Jelas Faktor –Faktor Penjelajahan
Contoh Esei ( a )
Faktor
penjelajahan dan penerokan pelaut Eropah adalah disebabkan desakan ekonomi.
Mereka mahu mendapatkan pelabagai barangan mewah seperti emas, sutera dan
rempah.
Faktor
seterusnya ialah semangat keagamaan iaitu mahu menyebarkan pengaruh agama
Kristian.
Faktor
lain ialah galakan daripada daripada pemerintah seperti di Sepanyol dan
Portugal. Kedua-dua Negara saling bersaing untuk mendapatkan anah jajahan.
Faktor
terakhir ialah galakan oleh monarki baru seperti England, Perancis dan Belanda.
Penjelajahan dilakukan atas prinsip semangat kebanggaan bangsa.
Faktor
Seterusnya ialah Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Renaissance yang telah
mempercepatkan lagi berlakunya penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah
Wujudnya Persaingan
antara Portugal dan Sepanyol mendapatkan tanah jajahan yang telah mewujudkan Perjanjian
Tordesillas menetapkan pengaruh Sepanyol dan Portugal.
Penjelajahan dan
penerokaan juga adalah satu Usaha untuk menyebarkan agama Kristian di kawasan
timur
( b ) Kesan zaman Penjelajahan
Kesan
kesan zaman penjelajahan ialah dari segi
ekonomi , penjelajahan dan penerokaan pelaut Eropah
telah menjadikan wilayah-wilayah di Timur sebagai pembekal keperluan masyarakat
Eropah.
Barangan
seperti rempah dan sutera telah meningkatkan ekonomi dan gaya hidup Eropah.
Akibatnya Melaka telah di jajah.
Kesan
lain ialah pelaut Eropah seperti
Portugal telah menguasai dan merampas jalan pelayaran perdagangan.
Dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam.
Penguasa tempatan terpaksa
membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah
Wakil kuasa Eropah terdiri
daripada syarikat berpiagam di Great Britain/Perancis/Denmark
Syarikat
berpiagam yang berjaya Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC)/Syarikat Hindia Barat
Belanda (WIC) Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)
Syarikat berpiagam telah
berdagang dari Eropah hingga ke Carribean,Latin Amerika,afrika,India,Asia
Tenggara/Asia Timur
Daerah
luar Eropah menjadi pembekal keperluan masyarakat Eropah, Goa dan Melaka
menjadi pusat emporium dunia
Portugal menguasai Goa dan
Melaka, Barangan timur memperkaya ekonomi/gaya hidup masyarakat Eropah
Jalan pelayaran di Lautan Hindi
dan Asia Tenggara dikuasai Portugal Sebelum itu dikuasai pedagang Islam Arab, Portugal
menguasai laluan di Laut China Selatan ,China dan Jepun
Masyarakat tempatan terpengaruh
gaya hidup orang Eropah dan Masyarakat peribumi menerima agama Kristian
Penjelajahan Sepanyol mengubah
keadaan/kehidupan di Dunia Baru dan Asia penguasaan Sepanyol di Amerika Tengah
dan Selatan
Sepanyol menakluk Mexico dengan
menundukkan tamadun Aztec dan Sepanyol menakluk Peru dengan menghapuskan
tamadun Inca
Penghijrahan beramai-ramai orang
Sepanyol ke Amerika Latin mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut
Sepanyol mendapatkan emas dan
perak dari Amerika Latin /Dunia Baru dan
Dunia Baru menjadi tempat menyebarkan agama Kristian
Pemodal Sepanyol mengeksploitasi
buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang
Ikhtibar
Kejayaan Eropah
Ikhtibar kejayaan masyarakat
Eropah ialah mempunyai semangat inkuiri iaitu semangat ingin tahu yang membawa
kejayaan kepada mereka
Orang eropah juga mempunyai
kepakaran dan teknologi dalam usaha mereka untuk menjajah dunia.
Untuk mengelakkan penjajahan
rakyat negara kita haruslah menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi untuk bersaing dengan negara luar
Rakyat negara kita juga haruslah
berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan sanggup meneroka pelbagai bidang demi
kemajuan negara