Saturday, February 28, 2009

Keperwiraan Lt. Adnan

Keperwiraan Lt. Adnan bin saidi yang berasal dari kajang, Selangor menjadi satu lagenda keberanian anggota askar Melayu, walaupun ini merupakan kali pertama mereka menghadapi musuh dimedan perang. Mayat Lt. Adnan juga telah digantung pada salah satu pokok yang terdapat di Bukit Chandu, beliau telah digantung kaki ke atas dan kepala di bawa ( sama seperti mayat tuk janggut ) Perang Bukit Chandu pada 14 Februari yang begitu sengit merupakan satu titik tanda bersejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Mereka lebih sanggup bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir daripada menyerah kalah, walaupun sudah disedari pihak musuh jauh lebih ramai daripada Askar Melayu.
Semangat yang ditunjukkan oleh Lt. Adnan patuh dicontohi oleh anak muda melayu hari ini, walaupun bukan dalam peperangan tetapi dalam perjuangan untuk memajukan diri sendiri demi bangsa, agama dan negara.

Wednesday, February 25, 2009

Kubu Zaman Jepun

Kubu Zaman Jepun yang digunakan oleh British semasa Perang Dunia Kedua sudah "ditelan ombak" Generasi muda di Kampung Pantai sabak ( Pantai dasar ) sudah tidak dapat melihat lagi kesan peninggalan sejarah tersebut. Semasa gambar ini diambil kubu tersebut sudah berada di dalam laut. gambar tu di ambil pada tahun 1993.

Sekarang, tahun 2009, sudah lama berlalu...semuanya telah hilang...tiada lagi pantai...tiada lagi bahan peninggalan sejarah yang penting yang harus diingat oleh generasi hari ini..untuk melihat bagaimana peritnya penderitaan masyarakat kampung waktu itu semasa pemerintahan Jepun...." Peristiwa Sejarah boleh menjadi ikhtibar dan panduan kepada generasi hari ini"

Thursday, February 19, 2009

Gerakan Islah

Gerakan Islah


· Gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam

· Bertujuan memajukan umat Islam berdasarkan al-quran dan Hadis

· Tokoh-tokoh pentingialah SheikhTahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

· Isu penting yangdiperjuangkan ialah Memajukan ekonomi orang Melayu, sematkan sikap kritik penjajah dan mengkritik raja

· Akhbar dan majalah utama ialah Al-Imam, Neracha, Edaran Zaman dan Pengasuh.

· Di Kenali dengan nama Kaum Muda


- Kaum Muda telah berusaha untuk menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.

- Antara yang diperjuangkanm oleh golongan kaum Muda ini ialah :

a. Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.

b. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu

c. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu

  1. Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi adalah merupakan tokoh gerakan Kaum Muda yang amat aktif pada ketika itu.
  2. Sheikh Tahir Jalaluddin adalah merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam dan juga menulis dalam majalah al-Manar.
  3. Begitu juga dengan Syed Syeikh al-Hadi yang telah menubuhkan Jelutung Press dan telah menerbitkan majalah Saudara.
Beliau juga telah mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan juga terlibat dalam mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum



Friday, February 6, 2009

Tip-tip belajar Sejarah


Untuk memudahkan mengingati fakta Sejarah pelajar harus menghasilkan kad bertema dalam bentuk kad-kad kecil untuk satu-satu tajuk.
Setiap kad bertema harus mengandungi Tajuk dan tema-tema penting tajuk tersebut, tema-tema tersebut haruslah menjawab soalan Apa? Mengapa?Bila?Bagaimana?Dimana.

Contoh Kad