Saturday, April 16, 2011

Laman Cikgu Sejarah - Cikgu Zamri Talib: Soalan Popular SPM 2011 - Tema 7

Laman Cikgu Sejarah - Cikgu Zamri Talib: Soalan Popular SPM 2011 - Tema 7

Soalan Popular SPM 2011 - Tema 7

Tema 7 mengandungi Bab 1, Bab 2 dan Bab 3

Soalan SPM 2009 - Keluar bab 3

Soalan SPM 2010 - Keluar Bab 1

Soalan SPM 2011 : ????????????


Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara

Dibawa oleh Ksyatria

Disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara

Dibawa oleh pedagang/vaisya

Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta

Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan

Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain

Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara

Mana-mana 4 x 1 m

Terangkan lima pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara

Mengamalkan sistem pemerintahan beraja

Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India

Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan

Raja berada di puncak pemerintahan

Di bawahnya terdapat kerabat diraja

Selepas itu pembesar iaitu Brahmin

Di ikuti dengan rakyat

Hamba golongan paling bawah

Raja berkuasa mutlak

Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan

Perintah raja menjadi undang-undang

Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan

Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah

Raja sebagai bayangan tuhan

Rakyat takut menderhaka

Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan

Dipercayai memiliki kesaktian

Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja

Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status

Wujud adat istiadat pertabalan raja

Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja

Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin

Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah

Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta

Bertujuan menjadi raja terulung

Mendirikan kompleks kota

Lambang konsep alam semesta / orde kosmos

Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha

Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat

Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati sbg ketua pentadbiran pusat

Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat

di Asia Tenggara ?

Untuk merekodkan ilmu pengetahuan

Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat

Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat

Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan

agama Buddha

Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang

Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang

Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di Lembah Bujang

bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama

bacaan mentera / upacara keagamaan

perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /
manusia / pahala / rupa / sengsara

bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal

pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas

pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha, Kunjarkarma

Penceritaan lisan dan wayang kulit

Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,Hikayat Seri Rama

Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen


Namakan dua bandar terancang tersebut

Harappa

Mohenjo-Daro

Nyatakan tiga ciri bandar terancang dalam tamadun Indus

Teratur dan sistematik

Terbahagi kepada dua iaitu bahagian pertama dan kedua

Bahagian pertama terrdiri daripada pusat keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian

Bahagian kedua terdiri daripada kawasan perumahan

Bandar dikelilingi oleh tembok

Bangunan disusun berasaskan blok segi empat

Setiap blok dipisahkan oleh jalanraya yang lurus

Bandar dihubungkan dengan sungai

Adanya sistem kumbahan

Apakah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Indus bagi membina bandar terancang

Matematik

Geometri

Kesenian

Teknologi pembakaran batu bata

Pembinaan

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Indus dapat membina bandar yang terancang

Memiliki kepakaran dari segi susun atur

Menguasai ilmu matematik, geometri dan kesenian

Mahir dalam seni bina

Mengambil unsur budaya tamadun lain

Menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan

Mengambil teknologi tamadun lain

Meningkatkan mutu bahan binaan batu bata melalui pembakaran

Menganjurkan kedamaian dam keamanan

Bagaimanakah amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi

dalam negara kita

Perlu cintakan ilmu pengetahuan

Semangat gigih dan rajin

Perlu pertukaran teknologi

Bersikap kreatif dan inovatif

Mengadakan hubungan diplomatik

Sedia menerima pengaruh luar dan menyesuaikan dengan tempatan

Menjalin hubungan perdagangan

( Mana-mana jawapan yang munasabah

Terangkan kemajuan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India

Perdagangan antara kawasan-kawasan di dalam wilayah India di Anga, Kalinga dan Karusa

Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara

Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia. Sri Lanka , rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara

Pelabuhan yang penting ialah Tamralipti, Ghantashala,Kadura,Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay

Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar seperti persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit

Matlamat persatuan untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja

Undang-undang digubal bagi mengawal persatuan

pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja

Matawang diguna sebagai medium jual beli

Semasa Zaman Gupta , bentuk mata wang emas digunakan

Telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik

Pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera

Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares.

Terdapat juga perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata

Cukai dikenakan terhadap hasil pertanian dan hasil buah-buahan

Cukai untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan raja

Perdagangan maritim India dengan Alam Melayu

Untuk mendapatkan rempah, bedak wangi , gading gajah dan besi

Tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China

Jelaskan pekembangan sistem pendidikan dalam tamadun India

Mementingkan pendidikan agama

Pendidikan berteraskan agama Hindu

Mempelajari kitab Veda

Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki sahaja

Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan

Menggunakan bahasa Sanskrit

Menggunakan kaedah hafalan

Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati

Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman

Sebelumnya di istana dan rumah

Lahir Universiti Agama Buddha iaitu Nalanda

Mempelajari karya saintifik dan falsafah

Pendidikan meningkatkan ilmu sains

Bertujuan menambahkan ilmu

Mengatasi buta huruf

Selain untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan ?

