lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Friday, September 25, 2009

Penentangan Di Perak

Penentangan Di Perak

  1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh J.W.W Birch telah membawa kepada penentangan orang Tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.
  2. Sultan Abdullah dan para pembesar yang lain juga bersatu padu untuk menentang British.
  3. Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berlakunya penentangan penduduk tempatan di Perak iaitu :
    1. Kelemahan perjanjian Pangkor yang telah menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi asal sebagai penasihat kepada pemerintah.
    2. Pembaharuan-pembaharuan Birch seperti Cukai, sistem perhambaan dan Perundangan British
    3. Penghapusan hak pungutan cukai pembesar tempatan.
    4. Personaliti Birch seperti tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
    5. Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu.
    1. Walaupun Sultan Abdullah menandatangani perjanjian Pankor pada tahun 1874 yang mengiktiraf campurtangan British di Perak.
    2. Namun begitu kehadiran J.W.W. Birch ke Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan.
    3. Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan pembesar Melayu yang lain telah mengadakan bantahan secara terbuka terhadap British.
    4. Pada waktu itu juga Dato’ Maharaja Lela telah membuat kubu di Pasir Salak.
    5. Satu mesyuarat telah diadakan diantara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.
    6. Satu Mesyuarat lagi telah diadakan di Belanja, yang mempertanggungjawabkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W Birch.
    7. Pada 31 Oktober 1875, Birch telah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada British terus bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk membuat perisytiharan penyerahan tersebut.
    8. Kedatangan Birch ke Pasir Salak telah ditentang oleh Dato, Maharaja Lela dan telah membunuh Mat Arshad yang sedang menampal surat perisytiharan.
    9. Pada 2 November 1875, Birch telah dibunuh oleh dua orang suruhan Maharaja Lela iaitu Pandak Lam, Seputum dan lain-lain.
    10. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat.
    11. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah melarikan diri ke Kota Lama.
    12. Pada tahun 1877, pihak-pihak yang terlibat di dalam pembunuhan tersebut telah ditangkap dan dibicarakan di Matang Perak.
    13. Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam dan Seputum telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
    14. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Shahbandar di buang negeri ke Pulau Sychelles.
    15. Raja Yusof yang tidak terlibat dalam pakatan tersebut telah dilantik menjadi sultan Perak manakala Hugh Low telah dilantik sebagai Residen British di Perak bagi mengantikan Birch.

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation