a) Berikan dua sebab mengapakah Thailand berjaya mengekalkan wilayahnya daripada Pengaruh Barat?
F1 Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.
F2 Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan
F3 Raja Monkut juga telah melantik penasihat kewangan, pegawai pelabuhan dan polis dari Britain.
F4 Sementara itu penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan perancis.
F5 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut dengan memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.
F6 Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran Negara.
F7 Juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan Negara.
F8 Keadaan ini telah menyebabkan telah muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berasaskan tahappendidikan mereka.
F9 Sistem raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem raja berperlembagaan pada tahun 1932.
No comments:
Post a Comment