lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Wednesday, October 31, 2012

Tajuk-Tajuk Popular SPM - Ramalan SPM 2012 - Terbaru

Tajuk-Tajuk Popular SPM - Ramalan SPM 2012

Tajuk Tingkatan 4
1. Kerajaan Kedah Tua - Bab 3
2. Hijrah
3. Kesan Kedatangan agama Islam dalam aspek bahasa dan Sastera
4. Zaman Gelap
5. Monumen dan kepentingan Monumen

Tajuk Tingkatan 5
1. Peranan Akhbar dan Majalah
2. Penentangan di Sarawak
3. penubuhan Malaysia
4. Pakatan Murni
5. dasar Pendidikan Kebangsaan

Jangan ulangkaji tajuk ini sahaja, ini hanya ramalan bukannya tepat 100%..study modul JPN Kelantan dan study tajuk-tajuk mengikut tema

Cikgu akan postkan Contoh Soalan dan Jawapan untuk Tajuk-tajuk di atas : Harap Bersabar dan Tunggu

Tajuk 1 : Kerajaan Kedah Tua, Contoh soalan dan jawapan 

Jelaskan faktor kemajuan kerajaan Kedah Tua

F1 Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal /Penanda alam
F2 Kedudukan yang strategik dilaluan Selat Melaka
F3 Terlindung daripada tiupan angin. ( Angin monsun Timur Laut/Barat Daya)
F4 Terdapat barang dagangan dari luar
F5 Kemudahan menyimpan barang dagangan/ Gudang 
F6 Kekayaan hasil hut
an seperti damar, rotan
F7 Kekayaan sumber bumi seperti bijih timah
F8 Sebuah pelabuhan entreport dan tertua

Apakah bukti pelabuhan Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan entreport?

F1 tembikar China
F2 pelita tembaga dari Timur Tengah
F3 tembikar dari Timur Tengah
F4 manik dari India

Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita. (KBKK)

F1 Membina pelabuhan moden
F2 Menurunkan kadar cukai pelabuhan
F3 Menyediakan kemudahan moden di pelabuhan
F4 Membina pusat perdagangan
F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
F6 Menggalakkan kemasukan syarikat perkapalan besar
F7 Membina pusat latihan maritime/kelautan
F8 Meningkatkan minat rakyat dalam bidang kelautan/maritim





Tajuk 2 : Hijrah

Senaraikan penduduk Madinah sebelum peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w

F1 Suku Aus
F2 Suku Khajraj
F3 Orang Yahudi bani Qainuqa

Nyatakan pengertian hijrah. *****

F1 - Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2 - Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F3 - Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4 - Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.
F5 - Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6 - Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7 - Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8 - Perubahan dari segi sikap /Perubahan cara berfikir/Perubahan tingkahlaku

Terangkan kepentingan hijrah kepada umat Islam. *****

F1 - Dakwah Islamiah
H1a - dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b - sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
F2 - Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a - yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b - melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3 - Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
Islam Madinah
H3a - Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b - menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan
ekonomi dan sosial
H3c - Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang
berhijrah ke Madinah
H3d - gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4 - Menyatukan penduduk Madinah
H4a - yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama
H4b - Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
H4c - Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5 - Membina sebuah masjid
H5a - iaitu Masji al-Nabawi
H5b - Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c - Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang
masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F6 - Wujud takwim Islam
H6a - Berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b - Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7 - menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a - menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah
H7b - Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F8 - Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a - Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b - Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan, keperluan asas
H8c - menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9 - Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a - Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta
H9b - Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c - Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F10 - Menunjukkan peranan wanita
H10a - Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b - Menghantar makanan
H10c - menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F11 - Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a - Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b - Tidak pernah berputus asa
H11c - Bijak mengatur strategi peperangan
H11d - Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah

Sebagai pelajar bagaimanakah anda dapat mengamalkan konsep hijrah dalam diri anda? KBKK

F1 Berubah daripada sikapt negatif kepada positif
F2 Bersikap rajin
F3 Bersedia untuk berubah kea rah kebaikan
F4 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F5 Berwawasan dalam mengejar impian
F6 Mengamalkan strategi dalam pembelajaran

Apakah iktibar yang boleh dipelajari pelajar daripada peristiwa hijrah untuk mencapai kecemerlangan diri dalam kehidupan seharian. KBKK

F1 - Perubahan sikap dan tingkah laku negatif kepada yang positif
F2 - Perubahan dari tidak berdisplin kepada berdisplin
F3 - Perubahan dari sifat malas kepada rajin berusaha
F4 - Sikap suka melanggar undang-undang kepada akur kepada undang-undang
F5 - Sikap mementingkan diri sendiri berubah kepada sikap bantu-membantu
F6 - Sikap suka bertangguh kerja berubah kepada menghargai masa.
F7 - Tidak menghormati orang tua kepada menghormati orang tua





Tajuk 5 : Monumen

Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
F1 Dibawa oleh Ksyatria
F2 Disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
F3 Dibawa oleh pedagang/vaisya
F4 Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
F5 Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
F6 Galakan pemerintah dengan peme
rintah lain
F7 Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas
perdagangan antara India dengan Asia Tenggara

Nyatakan kepentingan candi sebagai monomen keagamaan Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
F1 Binaan untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting
F2 Monumen berupa candi/kui/wat/stupa/patungl
F3 Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F4 Candi Berperanan sebagai rumah ibadat
F5 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
F6 Tempat menyimpan patung dewa utama
F7 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F8 Lambang kehebatan seni bina
F9 Lambang orde kosmos
F10 Contoh Candi Borobodur/Angkor Wat/Stupa/Candi Dieng/Candi Prambanan
F11 Lambang kehebatan ahli seni agama di Asia Tenggara

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H1a Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
H1b Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
F2 Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di bawahnya terdapat kerabat diraja
H2b Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
H2c Di ikuti dengan rakyat
H2d Hamba golongan paling bawah
F3 Raja berkuasa mutlak
H3a Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
F4 Perintah raja menjadi undang-undang
H4a Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
H4b Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat takut menderhaka
H5b Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
H5c Dipercayai memiliki kesaktian
F6 Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
H6a Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
F7 Wujud adat istiadat pertabalan raja
H7a Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
H7b Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
H7c Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F8 Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a Bertujuan menjadi raja terulung
H8b Mendirikan kompleks kota
H8c Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
F9 Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
H8a Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
H8b Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat

Nyatakan kepentingan candi sebagai monomen keagamaan Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.

F1 Binaan untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting
F2 Monumen berupa candi/kui/wat/stupa/patungl
F3 Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F4 Candi Berperanan sebagai rumah ibadat
F5 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
F6 Tempat menyimpan patung dewa utama
F7 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F8 Lambang kehebatan seni bina
F9 Lambang orde kosmos
F10 Contoh Candi Borobodur/Angkor Wat/Stupa/Candi Dieng/Candi Prambanan
F11 Lambang kehebatan ahli seni agama di Asia Tenggara

Kepentingan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara

F1 Untuk merekodkan ilmu pengetahuan
F2 Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
F3 Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
F4 Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
F5 Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang
F6 memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat
contohnya inskripsi di Palembang
F7 menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di
Lembah Bujang
F8 bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama
F9 bacaan mentera / upacara keagamaan
F10 perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /
manusia / pahala / rupa / sengsara
F11 bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
F12 pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
F13 pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha, Kunjarkarma
F14 Penceritaan lisan dan wayang kulit
F15 Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,
Hikayat Seri Rama
F16 Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen

Kesan kedatangan Islam terhadap Islam terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara (KBKK)/Kedatangan Islam memantapkan sistem pentadbiran

F1 Gelaran raja ditukar kepada gelaran sultan
F2 Mufti/kadi menjadi penasihat sultan
F3 Undang-undang manu ditukar kepada undang-undang syarak/Islam
F4 Sultan dianggap khalifah Allah di mukabumi/Khalifatul mukminin/Zilullah fil Alam
F5 Pemansuhan unsur mitos dan legenda
F6 Penggunaan unsur daulat dan derhaka
F7 Semangat jihad untuk mempertahankan negara
F8 Islam sebagai agama rasmi kerajaan
F9 Penggunaan pada negeri-negeri /Kedah Darul Aman/ Acheh Darus Salam
F10 Istana menjadi pusat perkembangan dakwah Islam

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation