedia tu org tetap panggil kedia lik sahaja. Sewaktu cikgusejarah sedang membancuh teo ben dan mengangkat mi goreng tiba-tiba "gedegug" bunyi ombak menghempas dinding rumah...air yg cikgusejarah bawa bersama dengan mi terbalik entah ke mana...seorang pelanggang terseliuh kaki kerana kakinya terselit di celah meja...yang lucunya selepas itu...cikgusejarah dan pelanggang tadi...sama-sama baiki dinding yg tercabut tadi....utk dipaku semula....lepas tu mereka oder teo ben dan mi goreng semula...Malam tu tv ada menanyang cerita "kisah benar"kalu tak silap hari tu hari ahad.....itulah pengalaman yg sukar utk dilupakan.......Kisah benar membina rumah ditepi pantai sabak......Malam tu ramai org luar datang.....mereka terkejut tgk keadaan kedai yg penuh air laut....tapi cikgusejarah dan pelanggang relax je duk dalam kedai....tak risau apapun.....tetapi dua tiga hari lepas tu ombek semakin mengganas.....Cikgusejarah dan mak terpaksa mengalah....kami akhirnya perpindah lagi untuk kali ke 2. ( kedia kopi yg kedua selepas setahun rumah kami runtuh kerana hakisan ombak ) satu ekar tanah.....kami berada di dalam laut....Mak masih membayar cukai tanah.....tak apalah katanya tak mahal RM2.50 je.....aku hanya mengikut sahaja....tapi sekarang ni akulah yg membayarnya....
Pantai Sabak yang aku rindukan.........
Inilah wajah kampung ku. kampung pantai sabak....sewaktu aku kecil dan sewaktu aku bersekolah....Dulu...masa bersekolah....ditepi pantai tulah tempat aku belajar dan study.....sehingga aku mampu meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia....kenangan di Pantai sabak.....amat indah...banyak memori yg tersimpan kemas di hati ini.....Sekarang aku sudah kembali ke kampung halaman ke.....kenangan itu sering hadir apabila aku melihat ombak dan pantai....walaupun di Pantai sabak sekarang....pantainya berbatu......
Tuesday, June 2, 2009
Download Skema Jawapan Gerak Gempur Sejarah JPN Kelantan 2009
Wednesday, May 20, 2009
Perlawanan futsal- Kelab Futsal SMK. Kemumin
Thursday, May 14, 2009
Soalan Gerak gempur SPM 2009
F1 Pedagang Arab mempunyai pusat perniagaandan petempatan di Canton atau Amoy.
F2 Pedagang Arab mempunyai perniagaan di negara China dan singgah di pelabuhan utama
di Asia Tenggara
F3 Kedudukan Asia Tenggara yang strategik terletak di laluan perdagangan.
F4 Pedagang Arab membina perkampunganIslam.
F5 Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
F6 Para pedagang Islam berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang Islam.
F7 Nilai Islam yang murni menarik minat penduduk tempatan.
F9 Sifat pedagang Arab yang berhemah tinggi.
1 ( c )Apakah Bukti Teori kedatangan agama Islam dari China?
F1 Canton di China menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan pedagang Arab.
F2 China yang beragama Islam sebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
F3 Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton dan Amoy ke Asia Tenggara.
F4 Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat Kuala Berang.
F5 Penemuan Batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab Kampung Pematang Pasir.
F6 Mubaligh China Islam menyebarkan Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di Indo China dan Pekan, Pahang.
F7 Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina di masjid Nusantara
1 ( d ) Apakah Bukti teori Kedatangan agama Islam menerusi China ?
F1 Hubungan pedagang India dan Asia Tenggara telah lama wujud.
F2 Terdapat hubungan rapat antara India dengan Asia Tenggara dari segi budaya.
