Sunday, December 28, 2008

Buku Rujukan Sejarah Esensi Keluaran Longman


Dapatkan buku terbaru tulisan cikgusejarah di pasaran sekarang. Buku ni mengikut fakta yang terdapat di dalam buku teks. Mengandungi lebih 1000 soalan objektif dan banyak soalan latihan esei. Skema jawapan juga di sediakan. Buku ni boleh membantu anda mendapat SCoRE 1A dalam Subjek Sejarah SPM. Ia mencetuskan perasaan ingin tahun dan merangsang minda anda. Jgn biarkan guru yg berfikiran jumud dan ketinggalan zaman menguasai minda anda... Untuk berjaya dengan cemerlang gunakan Buku Teks dan Buku Rujukan sebagai membantu memudahkan pembelajaran anda...Buku ni dihasilkan dengan ayat yg mudah dan tidak menggunakan ayat-ayat yg berbelit-belit. Setiap tajuk yg penting dan boleh dijadikan soalan peperiksaan, cikgu sejarah meletakkan tajuk. mana-mana fakta yg penting...Penulis boldkan perkataan tersebut.
Jadikan pembelajaran Sejarah sebagai suatu subjek yang menyeronokan dan bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Dalam dunia yang serba canggih ni..cambahkan minda anda dengan meneroka semua cabang maklumat dan tidak hanya bergantung kpd buku teks semata-mata. CikguSejarah ( Penulis ) 12 tahun pengalaman sejarah tidak pernah gunakan buku teks dalam pengajarannya sebaliknya menggunakan buku Rujukan Esensi..Setiap tahun Ramai pelajar yang dapat 1A. Dapatkan segera di pasaran.
Jadikan Sejarah Hidup...jangan biarkan Kaku

Friday, December 26, 2008

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2
Tema: Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British
Untuk Menjajah
Bab: Penapakan dan peluasan pengaruh British
Bidang Pembelajaran: Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Hasil Pembelajaran:

1Menceritakan tentang masalah di Kedah dan Johor yang membawa campur tangan British ( Aras 1 )

2Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang,
Seberang Prai, Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
3Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang, Seberang Prai,
Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
4Menyatakan syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 1 masa
Persediaan:
(1)Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 3 - 6) di rumah
(2)Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 2
(3)Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
( 5 )Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Strategi/PeSumber Rujukan
( 1) Set Induksi
Guru mempamerkan bendera negeri pulau pinang dan menanyakan pelajar Bendera negeri manakah yang di pemerkan tersebut
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut iaitu Pertapakan Syarikat Hindia timur Inggeris Di Pulau Pinang
•Buku teks sejarah Tg. 2 hlm 4
•ibrary.kkdn.gov.my
(1)Pengenalan
Guru menerangkan kepada pelajar tentang kedudukan pulau pinang yang strategik menyebabkan Negara kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia
Guru juga menerangkan kepada pelajar tentang pergolakkan politik yang beralaku di Kedah telah menyebabkan British menjajah Pulau Pinang.
•Buku Teks Sejarah Tg., hlm. 3
•Longman Esensi Sejarah PMR, hlm.
(2)Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Guru bersoaljawab dengan pelajar tentang kedudukan Pulau Pinang yang strategik telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris
Guru mengarahkan pelajar merujuk peta laluan perdagangan dari India ke China di halaman 4 Buku Teks sejarah Ting 2

-Guru meminta beberapa orang pelajar menyenaraikan peranan yang dimainkan oleh Pulau Pinang berdasarkan kedudukan yang strategik di papan tulis
-Guru mengedarkan carta grafik yang telah disediakan berkaitan dengan faktor-Faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang
-Guru meminta pelajar mengisi grafik tersebut dengan merujuk tajuk Faktor perluasan Kuasa British ke Pulau pinang di halaman 5 dan 6
-Guru mengarahkan pelajar menampal grafikk tersebut di dalam buku nota pelajar
-Guru menerangkan kembali Tajuk Faktor Perluasan Kuasa British ke Pulau Pinang Kajian Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. :
•Praktis A: Soalan 1 dan 6
•Praktis B: Soalan 1 – 5 (
•Praktis C: Soalan

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5 - Tema 10 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5
Tema: Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab: Ba 1 : Kemunculan dan perkemban
gan nasionalisme di
Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran: Imperialisme Bara
t di AsiaTenggara
i. Imperialis Barat
ii. Faktor imperialisme - Penguasaan ekonomi dan politik

Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)Menyatakan takrif imperialisme( aras1 )
(2)Menyenaraikan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara ( Aras 1 )
(3)Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialisme ( aras 1 )
(4)Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara
( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 5 - 7) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah SPM
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta Negara-negara Eropah
( 5 ) Peta Imperialisme di Asia Tenggara
( 6 ) Carta minda faktor Imperialisme di Asia Tenggara

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
•Guru mempamerkan peta Negara-negara Eropah dan meminta pelajar menyebut nama-nama Negara tersebut
•Guru mengaitkan jawapan pelajar terhadap Negara Eropah yang menjalankan dasar imperialism
•Buku teks sejarah Tg.5 hlm 3 – 7
•Internet : http://www.explorecrete.com/crete-maps/crete-maps.html
(1)Pengenalan
•Guru menerangkan kepada pelajar tentang maksud imperialism
•Guru menjelaskan kepada pelajar dasar imperislisme Barat telah bermula sejak abad ke 15 lagi
•Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 3 - 7
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2)Imperialisme Barat di AsiaTenggara
•Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan
•Setiap kumpulan membincangkan satu faktor imperialism Barat di Asia Tenggara

-Kumpulan 1 : Membincangkan kekayaan bahan mentah
-Kumpulan 2 : Sistem pengangkutan
-Kumpulan 3 : Persaingan Kuasa-Kuasa barat
-Kumpulan 4 : Beban Orang putih
-Revolusi Perindustrian

•Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing
•Guru membuat rumusan dan kesimpulan
•Guru mengedarkan carta minda yang berkaitan faktor imperialism di Asia Tenggara dan meminta pelajar mengisi ruangan yang disediakan
•Guru mengesarkan peta kuasa imperielisme dan meminta pelajar menanda Negara yang dijajah mengikut Negara imperielisme.
•Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
•OHT/slaid persembahan
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
Perbincangan kumpulan : Faktor yang membaw a imperialisme Barat ke Asia Tenggara



Carta Minda : Faktor Imperielisme
Melabel peta : Lokasi penguasaan kuasa-kuasa imperialis barat di Asia Tenggara


(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. )
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. )
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. )

Ramcangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 - Tema 7 Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4
Tema: Tema 7 : Tamadun Awal manusia
Bab: Bab 1 : Tamadun Awal Dunia

Bidang Pembelajaran: Proses pembentukan tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1) Menerangkan konsep tamadun ( Aras 1 )
(2) Menyatakan ciri-ciri tamadun ( Aras 1 )
(3) Menyatakan sumbangan tamadun ( Aras 1 )
(4) Membandingkan sumbangan tamadun manusia di Sumeria, Mesir, Indus dan Hw ang Ho ( Aras 2 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan:
(1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 2 - 34) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
• Longman Esensi Sejarah SPM
• Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Sediakan lakaran peta kedudukan tamadun utama di dunia untuk diedarkan kepada Pelajar
( 5 ) Sediakan grafik Ciri-ciri utama Tamadun Awal manusia

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
Guru menayangkan gambar Piramid dan tembok besar China dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut.
• Buku teks sejarah Tg. 4 hlm 2
(1) Pengenalan
• Guru mengarahkan pelajar merujuk peta lokasi tamadun awal dunia di halaman 9
• Guru menerangkan proses pembentukan tamadun awal manusia yang terletak di Lembah Sungai dan mengaitkannya dengan kemunculan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
• Guru menerangkan maksud Tamadun mengikut konsep Barat dan Islam
• Guru meminta pelajar menandakan lokasi tamadun awal di atas peta yang telah disediakan oleh guru.
• Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. 4 -
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2) Proses Pembentukan Tamadun Sumeria, Mesir, Hwang Ho dan Indus
• Guru membentuk 4 kumpulan, setiap kumpulan membincangkan sebuah tamadun.
• Guru meminta setiap kumpulan membincangkan proses pembentukan tamadun, ciri-ciri dan sumbangan tamadun di atas.
• Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing mengikut grafik yang telah disediakan oleh guru.
• Guru merumuskan perbincangan pelajar dan sebagai penutupnya guru mengarahkan pelajar menyiapkan latihan yang terdapat di dalam buku latihan.
• Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
• OHT/slaid persembahan
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
• Cadangan Kumpulan
- Kumpulan 1 : Tamadun Sumeria
- Kumpulan 2 : Tamadun Mesir
- Kumpulan 3 : Tamadun Hwang Ho
- Kumpulan 4 : Tamadun Indus


(3) Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. 54 – 57)
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. 58)
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. 62)

Wednesday, December 17, 2008

Download Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah

Cuti sekolah masih ada lagi 2 minggu, Pasti Warga pendidik akan mula membuka internet dan mencari Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan, Cikgusejarah akan membantu warga pendidik semua terutamanya menyediakan Huraian sukatan Pelajaran Sejarah:

Download Di sini : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 2
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 3
Download Di sini: HSP Sejarah Ting 5
Download Di sini : Sambungan HSP Sejrah ting 5
Download Di sini : HSP Sejarah Ting 4
Download Di sini : Sambungan HSP Sejarah Ting 4

Monday, December 15, 2008

Wang Ayam jantan Kedah

(During the period of Sultan's government of Muhammad Jiwa (1710-1773) Money had the shape of the animal that was made than tin was introduced in Kedah). Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ( 1710-1773 ) Duit berbentuk binatang yang diperbuat daripada timah telah diperkenalkan di Kedah. Ia berbentuk ayam jantan sabung yang bertenggek atas beberapa bulatan dibawahnya. Ayam jantan sabung tersebut diketahui bernilai lima sen dolar sepanyol, manakala bulatan dibawahnya menambahkan nilainya sebanyak satu sen bagi setiap satu. Duit timah ayam jantan ini masih berada dalam edaran selewat-lewatnya pada tahun 1850an; ketika itu nilai setiap bulatan adalah bersamaan 10 keping token saudagar Singapura yang bernilai Satu Keping.
Ayam jantan dalam kebudayaan Melayu melambangkan kekuatan, dan Sabung ayam merupakan permainan kesukaan di masa lapang di kalangan masyarakat Melayu dan juga istana. Mungkin duit timah ayam jantan ini diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa untuk melambangkan kekuatan orang Kedah. Duit Timah ayam Jantan yang bertenggek di atas bulatan adalah khusus untuk rakyat Kedah...Sumber : Bank Negara malaysia

Sunday, December 14, 2008

Pentingnya Menghayati Sejarah (The importance experienced the history fully )

Sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan, Sejarah sesebuah negara akar tunjang sesuatu bangsa, ia sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini. Era tahun 19 80an...sewaktu aku bersekolah dulu subjek sejarah tidak penting, aliran Sains ( Kelas pandai ) tak ambil sejarah, sebaliknya ambil subjek geografi...maka lahirlah mereka yang terpelajar yang menjadi cerdik pandai dan menyertai politik tanahair...tetapi tidak pernah belajar sejarah semasa bersekolah...jadi mereka tak akan faham dengan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Jika mereka belajar sejarah..sudah semestinya mereka tidak akan mempertikaian kedudukan hak istimewa orang melayu..padahal dalam Pakatan Murni antara Orang Melayu( dato Onn jaafar ) dan Cina ( Dr. tan Cheng Lock ) telah termaktub bahawa orang Melayu memberikan hak kerakyatan yang mudah kepada orang Cina dan Orang Cina mesti mengakui hak keistimewaan orang Melayu. Rujuk kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Friday, December 12, 2008

Map of Sabak Beach - My village





My Village, Ini kampung ku Kampung Pantai Sabak...Tidak seperti dahulu lagi...Aku rindu Kampung Halaman ku seperti dulu.....Gambar ni semuanya gambar terbaru...gambar kecil nelayan di tepi pantai tu gambar kg pantai sabak yang lama...Suasana yg macam tu lah yg aku rindukan...

Kisah-Kisah zaman Jepun - The jappanes attack in Sabak Beach, Kota Bharu.

(The Jepan story of the time attacked the sabak Beach during the period of the Second World War )
Semasa aku kecil dahulu...masa tu aku masih disekolah rendah...Atuk ku sering bercerita tentang pengalamannya berada di zaman Jepun. Atuk aku cerita...Dia pernah kena penampar Jepun...Pernah dipaksa minum air sabun setengah baldi kerana tak pandai panjat kelapa dan macam-macam lagi pengalaman menakutkan semasa berada di bawah pemerintahan Jepun...pendek kata tak keluar rumah...kerana takut bertembung dengan tentera jepun. Dalam cerita-cerita sedih ada juga cerita lucu yang diceritakan oleh datuk ku...Cerita lucu ni aku tak pernah lupakan...dan membuat ingatanku terhadap atuk ku sering menjelma. Atuk ku kata Semasa serangan Jepun yang pertama di pantai sabak..Tentera Jepun menggunakan kapal untuk menyerang di bahagian pantai...masa tu tentera yang mengawal di Pantai sabak kebanyakkannya tentera upahan ( askar india berketurunan Sikh ) Tentera British dah tak ada masa tu sebab semuanya pergi ke Selatan tanahair. Tentera Sikh di Pantai Sabak masa tu taklah ramai sangat...Atuk cakap pasti kalau jepun mendarat mesti sekejap je Pantai Sabak akan ditakluki oleh Jepun, tetapi kerana tipu helah yang dibuat oleh askar Sikh menyebabkan Armada Jepun tu berpatah balik dan tak menyerang Pantai sabak melalui kapal.tapi sebaliknya tentera yang melalui sempadan Burma dan Thai masuk ke pantai Sabak dengan menggunakan Basikal. Kalian nak tahu apa tipu helah Jepun tu..Atuk aku kata...pada hari Serangan tu..Semua tentera Sikh berbaris di tepi pantai Sabak dengan keadaan Bogel dan menonggeng punggung ke arah laut...punggungnya pula di cat merah, Seolah-olah nampak macam meriam disepanjang Pantai sabak. Mungkin disebabkan inilah armada kapal Jepun tu berpatah balik..dan tak berani mendarat di Pantai sabak.
Itulah kisah lucu bagi aku yang pernah diceritakan oleh atuk kepada aku...tapi semua tu dah tinggal kenangan..Atuk ku dah lama meninggal dunia..Alfatihah untuknya semuga rohnya dicucuri rahmat.

Thursday, December 11, 2008

Sejarah Perjuangan Tuk janggut di Kelantan

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba , Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontingen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.




Tuk janggut Perjuangan Mu sungguh bermakna sekali...Kecekalan dan ketabahan Mu menentang penjajah tanpa mengharap apa-apa balasan, walaupun dianggap penderhaka...kerana terpengaruh dengan penjajah...kau tetap sebagai Wira negara yang patuh dicontohi oleh rakyat Malaysia..khasnya Kelantan pada masa kini....Ayuh bangkitlah wahai bangsa ku...jangan bazirkan masa dengan pekara yg tak mendatangkan faedah... Contohilah semangat Perjuangan Tok janggut. ( Haji mat Hasan Bin Munas )

Gambar terbaru Kubu yg mempertahahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun

Ini gambar terbaru yang aku gi ambil hari ni....dah berubah sikit...Dulu terbiar tapi sekarang dah terjaga, baguslah tu aku suka tengok keadaan tu...harap kubu tu akan terus terjaga untuk tatapan warga masa depan...tahu susah payah semasa zaman pemerintahan jepun.



Sunday, December 7, 2008

Kampung pantai Sabak - Permulaan Perang Dunia Kedua

Kg Pantai Sabak kampung Ku menjadi Lokasi pertama serangan Jepun di dalam Penglibatannya dalam perang Dunia Kedua, Sejarah merekodkan bahawa pearl Habour di Serang dahulu..tapi sebenar serangan di pantai sabak lebih awal sampai daripada serangan di Peral Habour. Terdapat banyak kesan peninggalan askar British di tanah Melayu...antaranya ialah Kubu yg digunakan untuk mempertahankan serangan jepun, tapi selepas Kampung pantai sabak dilanda hakisan..Kubu tersebut telah hilang ke dalam laut...menjadi tempat pembiakan ikan. Yg masih ada untuk dilihat di pengkalan chepa berhampiran dengan pasar pengkalan Chepa...Sesiapa yg ada gambar lama tentang kubu jepun tersebut bolehlah kirimkan kepada aku...Bolehlah kita sama-sama kongsi...kalau simpan pun buat apa...Gambar yg aku dapat ni pun aku ambil daripada internet di laman : raykinzoku.fotopages.com. Thanks kepada raykinzoku kerana gambarnya...dapatlah aku ingat kenangan ku masa sdkolah-sekolah dulu...dapat ingat tentang serangan Jepun di Kg pantai sabak.


Kampung Pantai Sabak- Kg kelahiran Ku

Aku dilahirkan di kampung Pantai Sabak...Beginilah keadaan kampung pantai Sabak sekarang...Tak ada lagi pantai yg memutih...hanya ada batu-batu besar yang putih..Aku rindu kepada Kampung ku seperti mana dahulu. Dulu masa aku sekolah, pantai memang cantik..Sering dikunjungi ramai...tak kira pengunjung nak bercuti ataupun untuk membeli ikan, Pelancong asing juga selalu singgah di kedai kepunyaan Ayah ku Kedai Kopi Talib...Tapi semua tu sudah tinggal kenangan..Ayahku pun dah meninggal dunia, Ibuku juga sudah tidak menjalankan perniagaan seperti dahulu lagi...Sekarang ni mengasuh cucu pulak. Tanah kepunyaan Ayah ku juga sudah jauh ke dalam laut. Rumah ayah ku sudah tiga kali terkena hakisan ombak. Ombak laut sudah menjadi teman dan gurauan aku masa dulu.....Sekarang anak-anak ku tidak dapat lagi untuk melihat keindahan pantai sabak, tidak dapat lagi untuk mencari remis di tepi pantai, mandi manda di lagoon pantai, menjala ikan ditepi pantai...dan juga mengalang ketam bunga di laut. Itu kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan. Sekarang aku balik semua ke kampung halaman ku...tapi tidak lagi membina rumah di tepi pantai,....



Wednesday, December 3, 2008

Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu

1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.
5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
6. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
7. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.
8. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu

Kedatangan Buruh Cina
1. Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
2. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
1. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.
2. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
3. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
4. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
5. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.
6. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka.
7. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
8. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
9. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.
10. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
11. Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.
12. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

Sistem Pengambilan Kakitangan

1. Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.
2. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
1. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2. Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
3. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow )

1. Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.
2. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
3. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
4. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
5. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.
6. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Tuesday, December 2, 2008

Pakatan Murni di Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.Satu Isu yang hangat ialah kerakyatan Jus soli yang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana ia memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum dan dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
6.Raja Melayu akhirnya telah menerima kerakyatan Jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
7.Suruhanjaya itu juga telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak iaitu daripada Raja-Raja Melayu, Orang perseorangan dan pertubuhan parti politik..
8.Perhatian yang lebih telah diberikan kepada cadangan Parti Perikatan kerana mereka telah bertindak sebagai Parti Kerajaan yang telah memenangi Pilihanraya 1955.
9.Cadangan-Cadangan dalam Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 dan telah diterima oleh kerajaan British pada Mei 1957.
10.Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkannya pada 17 Ogos 1957.
11.Hasilnya lahirlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
12.Pakatan Murni yang ditunjukkan antara kaum memperlihatkan satu tolakansur yang telah terbina hasil daripada kerjasama dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
13.Pekara-pekara lain yang dipersetujui dalam Pakatan Murni itu ialah agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Pakatan Murni di Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

1.Pada bulan Mac 1956 sebuah Suruhanjaya telah dibentuk untuk merangka perlembagaan baru di Tanah Melayu.
2.Suruhanjaya tersebut diberi nama Suruhanjaya Reid, ia diketua oleh :
a.Lord Reid ( Hakim British ) – ketua/Pengerusi
b.Sir Ivor Jenning ( England ) – ahli
c.Sir William McKell ( Australia ) –ahli
d.Tuan B.Malik ( Hakim mahkamah Tinggi India ) –ahli
e.Tuan Abdul Hamid ( Pakistan ) -ahli

3.Suruhanjaya tersebut adalah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
4.Dalam Suruhanjaya tersebut terdapat beberapa pekara yang yang telah menjadi isu dan ditekankan iaitu :

a.Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
b.Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
c.Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak istimewa orang Melayu
d.Pewujudan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
e.Kerakyatan Jus soli

5.Satu Isu yang hangat ialah kerakyatan Jus soli yang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana ia memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum dan dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
6.Raja Melayu akhirnya telah menerima kerakyatan Jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
7.Suruhanjaya itu juga telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak iaitu daripada Raja-Raja Melayu, Orang perseorangan dan pertubuhan parti politik..

Thursday, November 20, 2008

Cara Pengiraan markah Sejarah SPM

Kertas Sejarah SPM dikira berdasarkan Markah Kertas 1 ( Objektif ) ditambah dengan markah Esei kemudia dibahagi dengan 140 and darab 100.

(Kertas 1 + Kertas 2)/140 X 100 =

Contoh : Objektif 30 + Kertas 2 70/140 X 100 = Dapat 71/100 ( Dapat 2A )

Thursday, November 13, 2008

Pembetulan jawapan Sejarah Kertas 1 objektif SPM 2008

Terima Kasih kepada pelajar yang memberi komen...terutamanya Komen dari khai...Kerana Membetulkan jawapan Soalan no. 20.

Ini Jawapan Kertas 1 Objektif

1: B 11: C 21: D 31: C
2: B 12: A 22: B 32: A
3: B 13: C 23: D 33: C
4: A 14: C 24: A 34: A
5; C 15: A 25: B 35: C
6: B 16: A 26: D 36: D
7: A 17: D 27: D 37: C
8: B 18: D 28: A 38: C
9: B 19: B 29: D 39: A
10:D 20: C 30: B 40: D

sTASTIK ; A: 10, B ; 10, C; 10, D; 10.

Pelajar yg mendapat betil 26 ke atas...Biasanya akan mendapat 1A dan 2A jika kertas dua juga mendapat markah 70 ke atas..

Tuesday, November 11, 2008

Ramalan Sejarah SPM berdasarkan analisis Kertas 1 objektif 2008

Berdasarkan analisis Soalan Objektif SPM 2008, Bebarapa bab tiada dalam soalan Kertas 1, ia boleh diberi perhatian kepada Soalan Kertas 2 Antaranya ialah :

1. Bab 1 : Tumpuan kepada Tam Mesir, Indus dan Hwang Ho Untuk Tema 1
2. bab 5 ; Piagam madinah dan pembukaan semula Kota makkah Untuk Tema 2
3. Bab 10 : Tumpuan kepada dasar British terhadap Pertanian dan undang-undang tanah: Tema 4
4 Bab 2 ( Ting 5 ) Tumpuan kepada Gerakan Islah Tema 5
5. bab : Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan tanah Melayu
6. lambang-lambang Negara
7. Perang Dunia Pertama, Komanwell, Nam - Atau semua tajuk Pertubuhan Dunia

Monday, November 10, 2008

Selamat Menghadapi SPM 2008

Esok 11/11/2008 Peperiksaam SPM Sejarah Kertas 1


Cikgu Ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Tersebut...Cikgu Doakan Semua Pelajar Saya di SMK. Manek Urai, Pelajar sekolah yang Cikgu memberi Ceramah teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM, SMK. Dato Perdana, SMK. Temangan, SMK. Pahi, SMK. Hamzah, Machang dan Pelajar yang melayari Blog Ini. Semuga Semuanya Dapat Menjawab Soalan Sejarah dengan tenang dan menjawab soalan tersebut dengan Sempurna.......

Tip-Tip Terakhir Sejarah SPM 2008

Ramai yang menghubungi cikgu untuk menanyakan tip-tip terakhir untuk menghadapi Peperiksaan SPM Sejarah 2008
Memandang peperiksaan adalah 11/11/2008 iaitu esok...pelajar seharusnya sudah menguasai dan mengingati fakta-fakta penting Sejarah ting 4 dan ting 5

Biasanya soalan peperiksaan Sejarah SPM di soal mengikut tema yang terdapat di dalam huraian Sukatan Pelajaran, pelajar seharusnya menumpukan pada setiap tema

Tema 1 : Bab 1, 2 dan 3 - Wajib 1 soalan keluar SPM
Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho
Monumen latar belakang pembentukan tamadun India
Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
Sistem perundangan tamadun India
Tema 2 : bab 4 bab 5 bab 6 bab7 dan bab 8 : Wajib 1 Soalan keluar
Zaman Jahiliah, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan Semula Kota Makkah
Teori Kedatangan agama Islam, Undang-Undang Melaka, Adat Temenggung dan Perpatih, Gaya hidup Rakyat dan amalan mulia masyarakat Melayu, Faktor Perkembangan Melaka dan system cukainya.
Tema 3 : Bab 9 dan 10 - Satu Soalan kluar SPM
Zaman Gelap, Renaissance dan Reformation
Dasar British terhadap Pertanian, Undang-Undang Tanah, Akta Tanah
Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.
Tema 4 : Bab 1 dan bab 2 Ting 5- satu Soalan wajib keluar SPM
Gerakan Islah, PASPAM, Penentangan di Perak dan Kelantan
Tema 5 : Bab 3 - bab 8 - Wajib 1 Soalan keluar
Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Lambang-lambang Negara, dasar Pendidikan Kebangsaan
Tema akhir Bab 9 Tingkatan 5 : Bab ni memang wajib utk soalan SPm...Setiap tahun ia keluar dalam spm kerana tiada pilihan bab...Beri Perhatian tajuk PRG Dunia Pertama dan Pertubuhan Dunia...

Tip kertas 1 :
1. latih tubi Soalan kertas model ojktif
2. Dapatkan score 30 ke atas
3. jgn tinggal semua bab.

Tajuk Popular Sejarah SPM 2008

Terangkan sistem perundangan dalam tamadun India?
- Kitab tertua Dhrma sastra
- memastikan perjalanan kerajaan
- Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang
- Segala kesalahan dikenakan denda
- Hukuman bergantung kepada kesalahan
- Brahmin dominan dalam bidang undang-undang
- Mereka mahir hukum hakam agama
- Undang-undang Maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja
- Titah perintah diukir pada tiang batu
- didirikan ditepi jalan
- supaya undang-undang dibaca oleh rakyat
- Tiang batu dikenali sebagai Tiang asoka
- Pemerintahan yg adil
- Asoka berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat

Tajuk Popular Sejarah SPM 2008

Mengapakah zaman Asoka dianggap sebagai zaman kegemilangan maurya?
- Menamatkan perang saudara\
- Menakluki negeri Kalinga
- Memiliki penduduk yang ramai
- Menekankan kedamaian
- Menekankan kemajuan sosial
- Meluaskan empayar melalui agama Buddha
- Meninggalkan penaklukan melalui ketenteraan
- Maharaja berkuasa mutlak
- Birokrasi pentadbiran

Tajuk-Tajuk Popular 2008

Terangkan latar belakang pembentukan tamadun India/

- Bermula dilembah bujang dengan kedatang orang aryan
- membawa budaya baru
- Dikenali sebagai zaman vedik
- sempena kelahiran Kitab veda
- permulaan kehidupan beragama
- lahirnya agama Hindu
- Beralih ke lembah ganges
- pemerintah daripada golongan raja
- Kerajaan Kecil
- Kerajaan Besar
- Pemerintahan Maurya kerajaan kecil disatukan
- Zaman kegemilangan semasa Asoka

Sunday, November 9, 2008

Ramalan Sejarah Terkini SPM 2008

Tema 1 : Bab 1, 2 dan 3 - Wajib 1 soalan keluar SPM
Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho
Monumen latar belakang pembentukan tamadun India
Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
Sistem perundangan tamadun India
Tema 2 : bab 4 bab 5 bab 6 bab7 dan bab 8 : Wajib 1 Soalan keluar
Zaman Jahiliah, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan Semula Kota Makkah
Teori Kedatangan agama Islam, Undang-Undang Melaka, Adat Temenggung dan Perpatih, Gaya hidup Rakyat dan amalan mulia masyarakat Melayu, Faktor Perkembangan Melaka dan system cukainya.
Tema 3 : Bab 9 dan 10 - Satu Soalan kluar SPM
Zaman Gelap, Renaissance dan Reformation
Dasar British terhadap Pertanian, Undang-Undang Tanah, Akta Tanah
Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.
Tema 4 : Bab 1 dan bab 2 Ting 5- satu Soalan wajib keluar SPM
Gerakan Islah, PASPAM, Penentangan di Perak dan Kelantan
Tema 5 : Bab 3 - bab 8 - Wajib 1 Soalan keluar
Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Lambang-lambang Negara, dasar Pendidikan Kebangsaan
Tema akhir Bab 9 Tingkatan 5 : Bab ni memang wajib utk soalan SPm...Setiap tahun ia keluar dalam spm kerana tiada pilihan bab...Beri Perhatian tajuk PRG Dunia Pertama dan Pertubuhan Dunia...

Tajuk-tajuk Ini juga perlu di beri Perhatian

Beberapa tajuk terkini perlu juga diperlu perhatian oleh pelajar untuk menghadapi SPM 2008 :
1. latar belakang pembentukan tamadun India
2. Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
3. Sistem perundangan tamadun India
4. Piagam madinah
5. gaya hidup masyarakat Melayu
6. Faktor perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan terpenting
7. Sistem Cukai di Melaka
8. Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
9. Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
10. Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.

ini tajuk terbaru....tapi jangan abaikan tajuk-tajuk terdahulu...Untuk Cemerlang study semua soalan...Buat persedian dgn mengulangkaji semua bab penting...jangan mengharapkan soalan ramalan. Soalan ramalan dapat membantu jika kita dah bersedia..Terlalu bergantung kepada soalan ramalan akan menyebabkan kita kecewa...apabila melihat soalan sebenar nanti...Ia HNANYA RAMALAN SEMATA-MATA.....

Saturday, November 8, 2008

Ulangkaji Kertas 1 ( Soalan Objektif )

Sejarah Kertas 1 SPM tidak boleh diramal bab mana yang akan keluar. Semua bab ting 4 dan 5 adalah penting, setiap bab akan keluar dua atau tiga soalan. Pelajar tidak boleh memilih bab mana yang akan keluar. Untuk mengulangkaji Kertas 1 ni pelajar haruslah membuat latih tubi soalan dengan mencari faktanya menerusi Buku teks ataupun Buku Rujukan...Jgn mudah percaya dengan jawapan di belakang Buku, jika tak pasti pelajar boleh berbincang dengan guru sejarah masing-masing...

Friday, November 7, 2008

Peperiksaan Sejarah SPM Kertas 1 ( 2008 )

Peperiksaan Sejarah di mulakan dengan Kertas 1 Pada 11/11/2008 ( Selasa ) Untuk menjawab Soalan Kertas 1, Pelajar semestinya sudah bersedia dengan mengulangkaji semua bab ting 4 dan 5. Soalan Kertas 1 biasanya mengandungi 20 Soalan Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 20 Soalan sukatan Ting 5. Pelajar tidak boleh memilih bab mana yang perlu di baca dan bab mana yang tidak perlu di baca. Soalan biasanya di soal mengikut objektif pelajaran yang terdapat di dalam huraian Sukatan Pelajaran. Mengulangkaji latihan objektif secara berterusan dan perbincangan dengan guru akan meningkatkan lagi ingatan pelajar terhadap fakta sejarah...

Untuk Mendapat 1A dan 2A dalam Sejarah Pelajar seharusnya menguasai 28 betul ke atas, dan cemerlang di dalam Esei...Biasanya mengikut pengalaman Cikgu pelajar yang betul 30 ke atas pasti akan mendapat 1A atau 2A dalam Subjek Sejarah.

Thursday, November 6, 2008

Pecutan Akhir....

Tinggal Seminggu lagi peperiksaan SPM akan berlangsung...Beberapa tajuk perlu di beri perhatian untuk minggu-minggu akhir :

Kedudukan Firaun
Organisasi sosial Hwang Ho
Sumbangan Tamadun China
Perjanjian Hudaibiyah
Piagam madinah
Teori kedatangan agama Islam
Zaman jahiliah
Adat perpatih adat Temenggung
Nilai Murni Masyarakat Melayu
Melaka dan sistem percukaian
zaman gelap, Renaissance dan Reformation
dasar British terhadap Pertanian, Akta tanah Simpanan Melayu
Gerakan Islah
Pakatan Murni
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
lambang-lambang negara
Akta sistem pendidikan
lambang-lambang negara
Perang dunia Pertama
Pertubuhan Dunia
globalisasi

Sunday, November 2, 2008

Download Soalan Kertas 1 pilihan 1

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

Soalan aras 2 :
Huraikan …..
Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN
Terangkan …..
Ceritakan …..

Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN + CONTOH (jika ada

CONTOH Soalan :
Huraikan faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. [8 markah]


F1 - Pengenalan sistem politik Barat
H1a memusnahkan sistem politik Tempatan
F2 - Pembesar tempatan digantikan dengan pegawai Barat H2a menjatuhkan maruah orang Melayu
H2b mencabar amalan tradisi
F3 - Pengenalan sistem pendidikan
H3a melahirkan intelek Melayu H3b mereka menyedarkan bangsa H3c menggunakan idea menentang penjajahan
F4 - Wujudnya jurang sosial H4a Orang Melayu tinggal di kampung H4b Mereka kurang mendapat kemudahan
H4c Kemudahan hanya terdapat di bandar H4d Jurang taraf hidup antara bandar dengan luar bandar
F5 - Dasar ekonomi British H5a Menggalakkan kemasukan orang asing
H5b ramai imigran menetap di Tanah Melayu
H5c Bersaing dengan penduduk
H5d Mereka menguasai ekonomi dagangan

Contoh Penulisan esei

Faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua ialah Pengenalan Sistem politik Barat, Pengenalan tersebut telah memusnahkan sistem politik tempatan.
Pembesar-pembesar tempatan telah digantikan dengan pegawai-pegawai Barat.Keadaan ini telah menjatuhkan maruah orang Melayu dan mencabar amalan tradisi masyarakat Melayu.
Semangat nasionalisme di Tanah Melayu juga telah dibangkitkan oleh pengenalan sistem politik Barat, Peluang pendidikan tersebut telah melahirkan intelek Melayu dan seterusnya mereka menyedarkan masyarakat Melayu tentang penjajahan barat dan menggunakan idea tersebut untuk menentang penjajah.
Keadaan Jurang sosial penduduk Tanah Melayu juga telah membangkitkan semangat nasionalisme. Keadaan Orang Melayu yang tinggal dikampung tanpa kemudahan infrastruktur seperti di kawasan bandar telah menyebbkab jurang perbezaan semakin ketara.
Dasar ekonomi British yang telah menggalakkan kedatangan buruh asing telah menyebabkan ramai imigran datang menetap di Tanah Melayu. imigran ini telah bersaing dengan penduduk tempatan yang ketinggalan menyebabkan mereka menguasai ekonomi tempatan.

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

1. Soalan Aras 1 ;
Apakah …..
Mengapakah …..
Bagaimanakah …..
Sebutkan …..
Nyatakan …..
Jelaskan….

Persembahan isi memerlukan : FAKTA sahaja. Huraian / Contoh tidak diperlukan

CONTOH Soalan : Nyatakan kedudukan Firaun dalam organisasi sosial masyarakat Mesir Purba.
F1 - Raja 1M
F2 - Berkuasa mutlak 1m F3 - Menjadi raja secara warisan 1m
F4 - Dianggap suci 1m
F5 - Jelmaan Tuhan Horus 1m F6 - Dipercayai Anak Tuhan Matahari / Amon-Re 1m
F7 - Ketua Pendeta 1m
F8 - Ketua Hakim 1m
F9 - Ketua Pahlawan 1m F10 Pemilik tanah

Contoh penulisan Esei ;
Kedudukan Firaun di dalam Organisasi Mesir Purba adalah Sebagai Raja, Firaun juga mempunyai kuasa Mutlak.
jawatan Firaun adalah secara warisan daripada Firaun kepada anaknya.
Firaun juga dianggap suci, beliau adalah jelmaan tuhan Horus.
Firaun juga dipercayai sebagai Anak Tuhan Matahari atau Amon Re.
Kedudukan Firaun di dalam organisasi Mesir Purba juga adalah sebagai Ketua hakim
Firaun juga dianggap sebagai Ketua Pahlawan dan pemilik Tanah.

Thursday, October 30, 2008

Pecahan Soalan SPM mengikut Tema Huraian Sukatan Pelajaran

Peperiksaan SPM 2008 Semakin hampir...Semua pelajar pasti sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Pada minggu ni dan minggu hadapan pelajar perlu melakukan pecutan terakhir...pelajar harus pandai menganalisis bab atau tajuk, mana bab atau tajuk yang penting, Di sini Cikgu berikan panduan kepada pelajar untuk Memilih bab mana yang penting untuk di ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan SPM 2008.

Tema 1 : Bab 1, 2 dan 3 - Wajib 1 soalan keluar SPM
Tema 2 : bab 2, bab 3, bab 4 bab 5 bab 6 bab7 dan bab 8 : Wajib 1 Soalan keluar
Tema 3 : Bab 9 dan 10 - Satu Soalan kluar SPM
Tema 4 : Bab 1 dan bab 2 Ting 5- satu Soalan wajib keluar SPM
Tema 5 : Bab 3 - bab 8 - Wajib 1 Soalan keluar
Tema akhir Bab 9 Tingkatan 5 : Bab ni memang wajib utk soalan SPm...Setiap tahun ia keluar dalam spm kerana tiada pilihan bab...Beri Perhatian tajuk PRG Dunia Pertama dan Pertubuhan Dunia...

Sunday, October 26, 2008

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

9. (a) Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)


Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
Melindungi hak asasi manusia
Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota


(b) Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk
membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Menentang dasar aparteid.
Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
Menjadi ahli Bank Dunia.
Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan
Agung PBB.
Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik
Myanmar.
Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin

(c) Jelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing
Dan ini dapat membasmi kemiskinan di luar bandar
Dan dapat menyediakan peluang pekerjaan.
Malaysia telah menggunakan bantuan dari Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kerajaan menggunakan bantuan itu untuk membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

8 (a) Jelaskan kandungan Akta Pelajaran 1961 yang pernah menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan negara kita. [9 markah]



Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kebangsaan/ tanpa mengira keturunan/ agama
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan Rahman Talib
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan pebuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Semua syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961
Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan pada tahun 1965
Sistem ini bertujuan menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
Sistem ini menyediakan pelajaran pada peringkat rendah sehingga berumur 15 tahun
Sistem ini memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir/persediaan pasaran kerja
Kursus kemahiran pilihan yang diajar ialah perdagangan/ sains rumah tangga/seni perusahaan/ sains pertanian
Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

(b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [5 markah]

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971
Dasar digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk /mengekalkan identiti negara Malaysia
Menetapkan objektif untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
Menetapkan objektif untuk memupuk/memelihara keperibadian kebangsaan
Menetapkan tujuan dasar untuk memperkaya/ mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Menetapkan tiga Prinsip Utama
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting


(c) Bagaimanakah sukan boleh memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita?


Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
Sukan dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
Aktiviti sukan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) diadakan dua tahun sekali
SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum/ hubungan antara negeri
Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan di kalangan pemain, penonton dan penggiat sukan

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

7 (a) Dasar pentadbiran Barat menjadi pemangkin utama tercetusnya
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Jelaskan. [ 8 markah ]


F1 - rakyat tempatan tidak puas hati
F2 - rakyat tempatan tidak diberi peluang sewajarnya dalam-
pentadbiran moden
F3 - rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
F4 - rakyat tempatan ditindas bagi mencapai tujuan ekonomi
penjajah
F5 - penjajah wujudkan jurang sosial
F6 - penjajah anggap mereka berada dalam kelas tersendiri
F7 - penjajah hanya berdampingan sesama mereka
F8 - penjajah hanya bergaul dengan elit
tempatan/bangsawan/pegawai kerajaan berpendidikan
Barat
F9 - penjajah amalkan dasar keterbukaan terhadap kemasukan
imigran
F10 - imigran kuasai ekonomi
F11 - penjajah amalkan pilih kasih sediakan kemudahan
pendidikan
F12 - penjajah utamakan sekolah yang menggunakan bahasa
penjajah sebagai bahasa pengantar
F13 - penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat
rendah kepada rakyat tempatan
F14- penjajah beri pendidikan tersendiri/diasingkan kepada
Golongan elit/bangsawan/penduduk bandar
F15- pendidikan sekular/penjajah mengancam sekolah /
Pendidikan tempatan
F16- lepasan sekolah penjajah mudah dapat pekerjaan
Berbanding lepasan sekolah tempatan


(b) Tuliskan rencana tentang perjuangan Jose Rizal dalam gerakan
nasionalisme di Filipina.
[ 8 markah ]


F1- memimpin gerakan dakyah tahap pertama
F2- mempunyai pengaruh yang kuat
F3- disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat
F4- tuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F5- tuntut bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti
Bangsa Sepanyol
F6- tuntut bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
F7- tuntutannya kurang mendapat layanan/tindak balas penjajah
F8- beliau teruskan perjuangan dan membentuk Liga Filipina
1892
F9- desak Sepanyol melakukan pembaharuan
Politik / ekonomi / sosial
F10-menulis novel Noli Me Tangere/Jangan Sentuh Daku
F11-novel ini cetuskan / jadi inspirasi terhadap gerakan
nasionalisme


(c) Pada pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa penjajah
menangani gerakan nasionalis yang radikal?
[ 4 markah ]

F1- pemimpinnya ditangkap
F2- pemimpinnya dibuang negeri
F3- pemimpinnya dihukum bunuh
F4- pemimpinnya dipenjarakan
F5- parti radikal diharamkan

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

6. (a) Jelaskan perkembangan aktiviti perlombongan oleh orang Melayu
sebelum kurun ke-20. [ 6 markah ]


Aktiviti perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu
Perlombongan menjadi kegiatan ekonomi yang penting
Terdapat pelbagai hasil perlombongan di Tanah Melayu seperti emas/bijih timah/arang batu/bauksit/antimoni/ bijih besi
Tanah Melayu digelar Suvarnabhumi iaitu Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam
Bijih timah adalah hasil galian terpenting
Bijih timah mula didagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China/ Jepun/India sebelum kedatangan British
Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih timah untuk membuat gendang gangsa/alatan senjata/ alatan muzik seperti gong
Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu
Lombong bijih timah diusahakan oleh buruh tempatan
Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah ialah Long Jaafar/Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat di Selangor
Datuk Kelana Putera/Datuk Bandar/Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong(Negeri Sembilan)
Emas telah dilombong oleh masyarakat Melayu sebelum abad ke-20 lagi
Emas dilombong secara kecil-kecilan
Lombong emas terawal terdapat Kuala Selingsing, di Sungai Jelai, Pahang
Kaedah mendulang dan melampan digunakan untuk melombong emas
Maks.
Pembesar Melayu
Golongan pembesar Melayu memiliki lombong bijih timah sebelum abad ke-19
Pembesar Melayu tempatan mengawal/memantau sepenuhnya pengusaha dari China dalam sektor perlombongan pada peringkat awal kedatangan mereka
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan
Para pembesar Melayu memastikan hasil bijih timah yang dilombong, dijual semula kepada mereka

(b) Bagaimanakah pembesar Melayu dan pemodal dari Eropah berusaha
menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua? [8 markah]

Aktiviti perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu
Perlombongan menjadi kegiatan ekonomi yang penting
Terdapat pelbagai hasil perlombongan di Tanah Melayu seperti emas/bijih timah/arang batu/bauksit/antimoni/ bijih besi
Tanah Melayu digelar Suvarnabhumi iaitu Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam
Bijih timah adalah hasil galian terpenting
Bijih timah mula didagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China/ Jepun/India sebelum kedatangan British
Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih timah untuk membuat gendang gangsa/alatan senjata/ alatan muzik seperti gong
Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu
Lombong bijih timah diusahakan oleh buruh tempatan
Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah ialah Long Jaafar/Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat di Selangor
Datuk Kelana Putera/Datuk Bandar/Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong(Negeri Sembilan)
Emas telah dilombong oleh masyarakat Melayu sebelum abad ke-20 lagi
Emas dilombong secara kecil-kecilan
Lombong emas terawal terdapat Kuala Selingsing, di Sungai Jelai, Pahang
Kaedah mendulang dan melampan digunakan untuk melombong emas
Maks.
Pembesar Melayu
Golongan pembesar Melayu memiliki lombong bijih timah sebelum abad ke-19
Pembesar Melayu tempatan mengawal/memantau sepenuhnya pengusaha dari China dalam sektor perlombongan pada peringkat awal kedatangan mereka
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan
Para pembesar Melayu memastikan hasil bijih timah yang dilombong, dijual semula kepada mereka
Harga bijih timah akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri
Terdapat pembesar Melayu mengambil jalan mudah dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri-negeri Selat kerana kekurangan modal

Pemodal dari Eropah
Industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah pada awal abad ke-20
Pemodal dari Eropah berupaya bersaing dengan pemodal dari China kerana mampu menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek
Penggunaan kapal korek membolehkan aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran
Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal
Beberapa enakmen dan undang-undang telah digubal/ diluluskan oleh kerajaan kolonial
Penguasaan British terhadap pelabuhan utama mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat terutama di kawasan yang kaya dengan bijih timah
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan



Menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelancongan
Menubuhkan Muzium Perlombongan
Menyediakan kemudahan seperti pengangkutan jalan raya dan keretaapi yang melalui bandar itu
Menyediakan penginapan di bandar tersebut agar boleh dijadikan tempat persinggahan
Menyediakan sumber pendapatan baru bagi penduduk tempatan seperti kraftangan/industri kecil dan sederhana/ perkilangan
Menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan sekitarnya untuk pertanian komersial
Menubuhkan institusi pendidikan/kewangan/kemudahan kesihatan agar menjadi tempat tumpuan orang ramai
Mewujudkan petempatan baru di sekitar bandar itu
Menggalakan kemasukan pelabur asing
Mana-mana jawapan calon yang rasional dan munasabah


(c) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf bandar-bandar bekas perlombongan bijih timah di negara kita. [6 markah]

Menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelancongan
Menubuhkan Muzium Perlombongan
Menyediakan kemudahan seperti pengangkutan jalan raya dan keretaapi yang melalui bandar itu
Menyediakan penginapan di bandar tersebut agar boleh dijadikan tempat persinggahan
Menyediakan sumber pendapatan baru bagi penduduk tempatan seperti kraftangan/industri kecil dan sederhana/ perkilangan
Menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan sekitarnya untuk pertanian komersial
Menubuhkan institusi pendidikan/kewangan/kemudahan kesihatan agar menjadi tempat tumpuan orang ramai
Mewujudkan petempatan baru di sekitar bandar itu
Menggalakan kemasukan pelabur asing
Mana-mana jawapan calon yang rasional dan munasabah

Saturday, October 25, 2008

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Bahan sejarah

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Bahan sejarah

Bahan sejarah

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Download Soalan Kertas 1

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Download Soalan Kertas 1

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Download Soalan Kertas 1

Cikgu Sejarah: Zamri Talib: Download Soalan Kertas 1

Download Soalan Kertas 1

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

5 a) Huraikan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
[9 markah]

F1 Pendapat ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.
F2 Peniaga Arab mula mengunjungi Canton sebagai pusat perniagaan sejak abad ke
19 M.
F3 Peniaga Cina yang berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada
masyarakat Asia Tenggara
F4 Penemuan batu bersurat di Terengganu mengukuhkan dakwaan teori ini.
F5 Penemuan sepasang batu nisan
C5 di Pekan ,Pahang
F6 Terdapat unsur persamaan seni bina di China dengan seni bina pada masjid-
masjid di Nusantara
C6 seperti di Kelantan / Melaka / Pulau Jawa.
F7 Di Melaka, unsur seni bina yang terdapat pada bumbung masjid
H7 Mempunyai persamaan dengan bumbung rumah ibadat China
F8 Terdapat pengaruh China pada atap genting yang berwarna merah dan kuning
H8 pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.

b) Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.
[6 markah]

F1 Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje sejarawan Belanda.
F2 Beliau berpendapat hubungan perdagangan sudah lama wujud antara India
dengan Asia Tenggara
H2 membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
F3 Pelabuhan Gujerat merupakan pelabuhan penting
H3 yang berperanan sebagai pusat aktiviti perdagangan
F4 Terdapat batu marmar
H4 pada batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan batu nisan Malik al Salih
di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
F5 Budaya masyarakat di Asia Tenggara mempunyai unsur kebudayaan Hindu.

c) Mengapakah sejarawan berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang-pedagang. [5 markah]


F1 Penyebaran Islam dilakukan oleh pedagang-pedagang kerana berdakwah dituntut
dalam Islam
F2 pada peringkat awal pedagang menyebarkan Islam hanya di kawasan pelabuhan
sahaja.
F3 Dakwah disebarkan ke Asia Tenggara oleh pedagang yang sudah lama menjalin
hubungan dagang dengan pelabuhan utama
F4 Pedagang Islam menunjukkan sikap dan tingkah laku yang murni telah menjadi
ikutan penduduk setempat
F5 Perkampungan tempat pedagang Islam tinggal telah menjadi tempat
perbincangan agama Islam
F6 Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang Islam telah menarik
minat masyarakat tempatan di bandar-bandar pelabuhan
F7 pedagang ini mengamalkan sifat mahmudah semasa menyampaikan ajaran Islam.

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

Lambang-lambang negara merupakan simbol yang menjadi identiti sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

4 (a)Berikan dua lambang bagi negara kita.

-jata negara
-bendera kebangsaan/jalur gemilang
-lagu kebangsaan

(b)Nyatakan tiga kepentingan lambang-lambang negara.
-memupuk semangat rakyat mempertahankan kedaulatan negara/membangkitkan semangat perjuangan rakyat
-memupuk kesetiaan rakyat
-memupuk rasa cinta akan negara/jadi lebih patriotik
-mewujudkan perpaduan rakyat
-melahirkan rakyat yang sanggup berkorban demi negara
-lambang kemegahan rakyat/memupuk rasa bangga rakyat
-menanam rasa bersyukur
-mengukuhkan ketaatan kepada raja/pemerintah/negara

(c)Berikan maksud lambang-lambang berikut yang terdapat dalam lambang negara.
(i)Bulan sabit-bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi negara
(ii)Bintang berpecah empat belas-bermaksud Persekutuan Malaysia terdiri daripada
gabungan 14 buah negeri

(d)Sebagai generasi masa kini, bagaimanakah anda menghayati dan menghormati lambang-lambang negara Malaysia?
-memahami/mengamalkan/menghayati maksud lambang-lambang
negara
-sentiasa berbangga dengan lambang negara
-mengibarkan jalur gemilang dalam majlis rasmi
-mengibarkan jalur gemilang di rumah kediaman/bangunan
persendirian penuh semangn dsb.
-memelihara kedudukan jalur gemilang supaya tidak dihina
-menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat
-berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan/diperdengarkan

(Terima mana-mana jawapan munasabah)

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

Soalan :Campur tangan British secara langsung di Negeri-Negeri Melayu bermula pada tahun 1874 dengan pengenalan Sistem Residen di negeri Perak. Sistem ini telah mengakibatkan berlakunya penentangan oleh pembesar-pembesar tempatan di negeri ini.

3(a) Namakan dua orang tokoh yang terlibat menentang British.
Dato’ Maharaja Lela/ Pandak Limo
-Sultan Abdullah
-Sultan Ismail
-Ngah Ibrahim
-Syahbandar
-Laksamana
-Seputum
-Pandak Lam
-Dato’ Sagor
-Pandak Indut

(b) Nyatakan tiga sebab mereka melakukan penentangan tersebut.
-residen mungkir fungsinya sebagai penasihat
-pembesar menolak sistem cukai
-hak pembesar kutip cukai terhapus
-pembesar tolak pengusaan British di kawasan mereka
-British campur tangan dalam adat resam/hal ehwal tempatan
-Birch tidak hormat sistem sosial tempatan
-Birch tidak tahu berbahasa Melayu

(c) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh pembesar dan penduduk tempatan untuk menentang British.
-bantahan terbuka terhadap campur tangan British
-Dato’ Maharaja Lela membina kubu/bina kubu di Pasir Salak
-mesyuarat pembesar-pembesar di Durian Sebatang
-mesyuarat pembesar dan sultan di Belanja
-Dato’ Maharaja Lela bersetuju/ sanggup membunuh Birch
-penduduk tempatan membunuh orang suruhan British di Pasir Salak
-Birch dibunuh oleh pembesar atas arahan Dato’ Maharaja Lela

(d) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah nilai yang perlu dimiliki bagi menjamin kejayaan dalam sesebuah perjuangan?
-semangat yang tinggi
-sanggup berkorban
-saling bekerjasama/tolong menolong
-sentiasa berdisiplin
-gigih/cekal/tidak mudah putus asa
-berilmu pengetahuan
-kuasai teknologi
-mempunyai kemahiran
-mempunyai perancangan/strategi
-bijaksana
-berani
(Terima mana-mana jawapan munasabah)

Friday, October 24, 2008

Download Soalan Percubaan Johor 2008 - objektif

http://www.ziddu.com/download/2480893/SoalanSejarah12491.doc.html

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

2. (a) Apakah maksud zaman Jahiliah?
Berasal dari perkataan Arab “ jahala “ bermaksud jahil
Tidak mengetahui / tidak mempunyai ilmu pengetahuan

(b) Nyatakan dua sumber kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah
Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan
Sikap..mementingkan..keuntungan..dan..kekayaan semata-mata
Merompak dan merampas barangan
Mengeksploitasi..golongan..miskin.

(c) Berikan dua ciri sistem kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab
Jahiliah

Berasaskan cara hidup yang berpuak-puak dan berkelompok
Ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan
Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri
Ahli kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing
Kabilah diketuai oleh seseorang syeikh
Bakal syeikh mestilah disukai oleh kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai
Ketua / kabilah / syeikh mesti memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato

(d) Pada pendapat anda, apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Arab
Jahiliah suka berperang?

Peperangan antara kabilah
Berlaku Peperangan al-Basus
Peperangan berlaku antara Bani Taghib dengan Bani Bakar
Peperangan disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Taghib
Peperangan memakan masa selama 40 tahun

Soalan dan skema jawapan Soalan struktur Percubaan SPM Pahang

1 (a)Apakah maksud tamadun?

Soalan

1 (a)Butiran Markah
-Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
-Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
-Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
-Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
-Peradaban manusia

(b)Berikan tiga ciri masyarakat bertamadun

-Petempatan kekal
-Kehidupan berorganisasi
-Sistem pemerintahan
-Pengkhususan pekerjaan
-Agama dan kepercayaan
-Bahasa dan tulisan

(c)Namakan dua sungai yang penting dalam pembentukan tamadun
awal manusia.

-Sungai Euphrates
-Sungai Nil
-Sungai Indus
-Sungai Hwang Ho

d ) Pada pendapat anda,mengapakah masyarakat awal memilih lembah
sungai untuk membina petempatan kekal?

-Kesuburan tanah untuk tujuan pertanian
-Kemudahan bekalan air
-Kemudahan bekalan makanan
-Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Soalan Percubaan SPM Pahang- Esei 2008

5 a)Huraikan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
[9 markah]

b)Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India. [6 markah]

c)Mengapakah sejarawan berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang-pedagang. [5 markah]

6. (a)Jelaskan perkembangan aktiviti perlombongan oleh orang Melayu
sebelum kurun ke-20. [ 6 markah ]

(b)Bagaimanakah pembesar Melayu dan pemodal dari Eropah berusaha
menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua? [8 markah]

(c)Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf bandar-bandar bekas perlombongan bijih timah di negara [6 markah]

7(a(Dasar pentadbiran Barat menjadi pemangkin utama tercetusnya
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. [ 8 markah ]

(b)Tuliskan rencana tentang perjuangan Jose Rizal dalam gerakan
nasionalisme di Filipina.(8 markah ]

(c)Pada pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa penjajah
menangani gerakan nasionalis yang radikal? [ 4 markah ]

8(a)Jelaskan kandungan Akta Pelajaran 1961 yang pernah menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan negara kita. [9 markah]

(b)Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [5 markah]

(c)Bagaimanakah sukan boleh memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita? [6 markah]

9.(a)Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)

(b)Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

(c)Jelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wednesday, October 22, 2008

Soalan Esei Percubaan SPM Johor

BAHAGIAN B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.



5.Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan. Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. membawa kegemilangan kepada masyarakat Arab dan Agama Islam.

(a)Huraikan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
[8 markah]

(b)Nyatakan lapan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
[8 markah]

(c)Orang Arab Quraisy telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.
Jelaskan empat bukti yang menyokong pernyataan di atas.
[4 markah]

6. Penjajahan British di Tanah Melayu membawa kesan dalam aspek pembangunan fizikal dan sosial.

(a)Nyatakan enam kesan sosial akibat penggunaan buruh asing oleh British di Tanah Melayu.
[6 markah]

(b)Huraikan faktor-faktor perkembangan bandar-bandar baru awal abad ke-20 di Tanah Melayu
[6 markah]

(c)Terangkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19.
[8 markah]

7. Gerakan nasionalisme dalam kalangan pemimpin tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke negara kita.

(a)Jelaskan peristiwa penentangan terhadap British oleh tokoh-tokoh di bawah:

(i)Penghulu Dol Said di Naning [3 markah]

(ii)Rentap di Sarawak [3 markah]

(iii)Tok Janggut di Kelantan [3 markah]

(b)Terangkan bagaimanakah pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
[7 markah]

(c)Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah cara anda menanamkan semangat nasionalisme terhadap rakyat jelata?
[4 markah]

8Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting sebagai simbol persetujuan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

(a)Terangkan empat usaha Pakatan Murni ke arah kemerdekaan Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.
[8 markah]

(b) Nyatakan lapan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
[4 markah]

9(a)Terangkan lima faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.
[10 markah]

(b)Jelaskan enam kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.
[6 markah]

(c)Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah?

(i) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information
and Communication Technology (ICT) [2 markah]

(ii)K-masyarakat [2 markah]

Soalan struktur Percubaan SPM Johor 2008

Apakah matlamat Wawasan 2020?
-Menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju menjelang tahun 2020
-Menggunakan acuan sendiri / setanding dengan negara maju di dunia / berteraskan kemajuan bersepadu

Namakan dua dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
-Dasar Pembangunan Nasional
-Dasar Bahasa Kebangsaan
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
-Rukun Negara
-Dasar Sukan Untuk Perpaduan / Dasar Sukan Untuk Semua
Ma
Apakah langkah yang diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu demi menjamin perpaduan rakyat.
-Memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 -
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
-Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
-Pelancaran Minggu Bahasa
-Pelancaran Bulan Bahasa
-Pelancaran slogan ’ Bahasa Jiwa Bangsa’
-Penubuhan sekolah menengah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
-Akta Bahasa Kebangsaan 1967
-Menukar bahasa pengantar di sekolah Inggeris kepada bahasa
kebangsaan
-Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
-Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
-Bahasa Melayu digunakan di mahkamah
Maks
Nyatakan satu prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memperkukuh perpaduan?
-Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu menjadi tunjang
-Unsur kebudayaan lain yang wajar / sesuai boleh diterima
-Islam sebagai unsur yang terpenting

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda merealisasikan Wawasan 2020?
-Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.
-Mewujudkan hubungan yang sihat antara pelajar pelbagai kaum
-Mewujudkan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum
-Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang
merugikan.
-Menghayati hasrat pemimpin-pemimpin negara.
-Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal ke arah wawasan 2020.
-Berusaha mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020
-Menjadi pelajar yang berjiwa bebas / berperasaan tenteram / bersikap terbuka / yakin diri
-Menjadi pelajar yang berfikiran matang dan sedia menerima teguran
-Menjadi pelajar yang bermoral dan beretika
-Menjadi pelajar yang rasional / liberal / bertoleransi
-Menjadi pelajar yang menguasai bidang sains dan teknologi
-Menjadi pelajar yang berbudaya penyayang
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Soalan struktur Percubaan SPM Johor 2008

Gerakan Islah ialah

-Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam.

Namakan dua akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka?
-al-Imam
-Neracha
-Idaran Zaman
-Pengasuh

Berikan tiga tujuan perjuangan nasionalisme persatuan-persatuan Negeri.
-Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
-Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
-Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
-Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
-Memajukan diri dan bangsa Melayu
-Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
-Membincangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi / pendidikan /
perkhidmatan kerajaan
-Menjaga budaya dan maruah bangsa Melayu
-Menegakkan ajaran agama Islam
-Mendapatkan pembelaan politik bangsa Melayu
-Mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu

Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?
-Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
-Kesulitan perhubungan
-Taraf pendidikan yang rendah
-Kurang kesedaran penduduk
Maks
Apakah tindakan Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob untuk menentang British?
-Bekerjasama dengan Jepun
-Menjadikan KMM badan propaganda Jepun
-Membeli Warta Malaya sebagai alat propaganda anti-British
-Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan menentang British
-Menubuhkan cawangan KMM / Maahad Il Ihya Assyariff
-Menyediakan kader-kader / Tentera Semut untuk menentang British