SEJARAH KERTAS 3 ( Pengenalan )
SOALAN: 1
TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA
ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah
menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Soalan:
Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia
dalam pertubuhan serantau.
Jawapan:
Pertubuhan serantau merupakan satu
pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran
antara satu sama lain.
Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat
tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu
Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya
ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun
1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan
tahun 1967.
Pembentukan
pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.
Soalan:
( Pengenalan )
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar
negara yang berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan
pemimpin negara kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang
diwujudkan.
Jawapan:
Dasar
luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah
berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan
negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan
Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand
dan Filipina. MAPHILINDO pada tahun 1962
bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Menjelang
tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa
usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia
mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian
Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
Dasar
luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha
mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih
erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan
Kampuchea.
Soalan:
( Pengenalan )
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik
dengan semua negara termasuk dengan negara serantau. Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin
dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui
dasar luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara. Disamping itu ia juga bertujuan untuk memelihara
kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat
dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan
peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Penting; Pilih mana-mana yang sesuai dengan
kehendak soalan no 1 iaitu Pengenalan. Jangan abil semua pilih satu sahaja
Soalan 2 : Jelaskan mengapakah Malaysia
menyertai pertubuhan-pertubuhan berikut : ( ITEM MEMAHAMI )
i.
Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara
Jawapan :
i.
ASA
Malaysia telah
menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah
mencapai kemerdekaan kerana diancam
hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan PKM telah memainkan peranan
penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.
PKM telah
diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli-ahlinya melancarkan gerakan
gerila bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Di negara-negara
Jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thaliland yang bersempadan
dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai
pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua-dua buah negara
untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis, begitu juga
dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh Komunis.
Malaysia ingin
mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran agar dapat membendung pengaruh
dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul Rahan telah mencadangkan penubuhan ASA.
Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada
ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pada 31 Julai 1961,
satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan
Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan.
Antara matlamat ASA
ialah menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,
sains dan sosial. Matlamat ASA yang kedua adalah untuk memberikan dan menyediakan kemudahan
latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara
anggota. Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin
keselamatan dan kestabilan politik negara-negara anggota.
Walaubagaimanapun,
matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA
juga dianggap sebagai sebuah antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia.
Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan
Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan
Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang
penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun
1963.
ii.
MAPHILINDO
MAPHILINDO
merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipna dan Indonesia.
Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan
dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.
Pertelingkahan
yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan
oleh cadangan pembentukan Malayisa. Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia
sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Tentagan Filipina
pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi
hak milik negara mereka.
Bagi
menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan
rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada
penubuhan MAPHLINDO. Ketiga-tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon
bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang
cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya
pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau
pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya, Majoriti rakyat dikedua-dua
negara negeri berkenaan bersetuju dan menyokong Pembentukan Malaysia
Sungguhpun
begitu Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia.
Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan
lagi.
iii.
ASEAN
Hasrat
Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran
tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini iaitu
ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.
Usaha ini akhirnya berhasil
dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967 yang membawa kepada
penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai
ASEAN.
Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain
dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk
melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian,
memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta
mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan
antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN pada
ketika terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand,
Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila
kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah
Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah
dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan
Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.
Soalan Tiga : Terangkan
peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia telah
memainkan peranan yang penting di dalam pertubuhan ASEAN sesuai dengan matlamat
penubuhannya sebagai satu asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika
dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya
dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam mesyuarat
Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu
deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali
sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka
sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan
berkcuali atau dikenali sebagai Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN).
Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
dirantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau
Timur bagi mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.
Walaubagaimanapun konsep
ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan
kerajaan Khemer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan
mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demoktarik Campuran Kampuchea
di bawah pimpinan Putera Noradom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan
cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun
1982.
Dalam mesyuarat pada tahun
1948, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon bebas
senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau
senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen
negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama
ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah kerjasama
ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam
projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu, ( Sarawak ) serta
Acheh di Indonesia. Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area ( AFTA ) yang telah
diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah
mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi
rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea yang
telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr.
Mahathir dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Temur atau East Asian Economic
Caucus ( EAEC ) Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara
maju terutamanya Amerika Syarikat, Tetapi
usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi
tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk
kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara –
negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini
dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan,
Kerjasama lain yang dibuat
atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN, Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio juga dijalankan.
Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui
semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalankan dengan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik
dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam
pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
Soalan 4 : Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui
penyertaan pertubuhan serantau?
Faedah yang diperolehi Malaysia
melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat
membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama
negara-negara anggota.
Selain daripada itu Malaysia dapat
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.
Negara kita juga dapat kemudahan
latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara
anggota.
Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia
dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.
Faedah yang diperolehi
Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat
meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara
negara Filipina dan Indonesia.
Faedah yang
diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia
dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai
Zon Aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik
rantau Asia Tenggara.
Melalui pertubuhan
ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana
penduduknya ramai.
Negara kita juga
dapat mengembangkan industri secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi.
Disamping itu
Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui
Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
Negara Malaysia
juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran
rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan
Malaysia dengan negara-negara serantau.
Disamping itu sekor
perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara
Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).
Contoh
2 : Soalan no 4.
Sebagai
warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh
menumbang kepada kesejahteraan serantau?
Jawapan
:
Sebagai warga
global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai
keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam
menyelesaikan masalah.
Generasi muda
Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi
manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang
negara serta menolak gejala negetif.
Selain itu
warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi
kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang
mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan
keamanan.
Generasi Malaysia
juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain.
Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional
dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu
menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika
menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya
negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat
setiakawan bersifat sejagat.
Contoh 3 : Soalan no. 4
Sebagai
wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin
supaya keamanan serantau berkekalan?
Jawapan
:
Saya mengharapkan
agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dikuatkuasakan secara serta merta.
Perlumbaan senjata nuklear dikalangan
negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa
yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan
peperangan tercetus.
Sebagai rakyat
Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan.
Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan
masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan
menghormati hak asasi manusia.
Sebagai warga
negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak
gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela
melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia
global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan
generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk
menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga
berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu
menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika
menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya
negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat
setiakawan bersifat sejagat.
Contoh
Soalan 5 :
Jelaskan
isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
negara-negara serantau (10 m)
Antara isu yang sering menggugat
keharmonian hubungan baik dalam kalangan Negara-negara serantau ialah konflik
wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini merupakan satu isu yang telah
berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama.Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini
dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya.
Selain itu, isu konflik
antara Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan ke atas Sabah. Isu ini telah
dibawa ke ICJ untuk diselesaikan.
Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan
Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering
menggugat hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam,imigresen dan Kuarantin (CIQ) , Kereta api di Tanjung
Pagar, Isu air dan isu Tambak Laut.
Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan
daripada pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera untuk aktiviti
pertanian.Oleh itu, rundingan perlu diadakan antara negara jiran untuk
mengatasi masalah ini agar hubungan baik
negara serantau dapat dikekalkan.
Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh
Negara. Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa permit dan
menggunakan visa pelancong atau visa pelajar.
Oleh itu , orangramai diharap dapat
memberikan maklumat kepada pihak berkuasa tentang masalah ini
TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA
NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu
Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan
asing dalam perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan
bertindih antara beberapa Negara jiran
seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju
(spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut
sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing
tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan
haram. Negara serantau juga menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan
dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah
pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau
kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negara-negara maju
danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.
Antara langkah yang
diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan
keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan
pencerobohan nelayan asing dalam
perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan
modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk
mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan
masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti
penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar
pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik
untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah
ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan
dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia
juga telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta
menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran
tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN dan Perjanjian
SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir
sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan
Negara.
CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM
HUBUNGAN NEGARA SERANTAU
Antara cabaran yang dihadapi
Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh
kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran
apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan
penerbangan. Malah, telah berlakunya
penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia –
Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Di samping itu, Malaysia turut
berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya kemasukan
pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina. Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di
Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan
negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.
Sementelahan pula, aktiviti
negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut berhampiran
perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang laluan kapal besar,
menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti maritim negara.
Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial
yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Contohnya,
berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman
besar kepada negara.
Perbezaan pandangan ideologi
turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan Amerika
Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat manakala
Vietnam dikelompokkan sebagai “National
Communist”.
Selain itu, antara isu besar
yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara serantau
kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan
antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia
dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan
yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.
Kedudukan Malaysia yang
berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun kepada
penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api
dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia.
Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu perebutan
Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau Sipadan
dan Ligitan di Sabah.
Langkah-langkah Mengatasi
Antara
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering
menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan
diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga
boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri.
Dalam
isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan
dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan
penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.
Berkaitan
dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak
menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.
Selain
itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara
Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa
dikenakan tindakan.
Malaysia
juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau
Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.
Dalam
isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke
Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah
Negara?
Hubungan
luar amat penting kepada sesebuah negara kerana ia boleh meningkatkan
eksport/import dari hubungan tersebut. Ia juga boleh menarik pelabur asing ke
negara ini yang akan menambahkan lagi kepesatan ekonomi negara.
Adanya
hubungan luar sesebuah negara akan membolehkan pertukaran teknologi atau
kepakaran dengan negara lain. Ia boleh membawa peningkatan kepakaran kerana
negara yang menjalankan hubungan luar akan bantu membantu diantara satu negara
dengan negara yang mempunyai hubungan luar.
Hubungan
luar juga boleh menjamin kita mengekalkan kedaulatan negara kerana negara kita
tidak akan diancam oleh kuasa luar kerana kita menjalankan hubungan luar dengan
semua negara. Contohnya negara kita yang menjalankan hubungan luar denga semua
negara. Ia seterusnya akan menjamin kestabilan dan keamanan negara kita.
Dari
segi ekonomi pula hubungan serantau atau luar ini membolehkan kita mejalinkan
kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang lain bagi
memanfaatkan kebaikan secara bersama.
Hubungan
luar atau hubungan serantau juga membolehkan wujudnya perdagangan dua hala
antara negara. Contohnya Malaysia menjalankan hubungan serantau dengan
Singapura dan Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan perdagangan antara
dua negara tersebut dengan Malaysia, sudah mestinya ia membawa keuntungan dari
segi ekonomi untuk kedua-dua buah negara.
Sebarang
masalah juga akan dapat diselesaikan melalui hubungan serantau atau hubungan
dua hala antara negara yang terlibat. Campurtangan negara serantau jika
terdapat masalah boleh membantu menyelesaikan masalah yang tidak dapat
diselesaikan, negara serantau yang lain boleh menjadi orang tengah untuk
menyelesaikan masalah atau pertikaian antara negara.
Hubungan
serantau atau hubungan luar juga penting kerana ia boleh menarik lebih ramai
pelancong dari luar, serta dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Isi-isi lain yang boleh dimasudkan :
Pada pandangan anda, mengapakah
negara kita perlu terus menjalin hubungan baik dengan
negara luar?
Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
Memastikan kemajuan negara berterusan
Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
Memajukan bidang perindustrian/peladangan negara
Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
Mendapat pertukaran teknologi
Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara
negara-negara
Mengekalkan persefahaman
Meneruskan hubungan diplomatik
Membina semangat setiakawan
Membuka peluang pekerjaan
Membantu meningkatkan prasarana
Menjalin kerjasama dalam bidang
perubatan/kesihatan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
6.
Menjana idea (10 markah)
Berikan
cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan
Serantau
Cadangan untuk memastikan negara
kita terus bergiat aktof dalam pertubuhan antarabangsa ialah dengan melahirkan pemimpin
bersuara lantang di peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghantar
bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan seperti negara yang ditimpa
bencana atau negara yang sedang menghadapi peperangan.
Pemimpin negara kita juga perlu
menjadi pemimpin atau mengetuai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bagi
meningkatkan imej negara di mata dunia.
Bagi memastikan negara kita terus
bergiat aktif dalam pertubuhan serantau, negara kita harus menjadi tuan rumah
dalam persidangan antarabangsa.
Negara kita juga perlu menganjurkan
sukan di peringkat antarabangsa seperti SEA Game, dan lain-lain.
Untuk memastikan negara kita terus
bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah dengan menyertai pameran bertaraf
antarabangsa yang melibatkan penyertaan seluruh dunia dan yang mampu menarik
ramai pengunjung. Negara kita juga perlu terlibat dalam pertandingan
antrabangsa berkaitan dengan R & D bagi penjenamaan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghasilkan
penyelidikan, buku atau novel yang bertaraf antarabangsa yang melibatkan
pasaran luar negara.
Negara kita juga perlu menjadi
perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak bagi
memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau atau antarabangsa.
Negara kita juga boleh menjadi
pelopor hab halal dunia bagi memperkenalkan industry makanan halal daripada
negara kita.
7.
Menghayati nilai/iktibar/unsur patriotisme (10 markah)
Nyatakan nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan negara luar.
Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di
samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta
akan tanah air serta melahirkan masyarakat
berharmoni dalam kalangan warganegara
kita.
Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat
yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.
Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi
sebuah negara yang
sentiasa disegani oleh
masyarakat
luar.
8.
RUMUSAN (5 markah)
Anda
telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan negara?
Banyak pengetahuan yang saya dapati dari sejarah pertubuhan
antarabangsa. Kita perlu
berilmu
pengetahuan, berkemahiran
tinggi serta bijak
menggunakan peluang sedia ada untuk
memajukan
negara sekiranya
ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.
Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat
sekiranya rakyat bersatu
padu dan bekerjasama
mempertahankan kedaulatan
negara.
Negara memerlukan pemimpin
yang cekap, berintegriti dan berwibawa serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih
bermakna.
SEBAB-SEBAB
PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU
Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan
dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di
Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini
menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan
kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
keadaan ini:
a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara
yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima
sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,
b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba
kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang
terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,
c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik
tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman
sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan
kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam
era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu
tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.
d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi
tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi
yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan
lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat
mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum
selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan
semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan
neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia
–militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ‘ranting Asia’ Ameria
Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]
Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai
sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan
kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara
serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup
berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih
sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.
Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat
ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan
sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya
adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia
luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada
kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah
tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada
soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan
keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu
politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke
semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama
serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam
beberapa isu di Asia Tenggara.
Kesimpulan:
Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai
status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia
giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal
ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah
kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan
keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan
negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa
telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan
kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara
Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap
isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal
ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar
sekiranya mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana
negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.
Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama
serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan
terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi
serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta
menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN.
Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan
terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama
ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan
hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam
Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah
penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di
rantau ini.
Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam
hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara
masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara
aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama.
Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan
keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi.
Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan
negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk
memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.
Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan
menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan
rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.
Lain-Lain
Cadangan isi
Keanggotaan Malaysia dalam
pelbagai pertubuhan telah menjadi
pemangkin kepada kejayaan negara .
Jelaskan kejayaan tersebut?
· Keamanan negara terjamin
· Kedaulatan negara terpelihara
· Perkembangan ekonomi
· Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/
ASEAN +3/ AFTA
· Menjadi rantau bebas daripada
ancaman senjata nuklear
· Menjadi negara contoh dalam
membanteras ancaman komunis
· Menjalin hubungan bilateral /
multilateral
· Malaysia menjadi hab halal
· Mewujudkan pasaran bebas
· Berjaya membina Pusat Serantau
Sains Matematik / RECSAM
· Tuan rumah Persidangan OIC
· Tawaran biasiswa kepada pelajar
dari negara anggota OIC
· Menganjurkan persidangan anti keganasan dalam kalangan
negara Islam
· Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
· Menganjurkan sukan SEA
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Apakah cadangan anda untuk
mengekalkan keamanan / kedaulatan /hubungan luar
· Memastikan hubungan baik dengan semua
negara.
· Menjamin keselamatan rakyat
· Menjamin keamanan negara
· Memelihara kepentingan nasional
· Mengekalkan kedaulatan negara
· Menggalakkan pembangunan ekonomi
· Menggalakan kemajuan ekonomi
· Mewujudkan rasa cinta kepada negara
· Mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan
negara
· Mengamalkan sikap terbuka
· Mengekalkan hubungan diplomatik
· Mewujudkan perpaduan rakyat
· Mewujudkan kerjasama politik, ekonomi,
sosial
· Memelihara sistem perundangan
· Menghormati perlembagaan negara
· Mengelakkan perlumbaan senjata
· Mewujudkan zon aman, bebas dan
berkecuali
· Mewujudkan zon bebas nuklear
· Mewujudkan sistem pentadbiran mantap
· Mengekang budaya negatif
· Mengekang demonstrasi jalanan
· Memupuk kesejahteraan sejagat
· Menjalin hubungan dengan negara maju
Apakah cabaran untuk mengekalkan
keamanan / kedaulatan /hubungan luar
· Ketidakstabilan politik
· Berlaku demontrasi jalanan
· Pemerintah tidak adil
· Politik berasaskan kaum
· Tiada kerjasama dalam masyarakat
· Tidak mematuhi undang-undang
· Tidak menghormati sistem demokrasi
· Keruntuhan akhlak/ gejala sosial /
jenayah
· Tidak mengamalkan nilai-nilai murni
· Berlaku campurtangan pihak luar
· Amalan tradisi terpinggir
· Masyarakat tidak mengamalkan sikap
tolak ansur
· Hubungan diplomatik yang renggang
· Tidak menghormati kedaulatan negara
lain
· Wujudnya perlumbaan senjata api
· Ekonomi yang tidak stabil
· Berlaku amalan rasuah
· Masyarakat kurang semangat patriotisme
[Mana-mana jawapan munasabah]
Apakah nilai-nilai
murni/iktibar/pengajaran yang diperoleh melalui
pengamalan dasar luar negara?
Bijaksana merancang strategi
Bekerjasama antara pemimpin dan
rakyat
Perundingan/musyawarah dalam
membuat keputusan
Berusaha dengan gigih
Permuafakatan antara pemimpin
negara
Mengekalkan perpaduan
kaum/bersatu padu
Bekerjasama antara kaum
Bertolak ansur antara satu sama
lain
Mengamalkan sistem pemerintahan
Demokrasi
Tidak berputus asa dalam usaha
mencapai kejayaan
Tabah menghadapi cabaran
Menanam semangat meneroka
Rakyat / pemimpin yang
berwawasan
Mengamalkan sikap berdikari
Bersikap Inovatif dan kreatif
dalam semua bidang yang diceburi
Mengamalkan pemikiran terbuka
dalam menyelesaikan masalah
mengekalkan keamanan
Menjalankan Pentadbiran
teratur/sistematik
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Dicadangkan membuat ayat yang
lengkap
Malaysia terus memainkan peranan
yang penting dalam hubungan dengan negara lain.
Apakah pengetahuan yang anda
peroleh daripada pelaksanaan dasar luar negara , iktibar kepada diri, bangsa
dan negara serta harapan anda untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Pengetahuan
l Langkah -langkah dinamis dan Strategi dasar
luar penting bagi memastikan negara dapat terus bersaing dari segi politik , ekonomi dan sosial.
l Perlu mengejar maklumat dan mengikuti perubahan semasa dalam mengejar
kemajuan
l Semangat dan daya saing rakyat negara penting
untuk berjaya pada peringkat dunia
Iktibar pada diri/bangsa/negara
Memperkaya ilmu berkaitan dasar
luar
Memiliki semangat patriotisme/
cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk
meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai
kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai
bidang
Harapan
Mengekalkan hubungan baik dengan
negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua
bidang
Malaysia
menjadi negara maju / makmur
Taraf
kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran
negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan
identiti negara dan bangsa Malaysia
(Mana-mana
jawapan yang munasabah)
[cadangan
supaya pelajar mengambil juga maklumat daripada bahagian rumusan]