Friday, August 17, 2018

contoh jawapan soalan percubaan spm 2018 Kelantan kertas 3 bab 8 ting 5


TAJUK : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN
NEGARA MALAYSIA BERDAULAT
Peraturan Pemarkahan Bab 8 ( Tingkatan 5 )
Soalan :
Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan
selepas merdeka. Sejauhmanakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan
kesejahteraan rakyat. Bincangkan.
Soalan Isi dan huraian Markah
1.Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan
ekonomi di negara kita

Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya
untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
Telah  Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Dimulakan oleh kerajaan Perikatan,  Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.  Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan  Untuk membasmi kemiskinan dan  Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah diperkenalkan bagi  Menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000  beberapa  Rancangan Pembangunan Lima Tahun diwujudkan secara bersepadu untuk pembangunan negara


Memahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) (10 markah)
ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) (10 markah)
iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) (10 markah)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka.  Matlamat membangunkan kawasan luar bandar  Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
Untuk Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar dan  Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada
getah dan bijih timah
Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam,   Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
Penanaman semula getah digalakkan dan  Hasil pertanian dipelbagaikan
Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan keseluruh negara
Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan .  Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
RIDA dan FELDA ditubuhkan
Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar Ia Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar
Pencapaian rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan  Kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara disalurkan untuk
keselamatan negara
ini di tambah lagi dngan Kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia.

ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama.  Ia  Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar  Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan
penduduk luar bandar dengan bandar dan  Mengurangkan kadar kemiskinan, serta  Meningkatkan taraf hidup rakyat.
Rancangan ini juga Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial  Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan Ia  Menyediakan peluang pekerjaan
 Strateginya menggiatkan peranan FELD dan  Program pembukaan tanah FELDA dipergiatkan. Ia Mempelbagaikan hasil pertanian negara untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makan import dipergiatkan.
FAMA ditubuhkan pada 1965 da ia  berperanan membantu petani mengatasi masalah
pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
Kerajaan telah Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur  Untuk menyelaraskan pembangunan negeri, daerah dan kampung
Pengenalan Buku Merah  Yang mempunyai program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan

iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Ia Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia. Rancangan tersebut  Memberi tumpuan pada integrasi nasional bagi  Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
Ia Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dan  Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan  Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah
Baru.
Usaha pembukaan tanah baru oleg FELDA semakin pesat seperti  Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.
FELCRA ditubuhkan pada 1965 dan Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
Kerajaan melancarkan Strategi pembangunan perindustrian dengan menubuhkan
MARA pada 1966 , MARA menggantikan RIDA.Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
Strategi MARA menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera, serta menyediakan kemudahan asas bumiputera.
Dalam Rancangan ini juga kerajaan telah menubuhkan Bank Bumiputera untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sector perusahaan dan perdagangan
Penubuhan PERNAS pada 1969 bertujuan  menggiatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
MARDI ditubuhkan 1969  yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan
memperkenalkan teknologi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
MIDA ditubuhkan pada 1967 untuk pembangunan perindustrian. Akta Pelaburan 1969 bagi menggalakkan kemunculan industri baru.
 Rancangan Malaysia pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Malaysia
keempat.
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB,  Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini
tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal,  Penggunaan teknologi tinggi dan  Keperluan tenaga pekerja mahir
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)iaitu  Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1980
HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta
Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Skudai, Johor/Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah.
Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas,  Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Punang) dan Sungai Way (Selangor)
Kerajaan telah melancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan
Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara dan  Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
pembangunan industrinya dan strategi pelaksaaannya
Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan  Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumipitera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun.
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian, iaitu perngenalan Dasar Pertanian Negara (DPN)
Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalama Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun.  Pendapatan Perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4,000 juta pada tahun 1985







4.         Usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan melalui dasar dasar
pembangunan ekonomi.
Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Dasar Pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ketahap maksimum melalui  Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap.dan pengurusan yang berkesan.
Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan  Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum dan  Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara bagi membangunkan ekonomi negara dan setersnya dpat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Perkongsian kepakaran dalam syarikat  Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional.  Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan agar  memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sector swasta.
Ini akan merapatkan jurang ekonomi luar bandar dan seterusnya membangunkan kawasan luar bandar dan .mMemaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi.
Kerajaan juga Melaksanakan program usahawan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan juga menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua
kaum.
Menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti dan memberi peluang ekonomi untuk semua kaum.

5. Kejayaan dasar-dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat saya kejayaan dasar dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat ialah dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/kawasan/wilayah
Berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum bagi menambahkan pendapatan
Serta berjaya enyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
Kejayaan juga dalam menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan dengan  Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
Penubuhan MARA juga merupakan salah satu kejayaan kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera serta menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera
Kejayaan dasar pembangunan ekonomi juga dapat dilihat menerusi penyediakan kemudahan asas kepada bumuputera
Kerajaan juga telah membantu golongan petani dengan menggalakkan perkembangan perusahaan/perdagangan/memajukan bandar
Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN bagi menstabilkan harga padi
Kejayaan dapat dilihat dengan Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM membangunkan / meodenkan industry perikanan meningkatkan taraf hidup nelayan
Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA H13a Membangunkan Bandar

Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan RISDA membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Penubuhan Lembaga PErtubuhan Peladang /LPP dalam embantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi juga memperlihatkan  kejayaan pelaksanaaan dasar dasar ekonomi negara.
Penubuhan PETRONAS dalam memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman seperti tembakau, nenas dan sebagainya
Kejayaan menerusi dasar-dasar ekonomi juga diperlihatkan atas usaha kerajaan untuk mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar dengan memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
Kerajaan juga telah Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industry desa

6.         Cabaran dan langkah-langkah dalam memupuk perpaduan
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Cabaran untuk merapatkan Jurang ekonomi antara kaum dan juga  Pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
Kerajaan juga menghadapi cabaran dari segi Sentimen perkauman yang menebal.
Dan  Campur tangan anasir luar.
Cabaran kerajaan untuk memupuk perpaduan juga dihadapi apabila tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan.
Rakyat Terkongkong dengan ekonomi tradisional dan kurang penghayatan terhadap unsur-unsur patriotism, serta tiada sikap berdaya saing. Masyarakat bersikap memilih kerja
Dan Kurang sifat  jati diri
Masalah pemasaran pemasaran yang berlaku dinegara kita seperti bencana alam. Contoh banjir dan bencana alam yang merosakkan alam sekitar dan kawasan yang dimajukan
( Mana-mana yang munasabah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran diatas. (5 markah)

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat perpaduan ialah Menganjurkan program motivasi / ceramah / kempen /aktiviti kemasyarakatan dan memastikan pelibatkan semua kaum dalam pembangunan negara.
Kerajaan juga harus Memantapkan lagi institusi pendidikan dengan Menaik taraf infrastruktur.serta Menghayati dasar-dasar pembangunan negara.
Langkah seterusnya ialah kerajaan Memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah dengan menyediakan Kemudahan kredit lebih longgar.serta  Memantapkan institusi keluarga
Langkah seteruusnya ialah Melahirkan semangat berdaya saing dikalangan rakyat supaya mereka sentiasa bersedia utk meningkatkan pendapatan keluarga.
Langkah seterusnya ialah Pemasaran melalui e-dagang dengan mengadakan kursus kursus bagi membantu rakyat miskin dan luar bandar.





7.         Nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada perkembangan
ekonomi negara.
Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara

            Nilai nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah  Berkemahiran tinggi dalam setiap bidang yang diceburi dan   
Perlu Gigih berusaha untuk memajukan diri sendiri demi kemajuan keluarga Nilai murni, iktibar yang perlu diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah perlunya sifat berdaya saing dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita juga perlu Bijak dalam merebut peluang yang terhidang didepan mata dan tidak hanya melihat orang lain berjaya.
Kita juga perlu Mengukuhkan perpaduan agar tidak wujud perasaan curiga mencuriga diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Kita perlu berani menghadapi risiko sesuatu bidang yang kita ceburi, setiap bidang ada masalah dan perlu bijak dalam menangai masalah tersebut, dan kita tidak gentar terhadap resiko tersbut.
Tabah menghadapi cabaran dalam melaksanakan pembangunan ekonomi.
Semangat Kerjasama antara semua masyarakat juga boleh diamalkan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi.
Semangat patriotisme yang jitu adalah hasil peningkatan ekonomi negara yang patut kita amalkan demi negara kita yang tercinta.     
Kita juga perlu mengamalkan sikap Kreatif/inovatif dalam melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.
Kebijaksanaan pemimpin dalam memimpin negara kea rah yang lebih cemerlang dan mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.


Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh yang diperolehi daripada tajuk ialah kerajaan telah melaksanakan pembangunan ekonomi dengan merancang dasar dasarpembangunan seperti rancangan Malaysia lima tahun dan dasar dasar pembangunan ekonmoi seperti dasar pertanian negara.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara terhadap dasar pembangunan tersebut ialah Imemberi peluang kepada semua rakyat agar dapat meningmati kekayaan negara secara bersama.
Harapan saya terhadap dasar dasar pembangunan ekonomi tersebut ialah rancangan tersebut diteruskan dan memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa merasainya. Negara kita juga akan mencapai kejayaan yang cemrlang dan rakyat dapat hidup dengan suasana yang damai dan makmur.