Sunday, December 28, 2008

Buku Rujukan Sejarah Esensi Keluaran Longman


Dapatkan buku terbaru tulisan cikgusejarah di pasaran sekarang. Buku ni mengikut fakta yang terdapat di dalam buku teks. Mengandungi lebih 1000 soalan objektif dan banyak soalan latihan esei. Skema jawapan juga di sediakan. Buku ni boleh membantu anda mendapat SCoRE 1A dalam Subjek Sejarah SPM. Ia mencetuskan perasaan ingin tahun dan merangsang minda anda. Jgn biarkan guru yg berfikiran jumud dan ketinggalan zaman menguasai minda anda... Untuk berjaya dengan cemerlang gunakan Buku Teks dan Buku Rujukan sebagai membantu memudahkan pembelajaran anda...Buku ni dihasilkan dengan ayat yg mudah dan tidak menggunakan ayat-ayat yg berbelit-belit. Setiap tajuk yg penting dan boleh dijadikan soalan peperiksaan, cikgu sejarah meletakkan tajuk. mana-mana fakta yg penting...Penulis boldkan perkataan tersebut.
Jadikan pembelajaran Sejarah sebagai suatu subjek yang menyeronokan dan bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Dalam dunia yang serba canggih ni..cambahkan minda anda dengan meneroka semua cabang maklumat dan tidak hanya bergantung kpd buku teks semata-mata. CikguSejarah ( Penulis ) 12 tahun pengalaman sejarah tidak pernah gunakan buku teks dalam pengajarannya sebaliknya menggunakan buku Rujukan Esensi..Setiap tahun Ramai pelajar yang dapat 1A. Dapatkan segera di pasaran.
Jadikan Sejarah Hidup...jangan biarkan Kaku

Friday, December 26, 2008

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2
Tema: Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British
Untuk Menjajah
Bab: Penapakan dan peluasan pengaruh British
Bidang Pembelajaran: Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Hasil Pembelajaran:

1Menceritakan tentang masalah di Kedah dan Johor yang membawa campur tangan British ( Aras 1 )

2Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang,
Seberang Prai, Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
3Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang, Seberang Prai,
Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
4Menyatakan syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 1 masa
Persediaan:
(1)Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 3 - 6) di rumah
(2)Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 2
(3)Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
( 5 )Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Strategi/PeSumber Rujukan
( 1) Set Induksi
Guru mempamerkan bendera negeri pulau pinang dan menanyakan pelajar Bendera negeri manakah yang di pemerkan tersebut
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut iaitu Pertapakan Syarikat Hindia timur Inggeris Di Pulau Pinang
•Buku teks sejarah Tg. 2 hlm 4
•ibrary.kkdn.gov.my
(1)Pengenalan
Guru menerangkan kepada pelajar tentang kedudukan pulau pinang yang strategik menyebabkan Negara kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia
Guru juga menerangkan kepada pelajar tentang pergolakkan politik yang beralaku di Kedah telah menyebabkan British menjajah Pulau Pinang.
•Buku Teks Sejarah Tg., hlm. 3
•Longman Esensi Sejarah PMR, hlm.
(2)Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Guru bersoaljawab dengan pelajar tentang kedudukan Pulau Pinang yang strategik telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris
Guru mengarahkan pelajar merujuk peta laluan perdagangan dari India ke China di halaman 4 Buku Teks sejarah Ting 2

-Guru meminta beberapa orang pelajar menyenaraikan peranan yang dimainkan oleh Pulau Pinang berdasarkan kedudukan yang strategik di papan tulis
-Guru mengedarkan carta grafik yang telah disediakan berkaitan dengan faktor-Faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang
-Guru meminta pelajar mengisi grafik tersebut dengan merujuk tajuk Faktor perluasan Kuasa British ke Pulau pinang di halaman 5 dan 6
-Guru mengarahkan pelajar menampal grafikk tersebut di dalam buku nota pelajar
-Guru menerangkan kembali Tajuk Faktor Perluasan Kuasa British ke Pulau Pinang Kajian Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. :
•Praktis A: Soalan 1 dan 6
•Praktis B: Soalan 1 – 5 (
•Praktis C: Soalan

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5 - Tema 10 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5
Tema: Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab: Ba 1 : Kemunculan dan perkemban
gan nasionalisme di
Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran: Imperialisme Bara
t di AsiaTenggara
i. Imperialis Barat
ii. Faktor imperialisme - Penguasaan ekonomi dan politik

Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)Menyatakan takrif imperialisme( aras1 )
(2)Menyenaraikan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara ( Aras 1 )
(3)Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialisme ( aras 1 )
(4)Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara
( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 5 - 7) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah SPM
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta Negara-negara Eropah
( 5 ) Peta Imperialisme di Asia Tenggara
( 6 ) Carta minda faktor Imperialisme di Asia Tenggara

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
•Guru mempamerkan peta Negara-negara Eropah dan meminta pelajar menyebut nama-nama Negara tersebut
•Guru mengaitkan jawapan pelajar terhadap Negara Eropah yang menjalankan dasar imperialism
•Buku teks sejarah Tg.5 hlm 3 – 7
•Internet : http://www.explorecrete.com/crete-maps/crete-maps.html
(1)Pengenalan
•Guru menerangkan kepada pelajar tentang maksud imperialism
•Guru menjelaskan kepada pelajar dasar imperislisme Barat telah bermula sejak abad ke 15 lagi
•Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 3 - 7
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2)Imperialisme Barat di AsiaTenggara
•Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan
•Setiap kumpulan membincangkan satu faktor imperialism Barat di Asia Tenggara

-Kumpulan 1 : Membincangkan kekayaan bahan mentah
-Kumpulan 2 : Sistem pengangkutan
-Kumpulan 3 : Persaingan Kuasa-Kuasa barat
-Kumpulan 4 : Beban Orang putih
-Revolusi Perindustrian

•Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing
•Guru membuat rumusan dan kesimpulan
•Guru mengedarkan carta minda yang berkaitan faktor imperialism di Asia Tenggara dan meminta pelajar mengisi ruangan yang disediakan
•Guru mengesarkan peta kuasa imperielisme dan meminta pelajar menanda Negara yang dijajah mengikut Negara imperielisme.
•Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
•OHT/slaid persembahan
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
Perbincangan kumpulan : Faktor yang membaw a imperialisme Barat ke Asia Tenggara



Carta Minda : Faktor Imperielisme
Melabel peta : Lokasi penguasaan kuasa-kuasa imperialis barat di Asia Tenggara


(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. )
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. )
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. )

Ramcangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 - Tema 7 Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4
Tema: Tema 7 : Tamadun Awal manusia
Bab: Bab 1 : Tamadun Awal Dunia

Bidang Pembelajaran: Proses pembentukan tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1) Menerangkan konsep tamadun ( Aras 1 )
(2) Menyatakan ciri-ciri tamadun ( Aras 1 )
(3) Menyatakan sumbangan tamadun ( Aras 1 )
(4) Membandingkan sumbangan tamadun manusia di Sumeria, Mesir, Indus dan Hw ang Ho ( Aras 2 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan:
(1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 2 - 34) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
• Longman Esensi Sejarah SPM
• Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Sediakan lakaran peta kedudukan tamadun utama di dunia untuk diedarkan kepada Pelajar
( 5 ) Sediakan grafik Ciri-ciri utama Tamadun Awal manusia

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
Guru menayangkan gambar Piramid dan tembok besar China dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut.
• Buku teks sejarah Tg. 4 hlm 2
(1) Pengenalan
• Guru mengarahkan pelajar merujuk peta lokasi tamadun awal dunia di halaman 9
• Guru menerangkan proses pembentukan tamadun awal manusia yang terletak di Lembah Sungai dan mengaitkannya dengan kemunculan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
• Guru menerangkan maksud Tamadun mengikut konsep Barat dan Islam
• Guru meminta pelajar menandakan lokasi tamadun awal di atas peta yang telah disediakan oleh guru.
• Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. 4 -
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2) Proses Pembentukan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
• Guru membentuk 4 kumpulan, setiap kumpulan membincangkan sebuah tamadun.
• Guru meminta setiap kumpulan membincangkan proses pembentukan tamadun, ciri-ciri dan sumbangan tamadun di atas.
• Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing mengikut grafik yang telah disediakan oleh guru.
• Guru merumuskan perbincangan pelajar dan sebagai penutupnya guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan yang terdapat di dalam buku latihan.
• Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
• OHT/slaid persembahan
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
• Cadangan Kumpulan
- Kumpulan 1 : Tamadun Sumeria
- Kumpulan 2 : Tamadun Mesir
- Kumpulan 3 : Tamadun Hwang Ho
- Kumpulan 4 : Tamadun Indus


(3) Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. 54 – 57)
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. 58)
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. 62)

Wednesday, December 17, 2008

Download Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah

Cuti sekolah masih ada lagi 2 minggu, Pasti Warga pendidik akan mula membuka internet dan mencari Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan, Cikgusejarah akan membantu warga pendidik semua terutamanya menyediakan Huraian sukatan Pelajaran Sejarah:

Download Di sini : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 2
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 3
Download Di sini: HSP Sejarah Ting 5
Download Di sini : Sambungan HSP Sejrah ting 5
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 4
Download Di sini : Sambungan HSP Sejarah Ting 4

Monday, December 15, 2008

Wang Ayam jantan Kedah

(During the period of Sultan's government of Muhammad Jiwa (1710-1773) Money had the shape of the animal that was made than tin was introduced in Kedah). Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ( 1710-1773 ) Duit berbentuk binatang yang diperbuat daripada timah telah diperkenalkan di Kedah. Ia berbentuk ayam jantan sabung yang bertenggek atas beberapa bulatan dibawahnya. Ayam jantan sabung tersebut diketahui bernilai lima sen dolar sepanyol, manakala bulatan dibawahnya menambahkan nilainya sebanyak satu sen bagi setiap satu. Duit timah ayam jantan ini masih berada dalam edaran selewat-lewatnya pada tahun 1850an; ketika itu nilai setiap bulatan adalah bersamaan 10 keping token saudagar Singapura yang bernilai Satu Keping.
Ayam jantan dalam kebudayaan Melayu melambangkan kekuatan, dan Sabung ayam merupakan permainan kesukaan di masa lapang di kalangan masyarakat Melayu dan juga istana. Mungkin duit timah ayam jantan ini diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa untuk melambangkan kekuatan orang Kedah. Duit Timah ayam Jantan yang bertenggek di atas bulatan adalah khusus untuk rakyat Kedah...Sumber : Bank Negara malaysia

Sunday, December 14, 2008

Pentingnya Menghayati Sejarah (The importance experienced the history fully )

Sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan, Sejarah sesebuah negara akar tunjang sesuatu bangsa, ia sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini. Era tahun 19 80an...sewaktu aku bersekolah dulu subjek sejarah tidak penting, aliran Sains ( Kelas pandai ) tak ambil sejarah, sebaliknya ambil subjek geografi...maka lahirlah mereka yang terpelajar yang menjadi cerdik pandai dan menyertai politik tanahair...tetapi tidak pernah belajar sejarah semasa bersekolah...jadi mereka tak akan faham dengan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Jika mereka belajar sejarah..sudah semestinya mereka tidak akan mempertikaian kedudukan hak istimewa orang melayu..padahal dalam Pakatan Murni antara Orang Melayu( dato Onn jaafar ) dan Cina ( Dr. tan Cheng Lock ) telah termaktub bahawa orang Melayu memberikan hak kerakyatan yang mudah kepada orang Cina dan Orang Cina mesti mengakui hak keistimewaan orang Melayu. Rujuk kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Friday, December 12, 2008

Map of Sabak Beach - My village





My Village, Ini kampung ku Kampung Pantai Sabak...Tidak seperti dahulu lagi...Aku rindu Kampung Halaman ku seperti dulu.....Gambar ni semuanya gambar terbaru...gambar kecil nelayan di tepi pantai tu gambar kg pantai sabak yang lama...Suasana yg macam tu lah yg aku rindukan...

Kisah-Kisah zaman Jepun - The jappanes attack in Sabak Beach, Kota Bharu.

(The Jepan story of the time attacked the sabak Beach during the period of the Second World War )
Semasa aku kecil dahulu...masa tu aku masih disekolah rendah...Atuk ku sering bercerita tentang pengalamannya berada di zaman Jepun. Atuk aku cerita...Dia pernah kena penampar Jepun...Pernah dipaksa minum air sabun setengah baldi kerana tak pandai panjat kelapa dan macam-macam lagi pengalaman menakutkan semasa berada di bawah pemerintahan Jepun...pendek kata tak keluar rumah...kerana takut bertembung dengan tentera jepun. Dalam cerita-cerita sedih ada juga cerita lucu yang diceritakan oleh datuk ku...Cerita lucu ni aku tak pernah lupakan...dan membuat ingatanku terhadap atuk ku sering menjelma. Atuk ku kata Semasa serangan Jepun yang pertama di pantai sabak..Tentera Jepun menggunakan kapal untuk menyerang di bahagian pantai...masa tu tentera yang mengawal di Pantai sabak kebanyakkannya tentera upahan ( askar india berketurunan Sikh ) Tentera British dah tak ada masa tu sebab semuanya pergi ke Selatan tanahair. Tentera Sikh di Pantai Sabak masa tu taklah ramai sangat...Atuk cakap pasti kalau jepun mendarat mesti sekejap je Pantai Sabak akan ditakluki oleh Jepun, tetapi kerana tipu helah yang dibuat oleh askar Sikh menyebabkan Armada Jepun tu berpatah balik dan tak menyerang Pantai sabak melalui kapal.tapi sebaliknya tentera yang melalui sempadan Burma dan Thai masuk ke pantai Sabak dengan menggunakan Basikal. Kalian nak tahu apa tipu helah Jepun tu..Atuk aku kata...pada hari Serangan tu..Semua tentera Sikh berbaris di tepi pantai Sabak dengan keadaan Bogel dan menonggeng punggung ke arah laut...punggungnya pula di cat merah, Seolah-olah nampak macam meriam disepanjang Pantai sabak. Mungkin disebabkan inilah armada kapal Jepun tu berpatah balik..dan tak berani mendarat di Pantai sabak.
Itulah kisah lucu bagi aku yang pernah diceritakan oleh atuk kepada aku...tapi semua tu dah tinggal kenangan..Atuk ku dah lama meninggal dunia..Alfatihah untuknya semuga rohnya dicucuri rahmat.

Thursday, December 11, 2008

Sejarah Perjuangan Tuk janggut di Kelantan

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba , Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontingen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.




Tuk janggut Perjuangan Mu sungguh bermakna sekali...Kecekalan dan ketabahan Mu menentang penjajah tanpa mengharap apa-apa balasan, walaupun dianggap penderhaka...kerana terpengaruh dengan penjajah...kau tetap sebagai Wira negara yang patuh dicontohi oleh rakyat Malaysia..khasnya Kelantan pada masa kini....Ayuh bangkitlah wahai bangsa ku...jangan bazirkan masa dengan pekara yg tak mendatangkan faedah... Contohilah semangat Perjuangan Tok janggut. ( Haji mat Hasan Bin Munas )

Gambar terbaru Kubu yg mempertahahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun

Ini gambar terbaru yang aku gi ambil hari ni....dah berubah sikit...Dulu terbiar tapi sekarang dah terjaga, baguslah tu aku suka tengok keadaan tu...harap kubu tu akan terus terjaga untuk tatapan warga masa depan...tahu susah payah semasa zaman pemerintahan jepun.



Sunday, December 7, 2008

Kampung pantai Sabak - Permulaan Perang Dunia Kedua

Kg Pantai Sabak kampung Ku menjadi Lokasi pertama serangan Jepun di dalam Penglibatannya dalam perang Dunia Kedua, Sejarah merekodkan bahawa pearl Habour di Serang dahulu..tapi sebenar serangan di pantai sabak lebih awal sampai daripada serangan di Peral Habour. Terdapat banyak kesan peninggalan askar British di tanah Melayu...antaranya ialah Kubu yg digunakan untuk mempertahankan serangan jepun, tapi selepas Kampung pantai sabak dilanda hakisan..Kubu tersebut telah hilang ke dalam laut...menjadi tempat pembiakan ikan. Yg masih ada untuk dilihat di pengkalan chepa berhampiran dengan pasar pengkalan Chepa...Sesiapa yg ada gambar lama tentang kubu jepun tersebut bolehlah kirimkan kepada aku...Bolehlah kita sama-sama kongsi...kalau simpan pun buat apa...Gambar yg aku dapat ni pun aku ambil daripada internet di laman : raykinzoku.fotopages.com. Thanks kepada raykinzoku kerana gambarnya...dapatlah aku ingat kenangan ku masa sdkolah-sekolah dulu...dapat ingat tentang serangan Jepun di Kg pantai sabak.


Kampung Pantai Sabak- Kg kelahiran Ku

Aku dilahirkan di kampung Pantai Sabak...Beginilah keadaan kampung pantai Sabak sekarang...Tak ada lagi pantai yg memutih...hanya ada batu-batu besar yang putih..Aku rindu kepada Kampung ku seperti mana dahulu. Dulu masa aku sekolah, pantai memang cantik..Sering dikunjungi ramai...tak kira pengunjung nak bercuti ataupun untuk membeli ikan, Pelancong asing juga selalu singgah di kedai kepunyaan Ayah ku Kedai Kopi Talib...Tapi semua tu sudah tinggal kenangan..Ayahku pun dah meninggal dunia, Ibuku juga sudah tidak menjalankan perniagaan seperti dahulu lagi...Sekarang ni mengasuh cucu pulak. Tanah kepunyaan Ayah ku juga sudah jauh ke dalam laut. Rumah ayah ku sudah tiga kali terkena hakisan ombak. Ombak laut sudah menjadi teman dan gurauan aku masa dulu.....Sekarang anak-anak ku tidak dapat lagi untuk melihat keindahan pantai sabak, tidak dapat lagi untuk mencari remis di tepi pantai, mandi manda di lagoon pantai, menjala ikan ditepi pantai...dan juga mengalang ketam bunga di laut. Itu kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan. Sekarang aku balik semua ke kampung halaman ku...tapi tidak lagi membina rumah di tepi pantai,....



Wednesday, December 3, 2008

Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu

1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.
5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
6. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
7. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.
8. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu

Kedatangan Buruh Cina
1. Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
2. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
1. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.
2. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
3. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
4. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
5. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.
6. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka.
7. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
8. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
9. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.
10. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
11. Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.
12. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

Sistem Pengambilan Kakitangan

1. Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.
2. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
1. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2. Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
3. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow )

1. Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.
2. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
3. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
4. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
5. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.
6. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Tuesday, December 2, 2008

Pakatan Murni di Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.Satu Isu yang hangat ialah kerakyatan Jus soli yang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana ia memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum dan dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
6.Raja Melayu akhirnya telah menerima kerakyatan Jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
7.Suruhanjaya itu juga telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak iaitu daripada Raja-Raja Melayu, Orang perseorangan dan pertubuhan parti politik..
8.Perhatian yang lebih telah diberikan kepada cadangan Parti Perikatan kerana mereka telah bertindak sebagai Parti Kerajaan yang telah memenangi Pilihanraya 1955.
9.Cadangan-Cadangan dalam Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 dan telah diterima oleh kerajaan British pada Mei 1957.
10.Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkannya pada 17 Ogos 1957.
11.Hasilnya lahirlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
12.Pakatan Murni yang ditunjukkan antara kaum memperlihatkan satu tolakansur yang telah terbina hasil daripada kerjasama dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
13.Pekara-pekara lain yang dipersetujui dalam Pakatan Murni itu ialah agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Pakatan Murni di Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

1.Pada bulan Mac 1956 sebuah Suruhanjaya telah dibentuk untuk merangka perlembagaan baru di Tanah Melayu.
2.Suruhanjaya tersebut diberi nama Suruhanjaya Reid, ia diketua oleh :
a.Lord Reid ( Hakim British ) – ketua/Pengerusi
b.Sir Ivor Jenning ( England ) – ahli
c.Sir William McKell ( Australia ) –ahli
d.Tuan B.Malik ( Hakim mahkamah Tinggi India ) –ahli
e.Tuan Abdul Hamid ( Pakistan ) -ahli

3.Suruhanjaya tersebut adalah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
4.Dalam Suruhanjaya tersebut terdapat beberapa pekara yang yang telah menjadi isu dan ditekankan iaitu :

a.Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
b.Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
c.Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak istimewa orang Melayu
d.Pewujudan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
e.Kerakyatan Jus soli

5.Satu Isu yang hangat ialah kerakyatan Jus soli yang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana ia memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum dan dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
6.Raja Melayu akhirnya telah menerima kerakyatan Jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
7.Suruhanjaya itu juga telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak iaitu daripada Raja-Raja Melayu, Orang perseorangan dan pertubuhan parti politik..