Tuesday, October 4, 2011

Tajuk - Tajuk Peruncingan Sejarah SPM 2011

TAJUK-TAJUK PERUNCINGAN SEJARAH SPM 2011 BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN ANTARA NEGERI

TINGKATAN 4

BAB 1

1) Tamadun Indus (SBP/Melaka)

a. Nama bandar terancang

b. Ciri/Keistimewaan bandar terancang

c. Kegiatan ekonomi masyarakat Indus

d. Sumbangan Tamadun Indus

e. Cara masyarakat tamadun Indus berjaya membina Bandar terancang

f. Cara mengekalkan kebersihan dan keceriaan Bandar (KBKK)

g. Ciri bandar terancang di tempat tinggal anda (KBKK)

BAB 2

1) Pemerintahan & Pentadbiran Tamadun Yunani (Pahang/Perlis)

a. Sistem pemerintahan & pentadbiran sebelum sistem demokrasi

b. Cara amalan demokrasi dalam tamadun Yunani

c. Kebaikan sistem demokrasi (KBKK)

d. Bentuk pemerintahan diamalkan tamadun Yunani

2) Peningkatan Tamadun China ( Johor )

a. Bentuk pemerintahan Dinasti Chin

b. Undang/ Falsafah Legalisme Dinasti Chin

c. Nama Maharaja yang membina Tamadun Chin

d. Cara meluaskan kuasa

e. Sebab perlu mematuhi peraturan dan undang –undang negara ( KBKK )

3) Peningkatan dalam bidang Ekonomi & Sosial (MRSM/Perlis/Johor/ N.9/Kelantan/Selangor)

a. Sumbangan Tamadun China dalam bidang ekonomi

b. Sistem pendidikan Tamadun China

c. Sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian

d. Sumbangan Tamadun China dalam bidang seni bina

e. Iktibar daripada peningkatan Tamadun China dalam pendidikan (KBKK)

f. Iktibar daripada perkembangan ekonomi Tamadun China dan India untuk menjadikan Malaysia negara maju ( KBKK )

g. Ciri/Kepentingan pendidikan zaman Vedik (tamadun India)

h. Kegiatan ekonomi Tamadun India

i. Maksud stresthin

j. Seni bina tamadun Yunani

k. Langkah memajukan negara (KBKK/Perlis/Selangor)

l. Kepentingan bidang pendidikan dan pertanian kepada Negara (KBKK)

BAB 3

1) Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal (Terengganu/Perak/Perlis/Johor)

a. Cara-cara kedatangan/penyebaran pengaruh agama Hindu Buddha ke AT

b. Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan & Pentadbiran

c. Kepentingan/peranan Bahasa Sanskrit dalam Kerajaan Awal

d. Maklumat pada Batu Bersurat di Tapak Sejarah Awal Asia Tenggara

e. Kepentingan candi/monumen

f. Pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini (KBKK)

g. Langkah mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia (KBKK)

h. Cara mempertahankan kebudayaan kebangsaan oleh generasi muda (KBKK)

i. Cara mengekalkan bangunan bersejarah

2) Kerajaan Maritim ( Kedah )

a. Ciri-ciri kerajaan Srivijaya

b. Faktor perkembangan Kedah Tua

c. Usaha memajukan bidang maritim di negara kita ( KBKK )

BAB 5

1) Perjanjian Aqabah (Perak/ Johor/Selangor )

a. Pihak yang terlibat dalam perjanjian Aqabah 1 & 2

b. Isi Perjanjian Aqabah 1 & 2

c. Kesan Perjanjian Aqabah 1 & 2

d. Iktibar daripada Perjanjian Aqabah (KBKK)

e. Keadaan masyarakat Madinah sebelum hijrah

2) Hijrah (MRSM / Kedah )

a. Sebab Hijrah

b. Hujah menyangkal orientalis Barat

c. Kepentingan Hijrah

d. Konsep hijran yang boleh diamalkan oleh pelajar ( KBKK )

3) Piagam Madinah (SBP)

a. Isi kandungan Perjanjian Piagam Madinah

b. Kepentingan Piagam Madinah

c. Iktibar yang boleh dicontohi daripada sikap masyarakat Madinah (KBKK)

4) Pembukaan Semula Kota Makkah (Perlis/Kelantan)

a. Faktor pembukaan semula Kota Makkah

b. Faktor yang membawa kejayaan kepada pembukaan

c. Kepentingan pembukaan semula kota Makkah

d. Usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia (KBKK)

e. Keperluan keamanan dan kesejahteraan dikekalkan (KBKK)

