Friday, August 27, 2010

Siapakah yang mereka bendera negara kita ?

Encik Mohamad Hamzah

Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera negara.

Majlis Perundangan Persekutuan

Penglibatan 373 pereka

Akhbar The Malay Mail

King George VI

Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-

I Bintang berpecah empat belas

Gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia

ii Warna biru

Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum

iii Bulat sabit

Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia

Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan ?

Kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air

Menaikkan semangat

Membezakan Malaysia daripada negara lain / identiti

Membangkitkan semangat perjuangan / patriotik

Menunjukkan kesetiaan

Bersatupadu / simbol perpaduan

Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara

Menimbulkan rasa bangga terhadap negara

Menunjukkan ketaatan kepada negara

Untuk digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi

Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang membakar bendera negara ?

Melucutkan kewarganegaraan

Menjalani sesi kaunseling

Mengenakan perkhidmatan masyarakat

Hukuman penjara

Denda

Buang daerah / negeri

Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mencetuskan huru hara

Mana-mana yang munasabah

Namakan dua orang pendakwah yang menyebar Islam di Asia Tenggara
Syeikh Ismail
Fakir Muhamad
Syarif Amir Sayyid al-Syirazi
Tajuddin al-Asfahani
Syeikh Abdul Aziz
Maulana Abu Bakar
Maulana Yusof

Apakah sifat yang dimiliki oleh pendakwah ?
Peribadi yang baik
Jujur
Lemah lembut

Jelaskan peranan ulama dalam menyebarkan Islam di Melaka
Mengajar perkara asas tentang Islam
Mengajar secara tidak formal
Mengajar secara formal
Menggunakan masjid / istana / rumah sebagai tempat mempelajari Islam
peringkat awal
Pusat pendidikan berkembang ke pondok / pasentren

Nyatakan cara Wali Songo berdakwah di Jawa
Menimbulkan kesedaran
Menanam semangat maksud bekerja
Menanam semangat beramal
Berusaha menghapuskan pengangguran
Mengikis sifat malas
Elak hidup secara mewah
Mengelakkan pembaziran

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam boleh tersebar dengan aman di Asia Tenggara ?
Nilai-nilai Islam yang baik
Dilakukan dengan bijaksana
Sikap terbuka para pendakwah
Pendakwah tidak prajudis
Mana-mana yang munasabah
Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang

Anyang

Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.

Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani


Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang
kepada Dinasti Chou ?

Kezaliman pemerintah Raja Shang
Kebangkitan golongan hamba
Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan

Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?

Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
Diminta melindungi Raja
Memberikan bantuan tentera pada masa perang
Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho ?

Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Bertanggungjawab memungut cukai
Menguruskan pertahanan
Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing
Mana-mana 3 x 1 m

Thursday, August 12, 2010

TAMADUN INDUS

1. Namakan bandar terancang dalam tamadun Indus

F1 Mohenjo-Daro

F2 Harappa

2. Nyatakan ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus

Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah

F1 terbahagi kepada dua bahagian

F2 dikelilingi tembok

F3 bahagian utama pusat pentadbiran

F4 bahagian kedua kawasan perumahan

F5 susunan blok segiempat

F6 jalan raya lurus

F7 sistem kumbahan terancang

3. Apakah faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus?

Faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus ialah

F1 maju dalam bidang geometri dan matematik

F2 kemajuan pembinaan

F3 sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba

F4 kemahiran membuat batu bata

F5 cintakan keamanan

4. Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan tamadun Indus?

Iktibarnya ialah daripada sifat keterbukaan tamadun Indus ialah

F1 perlu cintakan ilmu

F2 perlu gigih, rajin

F3 perlu pertukaran teknologi

F4 perlu kreatif dan inovatif

F5 menjalin hubungan diplomatik

F6 sedia menerima pengaruh baik

F7 menjalin hubungan perdagangan

HWANG HO

5. Nyatakan ciri-ciri pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho?

Ciri-ciri pemerintahan tamadun Hwang Ho ialah

F1 pemerintahan beraja

F2 anak lelaki raja pengganti raja

F3 putaran dinasti

F4 mandat daripada tuhan

F5 raja dibantu oleh bangsawan

F6 raja dibantu oleh pegawai kerajaan

6. Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian ialah

F1 memperkenalkan sistem pengairan

F2 memperkenalkan alat pertanian daripada besi

F3 menggunakan cangkul

F4 menggunakan sabit

F5 memperkenalkan teknologi pembajakan

F6 memperkenalkan batas untuk tanaman

7. Jelaskan ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho.

F1 tulisan Ideogram

F2 berbentuk gambar dan simbol

F3 terhasil dari penilikan tulang oracle

F4 diguna dalam penulisan

F5 diguna dalam pencetakan

F6 diguna oleh orang Jepun dan Korea

8. Namakan karya Sun Tzu?

F1 The Art of War

9. Apakah yang dapat dipelajari dari karya ‘Sun Tzu’?

F1 selok belok perang

F2 cara menangani musuh

F3 boleh guna dalam strategi perniagaan

F4 strategi mencapai kejayaan dalam hidup

Thursday, August 5, 2010

Target SPM 2010

  1. Terangkan mengapakah berlakunya peperangan antara pakatan tersebut? ( 8 Markah )

F1 ( Nasionalisme ) Faktor Politik

H1a ( Kemunculan nasionalisme

H1b sistem pakatan Negara-negara Eropah )

