lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Thursday, September 24, 2009

Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

  1. Kedatangan British ke Malaysia sejak dari awal lagi telah menimbulkan gerakan nasionalisme di Malaysia.
  2. Gerakan penentangan ini adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan kerana kepentingan mereka telah dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
  3. Antara pemimpin yang terlibat adalah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.
Sebab-Sebab Penentangan

Dasar Penaklukan British

Penaklukan British terhadap kawasan-kawasan seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah telah menimbulkan penentangan di kalangan rakyat tempatan.

  1. British menakluki negeri-negeri di Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  2. Pengukuhan kedudukan politik ini menyebabkan kawasan jajahan penjajah menjadi semakin luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan pemerintahan dan peraturan penjajah.
  3. Penguasaan British terhadap Melaka telah menyebabkan Naning menjadi tanah jajahan British dan dipaksa membayar ufti.
  4. Ini telah menimbulkan kemarahan Dol Said yang menjadi penghulu di Naning pada waktu itu.
  5. Berlakulah peperangan antara Dol Said dan British.

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan

  1. Penjajah British juga telah mendapat tentangan daripada masyarakat setempat kerana hasrat mereka untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka.
  2. Banyak perjanjian yang ditandatangani dengan pemimpin tempatan telah membolehkan mereka menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
  3. Ini telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan kerana British telah cuba untuk menguasai ekonomi tempatan.

Sistem Pentadbiran Barat

  1. Rakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
  2. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai dan peraturan dengan sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat .
  3. Di Terengganu penduduk menentang British kerana undang-undang tanah yang menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
  4. Undang-undang ini amat bertentangan dengan amalan tradisis penduduk tempatan yang tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah.
Campurtangan British terhadap Adat resam Tempatan

    1. Campurtangan British terhadap adat resam tempatan juga telah menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan.
    2. British telah cuba memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka yang amat bertentangan dengan budaya tempatan.
    3. Tindakan J.W.W Birch mengharamkan amalan menggunakan orang suruhan di kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu.

    Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh

    1. Penjajahan Britsih telah menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh mereka.
    2. Pembesar tempatan ini telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesebuah kawasan dalam segala urusan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
    3. Kehadiran Penjajah Bristish menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh tersebut.
    4. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka dan mendorong mereka menentang British.

    Kesulitan Penduduk Tempatan

    1. Penduduk tempatan juga telah mengalami kesulitan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
    2. Mereka merasa tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.
    3. Rakyat tempatan juga telah memberikan kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua dan mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang Britsish.

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation