Sunday, April 15, 2012

2.2.2 Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

  1. Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
  2. Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
  3. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam gerakan ini telah membawa idea gerakan pemulihan Islam setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir dan dikenali sebagai Kaum Muda dan dipimpin oleh :

    1. Sheikh Tahir Jalaludin
    2. Syed Syeikh al-Hadi
    3. Dr. Burhanuddin al-Helmy

  1. Kaum Muda telah berusaha untuk menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
  2. Antara yang diperjuangkanm oleh golongan kaum Muda ini ialah :

a. Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.

b. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu

c. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

  1. Idea-idea gerakan kaum Muda ini disampaikan menerusi akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh mereka seperti :

a. Al-Imam

b. Neracha

c. Edaran Zaman

d. Pengasuh

  1. Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi adalah merupakan tokoh gerakan Kaum Muda yang amat aktif pada ketika itu.
  2. Sheikh Tahir Jalaluddin adalah merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam dan juga menulis dalam majalah al-Manar.
  3. Begitu juga dengan Syed Syeikh al-Hadi yang telah menubuhkan Jelutung Press dan telah menerbitkan majalah Saudara.
  4. Beliau juga telah mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan juga terlibat dalam mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.
  5. Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
  6. Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
  7. Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  8. Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
  9. Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  10. Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.
  11. Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
  12. Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardi ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
  13. Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

  14. Gambar : Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi

Jawapan Soalan Kelas tambahan Bab 8 tingkatan 4 untuk Tingkatan 5 Amanah

Minggu ini cikgu postkan jawapan untuk Kertas 2 ( Soalan Struktur ) Bab 8

1

(a)

F1

F2

Pilih mana-mana satu

Dewaraja

Raja

(b)

F1

F2

F3

Pilih mana-mana dua

Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh.

Amirul-Mukminin.

Khalifatul Mukminin.

(c)

F1

F2

F3

F4

F5

Pilih mana-mana dua

Makhdum Sayid Abdul Aziz.

Maulana Abu Bakar.

Maulana Sadar Jahan.

Maulana Jalaludin.

Qadi Yusuf.

(d)

F1

F2

F3

F4

Pilih mana-mana dua

Bendahari

Laksamana

Penghulu Bendahari

Temenggung

(e)

F1

F2

F3

F4

F5

Pilih mana-mana tiga

Konsep daulat telah memperkukuhkan lagi institusi kesultanan kerana ia telah mengangkat kedudukan seorang sultan ke tahap yang tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.

Daulat adalah satu perkataan bahasa Arab iaitu ‘Daulah’ yang bermaksud negeri atau kerajaan.

Seseorang sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya atau menderhaka kepada raja akan menerima akibat atau menerima tulah.

Bagi mengukuhkan konsep daulat tersebut, berbagai-bagai adat istiadat telah diwujudkan yang membabitkan cara berpakaian, jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku, dan sebagainya.

Adat istiadat pertabalan telah diadakan bagi melantik sultan yang memerintah yang dapat menggambarkan kedaulatan seseorang sultan yang memerintah.

2

(a)

F1

F2

Adat Perpatih

Adat Temenggung

(b)

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

Pilih mana-mana dua

Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong.

Ia merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan daripada satu genarasi kepada satu generasi.

Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdapat di Negeri Sembilan.

Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.

Setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga.

Pelantikan ketua bagi adat perpatih ialah menerusi pelantikan ketua peringkat bawah hingga ke atas.

Jurai keturunan Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.

Ia adalah bersifat matrilineal yang mengutamakan jurai keturunan ibu.

Ia disesuaikan mengikut pihak ibu yang dianggap sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan.

Jika seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwarisi kepada adik perempuannya, anak adik-adiknya, dan cucu-cucunya.

(c)

F1 F2

F3

F4 F5 F6 F7

Pilih mana-mana dua

Tanggungjawab raja dan pembesar.

Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.

Tanggungjawab raja dan pembesar.

Hukuman terhadap kesalahan jenayah.

Undang-undang keluarga.

Permasalahan ibadah.

Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan.

(d)

F1 F2 F3

Pilih mana-mana dua

Hal-hal yang berkaitan perdagangan dan maritim.

Tugas-tugas nakhoda yang diumpamakan sebagai imam.

Anak buah kapal dianggap sebagai makmun.

(e)

F1 F2 F3

Pilih mana-mana dua

Mewujudkan masyarakat yang stabil.

Tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan.

Menjamin keamanan dan kesejahteraan.

3

(a)

F1

F2

F3

F4

F5

F6

Pilih mana-mana dua

Pendidikan tidak formal adalah merupakan pendidikan yang berasaskan kepada didikan keluarga yang memberikan tumpuan kepada nilai-nilai moral.

Pembelajaran ini adalah melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian.

Kanak-kanak telah mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.

Hal-hal yang berkaitan dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap budi pekerti dan cara menjaga maruah juga diajar secara tidak formal kepada anak-anak mereka.

Cerita-cerita lisan yang mengandungi nilai-nilai budaya yang murni telah diserapkan kepada kanak-kanak melalui kaedah bercerita yang memang digemari oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak juga telah diajar perkara yang berkaitan dengan pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.

(b)

F1

F2

F3

F4

Pilih mana-mana dua

Cerita-cerita lisan yang mengandungi nilai-nilai budaya yang murni telah diserapkan kepada kanak-kanak melalu kaedah bercerita yang memang digemari oleh kanak-kanak.

Cerita Anjing dan bayang-bayang - Tidak boleh terlalu tamak.

Sang Kancil dengan Buaya- Kepandaian dan kebijaksanaan dapat selesaikan masalah.

Siakap senohon gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri- Kanak-kanak diajar berkelakuan baik dan tidak mencuri.

(c)

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

Pilih mana-mana dua

Istana juga memainkan peranan yang penting sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Dalam buku Sejarah Melayu terdapat catatan berkaitan dengan peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama.

Dikatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah menerima agama Islam daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

Perkembangan ini adalah disebabkan oleh ramainya ulama dan

pendakwah asing daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat, dan sebagainya telah menetap di Melaka.

Kesultanan yang memerintah pada waktu itu memberi perhatian yang lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan, contohnya Sultan Mansur Shah amat berminat dengan pengajian Tasawuf.

Kitab al-Dur al-Manzum (Mutiara Tersusun) sebuah kitab Tasawuf

karangan Maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairung istana Melaka.

Hal ini juga berlaku di Johor, apabila istana Johor telah menjadi pusat pengajian sewaktu pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah 1597 hingga 1602 M.

Istana juga telah dijadikan tempat untuk menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.

Istana juga telah menjadikan pendidikannya bukan hanya melibatkan keagamaan semata-mata, malah ilmu seperti pentadbiran negara dan politik turut diajar di istana.

(d)

F1 F2 F3

Pilih mana-mana dua

Pada peringkat yang lebih tinggi pula terdapat pendidikan pondok yang memberikan tahap pendidikan yang lebih teratur.

Pendidikan ini juga memberikan penekanan kepada ilmu agama sebagai persediaan bagi pelajar-pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat.

(e)

F1

F2

F3

Pilih mana-mana dua

Perkembangan ini adalah disebabkan oleh ramainya ulama dan pendakwah asing menetap di Melaka.

Kesultanan yang memerintah pada waktu itu memberikan perhatian yang lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan, contohnya Sultan Mansur Shah amat berminat dengan pengajian Tasawuf.

Kedudukan Melaka yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan dan dikunjungi ramai pedagang akan memberi kelebihan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

4

(a)

F1

F2 F3

Pilih mana-mana dua

Seni ialah sesuatu yang indah dan menyenangkan kepada pencipta dan orang yang melihatnya.

Orang yang terlibat dalam aktiviti seni ini dipanggil sebagai seniman.

Bidang seni merupakan sesuatu yang amat luas pengertiannya yang merangkumi bidang-bidang seni seperti seni halus, seni rupa, seni tampak, seni persembahan, seni tekstil dan busana, dan sebagainya.

(b)

F1

F2

Pilih mana-mana dua

Penemuan candi-candi di Lembah Bujang seperti Candi Bukit Batu Pahat, Candi Sungai Batu, Candi Bukit Pendiat dan sebagainya.

Selain binaan candi terdapat juga hasil ukiran dan arca seperti Avalokitesvara yang digambarkan pada seni arca sebagai dewa yang dihiasi dengan pakaian dan perhiasan yang indah.

(c)

F1 F2 F3

Pilih mana-mana dua

Masjid Kampung Laut.

Masjid Peringgit di Kelantan.

Masjid Tengkera di Melaka.

(d)

F1

F2 F3

Pilih mana-mana dua

Motif tumbuh-tumbuhan

Bunga-bungaan

Geometri

(e)

F1

F2

F3

F4

F5

F6

Pilih mana-mana dua

Menerap nilai-nilai murni

Mengajar manusia bertanggung jawab

Membangunkan sahsiah

Menjadikan manusia berfikiran matang

Menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

(Mana-mana jawapan munasabah)