F2 ( Persaingan ) Faktor Ekonomi

H2a ( Persaingan kuasa besar merebut peluang ekonomi )

F3 ( Bersatu ) Pada penghujung abad ke-19, beberapa buah negara kecil di Eropah telah bersatu untuk membentuk

H3a sebuah Negara bangsa yang lebih besar. Antara Negara-negara tersebut ialah

Jerman dan Itali.

F4 ( Pakatan )Kedua-dua Negara tersebut telah menyertai kuasa besar Eropah yang lain,

H4a Britain, Perancis, Austria Hungary dan Rusia untuk mendapapatkan tanah jajahan.

F5 ( Berperang ) Kuasa-kuasa tersebut telah sanggup berperang

H4a Untuk menegakkan kekuasaan masing-masing

H4b juga di sebabkan oleh semangat nasionalisme yang kuat.

F5 ( Bersaing ) Kuasa-kuasa besar tersebut telah mula bersaing bagi membentuk

H5a lingkungan pengaruh mereka bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran barangan mereka.

F6 ( Imperialisme ) Ini adalah disebabkan oleh Persaingan yang sengit antara kuasa-kuasa Eropah dalam membentuk imperialisme baru.

F7 ( Terancam ) Persaingan yang sengit antara kedua-dua pakatan ini telah menyebabkan perimbangan kuasa yang wujud pada ketika itu mulai terancam.

F8 ( Pembunuhan ) Faktor serta merta yang telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia yang pertama

H8a iaitu pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris tahta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

  1. Apakah kesan akibat daripada peperangan tersebut? ( 8 Markah )

Kesan Politik

F1 ( Beraja ) Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah

F2 ( Perjanjian ) Pada bula Jun 1919 telah diadakan satu persidangan damai yang membawa kepada Perjanjian Versailles.

F3 ( Ubah ) Perjanjian tersebut telah mengubah peta Eropah dan telah wujudnya beberapa Negara baru.

F4 ( Liga Bangsa ) Perjanjian Versailles juga telah membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919.

F5 ( Keamanan ) Matlamat utama penubuhannya dalah untuk menggalakkan

keamanan dan kerjasama antarabangsa di samping menjamin keselamatan bersama.

F6 ( Negara ) Semua Negara-negara Bersekutu dan Negara-negara Berkecuali menjadi Ahli Liga bangsa.

F7 ( Amerika Syarikat ) Negara Amerika Syarikat tidak menyertai tidak menyertai Liga bangsa.

F8 ( Gagal )Liga Bangsa juga gagal untuk menjamin kesejahteraan dunia.

Kesan Ekonomi

F1 ( Inflasi ) Perang dunia pertama telah menyebabkan Negara-negara yang berperangmengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi.

F2 ( Tinggi ) Perbelanjaan perang Negara terbabit adalah terlalu tinggi.

F3 ( Pengangguran ) Keadaan ini telah membawa kepada berlakunya masalah inflasi dan pengganguran.

F4 ( Jepun ) Amerika Syarikat dan Jepun telah mula menguasai pasaran dunia.

F5 ( British ) Keadaan ini amat dirasai oleh Negara-negara Eropah, terutamanya

Britain kerana sebelum ini ia merupakan Negara industri yang utama dan menguasai perdagangan di dunia.

F6 ( Hilang ) Peperangan ini telah menyebabkan Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Kesan Sosial

F7 ( Nyawa ) Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan berlakunya penderitaan dan mengorbankan banyak nyawa manusia serta

F8 berlakunya kemusnahan harta benda.

Tuesday, August 3, 2010

Ramalan/percubaan SPM 2010

  1. Bagaimanakah pendidikan tidak formal di sampaikan di dalam masyarakat Melayu?

F1 Pendidikan tidak formal adalah merupakan pendidikan yang berasaskan kepada didikan keluarga

H1a Ia memberikan tumpuan kepada nilai-nilai moral.

F2 Pembelajaran ini adalah melalui pendengaran,penglihatan, dan pemerhatian.

F3 Kanak-kanak telah mempelajari kemahiran daripada ibu-bapanya

H3a menerusi pemerhatian latihan

H3b dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.

F4 Hal-hal yang berkaitan dengan agama,

H4a kelakuan dan adapt resam,

H4b sikap budi pekerti

H4c cara menjaga maruah juga diajar secara tidak formal kepada anak-anak mereka.

F5 Cerita-cerita lisan

H5a yang mengandungi nilai-nilai budaya yang murni

H5b diserapkan kepada kanak-kanak melalu kaedah bercerita yang memang digemari oleh kanak-kanak.

( 6 Markah )

  1. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan? ( 8 Markah )

F1 Di dalam buku Sejarah Melayu terdapat catatan berkaitan dengan peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama.

H1a Di katakana bahawa Sultan Mansur Shah telah menerima Islam daripada Maulana Abu Bakar,

H1b Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

F2 Perkembangan ini adalah disebabkan oleh ramainya ulama dan pendakwah asing menetap di Melaka.

H2a Ulama-ulama daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya telah menetap di Melaka.

F3 Kesultanan yang memerintah pada waktu itu memberikan perhatian yang lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan,

C3a contohnya Sultan Mansur Shah amat berminat dengan pengajian Tasawuf.

H3a Kitab al-Dur al-Manzum ( Mutiara Tersusun ) sebuah kitab Tasawuf karangan Maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairug istana Melaka.

F4 Hal ini juga berlaku di Johor apabila istana Johor telah menjadi pusat pengajian agama

H4a sewaktu pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah 1597 hingga 1602 Masihi.

F5 Istana juga telah dijadikan tempat untuk menyimpan buku hikayat yang penting H5a seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang disimpan

di istana Melaka.

F6 Istana juga telah menjadikan pendidikannya bukan hanya melibatkan keagamaan semata-mata,

H6a malah ilmu seperti pentadbiran negara dan politik turut diajar di Istana.

  1. Berdasarkan pengamatan anda, apakah kepentingan cerita-cerita lisan disampaikan di dalam pendidikan tidak formal masyarakat Melayu? ( 4M )

F1 penyerapan nilai-nilai budaya murni

F2 Kaedah pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak

F3 memberi teladan kepada kanak-kanak

F4 banyak pengajaran yang berguna

F5 kanak-kanak mempelajari pantang larang

F6 Adat istiadat juga diajar kepada kanak-kanak

F7 Mengajar cara berhadapan dan menghormati orang tua

F8 mengajar kanak-kanak berkelakuan baik

F9 Kanak-kanak juga diajar supaya tidak bercakap bohong

Ramalan spm2010

  1. Jelaskan ciri-ciri Negara dan Bangsa Kesultanan Melayu Melaka? ( 10 Markah )

F1 Wilayah pengaruh

H1a Wilayah satu tempat tinggal rakyat iaitu merujuk kepada kawasan yang

rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja.

H1b Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas

meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera

F2 Kerajaan

H2a Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja dan Sultan adalah

merupakan pemerintah yang tertinggi yang dibantu oleh sistem pembesar empat l ipatan

H2b iaitu Bendahara, Temenggung, laksamana dan penghulu Bendahari.

H2c Ia merupakan badan yang diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan

dan memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terjamin.

H2d Kerajaan juga haruslah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara

lain bagi memastikan kesinambungan kerajaan mereka.

F3 Lambang-lambang

H3a Lambang adalah satu simbol yang menjadi identiti sesebuah Negara atau

kerajaan.

H3b Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditinggalkan kepada kita

telah dijadikan asas kepada lambang kerajaan pada hari ini.

H3c Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai asas penyatuan Negara dan bangsa.

Hd Alat-alat kebesaran seperti alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-

undang, protokol dan adat istiadat istana telah mengambarkan kebesaran

Kesultanan Melayu Melaka.

F4 Rakyat

H4a Seluruh penduduk yang terdapat didalam sesebuah kerajaan adalah

dianggap sebagai rakyat sesebuah kerajaan atau Negara.

H4b Mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan yang telah

dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan Seperti Kerajaan Melayu Melaka.

H4c Semua rakyat adalah bertanggungjawab untuk mentaati pemerintah, dan

sanggup mempertahankan Negara, menghadiri adapt istiadat kerajaan,

mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.

F5 Kedaulatan

H5a Kedaulatan adalah merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah

Negara atau kerajaan.

H5b Ia merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.

H5c Sesebuah kerajaan atau negara boleh menggunakan segala kuasanya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.

H5d Kedaulatan merupakan hak mutlak sesebuah kerajaan atau Negara

terhadap rakyatnya.

H5e Ia akan memastikan sesebuah Negara itu bebas daripada campur tangan,

paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.

F6 Keunggulan Undang-Undang

H6a Keunggulan undang-undang dalam sesebuah pemerintahan merupakan

asas pembentukan Negara dan bangsa.

H6b Ia merupakan cara untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang

telah ditetapkan bagi menjamin hak dan keamanan rakyat.

H6c Keunggulan sesebuah Undang-Undang akan menentukkan struktur

kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan sesebuah kerajaan dan Negara.

H6d Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua undang-undang yang d igunakan iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.

Terangkan apakah bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? ( 6 Markah )

F1 mengamalkan Sistem pembesar Empat Lipatan

H1a Yang diketuai oleh Sultan atau Raja

F2 Diikuti oleh pembesar Empat

H2a yang terdiri daripada Bendahara

H2b Penghulu bendahari

H2c Temenggung

H2d Laksamana

F3 Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah

H3a diberi portfolio mengikut bidang masing-masing

H3b iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jajahan takluknya

F4 Selepas pembesar Empat, terdapat pula pembesar Berlapan

F5 Diikuti oleh Pembesar Enam belas

F6 Seterusnya pembesar Tiga Puluh Dua.

  1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang harus dilakukan oleh generasi hari ini dalam usaha untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah Negara dan bangsa? ( 4 Markah )

F1 meningkatkan ilmu pengetahuan

F2 Memajukan diri, agama bangsa dan negara

F3 menguasai teknologi moden

F4 Penguasaan dalam bidang ekonomi global

F5 menyokong dasar-dasar kerajaan

F6 bersikap terbuka dan tolenransi

target SPM 2010

  1. Terangkan maksud sistem Raja berperlembagaan yang diamalkan oleh Negara Kita? ( 6 Markah )

F1 Sistem Raja bereperlembagaan ialah satu sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri

H1a yang dibantu oleh Perdana Menteri.

F2 Manakala sistem republik ialah satu sistem pemerintahan tertinggi Negara dan institusi beraja yang diketuai oleh Presiden

H2a ia dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

F3 Malaysia telah mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

F4 Demokrasi berparlimen adalah bermaksud rakyat melibatkan diri di dalam sistem pemerintahan Negara.

F5 Raja-raja Melayu pula adalah menjadi lambang taat setia rakyat.

F6 Dalam sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan melalui proses

pilihanraya.

F7 Rakyat berkuasa dalam menentukan sesebuah kerajaan yang memerintah.

  1. Jelaskan bidang kuasa yang ada pada Yang DiPertuang Agong mengikut perlembagaan Malaysia ( 6 Markah )

F1 Yang diPertuan Agong adalah sebagai ketua Negara yang mengetuai tiga badan kerajaan iaitu :

H1a Badan Perundangan ( Legislatif )

H1b Badan Pemerintah ( Eksekutif )

H1c Badan Kehakiman ( Judisari )

F2 Yang diPertuanAgong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen

H2a mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

F3 Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata,

H3a berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman

H3b terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera.

F4 Baginda juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

F5 Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat

H5a bagi membincangkan keistimewaaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan

raja-raja Melayu.

F6 Yang diPertuan Agong juga merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri

baginda sendiri

H6a juga negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Wilayah

Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

F7 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri

H7a melantik serta melucutkan jawatan Jemaah Menteri danTimbalan Menteri

setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

F8 Undang-undang darurat juga boleh diisytiharkan di bawah undang-undang X jika

mendapati keselamatan Negara terancam.

F9 Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi

H9a tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,

H9b serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

F10 Yang diPertuan Agong juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara

H10a dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.

F11 Baginda juga mempunyai kuasa yang tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta

Negara.

  1. Raja merupakan tonggak keamanan dan kemakmuran Negara kita Malaysia

i. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di Negara kita? ( 4 Markah )

F1 Merupakan tonggak pemerintahan Negara

F2 Simbol keutuhan rakyat

F3 Lambang perpaduan rakyat

F4 Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja

F5 memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat

F6 Mewujudkan suasana Negara yang aman dan harmoni

F7 Memelihara kedaulatan Negara

F8 Tidak mudah untuk dijajah oleh kuasa luar

F9 Menjamin kesejahteraan rakyat

ii. Cadangkan Empat cara bagaimana generasi muda hari ini dapat menghayati kepentingan mempertahankan sistem beraja di Negara kita? ( 4 markah )

F1 Menghayati rukun Negara kita

F2 Sentiasa taat setia kepada raja dan Negara

F3 Menghormati kedaulatan raja yang memerintah

F4 Mematuhi setiap perintah raja

F5 Menjadi rakyat yang prihati terhadap pemerintahan Negara

F6 mengamalkan rukun Negara