Friday, September 25, 2009

Penentangan Di Negeri Sembilan

Penentangan Di Negeri Sembilan

1. Kemasukan British di negeri sembilan juga mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin tempatan.

2. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong.

3. Antara sebab-sebab yang menyebabkan Yam Tuan Antah menentang British ialah :

a. Campurtangan British di Sungai Ujong

b. British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi

c. British telah menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi

d. Terpaksa menandatangani Perjanjian Damai pada tahun 1888.

4. Begitu juga dengan Dato’ Syahbandar Sungai Ujung yang enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874.

5. Dasar British yang memberikan sokongan kepada Dato’ Kelana tidak disenangi oleh Dato’ Syahbandar.

6. Kedua-dua pemimpin tersebut berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari negeri-Negeri Selat.

7. Dato’ Kelana Syed Ab. Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal dengan bantuan daripada British.

8. Dato’ Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor, tetapi pada 10 N0vember 1874 terpaksa kembali semula ke Sungai Ujong untuk menandatangani perjanjian dengan British bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.Dengan itu seluruh Sungai Ujung diletakkan di bawah Dato’ Kelana di bawah penguasaan British.

Penentangan Di Perak

Penentangan Di Perak

  1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh J.W.W Birch telah membawa kepada penentangan orang Tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.
  2. Sultan Abdullah dan para pembesar yang lain juga bersatu padu untuk menentang British.
  3. Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berlakunya penentangan penduduk tempatan di Perak iaitu :
    1. Kelemahan perjanjian Pangkor yang telah menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi asal sebagai penasihat kepada pemerintah.
    2. Pembaharuan-pembaharuan Birch seperti Cukai, sistem perhambaan dan Perundangan British
    3. Penghapusan hak pungutan cukai pembesar tempatan.
    4. Personaliti Birch seperti tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
    5. Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu.
    1. Walaupun Sultan Abdullah menandatangani perjanjian Pankor pada tahun 1874 yang mengiktiraf campurtangan British di Perak.
    2. Namun begitu kehadiran J.W.W. Birch ke Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan.
    3. Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan pembesar Melayu yang lain telah mengadakan bantahan secara terbuka terhadap British.
    4. Pada waktu itu juga Dato’ Maharaja Lela telah membuat kubu di Pasir Salak.
    5. Satu mesyuarat telah diadakan diantara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.
    6. Satu Mesyuarat lagi telah diadakan di Belanja, yang mempertanggungjawabkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W Birch.
    7. Pada 31 Oktober 1875, Birch telah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada British terus bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk membuat perisytiharan penyerahan tersebut.
    8. Kedatangan Birch ke Pasir Salak telah ditentang oleh Dato, Maharaja Lela dan telah membunuh Mat Arshad yang sedang menampal surat perisytiharan.
    9. Pada 2 November 1875, Birch telah dibunuh oleh dua orang suruhan Maharaja Lela iaitu Pandak Lam, Seputum dan lain-lain.
    10. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat.
    11. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah melarikan diri ke Kota Lama.
    12. Pada tahun 1877, pihak-pihak yang terlibat di dalam pembunuhan tersebut telah ditangkap dan dibicarakan di Matang Perak.
    13. Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam dan Seputum telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
    14. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Shahbandar di buang negeri ke Pulau Sychelles.
    15. Raja Yusof yang tidak terlibat dalam pakatan tersebut telah dilantik menjadi sultan Perak manakala Hugh Low telah dilantik sebagai Residen British di Perak bagi mengantikan Birch.

Thursday, September 24, 2009

Penentangan Di Sabah

  1. Kehadiran kuasa British untuk mentadbir negeri Sabah juga telah menerima tentangan daripada para pemimpin tempatan
  2. Kuasa British yang mentedbir Sabah pada ketika itu ialah Syarikat Borneo Utara British ( SBUB )
  3. Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar ialah terhadap kompeni Inggeris tersebut datangnya daripada seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut dan Tambunan yang bernama Datu Mohamed Salleh bin Datu Balu ( Mat Salleh
    1. SBUB telah menduduki kawasan kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan perahu.
    2. Pegawai-pegawai syarikat juga telah bertindak kasar kepada penduduk tempatan.
    3. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan.
    4. Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
    5. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan ke atas kedudukan SBUB di Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan.
    6. Pada Disember 1897, British telah menyerang kubu Mat Salleh di Ranau tetapi gagal menangkap Mat SallehKegagalan tersebut telah menyebabkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu dengan menawarkan Tambunan kepadanya.
      1. SBUB telah mungkir janji dan hal ini telah menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.
      1. Serangan tersebut telah dibalas oleh SBUB yang menyebabkan Mat Salleh tewas dan terkorban dalam serangan tersebut.

Penentangan di Sarawak

1. Tindakan Brooke meluaskan kawasan pentadbirannya dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa Kesultanan Brunei telah mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin tempatan.

