lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Thursday, January 19, 2012

Nota bab 1 Tingkatan 4

Pengertian Tamadun

Mengikut Bahasa Arab

Bahasa Inggeris

Konsep Tamadun Mengikut Barat

Konsep Tamadun Mengikut Islam

Mudun, madain, madana bermaksud Ketinggian budi bahasa dan Pembukaan Bandar

Civilization yang berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar

Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran

Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah


















Tokoh

Pendapat Tentang Tamadun

Gordon Childe

Pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat

Darcy Riberio

Menolak unsur rohani sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah sahaja

Syed Naquib al-Attas

Tamadun ialah satu pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

Richard Sullivan

Mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun


1.2 Ciri – Ciri Tamadun.

1. Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling

2. Ia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohani mereka.

3. Ia merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.


Proses Pembentukan Tamadun

1. Proses pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan Bandar Baghdad.

2. Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke Utara termasuk kawasan sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.

3. Bahagian Selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan sungai Tigris dan sungai Euphrates yang hampir bercantum.

4. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon yan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.

5. Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq iaitu Sumer.

6. Kawasan ini, pada awalnya didiami oleh etnik Semitik dan orang yang tidak diketahui asal usulnya

7. Tamadun Sumeria bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.

8. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.

9. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan.

10. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

11. Perkampungan awal kemudiannya berkembang secara evolusi kepada Bandar dan seterusnya beberapa buah Negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.

12. Kesemua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Negara Kota

Negara Kota

Terbahagi Kepada : Pusat Kota, Tembok Kota, Luar Kota dan Pelabuhan

Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota

Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.

Rumah ibadat merupakan pusat sesebuah kota yang menjadi tumpuan masyarakat

Mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri

Kewujudan Sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai

Melalui jalan laut, Bandar atau Negara kota mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya

Jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari merupakan jalan penghubung utama yang digunakan oleh pedagang luar Mesopotamia

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation