Friday, October 30, 2009

Ramalan - Tema 9 ( Bab 9 Ting 5 ) Wajib



Ramalan spm 2009 - Tema 2



Ramalan spm 2009 - tema 5




Fokus spm 2009 - Ramalan SPM 2009 - tema 4




Fokus spm 2009 - Ramalan SPM 2009 - Tema 3





Islam mampu membawa kejayaan - Ramalan spm 2009

Terkini Soalan Ramalan SPM 2008

Kedatangan Islam ke Tanah Meiayu telah bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14.
Pengaruh Islam lebih ketara sewaktu zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke-15.
(a) Nyatakan dua pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
(b) Berikan dua pengaruh Islam dalam Adat Temenggung.
(c) Senaraikan dua jenis mata wang yang digunakan oleh negeri-negeri Melayu sejaka badk e-16.
(d)Jelaskan dua nilai Islam yang diamalkan dalam aspek perdagangan semasa zaman
Kesultanan M elayu Melaka.
(e)Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur islam dapat membawa negara ke arah kegemilangan.

Tuesday, October 20, 2009

Soalan Percubaan SPM 2009 untuk semua subjek

Klik di sini untuk ke link Soalan Percubaan semua matapelajaran seluruh malaysia untuk Calon SPM 2009..Di haraokan ia dapat membantu semua pelajar diseluruh malaysia....


Saturday, October 17, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009 Faktor kemunculan Melaka

a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara? ( 8 Markah )

F1 Strategik - Melaka adalah terletak di kedudukan yang strategik

H1a Ia terletak di tengah jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya

H1b tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.

F2 Melaka juga telah menyedikan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar

H2a segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.

H2b Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan Jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.

H2b Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka.

H2c Di dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya.

F3 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertutukan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya.

F4 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.

F5 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.

b) Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.

F2 Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan

H2a dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.

F3 Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, cukai telah dibayar terhadap barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.

F4 Cukai tetap( cukai import ) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.

F5 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa.

F7 Pedagang dari Jepun, dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.

H7a Barang makanan seperti beras adalah tidak dikenakan cukai.

F8 Tedapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing yang datang dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka sebanyak tiga peratus

F9 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus.

F10 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka

F11 Pengaruh islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.

F12 Di dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat penegasan berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba, begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.

F13 Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan kaya supaya membayar zakat harta untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.

F14 Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai suber bantuan kepada ahli masyarakat

( 8 Markah )

c) Berikan Empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya dapat

mempertingkatkan ekonomi Negara? ( 4 Markah )

F1 Memanfaatkan setiap peluang yang ada

F2 Berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mudah berputus asa

F3 mempelbagaikan kegiatan ekonomi

F4 menceburi bidang perdagangan ke peringkat antarabangsa

F5 Generasi hari ini harus giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan kekayaan Negara

F6 Sama-sama berganding bahu dalam memperingkatkan ekonomi Negara

F7 Berani menceburi bidang-bidang baru yang masih belum diterokai

Soalan Ramalan spm 2009 - Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

a) Berikan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung? ( 8 Markah )

F1 Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong.

H1a Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan pemerintahannya di Palembang.

F2 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdadapat di Negeri Sembilan.

H2a Dalam adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa

F3 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan disemua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan.

H3a manakala Adat Temenggung di amalkan di Negeri Sembilan sahaja

F4 Adat Perpatih adalah bersifatmatrilinear yang mengutamakan jurai keturunan ibu.

H4a Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.

F5 Mengikut adat Perpatih, Ahli dalam setiap Suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.

H5a Manakala dalam adat Temenggung individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak melanggar hukum islam.

F6 Jurai keturunan adat perpatihmemberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.

H6a Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang bertetapatan dengan faraid Islam.

b) Jelaskan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam undang- undang bertulis yang di amalkan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka? ( 8 Markah )

F1 Tanggungjawab raja

F2 dan pembesar

F3 Pantang larang dikalangan anggota masyarakat.

F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah

F5 Undang-Undang keluarga

F6 Permasalahan ibadah

F7 Jenis-jenis hukuman terhadap Kesalahan

F8 Hal-hal yang berkaitan perdagangan

F9 dan maritim

F10 Tugas-tugas nahkoda

F11 yang diumpamakan sebagai imam

F12 dan anak buah kapal dianggap sebagai makmun.

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pelaksanaan undang-undang di sesebuah Negara? ( 4 Markah )

F1 Untuk mengawal segala tingkahlaku manusia

F2 Mengatasi sebarang permasalahan yang akan berlaku

F3 Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera

F4 Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tida kira apa keadaan

F5 Membendung tindakan liar manusia

F6 mewujudkan masyarakat yang tersusun

F7 menghukum pesalah yang melakukan kesalahan

Ramalan SPM 2009 - Nasionalisme di Asia Tenggara

a) Berikan tiga ciri gerakan nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara?

