Friday, March 6, 2009

Lokasi Sebenar Jambatan Guillemard

Terdapat percanggahan fakta di dalam buku teks sejarah Tingkatan 3 yang mengatakan jambatan Guillemard Berada di Kuala Krai.
Mengikut Buku : " Perang Dunia Kedua " Peranan Askar Melayu " Tulisan Wan Hasyim Wan Teh Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1993 Menurut Buku tersebut : Jambatan Guillemard yang merentangi Sungai Kelantan di Tanah Merah telah dimusnahkan oleh Tentera British pada 11 Disember 1941.


Gambar : Kelihatan tentera berjalan kaki Jepun sedang menggunakan Jambatan itu untuk menuju ke Kuala Krai ( Mungkin disini kesilapannya...yg mengatakan jambatan Guillemard berada di Kuala Krai : Sebenarnya tentera Jepun gunakan jambatan tersebut untuk menuju ke Kuala Krai
Mengikut Pengetahuan Cikgusejarah, jambatan di Kuala Krai yang dijumpai ialah Jambatan Sultan Ismail. CikguSejarah berada 7 tahun di Kuala Krai..

Monday, March 2, 2009

Download bahan Sejarah - Soalan kertas 1 Ujian mac 2009

Download Soalan Ujian Pengesanan 1 - Ujian Mac 2009 Tingkatan 4 : Klik Disini Untuk Soalan

Perincian : Soalan ini mengandungi 20 Soalan bab 1 dan 20 Soalan bab 2 Tingkatan 4