5) Penyebaran Islam ( N.9 )

a. Strategi penyebaran Islam di Madinah

b. Tindakan Arab Quraisy menghapuskan kerajaan Islam Madinah

c. Situasi/Keadaan membenarkan peperangan dalam Islam

d. Garis panduan dalam peperangan

e. Peranan pemimpin mengharmonikan negara

BAB 6

1) Kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin (Terengganu)

a. Sifat peribadi Khalifah Uthman bin Affan r.a.

b. Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan r.a.

c. Latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

d. Bukti Khalifah Ali bin Abu Talib r.a berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara.

e. Konsep Syura dalam Islam ditekankan dalam pemilihan pemimpin (KBKK)

2) Kerajaan Bani Abbasiyah (Pahang/Melaka)

a. Nama pemerintah pada zaman kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah

b. Peranan Kota Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu

c. Peranan Baitul Hikmah

d. Kepentingan berbahasa asing dalam kegiatan penulisan kerajaan Abbasiyah

e. Faktor kejayaan kerajaan Bani Abbasiyah sebagai pusat intelektual

f. Cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu (KBKK)

3) Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia ( Jonor )

a. Cara- cara pertembungan

b. Kesan pertembungan

c. Sebab negara perlu memberi penekanan kepada pendidikan

BAB 8

1) Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosio-budaya (Terengganu/Kelantan/Selangor)

a. Ciri Pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu tradisional

b. Cara pendidikan formal dilaksanakan dalam masyarakat Melayu tradisional

c. Perkembangan Institusi Pendidikan formal di Tanah Melayu

d. Peranan Madrasah dalam pendidikan formal

e. Kepentingan pendidikan untuk kegemilangan Negara dan bangsa Malaysia (KBKK)

f. Langkah melahirkan masyarakat berilmu di negara kita (KBKK)

a. Pengaruh Islam dalam pelantikan dan pertabalan Raja

b. Pengaruh Islam menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat

c. Nama majlis yang bercirikan Islam dalam masyarakat Melayu

d. Usaha untuk meneruskan nilai hidup Islam (KBKK)

2) Pengaruh Islam terhadap Ekonomi (MRSM / N.9/ Kedah )

a. Perkembangan perdagangan di Alam Melayu sebelum kedatangan Barat

a. Pengaruh Islam dalam bidang perdagangan

b. Sebab Melaka menjadi pusat perdagangan abad ke-15

c. Maksud sistem barter

d. Ciri-ciri wang timah di Melaka

e. Ciri-ciri/ penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu

f. Jenis-jenis cukai yang dikenakan kepada pedagang di Melaka

g. Peranan Baitul Mal

h. Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh usahawan (KBKK)

i. Cadangan mengembalikan kegemilangan negara dalam perdagangan ( KBKK )

j. Langkah menjadikan Malaysia sebuah pelabuhan utama

3) Pengaruh Islam Dalam Politik (Perak)

a. Pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu

b. Kedudukan raja dalam pemerintahan

c. Keperluan mempertahankan institusi beraja (KBKK)

BAB 9

1) Zaman Gelap & Ciri-ciri (SBP)

a. Maksud zaman Gelap

b. Ciri-ciri zaman Gelap

c. Persamaan sistem feudal masyarakat Eropah dan Melayu.

d. Iktibar daripada pembelajaran zaman Gelap

BAB 10

1) Dasar British Terhadap Pertanian (Terengganu/Pahang/Perlis/Kedah/Kelantan/Melaka)

a. Ciri/Peraturan pemilikan tanah masyarakat Melayu sebelum kedatangan British

b. Sistem pemilikan tanah selepas kedatangan Barat

c. Undang-undang tanah yang diperkenalkan British di Tanah Melayu/Tujuan

d. Sebab Akta Tanah Simpanan Melayu digubal/ sebab perlu dikekalkan pada masa kini (KBKK)

e. Syarat yang terkandung dalam Akta Tanah Simpanan Melayu

f. Cara mengekalkan hak milik tanah pusaka (KBKK)

g. Enakmen Tanah Padi British 1917

h. Dasar British terhadap pekebun kecil

i. Kesan undang-undang tanah British terhadap orang Melayu

j. Langkah memajukan tanah terbiar (KBKK/Perlis)

k. Akta Tanah yang melindungi tanah milik peribumi Sarawak

l. Jenis-jenis tanah yang diperkenalkan British mengikut kegunaan dan nilai komersial

m. Jenis-jenis tanah dalam Land Order di Sarawak

n. Kepentingan mempertahankan tanah (KBKK)

o. Kesan jika kerajaan tidak memperkenalkan undang-undang tanah pada hari ini (KBKK)

2) Kesan-kesan Dasar Ekonomi (MRSM / N. 9/Selangor)

a. Faktor kemunculan Bandar baru

b. Kesan pembandaran kepada orang Melayu

c. Pembentukan masyarakat majmuk

d. Langkah mengawal wabak penyakit

e. Cadangan meningkatkan tahap kesihatan penduduk Malaysia (KBKK)

f. Ciri-ciri Pendidikan Vernakular

g. Perkembangan system pendidikan Venakular

h. Cara mengisi Kemerdekaan (KBKK)

3) Penggunaan Tenaga Buruh Luar (Perak/SBP)

a. Sebab kedatangan Imigran

b. Cara kemasukan buruh India & Cina

c. Kesan kedatangan

d. Usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Monday, October 3, 2011

Soalan 1 : Skema Percubaan Kelantan

SOALAN 1

a) Nyatakan sebab pembukaan semula kota Makkah.

Tempat kelahiran Nabi Muhamad s.a.w

Tempat lahirnya agama Islam

Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah

Pihak Arab Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama

Pihak Arab Quraish membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam

Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran islam

Kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap

[mana-mana 2x1m]

b) Jelaskan faktor yang membawa kejayaan kepada pembukaan semula kota Mekah.

Strategi peperangan yang berkesan

Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam

Orang Islam tidak mendapat apa-apa rintangan yang besar

Pengislaman Abu Sufian / Abbas

Orang Arab Quraisy yang lain turut memeluk Islam

Nabi Muhamad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada orang Arab Quraisy yang terkepung

[mana-mana 3 x1m]

c) Apakah kepentingan pembukaan semula kota Mekah kepada umat Islam?

Mewujudkan perpaduan pelbagai kaum di Makkah

Menunjukkan sifat pemaaf / tidak membalas dendam Nabi Muhamad s.a.w

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliyah

Agama menyembah berhala dihapuskan

Masyarkat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam

Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam

Membuktikan negara Islam Madinah begitu kukuh

Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab

Dakwah Islam tersebar secara aman

Agama Islam dipeluk secara sukarela

Mewujudkan pemerintahan Islam yang kuat

Makkah menjadi wilayah Islam


d) Pada pendapat anda , mengapakah keamanan dan kesejahteraan negara perlu

dikekalkan ?

Mewujudkan kehidupan harmoni

Menjamin keselamatan

Mengelakkan penjajahan

Memajukan ekonomi negara

Menarik pelabur asing

Mengekalkan kestabilan politik

[mana-mana yang munasabah]

[mana-mana 2x1m]


Saturday, September 10, 2011

Posted by Picasa

Soalan Target SPM dan Percubaan SPM 2011

Bab 10 – Soalan Struktur

Soalan 1

a) Nyatakan dua ciri penting sistem tanah yang terdapat di Tanah Melayu sebelum

Kedatangan British ( 2 M )

F1 pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama

F2 Segala urusan tanah mestilah mendapat kebenenaran daripada para

pembesar Melayu

F3 Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunjang kedudukan sosial

pembesar Melayu

F4 Tanah akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan

tanah tersebut.

F5 Tanah tersebut kemudiannya akan diwarisi oleh generasi yang

terkemudian.

b) Mengapakah British mengubah sistem pemilikan tanah yang telah sedia ada

Tanah Melayu ( 2 M )

F1 Sistem pemilikan tanah yang dipratikan oleh orang Melayu tidak sesuai

dengan system tanah di barat.

F2 Sistem tanah tersebut tidak mempunyai rekod dan catatan

F3 Tiada bukti untuk mengesahkan hak tanah tersebut

F4 Ia juga untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti cukai dan

sebagainya

F5 Tanah mengikut konsep barat boleh dicagarkan bagi mendapatkan modal

F6 Ia juga untuk memudahkan kerja pentadbiran dan pembangunan

ekonomi.

c) Apakah syarat-syarat yang terdapat di Akta Tanah Simpanan Melayu ( 2 M )

F1 Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu

sebagai Tanah Simpanan Melayu

F2 Tidak boleh dijual atau dipajakgadai kepada bukan melayu

F3 ia juga tidak boleh ditukar milik kepada orang bukan Melayu

F4 Orang Melayu juga tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di atas

Tanah Simpanan melayu

d)

Buku Teks T.4 Hal.258 - 260

Nyatakan dua jenis tanah yang terdapat dalam Land Order 1948 di Sarawak ( 2 M )

F1 Tanah Campuran

F2 Tanah Simpanan

F3 Tanah pendalaman

e) Sebagai seorang rakyat Negara Malaysia, apakah pentingnya kita mempertahankan hak tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?

F1 Keamanan Negara

F2 Mengekalkan kedaulatan Negara

F3 Menjamin kekayaan sama rata

F4 mengekalkan hak warisan bangsa