F1 Isu kebudayaan

F2 Agama

F3 Hak peribumi

F4 Penentangan terbuka

F5 Bercorak setempat

F6 Tidak berorganisasi

F7 Dipimpin oleh golongan pertengahan

F8 Kesedaran politik

( 2 Markah

b) Berikan Dua ciri gerakan nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara?

F1 Radikal

F2 Berorganisasi

F3 Berpendidikan barat

F4 Matlamat jelas

F5 Menuntut kemerdekaan

( 2 Markah )

c) Namakan Dua pertubuhan gerakan nasionaisme tahap Pertama?

F1 Gerakan Dakyah

F2 Muhammadiyah

F3 Persatuan Belia Buddha

F4 Gerakan Islah

( 2 Markah )

d) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara yang lain?

F1 Tidak dijajah oleh kuasa barat

F2 Mendapatkan kuasa rakyat

F3 Hapuskan kuasa mutlak raja

( 2 Markah

d. Pada pandangan anda, bagaimanakah generasi hari ini dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita?

F1 mewujudkan perpaduan kaum

F2 Sanggup berkorbn untuk Negara

F3 taat setia kepada raja dan Negara

F4 Mematuhi arahan pemerintah

F5 menguasai ilmu pengetahuan

F6 penguasaan bidang sains dan teknologi

F7 Berfikiran positif dalam semua pekara

F8 Berfikir secara rasional

Thursday, October 15, 2009

Bab 3 Ting 4 - Tamadun Awal Asia Tenggara

a) Apakah maklumat yang terdapat pada batu bersurat ditapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara?

F1 Agama Hindu Buddha

F2 Pemerintahan

F3 Raja

F4 Undang-Undang

F5 Keagungan kerajaan

F6 Salasilah raja

F7 Amaran kepada yg menderhaka kepada raja

( 3 Markah )

b) Berikan Tiga contoh Bahasa sangskrit yang telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu?

F1 Dosa

F2 Dukha

F3 Deva

F4 Manusa

F5 Rupa

F6 Samsara

F7 Phala

( 3 Markah )

c) Nyatakan Dua puisi dan prosa jawa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sangskrit?

F1 Negarakertagama

F2 Sutosoma

F3 Arjunawiwaha

F4 Kunjakarna

d. Pada pandangan anda, apakahkepentingan tulisan Sanskrit kepada penduduk tamadun awal?

F1 Bahasa sarjana

F2 Mencatatkan keagungan kerajaan

F3 bahasa Komunikasi masyarakat kerajaan awal

F4 mempengaruhi hasil karya tempatan

F5 Bahasa Agama masyarakat lampau

F6 mempengaruhi sastera jawa kuno

F7 Diserapkan ke dalam Bahasa Melayu

F8 Penggunaan dalam bahasa ilmu

Wednesday, October 14, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009

Soalan Ramalan SPM 2009 – Soalan Struktur

Soalan 1
a.
Nyatakan lokasi pembentukan kerajaan agrarian?
b.
Nyatakan lokasi kerajaan maritime?
c.
Senaraikan dua kegiatan masyarakat agrarian
d.
Mengapakah kerajaan maritime menjalinkan
hubungan dengan kerajaan agrarian
e.
Bagaimanakah kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan
Srivijaya mencapai zaman kegemilangannya

Soalan 2
a.
Apakah maksud pendidikan tidak formal
b.
Apakah maksud pendidikan tidak formal
c.
Bagaimanakah pendidikan tidak formal disalurkan
kepada kanak-kanak dalam masyarakat Melayu
d.
Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan melalui
pendidikan tidak formal
e.
Dimanakah pendidikan formal dijalankan selepas
kedatangan islam
f.
Pendidikan tidak formal kurang diberi tumpuan
oleh masayarakat kini, Pada pandangan anda, apakah kesannya terhadap manusia
sekarang

Soalan 3
a.
Berikan nama parti kompenan yang menganggotai
Parti Perikatan pada tahun 1955
b.
Jelaskan kandungan manifesto Parti Perikatan
dalam menghadapi pilihanraya majlis Perundangan 1955
c.
Jelaskan rombongan rundingan kemerdekaan ke
London
d.
Berikan tiga iktibar peristiwa rundingan
kemerdekaan

Soalan 4
a.
Mengapakah Negara kita mengadakan pilihanraya
b.
Apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya kecil
c.
Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
d.
Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi
e.
Sekiranya and menjadi seorang pengundi, apakah
criteria seorang calon yang akan menjadi pilihan anda?





Monday, October 5, 2009

Soalan Percubaan SPM 2009 Negeri-Negeri

Pelajar-pelajar telah pun selesai menjalani peperiksaan percubaan SPM 2009. Di sini cikgusejarah meletakkan beberapa soalan percubaan SPM negeri-negeri lain, seperti Terengganu, SBP, Sabah, Perlis dan lain
Soalan-Soalan tersebut diharapkan dapat membantu semua pelajar walau dimana berada.

Klik utk Download :

Soalan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh
Kertas 2

Kertas Percubaan Kelantan

Melaka
Johor
Sabah
Perlis