F3 batu marmar pada batu nisan mempunyai ciri buatan India
Aktiviti Riadah...Cergaskan Minda dan Kesihatan
Sekali sekala bermain Futsal seronok juga dapat tambah kenalan dan jumpa ngan ramai kawan-kawan. Kelab Futsal SMK. Kemumin mengadakan perlawanan Persahabatan Futsal...Seminggu sekali di gelanggan Panji berdekatan dengan Sekolah anak yatim....
Malam itu perlawanan seronok sekali sebab menang lawan bomba
Antara penjaring gol pada malam itu ialah
GKB : Cikgu Halim - Jaringkan Dua gol
Cikgu Hasnan - 3 Gol ( dalam masa lima minit main dah jaringkan 3 gol bayangkan kalu dia main sepenuh masa.....naya pihak lawan
Cikgusejarah - 3 Gol
Cikgu Hisyam - 4 Gol
yang lain-lain tu dah tak ingat sapa yang jaringkan ....banyak sangat Gol....tak terkira....kenapun banyak juga 14 - 13 : SMK Kemumin menang 1 gol sahaja.....
PK.Hem...En.Zulkifli juga main malam tu....Control gamenya hebat....Sesuai dilantik jadi kapten bolasepak......
Friday, May 8, 2009
Sahabat Lama Berkunjung ke Rumah
Sunday, April 26, 2009
Saturday, April 25, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Analisis Soalan SPM 2008 mengikut Tema
Tamadun Awal Manusia
Bab 1 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Bab 2 - Peningkatan Tamadun
Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tengga
SPM 2008 - Bab 2 ( Pemerintahan Demokrasi Tamadun Yunani ) – Soalan Struktur
SPM 2008 - Bab 1 ( Ciri-Ciri dan Sumbangan Tamadun Mesir Purba ) – Soalan Esei
Tema 8 ( Tingkatan 4 )
Tamadun Islam dan Perkembangan
Bab 4 - Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah
Bab 6 - Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
SPM 2008 Bab 5 : Perjanjian Hudaibiyah – Soalan Struktur
SPM2008 BAB 4 : Zaman jahiliah - Soalan Esei
Tema 9 ( Tingkatan 4 )
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 9 - Perkembangan di Eropah
Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Nega
SPM 2008 : Bab 10 : Perlombongan Bijih Timah – Soalan esei
Tema 10 ( Tingkatan 5 )
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di AT
Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
SPM 2008 : Bab 2 : Penentangan masyarakat Melayu terhadap kedatangan British
Tema 11 ( Tingkatan 5 )
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka
Bab 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
Bab 8 - Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
SPM 2008 : Bab 8 : Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi – Soalan Esei
Tema 12
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
( Untuk Tema 12 Tiada pilihan Bab, Setiap tahun Soalan daripada Bab 9 ting 5 disoal dalam soalan peperiksaan SPM )
Wednesday, April 8, 2009
Tajuk Popular SPM 2009 Tema 1
Soalan : Nyatakan kepentingan agama kepada manusia
isi penting jawapan :
1. Satu keperluan Utama kepada manusia
2. Pedoman untum membimbing manusia
3, memenuhi keperluan manusia
4. Satu pegangan atau kepercayaan kepada manusia
Nyatakan 3 Fungsi tuhan di dalam masyarakat Hindu
1. Tuhan Brahman - Tuhan Mncipta
2. Tuhan Vishnu - Tuhan Memelihara
3. Tuhan Siva - Tuhan Membinasa
Mengapakan masyarakat Hindu percaya kepada Hukum Karma
1. Berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup
2. Kelahiran semula selepas mati
3. kelahiran semula adalah bergantung kepada karma
Apakah matlamat utama penganut agama Hindu
1. Untuk mencapai Nirvana atau Moksya
2. iaitu kebebasan mutlak
3. Mencapai tahap ini akan bersatu dengan tuhan
4. Tidak akan di lahirkan semula ke dunia
5. untuk mencapainya penganutnya mestilah membuat kebaikan kepada semua makhluk di dunia