2. Mereka enggang menyerahkan daerah tersebut kepada Brooke dan menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

3. Penentangan dilakukan oleh Linggir, Rentap dan Syarif Masahor.

4. Pada tahun 1849, Linggir pemimpin kaum Iban di Saribas telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.

5. Serangan tersebut adalah hasil tindakbalas langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

6. Di dalam serangan tersebut Linggir dan pengikutnya telah tewas di dalam pertempuran tersebut.

1. Pada tahun 1853, Rentap atau Libau, salah seorang pemimpin Iban telah menentang James Brooke kerana tindakan Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai Lanun.

2. Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman Brooke di kawasan tersebut.

3. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampong mereka.

4. Rentap dan pengikutnya telah ke Bukit Sadok dan mengukuhkan kubu di kawasan tersebut.

5. Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang kubu tersebut sebanyak 3 kali barulah berjaya menawan kubu tersebut.

6. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan menjadi semakin lemah.

7. Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan telah membangkitkan penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan datu Patinggi Abdul Gapor.

8. Mereka telah menolak penguasaa James Brooke di Sungai Rajang pada tahun 1857.

Tindakan James Brooke membina sebuah kubu di Kanowit telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pemerintah di kawasan tersebut. Kemarahan beliau semakin memuncak kerana pada tahun 1855, James Brooke telah melucutkan kuasanya di Sarikei. Serangan tersebut gagal, Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

Datu Patinggi Abdul Gapor melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Kemudian Syarif masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching.

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan Dol Said di Naning

1. Penentangan terhadap British yang paling awal di Tanah Melayu ialah penentangan Penghulu Dol Said di Naning.

2. Dol Said menentang British kerana Naning telah diletakkan di bawah pentadbiran negeri-negeri Selat, iaitu sebahagian daripada wilayah Melaka.

3. Tindakan British menjadikan Naning sebahagian daripada Melaka telah menimbulkan kemarahan Penghulu Dol Said kerana terpaksa membayar cukai satu persepuluh hasilnya kepada British di Melaka.

4. Dol Said enggang berbuat demekian, dan menganggap Naning bukan wilayah Melaka dan British tiada hak ke atas Melaka.

5. Ini menyebabkan British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831.

6. Dol Said dengan bantuan tentera daripada :

a. Yam Tuan Ali ( Rembau )

b. Syed Shaban

c. Penghulu Remai

d. Rechat

e. Dato’ Kelana Sungai Ujung

f. Penghulu Gemencheh

7. Pasukan Dol said tersebut telah berjaya mengalahkan 150 tentera British dibawah pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning.

8. Kekalahan tersebut telah menyebabkan British telah sekali lagi menyerang Naning pada tahun 1832 dengan membawa tentera yang lebih ramai iaitu seramai 1200 orang.

9. Pasukan Dol Said tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, dan akhirnya terpaksa mengaku kalah kepada British dengan menyerah diri.Beliau akhirnya telah dibawa ke Melaka dengan diberi pencen dan sebuah rumah.

Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

  1. Kedatangan British ke Malaysia sejak dari awal lagi telah menimbulkan gerakan nasionalisme di Malaysia.
  2. Gerakan penentangan ini adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan kerana kepentingan mereka telah dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
  3. Antara pemimpin yang terlibat adalah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.
Sebab-Sebab Penentangan

Dasar Penaklukan British

Penaklukan British terhadap kawasan-kawasan seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah telah menimbulkan penentangan di kalangan rakyat tempatan.

  1. British menakluki negeri-negeri di Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  2. Pengukuhan kedudukan politik ini menyebabkan kawasan jajahan penjajah menjadi semakin luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan pemerintahan dan peraturan penjajah.
  3. Penguasaan British terhadap Melaka telah menyebabkan Naning menjadi tanah jajahan British dan dipaksa membayar ufti.
  4. Ini telah menimbulkan kemarahan Dol Said yang menjadi penghulu di Naning pada waktu itu.
  5. Berlakulah peperangan antara Dol Said dan British.

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan

  1. Penjajah British juga telah mendapat tentangan daripada masyarakat setempat kerana hasrat mereka untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka.
  2. Banyak perjanjian yang ditandatangani dengan pemimpin tempatan telah membolehkan mereka menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
  3. Ini telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan kerana British telah cuba untuk menguasai ekonomi tempatan.

Sistem Pentadbiran Barat

  1. Rakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
  2. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai dan peraturan dengan sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat .
  3. Di Terengganu penduduk menentang British kerana undang-undang tanah yang menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
  4. Undang-undang ini amat bertentangan dengan amalan tradisis penduduk tempatan yang tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah.
Campurtangan British terhadap Adat resam Tempatan

    1. Campurtangan British terhadap adat resam tempatan juga telah menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan.
    2. British telah cuba memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka yang amat bertentangan dengan budaya tempatan.
    3. Tindakan J.W.W Birch mengharamkan amalan menggunakan orang suruhan di kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu.

    Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh

    1. Penjajahan Britsih telah menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh mereka.
    2. Pembesar tempatan ini telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesebuah kawasan dalam segala urusan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
    3. Kehadiran Penjajah Bristish menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh tersebut.
    4. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka dan mendorong mereka menentang British.

    Kesulitan Penduduk Tempatan

    1. Penduduk tempatan juga telah mengalami kesulitan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
    2. Mereka merasa tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.
    3. Rakyat tempatan juga telah memberikan kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua dan mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang Britsish.

Monday, September 7, 2009

PETUA CEMERLANG SEJARAH SPM 2009

TAHU/MAHIR DENGAN TEMA-TEMA SEJARAH SPM

Setia Tema Wajib keluar soalan untuk SPM 2009

TEMA-TEMA SEJARAH SPM

TINGKATAN 4

Tema 7

Tamadun Awal Manusia

Bab 1 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Bab 2 - Peningkatan Tamadun

Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara

Tema 8

Tamadun Islam dan Perkembangannya

Bab 4 - Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Bab 6 - Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Bab 7 - Islam di Asia Tenggara

Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum

Kedatangan Barat

Tema 9
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Bab 9 - Perkembangan di Eropah

Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

TINGKATAN 5

Tema 10

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Bab 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di AT

Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Tema 11
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

Bab 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Bab 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Bab 8 - Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Tema 12
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Saturday, September 5, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009 - Set 5

1. Kerajaan Bani Umaiyah ( bab 6 ) 4
2. Undang-Undang Tanah ( bab 10 ) 4
3. Badan pemerintah ( bab 7 ) 5
4. Pertubuhan antarabangsa Komanwell ( bab 9 ) 5
5. Kerajaan Agraria ( Bab 3 ) 4
6. Kegiatan Perdagangan Melaka ( Bab 8 ) 4
7. Nasionalisme di Asia Tenggara ( Bab 2 ) 5
8. Warisan Kesultanan Melayu Melaka boleh dilihat dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri TerengganuUndang Johor ( bab 3 ) 5
9. Perang Dunia Pertama ( Bab 9 ) 5

Soalan Ramalan Set 4 SPM 2009

1. Kegiatan Perdagangan Tamadun India ( bab 2 ) 4
2. Undang-Undang Bertulis/Tidak Bertulis ( Bab 8 ) 4
3. Persatuan-Persatuan Negeri ( Bab 2 ) 5
4. wawasan 2020 ( bab 8 ) 5
5. Piagam Madinah ( bab 5 ) 4
6. Penerokaan dan Penjelajahan ( Bab 9 ) 4
7. Kesan Dasar Ekonomi British ( bab 10 ) 4
8. Suruhanjaya Reid ( Bab 5 ) 5
9. Negara Selatan-Selatan ( bab 9 ) 5

Friday, September 4, 2009

Soalan Ramalan SPM set 3 2009

1. Tamadun Hwang H0 ( Bab 1 ) 4
2. Teori Kedatangan Agama Islam ( bab 7 ) 4
3. Gerakan Islah ( Bab 2 ) 5
4. NAM ( Bab 9 ) 5
5. Nabi Muhammad SAW ( bab 5 ) 4
6. Gerakan Reformation ( bab 9 ) 4
7. Dasar British di Tanah Melayu ( bab 10 ) 4
8. Pakatan Murni ( bab 5 ) 5
9. Dasar Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan ( Bab 8 ) 5

Tajuk-Tajuk Ramalan SPM 2009 set 2

1. Peperangan zaman Nabi Muhammad SAW ( Bab 5 ) 4
2. Zaman Renaissance ( Bab 9 ) 4
3. Persekutuan Tanah Melayu ( bab 4 ) 5
4. Penyata Pendidikan ( bab 8 ) Ting 5
5. Tamadun Indus ( bab 1 ) 4
6. Kerajaan bani Uthmaniyah ( bab 6 ) 4
7. Mata wang ( bab 10 ) 4
8. Nasionalisme di Filipina ( bab 1 ) 5
9. Cabaran Globalisasi ( bab 9 ) 5

Soalan Ramalan SPM 2009 - Tajuk-tajuk Ptg - Set 1

1. Tamadun Hwang Ho ( Bab 1 ) 4
2. zaman Gelap ( Bab 9 ) 4
3. Bendera Jalur Gemilang ( bab 7 ) 5
4. Negara Persekutuan ( bab 7 ) 5
5. Proses Kedatangan Agama Hindu ( Bab 3 ) 4
6.Kerajaan Bani Abbasiyah ( bab 6 ) 4
7. Kedatangan Imigran ke Tanah Melayu ( Bab 10 ) 4
8. Persekutuan Tanah Melayu ( Bab 5 ) 5
9. Dasar Luar Malaysia ( Bab 9 ) 5