
|
Aspek
|
Perincian
|
Catatan/Remarks
|
|
1
|
Latar Belakang demokrasi berparlimen
|
5 m
|
|
2
|
Maksud demokrasi berparlimen
|
|
|
3
|
Ciri-ciri demokrasi berparlimen
|
15 m
|
|
4
|
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
15 m
|
|
5
|
Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan
|
15 m
|
|
6
|
Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong
|
10 m
|
|
7
|
Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan
berikut :
- Badan Perundangan (Judisiari)
- Badan Pelaksanaan (Eksekutif)
- Badan Kehakiman (Legislatif)
|
30 m
|
|
8
|
Konsep pilihan raya dalam sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia
|
10 m
|
|
9
|
Manfaat pilihan raya kepada negara
|
10 m
|
|
10
|
Konsep & bidang kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri
|
15 m
|
|
11
|
Kebaikan/kepentingan/faedah/manfaat sistem
demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia
|
10 m
|
|
12
|
Kebaikan/ kepentingan pengagihan kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
|
10 m
|
|
13
|
Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan
demokrasi berparlimen
|
10 m
|
|
14
|
Usaha memantapkan pelaksanaan sistem
demokrasi berparlimen di negara kita @
Peranan warganegara Malaysia
menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
10 m
|
|
15
|
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran
tersebut
|
10 m
|
|
16
|
Nilai-nilai murni dan iktibar daripada
pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
5 m
|
|
17
|
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah
dibincangkan :
- Pengetahuan yang diperoleh
- Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
- Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia harmoni dan stabil
|
5 m
|
Soalan
1
(Latar
Belakang demokrasi berparlimen) (5 markah)
Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden
yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Soalan
2
(Maksud
demokrasi berparlimen) (5 markah)
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat
berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihan
raya. Rakyat berhak menyokong,
mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Soalan 3
(Ciri-ciri demokrasi berparlimen) (15 markah)
Ciri-ciri
demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong pemerintah tertinggi negara manakala diperingkat negeri ialah sultan
atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh Menteri Besar. Rakyat terlibat
dalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu,
rakyat juga berhak menyokong, mengekal
dan menukar kerajaan melalui pilihan raya. Pemerintahan
dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan
perlembagaan dan membenarkan
perlembagaan dipinda. Di samping itu, menjaga
hak kebebasan rakyat yang membenarkan
parti-parti politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu,
terdapat Parlimen yang terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Demokrasi
berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan.
Soalan 4
(Kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) (15
markah)
Kepentingan perlembagaan kepada
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara.
Selain itu, perlembagaan menentukan
bentuk kerajaan dan menjadi panduan
kepada kerajaan supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat. Perlembagaan menjamin taat
setia rakyat kepada negara. Perlembagaan juga menjamin hak asasi dan kebebasan
rakyat. Contohnya, hak kebebasan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Kepentingan
lain ialah perlembagaan memperuntukkan
peranan Yang di-pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan hak-hak
kaum lain. Perlembagaan menjamin
kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan
menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan
tanpa ada perbalahan.
\
Soalan 5
(Tujuan dan kaedah
pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sIstem pemerintahan demokrasi
berperlimen.) (15 markah)
Tujuan
pindaan perlembagaan dibuat oleh
Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran negara
Selain itu pindaan juga
bertujuan supaya perlembagaan sentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang- undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi
oleh rakyat dengan rela hati
Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh
Parlimen. Kaedah pertama melibatkan persetujuan
majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk
dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu,
kewarganegaraan dan perubahan sempadan
negeri
Manakala kaedah kedua melibatkan persetujuan majority lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan
Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara
yang dipinda seperti keanggotaan
dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak
dan Sabah.
Kaedah ketiga pula
ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan
parliman. Manakala, kaedah keempat pula
melibatkan persetujuan lebih
suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan,
bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta
persempadanan pilihanraya.
Soalan 6
(Bidang Kuasa Yang di-Pertuan
Agong) (10
Markah)
Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia, baginda berperanan mengetuai Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia,
di mana baginda boleh memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di-Pertuan
Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera.
Baginda boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah
Tentera. Bidang kuasa baginda yang lain
menjaga, memelihara kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu. Baginda berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu bersidang. Bidang kuasa Yang
di-Pertuan Agong juga merangkumi Ketua agama Islam bagi negeri baginda
sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Baginda juga berkuasa melantik Perdana
Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana
Menteri.
Soalan
7
(Ciri/Fungsi
Badan-badan Kerajaan)
a)
Badan Perundangan/Legislatif
Perundangan
merujuk pada undang-undang yang digubal
oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan, menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan
Negara merupakan
dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun
dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
b)
Badan Pelaksanaan/Eksekutif
Badan Pelaksana
terdiri daripada Jemaah Menteri atau
Kabinet. Kabinet merupakan pembuat dasar
tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah
Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal
dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian diketuai
oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan
Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio.
Perkhidmatan
awam di Malaysia
diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan
kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.
c)
Badan Kehakiman/Judisiari
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan
perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil
berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik
untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan
undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara yang berperanan sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan dan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman.
Soalan 8.
(Konsep
pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen)
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di
peringkat negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum
dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih
Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan serentak di seluruh Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak
yang menjalankan pilihan raya berasingan
bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka. Pilihan
Raya Kecil diadakan apabila berlaku kekosongan
pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan
90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan
secara sulit dengan menggunakan
prosedur telus dan teratur. Proses pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai pemenang.
Soalan 9
(Manafaat pilihan raya
kepada rakyat dan negara)
Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawab apabila diberi mandat, dan akan
hilang mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlaku persaingan sihat di kalangan ahli
politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga
menjadikan rakyat bertanggung
jawab untuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk membentuk kerajaan. Saya juga
berpendapat melalui pilihan raya, mana-mana individu berpeluang untuk menjadi calon. Idea-idea baharu dapat dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu.
Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau menukarkan
kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan raya
memberi peluang parti politik
menyediakan menifesto atau akur janji
untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat untuk mengambil tahu perkembangan politik
semasa yang berlaku di negara kita, dan menentukan corak pemerintahan demokrasi yang tulin melalui pilihan
raya.
Soalan
10
(Konsep
dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15 markah)
Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah
Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek
ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi
Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri pula menjalankan kuasa
bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan
pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik
oleh Sultan atau YDP Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut
Senarai Persekutuan meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan,
Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain. Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri
pula mengikut Senarai Negeri
merangkumi Undang-Undang Islam,
Tanah dan sebagainya.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama
merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara dan lain-lain.
Soalan 11
(Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat
sistem demokrasi berparlimen)
(10 markah)
Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi
kebaikan kepada negara dan rakyat.
Negara akan menjadi aman dan
terhindar dari berlakunya perpecahan
kaum. Hal ini akan menarik ramai
pelabur asing dan mereka akan menanam
modal di negara kita. Melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas bersuara. Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing akan datang dan hal ini
akan menaikkan imej negara . Malaysia akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa
dalam semua bidang.
Soalan 12
(Kebaikan/kepentingan pengagihan kuasa
antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.) (10
markah)
Kebaikan
pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan
keadaan politik yang lebih stabil.
Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran
yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap. Pembangunan antara negeri akan menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan menjadi lebih erat di
kalangan rakyat. Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga
akan menyebabkan program pembangunan
menjadi lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara. Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian masyarakat tetap terpelihara.
Akhir sekali, pengagihan ini dapat mengurangkan
beban kerajaan pusat.
Soalan
13
(Kejayaan
yang diperoleh Malaysia
melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di persada
antarabangsa.)
(10 markah)
Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang
menyebabkan negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen telah menjadikan Malaysia
pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi negara. Amalan sistem demokrasi yang mementingkan perpaduan kaum telah menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara
aman dan damai. Selain itu,
amalan pilihan raya yang telus berjaya melahirkan
pemimpin yang berwibawa dan terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat
antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan bidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan
Malaysia
menjadi hub pendidikan antarabangsa. . Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya
meningkatkan ekonomi telah membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk Negara Dunia Ketiga.. Amalan demokrasi
berparlimen yang berjaya membentuk
identiti Malaysia
menyebabkan Malaysia
dianggap sebagai Negara berbilang kaum yang paling unik.. Amalan memberikan
kebebasan telah melahirkan masyarakat
berminda kelas pertama.
Soalan
14
- Usaha
memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen
- Peranan
warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen)
(10
markah)
Usaha bagi memantapkan pelaksanaan
demokrasi berparlimen di negara kita ialah senantiasa menghormati keluhuran perlembagaan negara. Selain itu, kita
haruslah mempertahankan kedaulatan
negara dari diceroboh. Seterusnya mengadakan
kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan demokrasi
berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di kalangan rakyat. Semangat perpaduan diperkukuhkan di kalangan masyarakat agar kedaulatan negara terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai sejagat. Pengenalan dakwat kekal semasa pilihan raya juga merupakan usaha
kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih
tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara.
Peranan yang perlu ada dalam diri
setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
adalah dengan mematuhi segala
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga
haruslah menyokong dasar-dasar yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak
terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu menghormati pemimpin negara dan mengamalkan semangat toleransi serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita
haruslah berusaha meningkatkan taraf
hidup. Akhir sekali, mewujudkan
perpaduan antara kaum dan mengutamakan
rundingan dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 15
(Cabaran Malaysia hadapi dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)
Cabaran
yang dihadapi ialah berlakunya masalah
rasuah dalam proses pemilihan pemimpin. Rakyat juga tidak diberi kebebasan bersuara secara mutlak. Pilihanraya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang
sering mengadakan protes atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah terpengaruh dengan idea media
sosial baru. Selain itu,institusi beraja
akan turut dipersendakan dan perpaduan
kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.
Untuk
mengatasi cabaran di atas pihak SPRM mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung
masalah rasuah. Selain itu, akta baru
perlu digubal bagi membendung hak kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi,
bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Pihak polis perlu memperketatkan pemberian permit dan
mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan
perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi
ilmu keagamaan yang secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang
terdapat dalam media sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan
institusi beraja perlulah menerima hukuman
setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun Negara secara mendalam.
Soalan 16
(Nilai-nilai murni & Iktibar daripada perlaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) (5
markah)
Nilai-nilai dan iktibar yang boleh
diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk
memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawab memilih pemimpin yang
jujur,dan amanah agar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat
mesti menghormati pemimpin negara agar pentadbiran negara berjalan
dengan lancar. Kita mesti memikul tanggungjawab mengekalkan keamanan negara
supaya keadaan politik negara menjadi stabil. Kita mestilah menghormati hak
asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat membuat keputusan
untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita
hendaklah mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara
terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah menghormati agama dan
budaya kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap
warganegara.
SOALAN
17 : KESIMPULAN
(Kesimpulan
keseluruhan isi yang dibincangkan) (5 markah)
a.
Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah
sistem ini merupakan satu sistem
pemerintahan yang membolehkan rakyat memilih
pemimpin dan kerajaan melalui pilihan
raya. Kerajaan yang memerintah perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu, rakyat berpeluang membentuk sebuah kerajaan yang teguh.
b.
Iktibar kepada diri bangsa dan negara
Nilai
murni dan patriotisme yang diperoleh
dengan memupuk semangat cinta akan negara.
Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan
antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati kerana kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara
dan bangsa.
c.
Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil
Saya
berharap agar negara akan terus aman dan
makmur. Selain itu, kerajaan yang
adil dapat dikekalkan hasil kerjasama
dalam kalangan rakyat. Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan oleh
generasi akan datang.