Meningkatkan ilmu pengetahuan

Menaikkan imej Negara

Melahirkan masyarakat yang berilmu

Memajukan Negara

Meningkatkan ekonomi Negara

Mana-mana jawapan yang munasabah


Barang Dagangan tamadun India

Senjata

Gading gajah

Emas

Berlian

mutiara

Senarai negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan

Macedonia

Sri Lanka

Asia Tengah

Asia Tenggara

China

Faktor perkembangan Ekonomi tamadun India pada abad ke-3 SM

Perdagangan dalaman di wilayah India

Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China

Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti

Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam.

Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit

Persatuan mengawal harga barangan

Persatuan mengawal kualiti barangan

Persatuan mengawal gaji pekerja

Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan

Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang

Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli

Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik

Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera

Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara.

Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan

Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka

Cara meningkatkan ekonomi negara

Bersikap inovatif

Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada

Mewujudkan sebuah negara aman

Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil

Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik

Menjadi pemerintah yang berwibawa

Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau

Mana-mana munasabah

Wednesday, April 13, 2011

Campurtangan Inggeris di Selangor

Campur Tangan British di Selangor 1874

Pengenalan

Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan 1870-an. Punca berlakunya kekacauan tersebut ialah kerana tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826. Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826 dan Sultan Samad yang manaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah. Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja. Dalam menjalankan pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat untuk kepentingan mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat mengambil tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh orang-orang Cina di Lukut pada tahun 1834. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873.

Perang Kelang 1867-1873

Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.

Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Walaupun dibayar sagu hati tahunan, Raja Mahdi tidak puas hati dan masih menuntut hak Kelang, lebih-lebih lagi selepas melibat kemajuan Kelang. Raja Mahdi mendakwa tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah bukan kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang, tetapi mengenang jasa Raja Abdullah menyelesaikan hutang Sultan Muhammad kepada seorang saudagar Cina.

Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah). Pada tahun 1868, Tengku Kudin dilantik sebagai wizurai atau wakil Sultan Selangor. Perlantikan Tengku Kudin telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor seperti Raja Musa (Kuala Selangor), Raja Hitam (Bernam), Raja Ali (Jeram) dan Raja Mahdi (Kelang).

Perkembangan Kelang bukan sahaja menyebabkan kedatangan orang-orang Cina, tetapi juga orang-orang Indonesia. Persaingan berlaku antara orang-orang Bugis dan orang-orang Mendeling. Pembunuhan seorang Mendeling oleh beberapa orang Bugis telah memperhebatkan lagi Perang Kelang. Apabila pemerintah Kelang (Raja Abdullah) yang berasal dari keturunan Bugis tidak mengambil tindakan ke atas orang-orang Bugis yang terlibat dalam pembunuhan menyebabkan orang-orang Mendeling menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Raja Abdullah. Dengan bantuan orang-orang Mendeling, pengikut-pengikutnya serta seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Tan Teck Chiang, Raja Mahdi telah menyerang dan menawan Kelang pada tahun 1867. Raja Abdullah dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Melaka. Beliau telah beberapa kali melancarkan serangan untuk menawan semula Kelang sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1870.

Pada tahun 1870, putera Raja Abdullah, iaitu Raja Ismail dengan bantuan Tengku Kudin dan seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Lim Teik Yee telah berjaya menawan semula Kelang dari Raja Mahdi. Raja Mahdi melarikan diri ke Kuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari Raja Musa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor. Keengganan Raja Mahdi telah menyebabkan Kuala Selangor dibedil oleh British lalu ditawan. Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan.

Kekacauan di Selangor semakin hebat akibat pergaduhan pelombong-pelombong Cina di Kanching, iaitu Kah Yeng Chew yang merupakan ahli kongsi Ghee Hin dengan pelombong-pelombong Cina di Kuala Lumpur, iaitu puak Fei Chew yang merupakan ahli kongsi Hai San. Kekacauan bertambah hebat kerana pelombong-pelombong Cina menyebelahi pembesar-pembesar yang bertentangan. Puak Kah Yeng Chew menyebelahi Raja Mahdi dan puak Fei Chew menyebelahi Tengku Kudin. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Pada tahun 1869, orang kanan Yap Ah Loy, iaitu Yap Ah Sze telah dibunuh di Kanching oleh puak Kah Yeng Chew di bawah Chong Chong. Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya menyerang puak Kah Yeng Chew di Kanching. Chong Chong dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Rawang dan menyebelahi Raja Mahdi kerana puak Fei Chew mendapat bantuan Tengku Kudin. Pada tahun 1872, Raja Mahdi kembali ke Selangor. Dengan bantuan tentera Johor dan puak Kah Yeng Chew, beliau berjaya menawan Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dengan mengalahkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Tengku Kudin kemudiannya mendapatkan bantuan Negeri-negeri Selat untuk menentang Raja Mahdi. Walau bagaimanapun, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry Ord enggan memberi bantuan kerana ketika itu British tidak mengamalkan dasar campur tangan. Tengku Kudin kemudiannya memohon bantuan dari Kedah dan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Dengan bantuan tentera Pahang, Kedah dan pengikut Yap Ah Loy, Tengku Kudin berjaya menawan semula Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dari Raja Mahdi. Kejayaan Tengku Kudin telah berjaya menamatkan kekacauan Selangor pada bulan Mac 1873.

Kegiatan lanun

Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Perak untuk bertindak di Selangor.

Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.

Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris.

Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.