Saturday, February 25, 2017
Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ? Soalan KBAT
Jika anda
seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu
perjuangan mencapai kejayaan ?
Jika saya seorang pemimpin, tindakan yang
diambil untuk memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ialah memastikan wujudnya kerjasama semua pemimpin tempatan dan bersatu dalam menentang penjajah.
Saya
juga akan memastikan sesuatu perjuangan dirancang
dengan rapi dari segi strategi ketenteraan, persenjataan dan ilmu pegetahuan
yang cukup.
Tindakan
seterusnya yang akan saya lakukan ialah memastikan wujudnya
perpaduan dikalangan penduduk tempatan disemua peringkat tanpa mengira
fahaman politik dan agama.
Tindakan seterusnya akan saya lakukan
jika saya seorang pemimpin ialah saya akan memastikan setiap penduduk menguasai teknologi dan ilmu
pengetahuan dalam semua bidang agar setiap perjuangn itu dalam
dijalankan dengan berkesan
Mengapakah penduduk tempatan Perak menentang kehadiran J.W.W Birch
|
Mengapakah penduduk
tempatan Perak menentang kehadiran J.W.W Birch [6 markah]
Penduduk tempatan Perak menentang
kehadiran J.W.W Birch
kerana
Residen British memungkiri fungsinya sebagai
penasihat British yg telah termaktub dalam
Perjanjian Pangkor.
Penduduk tempatan juga menentang J.W.W
birch kerana para pembesar menolak system cukai yang
diperkenalkan kerana ia menghapuskan hak pembesar
melayu.
Para
pembesar Melayu juga telah menolak J.W.W Birch yang cuba untuk menguasai kawasan mereka.
Para
pembesar Melayu juga menentang penjajahan British kerana menolak campurtangan mereka di dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
Sikap J.W.W Bircah yang tidak
menghormati system social tempatan dan tidak tahu berbahasa melayu
juga telah menyebabkan penduduk tempatan menentang British.
|
Friday, February 24, 2017
Faktor Penentangan Orang Melayu terhadap British
|
Kedatangan British ke
Malaysia telah menimbulkan gerakan penentangan sejak dari awal lagi.
|
|
|
Jelaskan Empat faktor yang menyebabkan orang Melayu
menentang pendudukan Inggeris di Tanah Melayu.
Faktor yang menyebabkan orang Melayu
menentang pendudukan Inggeris ialah Dasar Penaklukan British terhadap daerah Naning,
Pahang dan Kelantan.
Penaklukan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka bagi menguasai
ekonomi negeri negeri Melayu. Contohnya Naning telah
dipaksa membayar ufti kepada British.
Faktor yang kedua penentangan orang
Melayu terhadap Britih ialah Eksploitasi terhadap
ekonomi penduduk tempatan. Pekara ini dilakukan melalui perjanjian yang
dimeterai dengan penduduk tempatan
Faktor yang ketiga yang menyebabkan
penentangan Orang Melayu terhadap British ialah kerana British memaksakan system pentadbiran kepada penduduk
tempatan dengan memperkenalkan cukai dan
undang-undang Barat. Contohnya Di Terengganu Setiap tanah yang hendak
diusahakan mesti mendapat kebenaran British.
Faktor yang ke empat penentangan orang
Melayu terhadap British ialah campurtangan British
dalam adat resam tempatan. Dengan memksa
penduduk tempatan menerima nilai nilai Barat yang amat bertentangan
dengan budaya masyarakat tempatan
[8 markah]
|
|
Proses pembentukan Tamadun Hwang Ho
Jelaskan proses pembentukan Tamadun Hwang Ho
Proses pembentukan Tamadun Hwang Ho
bermula apabila terdapatnya sungai Hwang Ho yang subur dan
telah menarik minat penduduk awal untuk menetap
disekitarnya.
Wujudnya Tapak Banpo yang merupakan petempatan awal
penduduk di Hwang Ho.
Penduduk
Hwang Ho menjalankan aktiviti pertanian dan
penternakan yang menyebabkan berlakunya perkembangan petempatan yang membawa
kepada terbentuknya Bandar Anyang.
Bandar Anyang merupakan bandar yang terawal di Hwang Ho yang telah menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Mengapakah Sungai dipilih sebagai lokasi perkembangan tamadun
awal
|
Dunia?
Perkembangan Tamadun Awal dunia
bermula di Lembah Sungai kerana tanahnya yang subur untuk
kegiatan pertanian.
Sungai
juga membekalkan kemudahan kemudahan lain seperti bekalan
manakan dan minuman untuk kegunaan penduduk.
Sungai
juga telah memudahkan penduduk tamadun awal untuk
bergerak kerana Ia menjadi nadi system
perhubungan dan pengangkutan penduduk tamadun
awal.
Iklim
panas dan lembap sepanjang tahun di sekitar sungai telah menyebakkan kegiatan pertanian menjadi subur dan menampung
keperluan penduduk.
Wednesday, February 22, 2017
Tamadun Hwang Ho
Tamadun Hwang Ho
memberikan sumbangan yang besar kepada peradaban dunia.
Berikan penjelasan
anda. ( 8 Markah )
Tamadun Hwang Ho memberikan
sumbangan yang besar kepada eradaban dunia dengan memperkenalkan
sistem pengairan yang membolehkan kegiatan
pertanian dapat dijalankan dan hasil pertanian
dapat dipertingkatkan.
Tamadun
Hwang Ho juga telah menyumbang dalam kepada peradaban dunia dengan menyumbang alat pertanian daripada besi seperti Cangkul dan sabit yang memudahkan
aktviti pertanian dapat dijalankan.
Tamadun hwang Ho juga memberikan
sumbangan yang besar kepada peradaban dunia dengan memperkenalkan teknik penanaman batas yang dapat menyuburkan lagi hasil pertanian
Tamadun Hwang Ho juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada
peradaban dunia dengan memperkenalkan tulisan ideogram iaitu
tulisan yang berbentuk simol, tulisan tersebut
telah tersebar dan telah digunakan oleh negara jepun
dan korea.
Sumbangan yang besar kepada peradaban
dunia juga telah disumbangkan oleh Tamadun Hwang Ho dengan memperkenalkan falsafah Perang Sun Tzu melalui karyanya The Art Of War. Falsafah tersebu digunakan dalam urusan perniagaan di zaman kini.
Thursday, February 9, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)






































