lawati Penaja cikgusejarah.blogspot.com

Suka blogcikgusejarah

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah

Followers

Suka cikgusejarah

Penaja Blog cikgusejarah

Thursday, September 24, 2009

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan Dol Said di Naning

1. Penentangan terhadap British yang paling awal di Tanah Melayu ialah penentangan Penghulu Dol Said di Naning.

2. Dol Said menentang British kerana Naning telah diletakkan di bawah pentadbiran negeri-negeri Selat, iaitu sebahagian daripada wilayah Melaka.

3. Tindakan British menjadikan Naning sebahagian daripada Melaka telah menimbulkan kemarahan Penghulu Dol Said kerana terpaksa membayar cukai satu persepuluh hasilnya kepada British di Melaka.

4. Dol Said enggang berbuat demekian, dan menganggap Naning bukan wilayah Melaka dan British tiada hak ke atas Melaka.

5. Ini menyebabkan British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831.

6. Dol Said dengan bantuan tentera daripada :

a. Yam Tuan Ali ( Rembau )

b. Syed Shaban

c. Penghulu Remai

d. Rechat

e. Dato’ Kelana Sungai Ujung

f. Penghulu Gemencheh

7. Pasukan Dol said tersebut telah berjaya mengalahkan 150 tentera British dibawah pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning.

8. Kekalahan tersebut telah menyebabkan British telah sekali lagi menyerang Naning pada tahun 1832 dengan membawa tentera yang lebih ramai iaitu seramai 1200 orang.

9. Pasukan Dol Said tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, dan akhirnya terpaksa mengaku kalah kepada British dengan menyerah diri.Beliau akhirnya telah dibawa ke Melaka dengan diberi pencen dan sebuah rumah.

No comments:

Nuffnang...

English-Malay Automatic Translation