Tuesday, May 20, 2014

Soalan dan Jawapan PKBS 2

1
“Tamadun Rom amat terkenal kerana pembinaan kemudahan untuk rakyatnya”

(a)
 Nyatakan dua ciri pemerintahan Majlis Perbandaran di setiap bandar di Rom.  



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(b)
Berikan dua kemudahan yang dibina oleh pemerintah Rom untuk rakyatnya.



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(c)
Apakah tujuan pelantikan dua orang Konsul dalam tamadun Rom.



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(d)
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Julius Caesar?    



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(e)
Berdasarkan pengkajian  anda, bagaimanakah Augustus Caesar berjaya menguasai tamadun Rom dan melaksanakan pemerintahan diktator?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]







2

Tarikh

Pembentukan Kerajaan

750 M


Kerajaan Bani Abbasiyah

(a)
 Bagaimanakah berlakunya pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(b)
 Namakan dua orang khalifah kerajaan Bani Abbasiyah.      



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(c)
Berikan dua peranan penting kerajaan Bani Abbasiyah  sebagai pusat kegiatan intelektual.   



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(d)
Nyatakan dua bahasa yang sering dijadikan subjek utama dalam kegiatan terjemahan.



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[ 2 markah]





(e)
Apakah pendapat anda tentang kegigihan masyarakat pada zaman tersebut
mengembangkan ilmu pengetahuan.  



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]










3

Sebelum Kedatangan Imperialisme Barat
Beraja

Selepas Kedatangan Imperialisme Barat
Birokrasi Barat









(a)
Nyatakan dua ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan
di Asia Tenggara.       



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(b)
Berikan dua tugas utama Encomiendero yang diperkenalkan di Filipina.    



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(c)
Mengapakah sistem di atas amat dibenci oleh rakyat Filipina?         



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(d)
Berikan dua sebab Thailand berjaya mengekalkan wilayahnya daripada Pengaruh Barat.  



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(e)
Apakah sikap yang perlu ada pada kita untuk mengelakkan kita dijajah oleh kuasa Barat?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]






4
Pembinaan negara Islam Madinah
Pembinaan negara Malaysia
Unsur penyatuan

(a)
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW membina negara Islam Madinah?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



(iii)
           
…………………………………………………………………………...



[3 markah]





(b)
Apakah yang dibuktikan oleh pembentukkan kerajaan Islam Madinah?      



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



(iii)

…………………………………………………………………………...



[3 markah]





(c)
Bagaimanakah pemimpin negara kita membentuk negara Malaysia?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]





(d)
Berdasarkan pengetahuan sejarah, apakah kesan jika negara kita dibentuk dengan cara kekerasan dan peperangan?



(i)

…………………………………………………………………………...



(ii)

…………………………………………………………………………...



[2 markah]






Bahagian B
Soalan Esei
5
Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh Kerajaan awal di seluruh Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh Hindu Buddha, antaranya ialah monumen

(a)
Apakah yang anda faham dengan monumen?                                                              [4 markah]




(b)
Jelaskan kepentingan monumen kepada penduduk tamadun awal.
                                                                                                        [10 markah]




(c)
Berdasarkan pemerhatian anda, bagaimanakah penduduk Asia Tenggara menggunakan  pengaruh luar untuk membentuk  ketamadunan bangsa                                                                   
                                                                                                        [6 markah]



6
Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting dan terkemukan pada abad ke 15 Masihi.


(a)
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan sejak abad ke-12 hingga ke-18?  
                                                                                                       [8 markah]




(b)
Jelaskan sistem cukai yang telah diamalkan di Melaka.                [8 markah]

    

(c)

Pada pendapat anda, apakah langkah yang harus dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah pelabuhan utama di dunia?
[8 markah]



7
Kerajaan British sememangnya berhasrat untuk mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam kerangkan Ekonomi penjajah.

(a)
Terangkan apakah langkah-langkah yang dijalan oleh British untuk mencapai hasrat tersebut? ( 8M )




(b)
Jelaskan apakah kesannya terhadap orang Melayu ? ( 8M )




(c)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda tentang penjajahan barat  di Tanah Melayu, nyatakan apakah iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk membawa kemajuan kepada Negara Malaysia?





8


(a)
Terangkan empat faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu?    [8 markah]




(b)
Nyatakan isu-isu yang yang dibangkitkan oleh akhbar pada lewat abad ke-20 berkaitan dengan isu pendidikan.                                                              
                                                                                                                  [8 markah]




(c)
Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita.
           [4 markah]
9
Pewaris Kesultanan Melayu Melaka
Perak
Pahang









(a)
Jelaskan warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan oleh negeri Johor, Perak, dan Pahang.                                                         
                                                                                                        [8 markah]






(b)
Nyatakan ciri-ciri utama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.                          [6 markah]






(c)
Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.
                           [6 markah]

10
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengantikan pentadbiran Malayan Union atas desakan orang Melayu.


(a)
Jelaskan empat faktor yang menyebabkan terbentuknya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.                                                             
                                                                                                         [8 markah]






(b)
Nyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.                                                                                                          [8 markah]






(c)
Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?
                                                                                   
                                                                                                         [4 markah]

11

Ditandatangani pada 15 Ogos 1957 antara Raja-raja Melayu dan British.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
 








(a)
Nyatakan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.   [8 markah]






(b)
Jelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu .      [6 markah]
           






(c)
Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai Kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ?

                                                                                                      [6 markah]





1
(a )

F1

F2
F3

Pilih mana-mana dua
Majlis Perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
Kewujudan majlis ini telah membawa kemajuan dan
keselesaan kehidupan di bandar.


(b)

F1
F2
F3
F4
F5
F6

Pilih mana-mana dua
Bekalan air.
Sistem pemanas.
Rumah ibadat.
Teater dan sarkas.
Tempat berdialog.
Rumah mandi awam.



(c )

F1
F2
F3


Pilih mana-mana dua
Menjamin kedaulatan.
Menjaga kebajikan rakyat.
Ia juga untuk mengelakkan salah seorang daripada konsul ini    mempunyai pengaruh yang lebih kuat.


(d)

F1
F2


F3

F4

F5


F6
Pilih mana-mana dua
Julius Caesar yang mencapai taraf empayar.
Beliau merupakan seorang ketua tentera yang agung dan terkenal kerana kejayaanya meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan Jerman.
Pada tahun 59 S.M, beliau telah dilantik sebagai praeotor dan seterusnya telah menjadi seorang konsul.
Setelah berjaya mengalahkan Jeneral Pompey, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai diktator.
Pemerintahan empayar  telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya.
Julius telah menjadi seorang diktator yang menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.



(e)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7


Pilih mana-mana dua
Berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat
Sentiasa meninjau keadaan rakyat
Bersifat realistik dalam memenuhi tuntutan rakyat
Bersederhana dalam kehidupan
Tidak mementingkan keluarga
Keutamaan rakyat di dahulukan
Rakyat didahulukan
Mana-mana jawapan yang muasabah



2
(a)

F1

F2

F3
                  

F4

F5

F6


F7


F8

F9

F10

F11

F12

F13
Pilih mana-mana dua
Kerajaan Bani Abbasiyah telah muncul selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.
Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah adalah disebabkan berlakunya penentangan di dalam dan luar negara.
Sikap tidak puas hati golongan yang bukan berketurunan Arab (golongan malawi) seperti bangsa Parsi, dan Barbar yang telah didiskriminasi oleh pemerintah Umaiyah. Mereka tidak diberi tempat   dalam kerajaan walaupun mempunyai kelayakan.
Golongan ini juga telah dikenakan cukai yang tinggi daripada orang Islam lain yang berketurunan Arab.
Golongan mawali telah menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah untuk menentang pemerintahan Bani Umaiyah.
Khalifah kerajaan Bani Umaiyah juga tidak mempedulikan tentang rakyatnya, disamping mengabaikan ajaran Islam, sikap ini telah menimbulkan kemarahan rakyat.
Golongan Syiah (menyokong Ali) dan Khawarij (menentang Ali) telah menentang kerajaan bani Umaiyah kerana amalan pemilihan khalifah yang menggunakan sistem warisan.
Ini semua telah menjadi penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.
Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit.
Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara terbuka.
Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad SAW) untuk mendapatkan sokongan.
Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan Salamah al-Khallal yang berpusat di Kufah.
Pada tahun 750 M, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.


(b)

F1
F2
F3
F4
Pilih mana-mana dua
Abu Abbas al-Saffah (750 -754 M).
Abu Jaafar al-Mansur (754 – 775 M).
Harun al-Rasyid (786 – 809 M).
Abdullah al-Makmun (813 – 833 M).


(c)

F1

F2

F3



F4

F5

F6

F7


F8



F9


F10     
Pilih mana-mana dua
Kota Baghdad telah memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun.
Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.
Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa, dan sastera yang serba boleh serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik, perubatan, seni muzik, dan falsafah.
Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid iaitu Baitulhikmah.
Institusi ini telah mengalami perkembangan yang pesat  semasa pemerintahan Al-Makmun.
Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memterjemahkan karya falsafah dan sains terutamanya bahasa Yunani.
Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahasa Yunani, Sanskrit dan Suriani telah mengalakkan lagi perkembangan intelektual pada waktu itu.
Golongan ulama juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya pada tahun 761 M, ramai ulama telah mula menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fekah, tafsir, sejarah, dan sebagainya.
F Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan sahaja memterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Mereka juga telah membuat penambahan dan pembaharuan yang sangat tinggi nilainya.

(d)

F1
F2
F3
Pilih mana-mana dua
Yunani
Sanskrit
Suriani

(e)

F1
F2
F3
Pilih mana-mana dua
Umat Islam harus menguasai segala bidang ilmu.
Kita seharusnya memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
Kebijaksanaan pemerintah pada waktu tersebut harus dicontohi oleh pemimpin pada zaman ini.


3
(a)

F1
F2
F3

F4
F5

Pilih mana-mana dua
Penubuhan Kerajaan Pusat.
Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahan.
Pelantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah Jajahan.
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (Jabatan).
Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.
Pengenalan undang-undang Barat.

(b)

F1
F2
F3       
Pilih mana-mana dua
Menjaga keselamatan.
Mengutip cukai.
mengkristiankan penduduk barangay.
`
(c)
F1
F2
Cukai yang tinggi.
Kerahan tenaga yang menyusahkan rakyat Filipina.


(d)

F1

F2


F3

F4

F5




F6

F7

F8


F9
Pilih mana-mana dua
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.
Raja Mongkut telah melantik  80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.
Raja Mongkut juga telah melantik penasihat kewangan, pegawai pelabuhan, dan polis dari Britain.
Sementara itu penasihat  kastam dan ketenteraan dibawa dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut dengan memperkenalkan  Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi, dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.
Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara.
Juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam
perbendaharaan negara.
Keadaan ini telah menyebabkan telah muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berasaskan tahap pendidikan mereka.
Sistem raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem raja
berperlembagaan pada tahun 1932.


(e)

F1 F2
F3 F4
F5       
Pilih mana-mana dua
Bersifat terbuka.
sanggup menerima perubahan.
Tidak bertindak mengikut nafsu.
Bermesyuarat.
Semangat perpaduan.


4
(a)

F1

F2

F3


F4

Pilih mana-mana tiga
Pembentukan kerajaan Islam adalah berdasarkan persaudaraan Islam dan bukannya berasaskan bangsa seperti di Eropah atau Barat.
Nabi Muhammad SAW telah menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan Islam.
Piagam Madinah yang telah dibentuk telah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum seperti Yahudi, Kristian, dan orang Arab.
Kerajaan Islam yang dibentuk di Madinah adalah berdasarkan diplomasi, musyawarah, dan permuafakatan.

(b)
F1
F2
F3
Ia telah membuktikan bahawa amalan kerjasama dan
permuafakatan antara pemimpin dengan rakyat yang
akan menjamin keutuhan sebuah negara dan bangsa.


(c)

F1

F2
F3
F4
F5

Pilih mana-mana dua
Pembentukan negara kita Malaysia pula adalah berkat kebijaksanaan pemimpin dan
tidak melibatkan pertumpahan darah.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan melalui cara rundingan,
pakatan murni,
dan tolak ansur antara tiga kaum terbesar di negara kita.


(d)

F1
F2
F3
F4

Pilih mana-mana dua
Rosak harta benda.
Ramai nyawa terkorban.
Rakyat akan menderita.
Keadaan menjadi tidak aman.


Esei

5
(a)
F1
H1a
F2
H2a
F3
Ia merupakan sebuah bangunan.
Diperbuat daripada batu.
Bertujuan untuk tujuan memperingati orang ternama
atau peristiwa penting.
Contoh monumen ialah candi, iaitu kuil, wat atau stupa, arca, dan patung.
[4 markah]


 (b)
F1

F2

F3

F4
H4a
F5

F6

H6a

F7

H7a

F8

F9
F10      
Candi adalah monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha dan ia berperanan sebagai rumah ibadat.
Candi atau monumen juga digunakan sebagai tempat menyimpan abu mayat atau jenazah diraja dan keluarganya.
Ia juga sebagai tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.
Ia menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah
berdasarkan kehebatan seni binanya.
Candi Angkor Wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep orde kosmos.
Candi Angkor Wat dibina oleh Suryarvarman II yang bertujuan untuk
menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II,
kerana kejayaannya mengalahkan Champa dan menyatukan Kampuchea.
Candi ini terdapat di Kemboja yang dibina untuk tujuan penyembahan agama Hindu
yang melambangkan Orde Kosmos. Ia terletak enam kilometer ke Utara Siem Reap.
Mereka membina monumen berbentuk piramid sebagai tempat bersemadi roh diraja.
Ia melambangkan ketinggian nilai seni dan kepakaran pengukirnya.
Angkor Wat adalah satu monumen yang mencerminkan keagungan sebuah kerajaan yang amat berpengaruh dan kuat.
[8 markah]





Monday, May 5, 2014

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai Bidang - Jawapan Soalan no. 5 Kertas 3 Peperiksaan PKBS 2 Ting 4

Kejayaan Malaysia

Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang telah mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kemajuan negara pada hari ini telah menempa nama
di seantero dunia. Bincangkan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan
luar biasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah
perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, aeroangkasa,
pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan. Kejayaan-kejayaan
luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di
persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu
menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang barat yang jauh lebih maju
daripada kita. Kejayaan Malaysia dalam pelbagai mampu menyuntik
semangat ingin cuba dalam kalangan anak watan untuk meneroka
bidang-bidang yang baru. Secara tidak langsung, Malaysia mampu berusaha
untuk mencapai kejayaan mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan
mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia,
terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu
Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua
Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton
Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah
menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri
setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang
dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan
lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat
Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti
Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport
kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya,
pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta
penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam
Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.
Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan
Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan
negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala
Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini
mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka
bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi
sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat
telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini
merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian
452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli
dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai cirri-ciri
keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika
berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong
mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri istimewa
menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak
pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun.


Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila
kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I
dan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan
mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran
satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang
mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn
permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober
2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama
telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini
telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar
mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar
Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk
menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh negara.
Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains
tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam
bidang angkasawan.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa
nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem
pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh
Raya Utara-Selatan dan Terowong ***ART. KLIA ialah lapangan terbesar di
negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di
rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang
pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service
Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL).
Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT),
KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada
pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan
teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong ***ART dibina di
Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang ***ART merupakan lencongan air
yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan
perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer. Pembinaan terowang ini
bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama
Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di
Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang
pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga
merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia
sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah
menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk
menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy,
nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee
Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton
professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton
di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang.
Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di
Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam
acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain
badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di
China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh
pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

Secara keseluruhannya, kejayaan manusia dalam pelbagai bidang telah
meningkatkan imej negara Malaysia di seluruh dunia. Pencapaian luar
biasa dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan pencakar langit,
bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang
sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang
ditempa oleh orang barat. Sebenarnya kejayaan luar biasa ini juga
membangkit semangat bangsa Malaysia lebih berani “berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah” dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Oleh
itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia menghadapi segala cabaran
untuk mencapai wawasan 2020. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha
gigih, bangga dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pelbagai pihak
bagi memajukan negara dalam pelbagai bidang.

Pelancongan

   Malaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut.

Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih.
Pulau Langkawi yang mempunyai pantai yang cantik. 
   Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan oleh kerajaan hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita pada setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya. Usaha ini telah membawa hasil yang lumayan kepada negara kita. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa, Gejara St. Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya.
Kota A Famosa
Gejara St. Paul

   Pelbagai pencapaian dan pengiktirafan telah didapatkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang membuktikan perkembangan negara kita dalam bidang pelancongan.
Menunjukkan kebudayaan Malaysia yang unik telah mengharumkan nama negara kita.
Lama Web Rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia telah mencapai tahap yang tinggi.

Ekonomi

   Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

   Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

   Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.
Menara Kembar Petronas
Menara Kuala Lumpur
    Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.
Proton Inspira yang canggih dan berkualiti
Perodua Myvi yang berkualiti. berharga rendah dan pernah laris dijual di pasaran.

   Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan sama ada di luar bandar atau bandar supaya seluruh rakyat di Malaysia dapat menikmati kemudahan yang sempurna.

Pendidikan

   Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak adalah satu sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu oleh itu pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan. Sistem pendidikan vernakular dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Setiap sekolah yang didirikan dahulu merupakan sekolah yang khusus untuk kaum tertentu dan ini menyebabkan kemunculan empat jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.
   
   Selepas merdeka, pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pengenalan pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957 - 1967. Selain itu, beberapa buah pusat latihan harian dan maktab-maktab yang baru juga ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru. Contohnya ialah : Maktab Teknik di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan Gaya, Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.
   
   Di Semenanjung Malaysia, latihan guru bagi sekolah menengah dan rendah adalah berasingan. Latihan-latihan guru dijalankan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. 
Maktab Perguruan Kota Bahru
Maktab Perguruan Gaya


Maktab Perguruan Sultan Idris









Bagi menambahkan keupayaan guru terlatih maktab latihan harian ditubuhkan di Alor Setarm Taiping, Ipoh, Teluk Anson(Teluk Intan, Seremban, Melaka, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu. Jawantankuasa Mengkaji Latihan Perguruan juga telah ditubuhkan pada tahun 1969. Selepas merdeka, guru lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat-pusat latihan guru. Kanak-kana kewarganegaraan Malaysia mulai masuk Tahun Satu di sekolah rendah pada umur 7 tahun dan mengikuti persekolahan selama 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa bebas menghantar anak-anak ke sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Walaubagaimanapun, seluruh murid-murid sekolah rendah wajib mengikuti KBSR dan murid-murid sekolah menengah wajib mengikuti PMR dan SPM. 
Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM atau di peringkat yang lebih tinggi contohnya di universiti.

   Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah, universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar supaya semua rakyat dapat menikmati institusi pendidikan yang tinggi. 
Universiti Teknologi Mara.


Universiti Malaya di Kuala Lumpur merupakan universiti yang terbaik di Malaysia.





Sukan


Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan  atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.

            

Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

            

Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima, menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan pingat itu walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia Hiroshima dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat dunia

            


Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.



Pencapaian dalam beberapa dekad ini.
MELBOURNE 1956
Pasukan hoki pertama kali menyertai sukan Olimpik serta atlet olahraga, renang, angkat berat dan menembak. Pasukan hoki negara beraksi cemerlang pada peringkat kelayakan, tewas sekali tetapi hanya menamatkan kejohanan di tempat kesembilan dari 12 pasukan.

TOKYO 1964
Datuk Dr. M. Jegathesan (gambar) menjadi atlet Malaysia yang pertama layak ke pusingan separuh akhir acara 200 meter. Dalam saringan kelima di pusingan pertama, dia mencatat masa 20.92 saat dan masih merupakan rekod Malaysia sehingga kini.

MUNICH 1972
Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi oleh M. Chandran, Soh Chin Aun, Wong Kam Fook, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah, Namat Abdullah, Lim Fung Kee, Ali Bakar, pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Sukan Olimpik buat kali kedua di Moscow 1980, tetapi tidak mengambil bahagian kerana Malaysia memulau sukan tersebut.

BARCELONA 1992
Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama selepas memenangi pingat gangsa.

ATLANTA 1996
Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan separuh akhir acara badminton.

SYDNEY 2000
Lee Wan Yuen menjadi atlet taekwondo pertama negara layak di sukan Olimpik apabila ia pertama kali diperkenalkan di Sydney tetapi tewas kepada atlet Perancis, Myriam Baverel 4-8 di pusingan pertama kategori 67 kilogram wanita.

ATHENS 2004
Lim Keng Liat menjadi perenang pertama negara mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat masa kelapan terpantas 55.22 saat dalam acara kuak lentang lelaki. Pelumba basikal acara trek Josiah Ng turut layak ke akhir tetapi menduduki tempat kelima.