Apakah maksud Negara Persekutuan ?
Penyatuan beberapa buah negeri
Mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Nyatakan dua bidang kuasa yang terdapat dalam senarai berikut :
Senarai Persekutuan
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
Pentadbiran dan keadilan
Kerakyatan negara
Pilihan raya negara
Kewangan
Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
Jabatan ukur, penyelidikan
Kerja raya dan tenaga pusat
Pelajaran
Kesihatan
Keselamatan buruh dan sosial
Orang Asli
Senarai Negeri
Undang-undang Islam
Tanah
Petanian dan perhutanan
Kerajaan tempatan
Perkhidmatan tempatan
Kerajaan negeri
Hari cuti negeri
Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Kebajikan sosial
Biasiswa
Taman Negara
Perancangan bandar dan wilayah
Penjagaan haiwan
Kesihatan dan kebersihan awam
Parit dan tali air
Pemulihan
Hiburan awam
Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ?
Satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah
Dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa
Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik
Hubungan baik perlu dipupuk untuk menjamin keharmonian
Sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama
Dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Makkah
telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Arab Quraisy.
Mengapakah masyarakat golongan bawahan mudah menerima Islam ?
Tertarik pada ajaran Islam
Yakin dengan ajaran Islam
Layanan yang sama kepada semua manusia
Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
Kemurnian ajaran Islam
Nyatakan sebab masyarakat Arab Quraisy menentang ajaran Islam
Perbezaan kepercayaan dan amalan
Prinsip persamaan taraf sesama manusia
Tanggap salah terhadap Nabi
Menggugat kedudukan ekonomi
Konsep persaudaraan
Bagaimanakah masyarakat Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w ?
Penyair mengejek ajaran ajaran Islam
Tohmahan dan tuduhan
Pujuk nabi meninggal ajaran Islam
Pemulauan terhadap Nabi
Pemulauan terhadap keluarga Nabi
Tidak menjalankan aktiviti jual beli
Tidak memberi sebarang bentuk pertolongan
Tidak berkahwin dengan anggota Nabi
Jika anda dilantik sebagai seorang pemimpin muda, bagaimanakah cara anda akan sampaikan mesej pembaharuan untuk memajukan negara ?
Secara sulit (sebelum diumumkan)
Sampaikan kepada AJK terdekat
Berbincang dengan kawan pemimpin
Mesyuarat dalam AJK untuk kelulusan
Mana-mana jawapan yang munasabah
atau,
Secara terbuka (selepas diluluskan)
Hebah melalui televisyen / media elektronik
Tulis dalam media cetak / akhbar / majalah
Perjumapaan ramai di tempat terbuka / stadium
Sampaikan dalam sebarang perasmian
Majlis ceramah
Mana-mana yang munasabah
Akhbar, majalah dan novel memainkan peranan penting sebagai penggerak kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Jelaskan isu-isu sosial yang dibangkitkan dalam akhbar-akhbar Melayu
pada tahun 1930-an.
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih
kerja dan tidak mahu berusaha
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan
kerja tangan
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Jelaskan mesej-mesej yang terdapat dalam novel-novel pada tahun 1930-an
Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad
Semangat anak muda menentang penjajah
Hargai warisan bangsa
Semangat cintakan tanah air
Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
Emansipasi wanita
Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah akhbar amat berkesan dalam meniupkan semangat kebangsaan ?
Dikeluarkan setiap hari
Harga murah
Mengunakan medium tulisan jawi
Isu-isu berkaitan dengan masyarakat
Mudah didapati
Penulis/pengarang terdiri daripada orang Melayu
Tiada sekatan daripada pihak penjajah
Mana-mana jawapan yang munasabah
Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah
Melayu sejak abad ke -19 ?
Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh British /
British membawa masuk tenaga buruh luar untuk bekerja di lombong-lombong
dan ladang-ladang
Galakan kolonial Britih agar mereka berhijrah / dasar
Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
Terdapat peluang pekerjaan dalam pertanian dan perlombongan
Kestabilan politik di Tanah Melayu
Kemiskinan di tempat asal
Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu
Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke 19.
Kemasukan buruh Cina
Melalui sistem tiket kredit
Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).
Dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.
Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.
Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.
Melalui sistem pengambilan kakitangan,
Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.
Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.
Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.
Sistem pengambilan rumah kongsi
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi
Kemasukan buruh India
Sistem buruh bebas
Datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki
Melalui sistem kontrak
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
Sebagai balasan Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.
Melalui sistem kangani
Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.
Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani
Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu telah meninggalkan kesan sosial.
Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
Tidak terdapat interaksi antara kaum
Tidak ada perpaduan antara kaum
Wujud sistem pendidikan vernakular
taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
pembangunan tidak seimbang antara wilayah
perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran
Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
Sarawak
Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Parti ini kemudiannya menyokong
SUPP terus menentang
PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
menyokong gagasan ini
Sabah
Sebelum ini tiada parti
melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik
Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini
menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan
Sabah terhadap pembentukan Malaysia
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Pada pengetahuan sejarah anda , apakah manfaat yang diperolehi daripada
pembentukan Malaysia
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri
pertanian.
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
Menggalakkan pelaburan
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
Jadual di bawah merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan
Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia apabila menyertai pertubuhan Komanwel ?
Memelihara keamanan
Memelihara kedaulatan negara
Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
Menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain / Australia / New Zealand
Mendapat bantuan tentera apabila diserang terutama semasa konfrantasi dengan Indonesia
Menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel / Britain dikenakan cukai yang rendah
Malaysia mendapat bantuan teknikal/ biasiswa dalam Rancangan Colombo
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998
Matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Mengekalkan keamanan dunia
Tidak menyokong blok barat / blok komunis
Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan / persefahaman
Menghormati hak asasi manusia
Membela kepentingan negara sedang membangun
Membela isu Palestin
Kerjasama ekonomi
Membincangkan isu Antartika
Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
Matlamat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
Bersuara dengan satu nada bagi kepentingan umat Islam
Mengekalkan perdamaian dalam segala sengketa
Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari
Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah
Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju
Menubuhkan Bank Pembangunan Islam untuk memberi perkhidmatan kewangan kepada anggota
Jelaskan peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
Menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq
Memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan menentang Israel
Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 / 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam
Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan