lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, November 2, 2008

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

Soalan aras 2 :
Huraikan …..
Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN
Terangkan …..
Ceritakan …..

Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN + CONTOH (jika ada

CONTOH Soalan :
Huraikan faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. [8 markah]


F1 - Pengenalan sistem politik Barat
H1a memusnahkan sistem politik Tempatan
F2 - Pembesar tempatan digantikan dengan pegawai Barat H2a menjatuhkan maruah orang Melayu
H2b mencabar amalan tradisi
F3 - Pengenalan sistem pendidikan
H3a melahirkan intelek Melayu H3b mereka menyedarkan bangsa H3c menggunakan idea menentang penjajahan
F4 - Wujudnya jurang sosial H4a Orang Melayu tinggal di kampung H4b Mereka kurang mendapat kemudahan
H4c Kemudahan hanya terdapat di bandar H4d Jurang taraf hidup antara bandar dengan luar bandar
F5 - Dasar ekonomi British H5a Menggalakkan kemasukan orang asing
H5b ramai imigran menetap di Tanah Melayu
H5c Bersaing dengan penduduk
H5d Mereka menguasai ekonomi dagangan

Contoh Penulisan esei

Faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua ialah Pengenalan Sistem politik Barat, Pengenalan tersebut telah memusnahkan sistem politik tempatan.
Pembesar-pembesar tempatan telah digantikan dengan pegawai-pegawai Barat.Keadaan ini telah menjatuhkan maruah orang Melayu dan mencabar amalan tradisi masyarakat Melayu.
Semangat nasionalisme di Tanah Melayu juga telah dibangkitkan oleh pengenalan sistem politik Barat, Peluang pendidikan tersebut telah melahirkan intelek Melayu dan seterusnya mereka menyedarkan masyarakat Melayu tentang penjajahan barat dan menggunakan idea tersebut untuk menentang penjajah.
Keadaan Jurang sosial penduduk Tanah Melayu juga telah membangkitkan semangat nasionalisme. Keadaan Orang Melayu yang tinggal dikampung tanpa kemudahan infrastruktur seperti di kawasan bandar telah menyebbkab jurang perbezaan semakin ketara.
Dasar ekonomi British yang telah menggalakkan kedatangan buruh asing telah menyebabkan ramai imigran datang menetap di Tanah Melayu. imigran ini telah bersaing dengan penduduk tempatan yang ketinggalan menyebabkan mereka menguasai ekonomi tempatan.

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation