lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Sunday, May 1, 2011

Morning Test Mei Ting 4

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

OBJEKTIF

1.

Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan tersebut?
( Ms 76)
A. Kestabilan politik
B. Kekayaan hasil bumi
C. Kemajuan pelabuhan
D. Kepentingan Tasik Tonle Sap

2. Maklumat berikut merujuk kepada kerajaan Kedah Tua.



Apakah buktinya?
(Ms 81)
A. Tinggalan monumen
B. Jumpaan syiling emas
C. Penemuan arca logam
D. Penemuan tembikar China

3. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling melengkapi satu sama lain.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
( Ms 83)
I. Kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan
II. Kerajaan maritim menghasilkan makanan
III. Kerajaan agraria memerlukan tenaga mahir
IV. Kerajaan maritim membekalkan barang mewah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Bagaimanakah raja-raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan kuasa?
(Ms 85)
I. Memajukan sistem perhubungan
II. Mengamalkan adat pertabalan
III. Mendirikan kompleks kota
IV. Memantapkan sistem ekonomi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5
Apakah kesan kewujudan bahasa tersebut bagi masyarakat Asia Tenggara?
(Ms 92)
A. Memajukan ekonomi
B. Melahirkan tulisan Jawi
C. Meningkatkan daya intelek
D. Mengukuhkan kuasa pembesar

SOALAN STRUKTUR


1 Pembentukan kerajaan dalam tamadun awal di Asia Tenggara berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.


Namakan dua contoh kerajaan agraria.

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….
(2 markah)


Nyatakan kedudukan kerajaan ini dari sudut geografi

……………………………………………………………………………………….
(1 markah)

c Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria

………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………..
( 2 markah )

Berikan tiga faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian dalam kerajaan agraria.

………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………
( 3 markah)


Sekiranya anda dilantik sebagai pemerintah kerajaan Angkor, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang maju dan agung?

………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..
( 2 markah)

[ 10 Markah ]


2. Rajah berikut berkaitan dengan pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara.
Pemerintahan

Kesenian
Kesusasteraan
m.s [93]

(a) Berikan dua pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu
dan Buddha ke Asia Tenggara.

i. ...................................................................................................

Ii ...................................................................................................
[2 markah]

(b) Bagaimanakah kedaulatan seseorang raja dapat diperkukuhkan?

i. .......................................................................................................

Ii .....................................................................................................
[2 markah]

(c) Senaraikan dua contoh candi yang terdapat dalam kerajaan awal
di Asia Tenggara.

i. ......................................................................................................

ii. ......................................................................................................
[2 markah]

(d) Apakah tujuan raja kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi.

i. ......................................................................................................

Ii .......................................................................................................
[2 markah]

(e) Nyatakan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal
di Asia Tenggara

i. .......................................................................................................

ii. .......................................................................................................
[2 markah]


SOALAN ESEI


Soalan 1

Kerajaan agraria merupakan kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara.
(ms 75 – 77 )

(a) Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria.
[ 8 Markah]

(b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang pertanian.
[ 6 Markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kebergantungan kerajaan maritim kepada kerajaan agraria?
[ 6 Markah]



Soalan 2

Agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang ketara ke atas pelbagai aspek kehidupan masyarakat awal di Asia Tenggara
( ms 84 – 94 )

(a) Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara?
[ 6 Markah ]

(b) Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.
[ 8 Markah ]

(c) Apakah peranan bahasa Sanskrit dalam bidang kesenian dan kesusasteraan masyarakat awal di Asia Tenggara?
[ 6 Markah ]

SKEMA SOALAN STRUKTUR

OBJEKTIF

1. C 2. D 3. B 4. C 5. C

STRUKTUR



Sailendra
Angkor
Sukhotai
Dvaravati
Taruma
Mana-mana 2 x 1m 1

terbentuk di lembah sungai
kawasan pendalaman
lereng tanah gunung berapi
Mana-mana 1 x 1m 1

kegiatan ekonomi berasakan pertanian
menanam padi sawah / padi huma
menternak binatang / lembu / kambing / ayam
menanam tanaman sampingan / jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran
menghasilkan pelbagai jenis rempah / cengkih / lada hitam
memungut hasil hutan / kayu gaharu / kapur barus / damar
mengumpul sarang burung
menangkap ikan di sawah / paya // sungai
mendapatkan kulit kura-kura
Mana-mana 3 x 1m 1


d\ tanah yang subur
sistem pengairan yang baik
iklim panas dan lembab sepanjang tahun
pemerintah terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
Baray / tempat takungan air buatan manusia
Mana-mana 3 x 1m 1

e
membina sistem pengairan yang baik
menguruskan sistem pengairan dengan sistematik
membina baray
Mana-mana 2 x 1m

2.

(a) Berikan dua pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.

F1 Dibawa oleh golongan Ksysatria 1
F2 Dibawa oleh pedagang atau vaisya 1
F3 Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta 1
F4 Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuailan dengan
budaya tempatan 1
Mana-mana 2 x 1m = maksimum 2 markah

(b) Bagaimanakah kedaulatan seseorang raja dapat diperkukuhkan?

F1 Penggunaan konsep dewa raja 1
F2 Unsur metos dan legenda 1
F3 Diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja 1
F4 Raja memiliki kesaktian 1
F5 Raja berkuasa mutlak 1
Mana-mana 2 x 1m = maksimum 2 markah

(c ) Senaraikan dua contoh candi yang terdapat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 Candi Dieng 1
F2 Candi Borobudur 1
F3 Angkor Wat 1
F4 Candi Prambanan 1
Mana-mana 2 x 1m = maksimum 2 markah

(d ) Apakah tujuan raja kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi.

F1 Rumah ibadat 1
F2 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya 1
F3 Lambang keagungan seseorang pemerintah 1
F4 Tempat menyimpan patung dewa utama 1
F5 Lambang orde kosmos 1
Mana-mana 2 x 1m = maksimum 2 markah

(e ) Nyatakan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 Dosa 1
F2 Dukka/duka 1
F3 Dorhaka/derhaka 1
F4 Phala/pahala 1
F5 Rupa 1
F6 Manusa/manusia 1
F7 Samsara/sengsara 1
F8 Aksara/huruf 1
Mana-mana 2 x 1m = maksimum 2 markah


ESEI

Soalan 1

.(a) Ciri-ciri kerajaan agraria

F1 kedudukan di kawasan pertanian yang subur 1
H1a berhampiran sungai 1
C1a kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) / Sungai Irrawaddy (Myanmar) / Sungai Merah (Vietnam) / Sungai Mekong (Kemboja,Laos dan Vietnam 1

F2 terletak di kawasan pedalaman 1
H2a di kawasan berbukit / di lereng tanah gunung berapi 1
C1a kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng (Indonesia) 1

F3 kegiatan ekonomi berasaskan pertanian 1
H3a tanaman utama ialah padi 1
H3b kawasan mendapat bekalan air mencukupi 1
C1a menanam padi sawah 1
C1b menanam padi huma di kawasan tanah tinggi/bukit 1
C1c tanaman sampingan jagung/pisang/keledek/sayur-sayuran 1

F4 menghasilkan pelbagai jenis rempah 1
C4a cengkih dan lada hitam 1

F5 mengumpul hasil hutan 1
C5a kayu gaharu/tanduk/gading/damar/kayu 1
C5b cendana/pelbagai jenis buah-buahan 1
C5c sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan 1

F6 kegiatan menangkap ikan 1
H6a di sawah / paya / sungai 1
C6a mendapatkan kulit kura-kura / ikan 1

F7 menternak binatang 1
C7a lembu/ kerbau/ kambing dan ayam 1

F8 peringkat awal tujuan pertanian untuk tanaman sara diri 1
H8a lebihan hasil pertanian dipasarkan 1
H8b dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dengan pertanian 1
C8a masyarakat bandar / penduduk kerajaan maritim 1

F9 mempunyai sistem saliran 1
H9a untuk memajukan perkembangan kawasan pertanian 1
H9b mendapatkan sumber daripada sungai dan tasik 1
C9a di Funan bersumber dari Sungai Mekong 1
C9b di Angkor bersumber Tasik Tonle Sap 1
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah


1 (b) Faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang pertanian

F1 Sistem pengairan yang baik 1
F2 Bersumber dari Tasik Tonle Sap 1
F3 Peranan raja membina sistem pengairan 1
F4 Kerajaan bertanggung jawab secara langsung dalam sistem pengairan yang baik 1
F5 bersumber dari Tasik Tonle Sap 1
F7 kerajaan bertanggung jawab secara langsung dalam pengurusan sistem
pengairan 1
F8 Raja Indravarman 1 membina sistem pengairan dan baray 1
F9 hasil padi dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor 1
F10 kedudukan berhampiran tasik Tonle Sap 1
F11 tanah yang subur 1
F12 iklim yang panas dan lembab 1
F13 sumber ikan air tawar dari tasik Tonle Sap 1
F14 Tasik Tonle Sap punca utama mengairi sawah padi 1
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah


1(c) Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria

F1 kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja mencukupi kepada kerajaan
Maritim 1
H1a kerajaan Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai 1

F2 kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim 1
H2a beras menjadi dagangan utama antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim 1

F3 kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk dapatkan barangan mewah 1
H3a barang mewah dari China dan India 1
H3b barang mewah menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria 1
H3c barang mewah ialah tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India 1

F4 kerajaan agraria membekalkan bahan mentah kepada kerajaan maritim 1
H4a iaitu bahan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim 1

F5 kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan 1
H5a iaitu gajah untuk kenderaan raja diperoleh dari Burma dan Siam 1

F6 kerajaan agraria membekalkan bahan kayu kepada kerajaan maritim 1
H5a untuk membuat kapal 1

F7 kerajaan agraria membekalkan tukang kayu dan tukang batu 1
H7a kerajaan maritim / Pegu di Burma mendapatkan tenaga tersebut daripada kerajaan agraria 1

Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

2.(a) Cara pengaruh Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara

F1 dibawa oleh Ksyatria 1
F2 disebar melalui golongan penakluk dari India 1
F3 membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara 1
F4 dibawa oleh pedagang/vaisyaja 1
F5 perdagangan dua hala berkembang pada abad ke5S.M. 1
F6 India mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara 1
F7 Maharaja Vespian Rom memberhentikan perdagangan emas dengan India 1
F8 mengelak kehilangan sumber emas 1
F9 memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara 1
F10 dibawa oleh golongan Brahmin 1
F11 pengambilan aspek kebudayaan yang menarik sahaja 1
F12 kemudian disesuaikan dengan budaya tempatan 1
F13 bukti arca ikatan tali kulit harimau yang ditemui di Srivijaya 1
Mana-mana 6 x 1m = Maksimum 6 markah

2.(b) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 mengamalkan sistem beraja dari India 1
H1a bermulanya penggunaan raja untuk ketua kerajaan 1

F2 raja berada di puncak pemerintahan 1
H2a dibawahnya terdapat kerabat diraja 1
H2b selepas itu pembesar iaitu Brahmin 1
H2c diikuti dengan rakyat 1
H2d hamba golongan paling bawah 1

F3 raja berkuasa mutlak 1
H3a meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan 1
H3b perintah raja menjadi undang-undang 1
H3c sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan 1
H3d raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah 1

F4 raja sebagai bayangan tuhan 1
H4a rakyat takut menderhaka 1
H4b lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan 1
H4c dipercayai memiliki kesaktian 1

F5 lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja 1
H5e bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status 1

F6 wujud adat istiadat pertabalan raja 1
H6a bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja 1
H6b upacara dipimpin oleh golongan Brahmin 1
H6c dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah 1

F7 raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta 1
H7a bertujuan menjadi raja terulung 1
H7b mendirikan kompleks kota 1
H7c lambang konsep alam semesta / orde kosmos 1

F8 Di Srivijaya ,konsep raja mengamalkan agama Buddha Mahayana 1
H8a raja ketua pemerintah 1
H8b di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah 1
H8c dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak Raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra 1
H8d di bawah anak raja terdapat parvanda/senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat 1
Mana-mana 8 x 1m = Maksimum 8 markah

2.(c) Peranan bahasa Sanskrit dalam bidang kesenian dan kesusasteraan masyarakat awal di Asia Tenggara

F1 meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat 1
F2 batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat 1
F3 tentang agama,pemerintahan,raja dan undang 1
F4 batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja 1
F5 Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha 1
F6 memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu 1
F7 contohnya inskripsi di Palembang 1
F8 menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat 1
F9 batu bersurat di Lembah Bujang 1
F10 perkataan bahasa Melayu berasal dari perkataan Sanskrit 1
F11 dosa/ duka/ derhaka/ manusia/ pahala/ rupa/ sengsara 1
F12 bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal 1
F13 pengaruh dalam kesusasteraan 1
F14 epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas 1
F15 pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa 1
F16 Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma 1
F19 penceritaan lisan dan wayang kulit 1
F20 Mahabrata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan 1
F21 Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama 1
Mana-mana 6 x 1m = Maksimum 6 markah

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation