Friday, October 24, 2008

Download Soalan Percubaan Johor 2008 - objektif

http://www.ziddu.com/download/2480893/SoalanSejarah12491.doc.html

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

2. (a) Apakah maksud zaman Jahiliah?
Berasal dari perkataan Arab “ jahala “ bermaksud jahil
Tidak mengetahui / tidak mempunyai ilmu pengetahuan

(b) Nyatakan dua sumber kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah
Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan
Sikap..mementingkan..keuntungan..dan..kekayaan semata-mata
Merompak dan merampas barangan
Mengeksploitasi..golongan..miskin.

(c) Berikan dua ciri sistem kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab
Jahiliah

Berasaskan cara hidup yang berpuak-puak dan berkelompok
Ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan
Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri
Ahli kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing
Kabilah diketuai oleh seseorang syeikh
Bakal syeikh mestilah disukai oleh kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai
Ketua / kabilah / syeikh mesti memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato

(d) Pada pendapat anda, apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Arab
Jahiliah suka berperang?

Peperangan antara kabilah
Berlaku Peperangan al-Basus
Peperangan berlaku antara Bani Taghib dengan Bani Bakar
Peperangan disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Taghib
Peperangan memakan masa selama 40 tahun

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

1 (a)Apakah maksud tamadun?

Soalan

1 (a)Butiran Markah
-Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
-Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
-Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
-Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
-Peradaban manusia

(b)Berikan tiga ciri masyarakat bertamadun

-Petempatan kekal
-Kehidupan berorganisasi
-Sistem pemerintahan
-Pengkhususan pekerjaan
-Agama dan kepercayaan
-Bahasa dan tulisan

(c)Namakan dua sungai yang penting dalam pembentukan tamadun
awal manusia.

-Sungai Euphrates
-Sungai Nil
-Sungai Indus
-Sungai Hwang Ho

d ) Pada pendapat anda,mengapakah masyarakat awal memilih lembah
sungai untuk membina petempatan kekal?

-Kesuburan tanah untuk tujuan pertanian
-Kemudahan bekalan air
-Kemudahan bekalan makanan
-Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Soalan Percubaan SPM Pahang- Esei 2008

5 a)Huraikan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
[9 markah]

b)Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India. [6 markah]

c)Mengapakah sejarawan berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang-pedagang. [5 markah]

6. (a)Jelaskan perkembangan aktiviti perlombongan oleh orang Melayu
sebelum kurun ke-20. [ 6 markah ]

(b)Bagaimanakah pembesar Melayu dan pemodal dari Eropah berusaha
menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua? [8 markah]

(c)Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf bandar-bandar bekas perlombongan bijih timah di negara [6 markah]

7(a(Dasar pentadbiran Barat menjadi pemangkin utama tercetusnya
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. [ 8 markah ]

(b)Tuliskan rencana tentang perjuangan Jose Rizal dalam gerakan
nasionalisme di Filipina.(8 markah ]

(c)Pada pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa penjajah
menangani gerakan nasionalis yang radikal? [ 4 markah ]

8(a)Jelaskan kandungan Akta Pelajaran 1961 yang pernah menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan negara kita. [9 markah]

(b)Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [5 markah]

(c)Bagaimanakah sukan boleh memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita? [6 markah]

9.(a)Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)

(b)Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

(c)Jelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wednesday, October 22, 2008

Soalan Esei Percubaan SPM Johor

BAHAGIAN B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.



5.Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan. Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. membawa kegemilangan kepada masyarakat Arab dan Agama Islam.

(a)Huraikan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
[8 markah]

(b)Nyatakan lapan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
[8 markah]

(c)Orang Arab Quraisy telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.
Jelaskan empat bukti yang menyokong pernyataan di atas.
[4 markah]

6. Penjajahan British di Tanah Melayu membawa kesan dalam aspek pembangunan fizikal dan sosial.

(a)Nyatakan enam kesan sosial akibat penggunaan buruh asing oleh British di Tanah Melayu.
[6 markah]

(b)Huraikan faktor-faktor perkembangan bandar-bandar baru awal abad ke-20 di Tanah Melayu
[6 markah]

(c)Terangkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19.
[8 markah]

7. Gerakan nasionalisme dalam kalangan pemimpin tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke negara kita.

(a)Jelaskan peristiwa penentangan terhadap British oleh tokoh-tokoh di bawah:

(i)Penghulu Dol Said di Naning [3 markah]

(ii)Rentap di Sarawak [3 markah]

(iii)Tok Janggut di Kelantan [3 markah]

(b)Terangkan bagaimanakah pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
[7 markah]

(c)Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah cara anda menanamkan semangat nasionalisme terhadap rakyat jelata?
[4 markah]

8Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting sebagai simbol persetujuan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

(a)Terangkan empat usaha Pakatan Murni ke arah kemerdekaan Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.
[8 markah]

(b) Nyatakan lapan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
[4 markah]

9(a)Terangkan lima faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.
[10 markah]

(b)Jelaskan enam kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.
[6 markah]

(c)Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah?

(i) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information
and Communication Technology (ICT) [2 markah]

(ii)K-masyarakat [2 markah]

Soalan struktur Percubaan SPM Johor 2008

Apakah matlamat Wawasan 2020?
-Menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju menjelang tahun 2020
-Menggunakan acuan sendiri / setanding dengan negara maju di dunia / berteraskan kemajuan bersepadu

Namakan dua dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
-Dasar Pembangunan Nasional
-Dasar Bahasa Kebangsaan
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
-Rukun Negara
-Dasar Sukan Untuk Perpaduan / Dasar Sukan Untuk Semua
Ma
Apakah langkah yang diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu demi menjamin perpaduan rakyat.
-Memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 -
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
-Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
-Pelancaran Minggu Bahasa
-Pelancaran Bulan Bahasa
-Pelancaran slogan ’ Bahasa Jiwa Bangsa’
-Penubuhan sekolah menengah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
-Akta Bahasa Kebangsaan 1967
-Menukar bahasa pengantar di sekolah Inggeris kepada bahasa
kebangsaan
-Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
-Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
-Bahasa Melayu digunakan di mahkamah
Maks
Nyatakan satu prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memperkukuh perpaduan?
-Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu menjadi tunjang
-Unsur kebudayaan lain yang wajar / sesuai boleh diterima
-Islam sebagai unsur yang terpenting

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda merealisasikan Wawasan 2020?
-Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.
-Mewujudkan hubungan yang sihat antara pelajar pelbagai kaum
-Mewujudkan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum
-Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang
merugikan.
-Menghayati hasrat pemimpin-pemimpin negara.
-Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal ke arah wawasan 2020.
-Berusaha mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020
-Menjadi pelajar yang berjiwa bebas / berperasaan tenteram / bersikap terbuka / yakin diri
-Menjadi pelajar yang berfikiran matang dan sedia menerima teguran
-Menjadi pelajar yang bermoral dan beretika
-Menjadi pelajar yang rasional / liberal / bertoleransi
-Menjadi pelajar yang menguasai bidang sains dan teknologi
-Menjadi pelajar yang berbudaya penyayang
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Soalan struktur Percubaan SPM Johor 2008

Gerakan Islah ialah

-Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam.

Namakan dua akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka?
-al-Imam
-Neracha
-Idaran Zaman
-Pengasuh

Berikan tiga tujuan perjuangan nasionalisme persatuan-persatuan Negeri.
-Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
-Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
-Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
-Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
-Memajukan diri dan bangsa Melayu
-Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
-Membincangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi / pendidikan /
perkhidmatan kerajaan
-Menjaga budaya dan maruah bangsa Melayu
-Menegakkan ajaran agama Islam
-Mendapatkan pembelaan politik bangsa Melayu
-Mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu

Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?
-Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
-Kesulitan perhubungan
-Taraf pendidikan yang rendah
-Kurang kesedaran penduduk
Maks
Apakah tindakan Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob untuk menentang British?
-Bekerjasama dengan Jepun
-Menjadikan KMM badan propaganda Jepun
-Membeli Warta Malaya sebagai alat propaganda anti-British
-Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan menentang British
-Menubuhkan cawangan KMM / Maahad Il Ihya Assyariff
-Menyediakan kader-kader / Tentera Semut untuk menentang British

Struktur ; Percubaan SPM Johor

Masyarakat Melayu mengamalkan dua jenis sistem pendidikan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

Pengajaran dan pembelajaran tidak formal dalam masyarakat Melayu adalah melalui
-Pendengaran
-Penglihatan
-Pemerhatian
-Latihan
-Bercerita / cerita lisan / cerita binatang / cerita jenaka / cerita teladan
-Pergaulan sosial / pantang larang / adat istiadat
-Aktiviti kesenian dan kesusasteraan / pantun / peribahasa / teka-teki /
pepatah

Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan oleh ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.
-Kemahiran dalam bidang pertanian / bercucuk tanam
-Bidang perikanan / menjadi nelayan / menangkap ikan
-Bidang kraftangan / menganyam / mengukir
-Bidang pertukangan / membina (seperti rumah, kapal)
-Bidang memasak / menjahit

Di manakah pendidikan formal masyarakat Melayu dilaksanakan selepas kedatangan Islam?
-Istana
-Masjid
-Rumah
-Surau
-Madrasah
-Pondok

Senaraikan dua ciri sistem madrasah dalam pendidikan formal masyarakat Melayu.
-Berdasarkan sukatan pelajaran
-Dilaksanakan secara kelas
-Pendidikan mengikut tahap / tahap permulaan / pertengahan / pengkhususan
-Diawasi oleh mudir / guru besar
-Diselia oleh lembaga / jawatan kuasa ke

Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pendidikan boleh menjana perpaduan dalam masyarakat Malaysia masa kini.
-Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
-Mempunyai satu bahasa kebangsaan / bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa ibunda
-Memupuk perpaduan melalui sekolah wawasan
-Menyuburkan semangat perpaduan melalui sistem persekolahan yang sama
-Melalui penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
-Melalui syor Penyata Razak / Ordinan Pelajaran
-Melalui Laporan Rahman Talib / Akta Pelajaran
-Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 / 1979
-Pelaksanaan KBSR / KBSM
-Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Soalan peperiksaan percubaan Sejarah 2008 negeri Johor

Namakan dua tokoh penakluk yang meluaskan kuasa dalam zaman di atas.
- Raja Phillip II
- Alexander The Great/Iskandar Zulkarnain
- Augustus Caesar
- Chandragupta Maurya
- Bindusara
- Asoka
- Maharaja Shih Huang Ti
- Maharaja Han Wu Ti
Maks

Nyatakan dua bentuk pemerintahan yang diamalkan dalam Tamadun Yunani.
- Monarki
- Oligarki
- Aristokrasi
- Diktator/Tirani
- Demokrasi
Maks

Nyatakan dua prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dalam Tamadun China.
- Hukuman berat
- Bercorak kolektif
- Undang-undang yang tegas dan kukuh
- Tidak harus wujud rasa belas kasihan
- Penguatkuasaannya harus dipelihara dalam apa jua keadaan
Maks

Mengapakah terdapat dua orang konsul dalam sistem republik Rom?
- Tiada pemerintah yang berkuasa mutlak
- Tidak ada yang lebih berkuasa di antara mereka
Maks


Bagaimanakah generasi hari ini boleh memelihara dan mempertingkatkan tamadun negara kita?
- Bersikap inovatif
- Berusaha memperbaiki diri
- Meningkatkan kehidupan yang sedia ada
- Belajar dari sejarah masyarakat lampau
- Mempunyai ilmu pengetahuan dalam semua aspek kehidupan
- Berani meneroka bidang baru
- Meningkatkan pemikiran dan kemahiran
- Menguasai sains dan teknologi
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Maks

Tuesday, October 21, 2008

Sebarang Masalah: Hubungi Saya.....

Email : zamnik2005@yahoo.com.my
H/P : 0199497087
Alamat : Lot 1415, Kg Tebing Tinggi, Sabak, Wakaf Tuk Kassim
16100, Kota Bharu, Kelanatan.

Monday, September 29, 2008

Soalan Esei Ramalan 5 2008

Soalan 6
a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M?
[ 6 markah]
setelah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah

disokong oleh golongan Mawali

ditaja oleh Ali bin Abdullah

bergerak secara sulit

secara terbuka dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait untuk mendapat sokongan

menjadikan Khurasan , Kufah , dan Humaimah sebagai pusat Operasi

diperkukuhkan oleh Abu Salamah al-Khallal di Kufah dan Muslim al-Khurasani di Khurasan

Damsyik dijadikan pusat pentadbiran

kemudian dipindahkan ke Baghdad pada zaman Jaafar al- Mansur

b) Terangkan lima faktor yang membantu Kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah .
[ 10 markah ]
menjadi pusat penulisan karya ke dalam bahasa Arab
kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
tahap pertama mencatat segala idea atau percakapan
tahap kedua mengumpulkan idea yang serupa / hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku
tahap ketiga mengarang

menubuhkan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan
institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid
berkembang semasa Khalifah al-Makmun
menterjemah karya falsafah dan sains terutama daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab



melibatkan golongan ulama dalam penulisan pelbagai bidang agama Islam
ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah , tafsir, sejarah
contoh Imam Malik , Ibn Ishaq , Imam Abu Hanafiah Imam Shafi’i,Imam Ahmad bin Hanbal

Usaha penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suraini dan Yunani
Orang islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya ke bahasa Arab
Mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan
Mereka memuatkan keterangan dan ulasan

menubuhkan institusi pengajian tinggi
mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
hasil dapatan kajian sarjana Islam itu tersebar ke Eropah kajian ini turut diterjemahkan ke bahasa asing
menyumbang kepada kelahiran zaman renaissance di Eropah

kegigihan para ulama dan ilmuan Islam dalam penulisan
mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka
meninggalkan warisan yang ternilai kepada generasi kemudian

keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing
cendikiawan Islam menterjemah karya
membaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya

c) Mengapakah kemajuan bidang ilmu pengetahuan dalam kerajaan Abbasiyah dianggap telah mempengaruhi tamadun Eropah ?

[ 4 markah ]

Orang Islam menterjemahkan dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
Mereka menghurai dan membuat penambahbaikan terhadap karya tejemahan
Karya terjemahan tersebut dimuatkan dengan keterangan dan ulasan yang sangat tinggi nilainya
Mereka memelihara warisan ilmu daripada lenyap ketika Eropah dilanda zaman Gelap
Penubuhan pusat pengajian tinggi telah meningkatkan aktiviti penyelidikan oleh orang Islam
Hasil kajian dan penyelidikan sarjana Islam itu telah sampai ke Eropah dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing
Perkembangan tamadun Islam di kota Baghdad dan Cordova telah membuka mata cendiakiawan Eropah
Perkembangan kelimuan di Eropah telah melahirkan zaman pemilihan budaya yang dipanggil renaissance

Soalan Esei Ramalan 4 2008

5 Agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang ketara ke atas pelbagai aspek kehidupan masyarakat awal di Asia Tenggara

(a) Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?
[ 5 Markah ]

dibawa oleh Ksyatria / disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara

dibawa oleh pedagang/vaisya

disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta

penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan

dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain

perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M.
telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara

(b) Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
[ 8 Markah ]
mengamalkan sistem pemerintahan beraja
dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan

raja berada di puncak pemerintahan
dibawahnya terdapat kerabat diraja
selepas itu pembesar iaitu Brahmin
diikuti dengan rakyat
hamba golongan paling bawah

raja berkuasa mutlak
meliputi pentadbiran /hubungan luar / ketenteraan


perintah raja menjadi undang-undang
sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
raja dikehendaki adil terhadap golongan yang
diperintah

raja sebagai bayangan tuhan
rakyat takut menderhaka
lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
dipercayai memiliki kesaktian

lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status

wujud adat istiadat pertabalan raja
bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah

raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
bertujuan menjadi raja terulung
mendirikan kompleks kota
lambang konsep alam semesta / orde kosmos

terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
di bawah anak raja terdapat parvanda/senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat

(c) Apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara?
[ 7 Markah ]
Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan

meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat

batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat

tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha

pemerintahan,raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja

dan undang- undang

memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang

menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat batu bersurat di Lembah Bujang

bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama / bacaan mentera / upacara keagamaan

perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa/ duka/ derhaka/ manusia/ pahala/ rupa/ sengsara

bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal

pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas

pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma

penceritaan lisan dan wayang kulit

Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama

Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen