lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, January 25, 2009

Bab 12 : Perjuangan PemimpinTempatan Menentang British

Sebab-Sebab Penentangan
•Dasar Penaklukan British menimbulkan kemarahan penduduk Tempatan
•Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
•Sistem pentadbiran Barat yang bertentangan dengan penduduk tempatan
•Campurtangan dalam adat resam tempatan
•Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
•Kesulitan penduduk tempatan
Peristiwa Penentangan
Penentangan Dol Said di Naning

•Naning dijadikan sebahagian Negeri-negeri Selat
•Penghulu Dol Said terpaksa membayar cukai 1/10 hasilnya sebagai ufti
•Dol Said enggan kerana Naning bukan wilayah Melaka
•British menghantar tentera untuk menakluki Naning
Penentangan Di Sarawak

•Linggir, Rentap, Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
•Linggir pemimpin kaum Iban yang menentang pencerobohan Brooke di kawasan mereka
•Rentap menentang Brooke kerana tindakan Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
•Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentang Brooke kerana kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan

Penentangan Di Sabah
•SBUB ditentang oleh pemimpin Tambunan iaitu Mohamed Salleh bin Datu Balu ( Mat Salleh )
•Mat Salleh kehilangan hak memungut cukai dan pengaruh ke atas masyarakat setempat.
Penentangan di Perak
•Pembaharuan Birch telah menimbulkan penentangan orang tempatan di bawah Dato Maharaja Lela
•Sultan Abdullah dan pembesar lain juga bersatu padu menentang British
•Birch telah dibunuh oleh orang Suruhan Dato Mahajara Lela
•British melancarkan serangan di Pasir Salak dan menangkap mereka yang terlibat di dalam pembunuhan Birch

Penentangan di Pahang
•Perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Pahang telah mendapat tentangan daripada Dato Bahaman yang mendapat bantuan daripada Tok Gajah, Mat Kilau dan Imam Rasul

Penentangan Di Kelantan
•Penentangan di lakukan oleh Haji Mat Hasan Bin Munas yang dikenali dengan nama Tuk Janggut.Ia disokong oleh Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad, Penghulu Adam

Penentangan di Terengganu
•Digerakkan oleh seorang tokoh ulama iaitu Haji Abdul Rahman Limbong
•Beliau menentang kerana tidakpuas hati dengan sistem cukai dan Undang-Undang Tanah

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation