lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, March 20, 2011

Soalan- Soalan Latihan Ulangkaji SPM 2011

Soalan 2 : Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan

  1. Huraikan ciri-ciri umum system Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat

F2 Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahan

F3 Perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah Jajahan

F4 Pelaksanaan pentadbbiran melalui biro ( Jabatan )

F5 Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro

F6 Pengenalan undang-undang Barat.

  1. Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia

F1 Kedatangan kuasa Belanda telah mengubah sistem pemerintahan tempatan dengan

membahagikan pentadbiran kepada dua

H1a iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

F2 Terdapat Pentadbiran peringkat Pusat

H2a Ia ketuai oleh Gabenor Jeneral

F3 Pentadbiran Tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dgn pengawasan pegawai

Belanda

F4 Penubuhan beberapa Jabatan Kerajaan

H4a Antara Jabatan tersebut ialah Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian

F5 Penubuhan Dewan Tempatan

H5a ia Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan

F6 Penubuhan Volksraad yang Merupakan Majlis Rakyat

Soalan 5 :

  1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya nasionalisme tahap pertama di Thailand

F1 Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan

kuasa memerintah

F2 Ia juga bertujuan untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.

F3 Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat

H3a Ia telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem

raja berperlembagaan.

F4 Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh.

H4a Raja Vajiravudh juga mempunyai sifat yang boros

F5 Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah

menubuhkan Parti Rakyat.

H5a Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah

menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.


a. Bandingkan pengenalan birokrasi Barat di Thailand dengan di Burma

F1 Birokrasi Barat di Burma diperkenalkan oleh British

F2 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

F3 British telah memperkenalkan Akta kampong Ulu Burma

dan Akta Perkampungan 1889

F4 Akta tersebut telah menghapuskan sistem pemerintahan tradisional di Burma.

F5 Begitu juga dengan pengaruh golongan agama yang semakin merosot

F6 fungi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

F7 Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan dengan menubuhkan Majlis Perundangan.

F8 Beberapa buah jabatan seperti Jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan

pelajaran telah ditubuhkan.

F9 Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat

F10 ia bertujuan untuk memodenkan Thailand.

F11 Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan

F12 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut

F1 Mmemperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.

Soalan 6 :

a. Galurkan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand pada tahap pertama

F1 Gerakan nasionalisme di Thailand adalah berbeza dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

F2 Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan kuasa memerintah

F3 Untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.

F4 Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat

H4a Memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem

raja berperlembagaan.

F5 Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh

F6 Raja Vajiravudh juga mempunyai sikap yang boros

F7 Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti Rakyat.

F8 Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai

H8a Ini telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

b. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme pada tahap kedua di Thailand

F1 Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua pula adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat

H1a cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

F2 Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan

penguasaan ekonomi oleh orang Cina.

F3 Sekolah dan akhbar Cina juga telah dibubarkan.

F4 Rakyat tempatan telah digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

F5 Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha sahaja.

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation