Wednesday, October 19, 2016

tajuk target Sejarah SPM 2016 : Perdagangan, Percukaian dan Matawang

Soalan 7 : Jadual berikut berkaitan dengan kesan kedatangan agama islam di Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Agama islam
Bidang
Aspek Ekonomi
Perdagangan
Mata wang
Percukaian
( a ) Berdasarkan jadual tersebut, jelaskan faktor perkembangan kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada abad ke 15?

F1 Perkembangan agama Islam di rantau ini juga adalah disebabkan oleh faktor
perdagangan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
F2 Melaka terletak di kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan
yang telah membantu perkembangannya tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.
F3 Melaka juga telah menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan
teratur agar segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
F4 Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan
jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
F5 Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka.
F6 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan yang telah
membuktikan kepesatan perdagangannya.
F7 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.
F8 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.
F9 Terdapat dua kaedah urusan perdagangan yang dijalankan di Melaka iaitu kaedah pertukaran barangan dan kaedah jual beli.
( 6 M )

( b ) Sejauhmanakah penggunaan matawang yang bercirikan islam di Tanah Melayu?

F1 Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang daripada timah yang
terdapat tedapat nama sultan yang memerintah menggunakan tulisan jawi
F2 Johor juga menggunakan mata wang daripada timah dikenali sebagai katun yang mempunyai tulisan jawi/Arab
F3 bertulis Nama Sultan Malik / Sultan Al-hadi
F4 Mata wang emas digunakan meluas di Kedah dan Johor abad ke 18
F5 Mata wang tertua bertarikh tahun 1527/Sultan Alaudin Riayat Syah
F6 Mata wang emas digunakan di Kelantan dikenali sebagai kijang
F7 Terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut
F8 Mata wang emas di Johor dikenali kupang Hal : 209 buku Teks Ting 4
F9 Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah/mengeluarkan mata wang tersebut
F10 Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan
Khalifatul Muslimin
( 6 M )

( c ) Sistem percukaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatan pendapatan Kerajaan Melayu Melaka
Jelaskan ?

F1 Terdapat Cukai Tetap
 F2 Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
F3 Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
F4 Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu – 6 peratus..
F5 Pedagang dari Jepun dan China – 5 peratus.
F6 Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan.
F7 Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
F8 Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
F9 Cukai Diraja Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
 F10 Orang asing dari Kepulauan Melayu – 3 peratus.
F11 Orang asing dari tempat lain – 6 peratus.
( 4 M )

( d ) Peranan Cukai dalam membangunkan ekonomi negara
Berikan hujah dan komen anda

F1 Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah
negara memperolehi hasil atau pendapatan.
F2 Hasil daripada cukai ini digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara.
F3 Untuk tujuan keselamatan negara dan rakyat,
F4 pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, F5 Untuk tujuan membangunkan ekonomi,
F6 Untuk tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan
rakyat dan banyak lagi.

target ramalan Sejarah SPM 2016 ; penyebaran Islam di Makkah

Soalan 6 Penyebaran islam di kota Makkah adalah dilakukan secara berperingkat peringkat.
( a ) Jelaskan dakwah islam secara rahsia di Kota makkah ?

F1 Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada
mulanya (3 tahun)
H1a kemudian secara terbuka (10 tahun).
F2 Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda.
F3 Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid (isteri Nabi Muhammad s.a.w.),
H3a Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).
F4 Melalui Abu Bakar, beberapa orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam)telah memeluk agama Islam.
F5 al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.
KBAT
F6 Walaupun bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil,
H6a ini merupakan kejayaan yang sangat besar bagi baginda.
F7 Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar.
F8 Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
H8a kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.
F9 Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada golongan bawahan
H9a Golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.
( 6 M )

( b ) Mengapakah nabi Muhammad saw melakukan dakwah secara rahsia pada peringkat permulaan penyebaran islam?

F1 Agama Islam masih baru dan baru dikenali
F2 Penganut Islam belum ramai
F3 Penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan
F4 Untuk mengelakkan penyeksaan orang Quraisy
F5 menjaga Jaga asas agama Islam yang baru bertapak daripada dihancurkan
F6 Belum diperintahkan untuk disebar secara terangan
( 6 M )

( c ) ( i ) Pada pendapat anda, bagaimanakah dakwah islam dapat dilakukan secara
lebih berkesan untuk menarik orang ramai mendekati islam ?

F1 Menggunakan kaedah perbezaan agama
F2 Menggunakan media massa seperti akhbar, youtube dan tv online
F3 Menggunakan ceramah menjawab soalan secara spontan
F4 Penceramah mesti mempunyai ilmu yang agama yang tinggi
F5 mencontohi cara dakwah nabi Muhammad saw seperti kaedah
lemah lembut dan menunjukkan teladan yang baik
F6 melakukan dakwah secara langsung terhadap kumpulan yang
disasarkan contohnya terhadap orang muda
( 4 M )
( ii ) Wajarkah kita menggunakan media sosial untuk berdakwah mengenai
ajaran islam.
Berikah hujah anda?

F1 Wajar
F2 boleh dianggap sebagai mekanisme jihad masa kini melalui teguran dan nasihat dimedia Sosial. F3 Ia bukan sahaja boleh menjimatkan masa tetapi juga dapat menjimatkan kos dan tenaga.
F4 Boleh berdakwah kepada golongan yang muda yang merupakan pengguna utama media sosial.
F5 kebanyakan golongan muda lebih tertarik mendengar dan melihat sendiri ceramah atau tazkirah menerusi laman sosial seperti You Tube berbanding menghadiri mana-mana kelas atau sesi ceramah di masjid.
F6 Cara yang lebih mudah untuk berdakwah dan boleh diulang ulang beberapa kali seperti menonton ceramah agama di laman sosial “youtube”
KBAT KBAT

Target SPM 2016 : Pembinaan negara dan bangsa

Soalan 4 : Rajah berikut berkaitan dengan Ciri Ciri Negara bangsa.
( a ) Apakah X dan Y

Ciri-Ciri Negara Dan Bangsa
Negara
Bangsa
X
Y
F1 Kerajaan
F2 Perlembagaan
( 2 M )

( b ) Berikan dua ciri ciri negara bangsa yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka ?

F1 Wilayah Pengaruh
F2 Kerajaan
F3 lambang-lambang
F4 rakyat
F5 keunggulan undang0undang
F6 Kedaulatan
( 2 M )

Hal : 73 buku Teks Ting 5 Hal : 75 buku Teks Ting 5 KBAT

( c ) Mengapakah pembinaan bangsa di Eropah berbeza dengan pembinaan negara bangsa
Madinah ?

F1 Pembentukan Negara bangsa eropah mengamalkan realpolitik
F2 Pembentukan Negara bangsa islam madinah merupakan contoh penyatuan melalui
prinsip Islam
F3 Nabi Muhammad saw menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum
mengasaskan kerajaan.
F4 Piagam madinah Berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang bangsa
( 2 M )

( d ) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pembentukan negara bangsa
Malaysia Berjaya di lakukan?

F1 Kebijaksanaan pemimpin
F2 Tidak melibatkan pertumpahan darah
F3 Kemerdekaan adalah menerusi rundingan
F4 Melalui Pakatan Murni
F5 Tolakansur tiga kaum terbesar di Negara kita

target SPM 2016 sejarah Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara negara Asia Tenggara yang lain.

Soalan 3 : Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara negara Asia Tenggara
yang lain.
( a ) Mengapakah gerakan tersebut berbeza?

F1 Ia tidak bersifat anti penjajah
F2 bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand
F3 Rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat di raja
F4 Revolusi untuk menmatkan kuasa raja
F5 Nasionalisme bertujuan memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran.
F6 Rakyat menentang sikap raja yang boros.
F7 Rakyat tidak puas hati terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina.
F8 Mereka mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
F9 Mereka mahu mewujudkan perpaduan kaum.
( 2 M )
( b ) Namakan tokoh nasionalisme di Thailand?
F1 Nai Pridi Panomyong F2 Phibul Songram F3 Raja mongkut F4 Raja chulalongkorn
( 2 M )
( c ) Mengapakah Thailand Berjaya mengekalkan kemerdekaannya?
F1 Dasar buka pintu
F2 Pemodenan dalam pentadbiran
F3 Kerjasama dengan Jepun
F4 Memperkenalkan birokrasi Barat
F5 Raja Mongkut/ Raja Chulalongkorn melantik 80 orang penasihat Barat
F6 Penasihat Barat ketua pelbagai jabatan
F7 Penasihat kewangan/ pelabuhan/ polis dari Britain
F8 Penasihat kastam/ ketenteraan dari Amerika Syarikat/ Peranchis
F9 Melatih pegawai-pegawai tempatan mentadbir Hal : 20 buku Teks Ting 5 KBAT Hal : 20 buku Teks Ting 5 Hal : 20 buku Teks Ting 5
F10 Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Mesyuarat Tertinggi/ Kabinet Menteri
F11 Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F12 Memperkenalkan sistem raja perlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak
( 2 M )
( d ) Kemerdekaan sesebuah negara yang dijajah amat mahal dan susah untuk kita
mencapainya.
Bagaimanakah cara untuk kita mempertahankan kemerdekaan negara kita dari
dijajah semula?
F1 Meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat
F2 mengukuhkan kerjasama antara kaum
F3 meningkatkan ilmu pengetahuan
F4 menguasai teknologi terkini
F5 Menguatkan pertahanan Negara
F6 mengukuhkan sifat jatidiri rakyat
Soalan 4 : Rajah berikut berkaitan dengan Ciri Ciri Negara bangsa

target SPM 2016 : Gerakan nasionalisme di Thailand

Soalan 3 : Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara negara Asia Tenggara
yang lain.
( a ) Mengapakah gerakan tersebut berbeza?

F1 Ia tidak bersifat anti penjajah
F2 bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand
F3 Rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat di raja
F4 Revolusi untuk menmatkan kuasa raja
F5 Nasionalisme bertujuan memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran.
F6 Rakyat menentang sikap raja yang boros.
F7 Rakyat tidak puas hati terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina.
F8 Mereka mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
F9 Mereka mahu mewujudkan perpaduan kaum.
( 2 M )
( b ) Namakan tokoh nasionalisme di Thailand?

F1 Nai Pridi Panomyong F2 Phibul Songram F3 Raja mongkut F4 Raja chulalongkorn
( 2 M )
( c ) Mengapakah Thailand Berjaya mengekalkan kemerdekaannya?

F1 Dasar buka pintu
F2 Pemodenan dalam pentadbiran
F3 Kerjasama dengan Jepun
F4 Memperkenalkan birokrasi Barat
F5 Raja Mongkut/ Raja Chulalongkorn melantik 80 orang penasihat Barat
F6 Penasihat Barat ketua pelbagai jabatan
F7 Penasihat kewangan/ pelabuhan/ polis dari Britain
F8 Penasihat kastam/ ketenteraan dari Amerika Syarikat/ Peranchis
F9 Melatih pegawai-pegawai tempatan mentadbir Hal : 20 buku Teks Ting 5 KBAT Hal : 20 buku Teks Ting 5 Hal : 20 buku Teks Ting 5
F10 Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Mesyuarat Tertinggi/ Kabinet Menteri
F11 Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F12 Memperkenalkan sistem raja perlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak
( 2 M )

( d ) Kemerdekaan sesebuah negara yang dijajah amat mahal dan susah untuk kita
mencapainya.
Bagaimanakah cara untuk kita mempertahankan kemerdekaan negara kita dari
dijajah semula?

F1 Meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat
F2 mengukuhkan kerjasama antara kaum
F3 meningkatkan ilmu pengetahuan
F4 menguasai teknologi terkini
F5 Menguatkan pertahanan Negara
F6 mengukuhkan sifat jatidiri rakyat
Soalan 4 : Rajah berikut berkaitan dengan Ciri Ciri Negara bangsa

target SPM sejarah 2016 : Kerajaan Turki Uthmaniyah

Soalan 2 : Peta berikut merupakan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah
( a ) Berikan dua Nama khalifah kerajaan tersebut?

F1 Uthman Ertughrul
F2 Orhan 1
F3 Murad 1
F4 Bayezid 1
F5 Mehmed II
( 2 M ) Hal :161 buku Teks Ting 4 KBAT KBAT

( b ) Nyatakan Dua sumbangan penting Kerajaan Turki Uthmaniyah?

F1 Pembentukan empayar
F2 Pembentukan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.
F3 Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam.
F4 Sultan Selim I menguasai Makkah pada tahun 1517- umat Islam seluruh dunia menganggap kerajaan Uthmaniyah sebagai pelindung mereka.
F5 Sistem kecemerlangan individu
F6 Pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha individu dalam masyarakat yang menggalakkan mobiliti sosial.
F7 Ilmu pengetahuan
F8 Pengenalan sistem madrasah,
F9 sekolah pengetahuan akademik,
F10 sekolah sastera,
F11 maktab tentera dan kolej perubatan.
F12 Penulisan ensiklopedia
F13 Ensiklopedia sains Islam dijadikan rujukan bagi keperluan praktikal.
F14 Ensiklopedia yang dihasilkan oleh Katip Celebi menjadi rujukan hingga sekarang.
F15 Penubuhan perpustakaan
F16 Terdapat perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.
F17 Istanbul terkenal sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan dagangan antara Timur dan Barat dan juga antara dunia Islam dengan dunia bukan Islam.
F18 Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan di Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
F19 Jalinan ini telah membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam dan berpusat di Istanbul.
( 2 M )

( c ) Mengapakah islam mudah tersebar ke Eropah semasa zaman penguasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah?

( 2 m )
F1 Tentera islam mempunyai semangat Ghazi (kepahlawanan) yang berani berkorban
jiwa demi penyebaran islam.
F2 Orang islam mempunyai pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi
F3 Kejayaan peluasan kuasa islam di Eropah membantu perkembangan agama islam ke Eropah.
F4 Kejayaan peluasan kuasa islam disebabkan oleh akidah yang tinggi,
F5 Mempunyai semangat ghazi,
F6 sistem ketenteraan yang tersusun,
F6 mempunyai tentera berkuda yang handal,
F7 mempunyai kumpulan infantri yang kuat,
F8 Mempunyai kumpulan armada laut yang kuat,
F9 mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok-belok peperangan.
F10 Keadaan politik di Eropah kurang stabil akibat peperangan.
F11 Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine.
F12 Ramai penganut kristian memeluk agama islam kerana Gereja Greek Ortodoks tidak mampu memberi perlindungan kepada masyarakat setelah kejatuhan kerajaan Byzantine,
F13 Kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar diplomasi dan toleransi dalam hubungan keagamaan.
F14 Mereka tertarik dengan sistem sosialnya yang berasaskan kecemerlangan Individu dan bukannya keturunan. Hal :160 buku Teks Ting 4 Hal :162 buku Teks Ting 4
F15 Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan turut mengembangkan agama islam ke Eropah

( d ) Dalam dunia moden hari ini, bagaimanakah seseorang pendakwah dapat menyebarkan agama islam ?

F1 menggunakan teknologi terkini
F2 menguasai ilmu pengetahuan
F3 Menguasai banyak bahasa terutamanya Bahasa Inggeris
F4 menunjukkan teladan dan nilai yang baik
F5 Sentiasa merendah diri
F6 mencontohi cara nabi Muhammad saw menyebarkan islam

target SPM 2016 Sejarah : Kesenian tamadun Rom dan Yunani

Soalan 1 : gambar berikut menunjukkan seni bina tamadun Rom dan Yunani. ( Colloseum dan acropolis )
( a ) Apakah fungsi kedua dua senibina tersebut?

i. F1 Tempat pahlawan Rom bertarung
F2 Sebagai teater
ii. F1 Pusat pentadbiran
F2 Ibu negeri di Athen
( 2 M )
( b ) Bagaimanakah senibina tersebut dapat dihasilkan oleh sesebuah tamadun ?
F1 Wujud kepimpinan yang berwibawa/kuat
F2 Menyatupadukan rakyat
F3 meningkatkan jatidiri rakyat
F4 Keyakinan usaha akan mmbawa kejayaan
( 2 M )
( c ) Apakah yang dapat digambarkan oleh senibina tersebut kepada masyarakat pada hari ini?
F1 Kewibawaan pemimpinnya
F2 Sikap bersatu padu rakyat
F3 Mempunyai kemahiran yang tinggi
F4 menguasai bidang matematik
F5 Kepakaran dalam membina bangunan
F6 menguasai bidang senibina bangunan
( 3 M )
( d ) Wajarkan bangunan sejarah yang terdapat di dalam negara kita di pelihara oleh kerajaan Malaysia
Berikan alasan anda?
F1 Wajar
F2 Sumber pelancongan
F3 meningkatkan pendapatan Negara
F4 Sumber contoh senibina
F5 Warisan sejarah Negara
F6 Sumber sejarah negara
(

target SPM 2016 : Suruhanjaya Reid

10 Jadual berikut merujuk kepada sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum merdeka.
                    Suruhanjaya Reid

(a) Apakah tugas yang dijalankan oleh Suruhanjaya di atas?
F1 Membincangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F3 Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F4 Membentuk perlembagaan bagi mewujudkan sebuah kerajaan Persekutuan
yang kuat
( 4 Markah )

(b) Apakah isu hangat yang menjadi titik tolak kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Beri penjelasan anda

F1 Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat
F2 Pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu
F3 Kedudukan Raja-raja Melayu
F4 Hak istimewa orang Melayu
F5 Pengwujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
F6 Pemberian kerakyatan JUS SOLI
F7 Agama Islam agama rasmi
F8 Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
( 6 Markah )
Tarikh
Peristiwa
Mac 1956
Suruhanjaya Reid KBAT Hal : 125 buku Teks Ting 5 Hal : 126 buku Teks Ting 5

(c) Gambar berikut merujuk kepada manuskrip pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
i. Apakah kepentingannya kepada penduduk Tanah Melayu.

F1 Negara bebas daripada penjajahan
F2 Mewujudkan keamanan
F3 Membentuk masyarakat bersatu padu
F4 Menegakkan maruah bangsa
F5 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
F6 Menjadi negara berdaulat
( 5 Markah )

ii. Sejauhmanakah generasi muda hari ini dapat mengambil ikhtibar peristiwa sejarah yang berlaku dinegara kita pada zaman penjajahan sehinggalah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957?

F1 Menghargai perjuangan pemimpin dengan menyertai program
program yang berkaiatan perjuangan tokoh tokoh zaman penjajahan
F2 Mengkagumi sifat perjuangan pemimpin terdahulu
F3 Mempunyai kebanggaan terhadap negara dan pejuang
kemerdekaan
F4 Mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang boleh mengancam
keselamatan negara
F5 Sentiasa patuh kepada arahan pemimpin dengan menyokong dan
menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.
F6 menguasai pelbagai ilmu pengetahuan didalam kehidupan agar
tidak mudah di jajah oleh kuasa asing sekali lagi.

target Sejarah SPM 2016 ; Tanaman Getah

Revolusi perindustrian di England telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap tanaman getah
(a) Jelaskan apakah faktor yang membawa kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu?

F1 Perkembangan Revolusi Perindustrian
H1a Getah digunakan dalam pelbagai industri
F2 Peranan H.N.Ridley
H2a H.N.Ridley meyakinkan peladang menanam getah.
H2b Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.
H2c Beliau berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).
F3 Perkembangan industri barangan pengguna.
H3a Contohnya kasut, tayar basikal dan peralatan letrik.
H3b Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.
F4 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.
H4a Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.
H4b Membuka ladang getah di Tanah Melayu.
C4a Contoh Syarikat Harrisons and Crossfield, Boustead, Guthrie dan Sime Darby.
F5 Sokongan British kepada pemodal asing.
H5a Pihak British mengenakan sewa tanah yang rendah.
H5b Mereka juga mengenakan tarif yang rendah.
H5c Syarikat perusahaan getah diberikan dividen yang tinggi
H5d Syarikat itu juga diberi pengecualian cukai eksport 50 tahun.
F6 Perkembangan infrastruktur.
H6a Jalan kereta api dibina menghubungkan ladang dengan pelabuhan.
F7 Membawa masuk buruh dari India.
H7a Diambil bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.
( 8 Markah )

(b) Apakah langkah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan semula perusahaan getah setelah mengalami kemerosotan?

F1 Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk menahan kejatuhan
harga getah.
F2 Rancangan ini telah dikuatkuasakan ke atas negara pengeluar supaya
mengurangkan pengeluaran getah masing-masing.
F3 Kerajaan telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi yang telah diluluskan
oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.
F4 Ia untuk mengalang penggunaan tanah sawah padi untuk menanam getah.
F5 untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan
orang Melayu dalam perusahaan getah
F6 British telah mengenakan bayaran premium bagi permohonan tanah baru
untuk tanaman getah.
F7 kerajaan telah melarang pembukaan tanah baru untuk tanaman getah.
F8 memperkenalkan iaitu Rancangan Peraturan getah antarabangsa.
F9 Mengikut rancangan ini pekebun-pekebun kecil getah telah diberi kuota yang lebih rendah.
( 4 markah )

(c) Tanaman getah terus mengalami kejatuhan dan kemerosotan pada abad ke 21.
i. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

F1 Tanah pertanian semakin berkurangan akibat digunakan untuk pembangunan
F2 Negara lain juga menanam getah menyebabkan hasil getah kita terpaksa bersaing
dengan hasil negara lain
F3 Banyak ladang getah terpaksa ditutup kerana harga getah yang tidak stabil dalam
pasaran
F4 Pekebun kecil getah tidak mahu menanam semula getah akibat kekurangan modal
F5 Komoditi pertanian seperti getah sering mengalami kejatuhan harga
F6
( 4 Markah )

ii. Apakah langkah yang harus diambil dalam usaha untuk meningkatkan semula perusahaan getah di Malaysia?
Berikan penjelasan anda.

F1 menjalankan kajian R & D terhadap tanaman getah
F2 meningkatkan kualiti hasil getah untuk menghasilkan getah bermutu tinggi
F3 mempelbagaikan produk hasil getah
F4 mempromosikan produk berasaskan getah ke luar negara
F5 mencipta teknik penorehan getah yang moden dan sosfikated
F6 mengubah teknik penanaman getah bagi meningkatkan hasil

tajuk target spm 2016 : Sejarah bab 5 : Penyebaran Islam di Madinah

Pembentukan kerajaan islam di Madinah pada tahun 622 M telah memperkukuhkan lagi penyebaran agama islam di seluruh peslosok Tanah Arab.
(a) Apakah strategi penyebaran islam yang dijalankan oleh Nabi Muhammad saw dalam memperkukuhkan lagi agama islam?

F1 Rasulullah s.a.w telah mengajak mereka beriman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan agama asal menyembah berhala.
F2 Baginda telah menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji,
F3 Nabi juga telah menyebarkan islam di dalam dan diluar Tanah Arab.
F1 Menghantar perutusan
F2 Nabi tidak memaksa / sukarela
F3 Menggunakan diplomasi
F4 Melalui toleransi/ tolak ansur
F5 Dilakukan secara bijaksana
F6 Menerusi nasihat yang baik
F7 Menunjukkan nilai-nilai/ teladan yang baik
F8 Mengamalkan akhlak yang mulia
F9 Menyeru menerusi warkah
F10 Mewujudkan persefahaman dengan wilayah tersebut
( 4 Markah ) Hal : 52 buku Teks Ting 4 KBAT Hal : 129 buku Teks Ting 4

(b) Mengapakah Allah swt memberi keizinan kepada umat islam untuk berperang?

F1 Allah telah memberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang iaitu setelah
orang Quraisy menyerang orang Islam.
F2 Membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh
F3 untuk mencari keamanan
F4 Menjaga tempat ibadat
F5 menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
F6 Islam sentiasa menganjurkan perdamaian,
F7 seandainya musuh islam inginkan perdamaian, maka orang islam harus memilih perdamaian.
F8 Peperangan yang berlaku antara orang Islam madinah dengan pihak arab Quraisy
Makkah adalah untuk mempertahankan maruah dan agama, bangsa dan Negara semata-mata.
( 6 Markah )

(c) Orientalis Barat menganggap agama islam tersebar melalui cara peperangan
i. Mengapakah berlakunya anggapan sedemikian?

F1 Islamfobia dikalangan masyarakat barat
F2 Tidak memahami ajaran islam yang sebenar
F3 Terpengaruh dengan dakyah barat yang memusuhi islam
F4 Sikap umat islam yang eksrtrem yang tidak mengikut ajaran islam yang
Sebenar
( 4 Markah )

ii. Bagaimanakah dakwah islamiah dapat dilakukan secara berkesan pada zaman era globalisasi ini?
( 6 Markah )

F1 Menggunakan media sosial yang merupakan cara paling berkesan untuk
berdakwah pada zaman teknologi ini.
F2 ruang dakwah serta penyebaran maklumat Islam dengan lebih pantas dan
berkesan kini terbuka lebih luas melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
F3 Menyiarkan secara langsung program dakwah di tv, youtube dan media
sosial yang lain.
F4 mengadakan program program seperti pertandingan mencari golongan
muda sebagai pendakwah contohnya “Pencetus Ummah”.
F5 Sentiasa merujuk kepada golongan yang mempunyai pengetahuan yang luas
dalam bidang dakwah
F6 Menggunakan Bahasa inggeris dalam membuat ceramah keagamaan
diperingkat global.
F7 Sentiasa membuat “update status” berkaitan dengan isu dakwah
F8 memberi jawapan secara berhemah setiap pertanyaan berkaitan dengan
dakwah.
Hal : 131 buku Teks Ting 4 KBAT KBAT

target Ramalan Sejarah SPM 2016 : Bab 2 : Ekonomi tamadun India dan China

Kegiatan ekonomi telah mengalami peningkatan di dalam tamadun Yunani, China dan India
(a) Jelaskan kegiatan ekonomi yang djalankan oleh masyarkat Yunani?

F1 Aktiviti ekonomi seperti kegiatan perdagangan menjadi tumpuan utama di hampir
semua Negara kota di Yunani, kecuali Sparta.
F2 Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang telah menghalang untuk
penduduknya terlibat dalam kegiatan pertanian.
F3 Terdapat kegiatan perdagangan dengan kawasan luar menerusi jalan laut .
F4 Kegiatan perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisi pantai yang
berhamiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
F5 Kekurangan tanah untuk kegiatan pertanian menyebabkan Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan.
F6 Negara kota Yunani terpaksa mengdapatkan makanan dari kawasan luar.
F7 Athens telah mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam.
F8 Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
F9 Kenaikan cukai barang yang diperdagangkan telah menyebabkan kenaikan harga barang.
F10 Ini menyebabkan, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman pada tahun 300 S.M.
( 6 Markah )

(b) Jelaskan faktor perkembangan kegiatan perdagangan di India?

F1 Perdagangan dalaman di wilayah India
F2 Perdagangan dengan Negara luar dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara
F3 Terdapat pelabuhan penting seperti Tamralipti
F4 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin / Persatuan tukang kayu /
tukang logam / tukang kulit
F5 Persatuan mengawal harga barangan / kualiti barangan / gaji pekerja
F6 Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
F7 Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
F8 Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
F9 Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
F10 Terdapat sektor perusahaan tekstil seperti kain kapas dan sutera , barang kemas
seperti emas, batu permata dan mutiara
F11 Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian dan buah-buahan
F12 Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom dan Sri Lanka
( 6 Markah )
Hal : 50-51 buku Teks Ting 4 Hal : 51 buku Teks Ting 4

(c) Gambar berikut merujuk kepada sumbangan tamadun China dalam kegiatan pertanian.
Batas Tanaman Sistem pengairan

(i) Apakah kesan penggunaan teknologi di atas terhadap tamadun di atas?

F1 Batas tanaman dapat menjaga kesuburan tanah
F2 Sistem pengairan memudahkan sumber air diperolehi
F3 Sistem Pengairan juga dapat mengawal banjir
F4 Meningkatkan hasil pertanian
F5 kegiatan pertanian dapat dipertingkatkan
( 4 Markah )

(ii) Bagaimanakah teknologi tersebut dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini dalam memperkasakan lagi kegiatan pertanian
Berikan ulasan anda.

F1 meningkatkan lagi teknologi tersebut sesuai dengan zaman bio teknologi
F2 boleh dijadikan panduan kepada petani untuk mencipta teknik dan teknologi
pertanian terkini.
F3 Mengambil peluang dengan kemudahan teknologi sistem pengairan yang
disediakan oleh kerajaan dengan menjalankan kegiatan pertanian yang berskala besar.
F4 Meningkatkan usaha dan pengetahuan tentang teknologi pertanian sebelum
menguasahakan sesuatu projek pertanian berskala besar.

target SPM 2016 : Rancangan Malaysia ke lima : DEB

4 Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan Lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merelisasikan aspirasi DEB.
(a) Apakah tujuan utama Rancangan Malaysia Kelima diperkenalkan?

F1 Meningkatkan sektor perindustrian
F2 Melongarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan sector swasta
F3 Meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport
F4 Meningkatkan kecekapan pengurusan agensi kerajaan agar dapat bekerjasama
dengan sektor swasta
F5 Pembangunan kawasan luar bandar diteruskan
F6 Tumpuan juga kepada sektor pelancongan

(b) Berikan dua usaha kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan luar bandar.

F1 Kemudahan kredit dan insentif
F2 Penubuhan Bank Pertanian Malaysia
F3 Skim Pinjaman Khas Pertanian
F4 Amanah Ikhtiar
(c) Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima tahun.
F1 Merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
F2 Berjaya menurunkan kadar kemiskinan
F3 Pendapatan perkapita meningkat
F4 hak milik modal saham bumiputra juga mengalami peningkatan
F5 Berjaya mengurangkan hak modal saham orang asing
( 3 Markah ) Hal : 205 buku Teks Ting 5 Hal : 205 buku Teks Ting 5 KBAT

(d) Pada pandangan anda adakah wajar kerajaan meneruskan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun
Berikan penjelasan anda?

F1 Wajar
F2 Dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
F2 boleh membangunkan kawasan luar bandar
F3 Kawasan luar bandar harus diberi perhatian utama kerana penduduknya terdiri dari
orang melayu yang serba kemiskinan
F4 meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawsan luar bandar yang seterusnya akan
memberikan kemudahan untuk penduduk luar bandar
F5 Menjamin peningkatan hasil pendapatan golongan petani di kawasan luar bandar
F6 Meningkatkan jumlah saham yang dimiliki oleh kaum bumiputra

Soalan target SPM 2016 : Zaman Renaissance

Gambar 1 menunjukkan tokoh zaman Renaissance yang bermula di Itali pada tahun 1350 – 1600.

(a) Apakah faktor yang menyebabkan tokoh di atas menjadi tokoh yang serba boleh pada zaman tersebut?

F1 Semangat inkuiri yang tinggi yang ada pada tokoh tokoh zaman tersebut.
F2 Humanisme – kemunculan aliran pemikiran humanisme/manusia berfikir untuk
menyelesaikan permasalahan mereka
F3 Mereka bekerja secara sendirian untuk memyelesaikan setiap masalah yang berlaku
dan membuat pemerhatian secara terperinci terhadap sesuatu ilmu
F4 Kesanggupan untuk meneroka bidang baru
F5 Bakat yang ada pada tokoh zaman ini telah dinilai dan dihargai oleh masyarakat
F6 pembinaan kemahiran dalam semua aspek bidang ilmu pengetahuan di titikberatkan
oleh masyarakat
F7 Pertembungan budaya, bahasa, dan agama di bandar-bandar pelabuhan di Itali
F4 Kemunculan Patron – kemunculan pedagang kaya yang menjadi penaung kepada
kegiatan cendekiawan
F8 Kunjung tokoh-tokoh renaissance dari satu bandar ke bandar lain membantu penyebaran renaissance
F9 Peranan Paus – paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
F10 Individu – perkembangan semangat individualisme dikalangan cendekiawan
( 2 Markah )
KBAT Hal : 217 buku Teks Ting 4

(b) Berikan dua sumbangan utama tokoh tersebut?

F1 Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
F2 Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
F3 Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa".
F4 Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
F5 Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir, F6 kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.
F7 Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian silam.
F8 Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.

(c) Mengapakah zaman tersebut dikatakan bermula di itali?
Berikan ulasan anda.

F1 Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
F2 Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
F3 Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong
oleh semangat inkuiri yang kuat.
F4 Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan
antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.
F5 Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
F6 Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan
perdagangan antarabangsa.
F7 Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk
mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
F8 Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,
ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga
Medici di Florence.
F9 Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan
seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
F10 Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar
bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
F11 Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
F12 Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
F13 Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk
dikenali secara individu iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo.

(d) Bagaimanakah generasi kita hari ini dapat memanfaatkan pencapaian zaman Renaissance di dalam kehidupan kita di Malaysia?

Berikan penjelelasan anda.
F1 Semangat inkuiri perlu dimanfaatkan oleh generasi hari ini agar sentiasa ingin tahu terhadap semua ilmu pengetahuan.
F2 Aliran kemanusiaan memboleh kita menghasilkan sesuatu karya ilmu
pengetahuan
F3 Semangat meneroka pelbagai bidang baru harus dicontohi untuk
kegemilangan diri sendiri, negara dan bangsa
F4 Perkembangnya ilmu pengetahuan pada zaman renaissance harus
dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi hari ini dalam mendalami ilmu tersebut dan mengembangkannya di negara kita.
F5 Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen
membolehkan generasi hari ini membuat kajian terhadap semua ilmu pengetahuan
F6 Sifat Manusia zaman renaissance yang menzahirkan emosi mereka melalui
muzik, lukisan dan ukiran harus dijadikan ikutan generasi hari ini dalam
mengembangkan bakat mereka

Sunday, October 16, 2016

Tajuk Tajuk target Ulangkaji semua bab /Ramalan Sejarah 2016

tajuk tajuk dibawa mesti dikuasai oleh pelajar untuk menghadapi SPM 2016

Soalan Target SPM 2016

Bab 1   Tamadun Hwang Ho/ Tamadun Mesopotamia
Bab 2   Peningkatan Tamadun (Pendidikan)/Undang-Udang / Ekonomi Tamadun India
Bab 3   Pengaruh Hindu Buddha/Monumen dan candi/Bahasa sangskrit
Bab 4   kehidupan Nabi Muhammad saw/Penyebaran islam di Makkah
Bab 5   Piagam Madinah/ Penyebaran islam /peperangan dalam islam/pembukaan
semula kota Makkah
Bab 6   Kerajaan bani Abbasiyah  atau kerajaan turki uthmaniyah
Bab 7  
Bab 8   Pengaruh Islam Terhadap Masyarakat Melayu Tradisional (Ekonomi) Pengaruh islam di Malaysia – Perdagangan di Melaka/ Percukaian di Melaka dan cukai di negara kita 
Bab 9   Zaman gelap/Renaissance/zaman reformation
Bab 10 Perbandaran/ masyarakat  Majmuk/ Tanaman Getah

Ting 5

Bab 1   : Birokrasi Barat di Filipina/Indonesia dan Thailand/Faktor kemunculan  
                           nasionalisme/ Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bab 2   : Perjuangan Pemimpin Tempatan menentang British/Gerakan Islah
Bab 3   : Asas pembinaan negara bangsa kesultanan melayu Melaka – Maksud,
  tanggungjawab raja dan rakyat, warisan atau pengaruh kesultanan melayu    
  Melaka/ Ciri-Ciri Negara dan Bangsa Malaysi                                                                     Bab 4   : Persekutuan Tanah Melayu/ Pergerakan Politik di Sabah dan Sarawak
 Bab 5   : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957/Suruhan Jaya Reid / Isi  perjanjian persekutuan                Tanah Melayu
 Bab 6   : Reaksi luar terhadap Pebentukan Malaysia
 Bab 7   : Bendera atau Jata Negara
 Bab 8   : Rancangan Malaysia Kedua/DEB Dasar Perpaduan Negara : Akta Bahasa
  Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Bab 9   : Tema Wajib keluar SPM 2016 ; cabaran masa depan/ Globalisasi/
   Koridorraya multimedia /K-Ekonomi /K-Masyarakat/



Contoh jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2016 JPN kelantan

SENARAI KANDUNGAN SKEMA KERTAS 3 SEJARAH SPM 2016
BIL
TAJUK
M/S
1
Matlamat dasar luar
1
2
Bentuk hubungan luar
1
3
Latar belakang hubungan luar
1
4
Asas penggubalan dasar luar
i)       Faktor sejarah
ii)      Faktor ekonomi
iii)     Faktor politik
iv)     Faktor geografi
v)     Faktor demografi

5
  Perkembangan dasar luar
  Jelaskan  tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari   
  tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)  TahapPertama (1957-1970)
(ii) TahapKedua (1972-1981)
(iii)TahapKetiga (1981-2003)
  Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957  
  hingga tahun 2003
(i)   Dasar Pro-Barat
(ii)  Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi

Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) danTun Hussein Onn (1976-1981)
(iii)TunDr Mahathir Mohamad (1981-2003)

6
Terangkan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan negara luar.
@
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957   hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Buktikan

7
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?

8
Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam  meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara

9
Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan negara lain tanpa mengira ideologi negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar?

10
Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap.

11
Mengapa dasar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?

12
Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Negara luar?

13
Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.

14
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.

15
Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam
meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara
luar. pada era globalisasi hari ini

16
Iktibar yang diperolehi daripada perkembangan dasar luar Malaysia

17
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a)  Pengetahuan yang diperoleh
(b)  Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme  yang diperoleh
      Ke arah memperkukuh keharmonian dan perpaduan
      masyarakat
(c)  Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia
      lebih maju


1)     Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.

2)     Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

3)     Huraikan latar belakang dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).




4)     Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
i)      Faktor sejarah
ii)     Faktor ekonomi
iii)    Faktor politik
iv)    Faktor geografi
v)     Faktor demografi
@
Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
@
Bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.   
Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia
Penggubalan dasar luar luar Malaysi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara.Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan.Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan .

Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.Sejak zaman penjajah British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini  telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.  Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing.Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun1980-an , melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur  terutama  Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negera sedang membangun dan  negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran  Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.


Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.  Dasar luar Malaysia juga  menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara  seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia  menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi  penggubalan dasar luar Malaysia.




5)     PERKEMBANGAN DASAR LUAR
1. Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)Tahap Pertama (1957-1970)
(ii)Tahap Kedua (1972-1981)
(iii)Tahap Ketiga (1981-2003)

2. Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun
1957 hingga tahun 2003
(i)   Dasar Pro-Barat
(ii)  Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi

3. Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan                n t b

(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976-1981)
(iii)Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

(i) Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul
      Rahman

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura  daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali /  Tun Abdul Razak
(1972-1976) & Tun Hussein Onn(1976-1981)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.





(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi /
       Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)

Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.


6)      Terangkan kejayaan yang dicapai Malaysia hasil hubungan dengan negara luar
@
Dasar luar negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.Buktikan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan  Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.

7)         Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada kepimpinan negara.Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.

            Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur.Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan berbail-baik dengan semua negara.

            Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti Singapura dan Thailand.Keadaan ini telah meningkatkan nilai perdagangan negara kita.

            Seterusnya semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr Mahathir juga telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini mendorong peningkatan pelaburan dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia.


Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.



8)         Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat dikekalkan. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan dan persefahaman dapat dipupuk. Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini juga turut meransang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas.
Selain itu, syarikat-syarikat  tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam .
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara.Dasar berbaik-baik dengan semua negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih.
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.

9) Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia perlu  menjalinkan hubu gan luar dengan Negara lain tanpa mengira ideilogi Negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa Negara kita perlu berbaik-baik dengan Negara luar?

Ya, sebagai rakyat Malaysia memang saya bersetuju perlunya Malaysia menjalinkan hubungan dengan Negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia terpaksa memilih berbaik dengan semua Negara kerana setelah kurangnya  peranan yang dimainkan oleh  AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty). Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia, kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan Negara mengamalkan ideology kumunis, seperti Republik Rakyat China. Dengan berbaik=baik dengan semua Negara ini Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan kumuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Republik China. Dengan ini pendapatan Negara meningkat.

Hubungan yang erat dengan banyak Negara ini Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancung, justeru pertukaran wang asing semakin meningkat, dengan ini menjana ekonomi Negara. Peluang  pekerjaan dalam industry pelancungan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara serantau, dengan menubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini  telah mengekalkan kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan Negara anggota ASEAN.

Saya juga percaya apabila berbaik-baik  dengan semua Negara Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing masuk ke Malaysia, dengan ini membantu mengstabilkan ekomomi Negara. Dengan cara ini juga Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam Negara.

Dalam bidang social pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran Tv dengan Negara ASEAN.

Bila berbaik-baik dengan semua Negara, Malaysia juga dapat mengamalkan pasaran bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana Negara, kerana kita mengamalkan kemesraan dengan semua Negara tanpa terikat dengan mana-mana ideologi

Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Hubungan baik ini barangan dagangan Malaysia dapat dipasarkan di Negara-negara Arab. Malaysia juga mendapat hak keistimewaan dari Negara Arab dalam urusan Jemaah haji ke Mekah.

Akhirnya  dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali, Malaysia dihormati oleh Negara luar, justeru Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam Negara dapat diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.

10)       Ramalkan dasar luar negara pada masa hadapan/ cadangkan halatuju dasar luar negara pada masa kini
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepadan masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan Negara. Malaysia juga terus komited menjalikan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN.
Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara  jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau.Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi lawatan pemimpin ke negara –negara teresebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi Negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi.Malaysiaakan tarus memperjuang nasib rakyat Palestein yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hunbungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
11)       Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah eksport negara berkurangan  kerana banyak negara tidak mengadakan hubungan luar dengan Malaysia. Ekonomi negara juga merosot dan ini  menyebabkan pendapatan negara merosot.
Pelabur asing tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luaryang tidak mantap. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Kesannya Imej negara merosot dan ketamadunan negara akan lenyap.
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Maruah negara akan tergadai kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat.
12)       Mengapa dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?
            Kemajuan ekonomi sangat penting dalam penggubalan dasar luar pada hari ini.Keadaan ini penting untuk menjana pendapatan negara melalui kemasukan pelabur asing ke negara kita. Pembukaan kilang-kilang dan ladang-ladang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Selain itu Malaysia merupakan pembekal bahan mentah utama dunia seperti getah dan kelapa sawit.Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk memastikan pasaran bahan mentah meningkat dari semasa ke semasa.Seterusnya kerjasama perdagangan antarabangsa juga dapat ditingkatkan. Peningkatan urusan import dan eksport dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi global dapat berkembang melalui perdagangan bebasdan pertukaran wang asing juga turut meningkat.Keadaan ini dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya bersaing di peringkat global.Pemindahan teknologi melalui projek usahasama mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar Pandang ke Timur.





13)  Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar

Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan  meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.
 Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.

Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan persefahaman  antara Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .

Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti Syria.

Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan  bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala

Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,

Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.

Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan  Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.




14)  Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar tanpa mengira kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Pengukuhan perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun negara kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka  daripada Israel mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan semua negara.
15)  Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan
@
        Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
13)  Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara
luar pada era globalisasi hari ini

Cabaran pertama yang dihadapi oleh  negara kita  ialah perbezaan ideologi antara negara mewujudkan  jurang persefahaman yang luas antara negara.Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza.
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk mengekalkan  hak negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan  kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan  nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat  terhad.
Cabaran yang terakhir ialah jenayah  merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan  dua hala supaya ideology yang berbeza tidak  menjadi penghalang
Langkah yang kedua mengatasi cabaran ialah  negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.
Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Bagi menghadapi cabaran keempat,penguatkuasaan undang-undang  yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Untuk mengatasi cabaran kelima,kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga  mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
14)  Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji      
      Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
            Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
            Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
            Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
            Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.



18.Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan    
(a). Pengetahuan yang diperolehi

(b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh            ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia
(c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Berdasarkan tajuk yang dibincangkan, Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
Nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan negara ialah sentiasa bekerjasama dan bertoleransi untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia kerana sumbangan mereka dihargai pemimpin luar
Untuk menjadikan bangsa yang cemerlang, kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.
Dasar-dasar luar Malaysia mampu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain di dunia melalui amalan semangat setia kawan dan rasional dalam membantu menyelesaikan masalah dunia