Monday, July 26, 2010

Soalan Ramalan spm 2010

HWANG HO

5. Nyatakan ciri-ciri pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho?

Ciri-ciri pemerintahan tamadun Hwang Ho ialah

F1 pemerintahan beraja

F2 anak lelaki raja pengganti raja

F3 putaran dinasti

F4 mandat daripada tuhan

F5 raja dibantu oleh bangsawan

F6 raja dibantu oleh pegawai kerajaan

6. Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian ialah

F1 memperkenalkan sistem pengairan

F2 memperkenalkan alat pertanian daripada besi

F3 menggunakan cangkul

F4 menggunakan sabit

F5 memperkenalkan teknologi pembajakan

F6 memperkenalkan batas untuk tanaman

7. Jelaskan ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho.

F1 tulisan Ideogram

F2 berbentuk gambar dan simbol

F3 terhasil dari penilikan tulang oracle

F4 diguna dalam penulisan

F5 diguna dalam pencetakan

F6 diguna oleh orang Jepun dan Korea

8. Namakan karya Sun Tzu?

F1 The Art of War

9. Apakah yang dapat dipelajari dari karya Sun Tzu?

F1 selok belok perang

F2 cara menangani musuh

F3 boleh guna dalam strategi perniagaan

F4 strategi mencapai kejayaan dalam hidup

10. Apakah kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang diwarisi sehingga hari ini?

F1 pemujaan roh nenek moyang

F2 konsep Yin dan Yang

F3 amalan Feng Hsui

F4 kepercayaan animisme dan politeisme

F5 amalan penilikan

11. Jelaskan sistem kalendar dalam tamadun Hwang Ho

F1 30 hari dalam sebulan

F2 360 hari dalam setahun

F3 guna untuk menentukan musim menanam dan menuai

F4 guna dalam upacara perkahwinan, pengebumian dan perburuan

  1. Nyatakan ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus
  2. Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah
  3. F1 terbahagi kepada dua bahagian
  4. F2 dikelilingi tembok
  5. F3 bahagian utama pusat pentadbiran
  6. F4 bahagian kedua kawasan perumahan
  7. F5 susunan blok segiempat
  8. F6 jalan raya lurus
  9. F7 sistem kumbahan terancang

Faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus ialah

F1 maju dalam bidang geometri dan matematik

F2 kemajuan pembinaan

F3 sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba

F4 kemahiran membuat batu bata

F5 cintakan keamanan

Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan tamadun Indus?

Iktibarnya ialah daripada sifat keterbukaan tamadun Indus ialah

F1 perlu cintakan ilmu

F2 perlu gigih, rajin

F3 perlu pertukaran teknologi

F4 perlu kreatif dan inovatif

F5 menjalin hubungan diplomatik F6 sedia menerima pengaruh baik F7 menjalin hubungan perdagangan

Saturday, July 24, 2010

Soalan Ramalan SPM 2010 - Tema 4 Ting 5 ( bab 1 dan bab 2 )


Tajuk-Tajuk Ramalan SPM 2010 - Tema 2

Bab 7 : Islam Di Asia Tenggara
Soalan 1 :
a. Bukti Islam datang dari Tanah Arab

F1 Mengikut bukti catatan China
H1a yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat
perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 masihi.
F2 Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.
H2a Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah k emunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh masihi.
F3 Mereka telah singgah di Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke China.
H3a Ini kerana Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan dan menjadi
tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke China, apabila musim angin monson reda.
Hb Mereka telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.
F4 Perkampungan ini menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang
H4a serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang- barang mewah yang datang dari China dan India.
H4b Mereka juga berkahwin dengan wanita tempatan.
H4c Dengan ini wujud tapak yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia tenggara.
F5 Semasa berada di kawasan perkampungan tersebut orang-orang Arab ini telah berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.
H5a Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh para pendakwah
serta pedagang islam ini telah menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam.
H5b Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan kepada Islam.
F6 Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China
H6a yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 masihi. Ini telah membuktikan bahawa Islam telahpun bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh masihi.
F7 Terdapat bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di semenanjung Tanah Arab.
F8 Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah di ambil daripada Bahasa Arab.

H8a Tambahan pula,adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab.
C8a Contohnya, amalam menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.
F9 Profesor Syed Muhammad Naquib al- Attas juga mengatakan bahawa
kebanyakkan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia tenggara dilakukan oleh Syeikh dari semenanjung tanah Arab,
H9a misalnya, Hikayat Raja- Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh ataau pendakwah yang pertama tiba di pasai ialah ufti berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail.
H9b Beliau berjaya mengslamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al- Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said.
F10 Terdapat juga bukti-bukti lain seperti banyak kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada awalnya menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab.
C10a Contohnya Hikayat Nabi Bercukur.
H10a Kitab-kitab yang dikarang itu juga tidak mempunyai unsur India ataupun China.
F11 Bukti lain pula dapat dilihat menerusi kitab tempatan seperti Tauhid, tafsir al-Quran dan hadis adalah menggunakan bahasa Arab yang bersumberkan Tanah Arab.


b. Bukti Islam datang dari China

F1 Bukti bahawa Canton ( Khan Fo ) yang terletak di Selatan China adalah merupakan
pusat perdagangan bagi orang-orang Islam dari keturunan Arab dan Parsi.
H2a Pada kurun ke 9 Masihi rantau Asia Tenggara sudah dikenali oleh pedagang dari Cina.
F2 Pada masa tersebut hubungan perdagangan antara pedagang islam dari negara China dengan orang Arab sudah lama terjalin.
H2a Jalinan ini telah membolehkan Islam telah berkembang di kalangan peniaga China.
F3 Peniaga yang telah memeluk agama Islam tersebut telah berniaga dan berdagang di Asia Tenggara, turut menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
F4 Mengikut S.Q. Fatimi Pada tahun 876 Masihi telah berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggali Canton atau Amoy ke Asia Tenggara.
F6 Penemuan batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu telah mengukuhkan lagi teori tersebut.
F7 Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, terdapat catatan yang berkaitan dengan kewajipan menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina, dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.
F8 Ia telah membuktikan bahawa terdapat sebuah kerajaan Tua di Terengganu yang menjalankan kegiatan perdagangan.

F9 Terdapat juga bukti-bukti lain seperti terjumpanya batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028 Masihi.
H9a Batu nisan tersebut telah dijumpai pada tahun1953 di kampong Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang.
H9b Penemuan tersebut telah menunjukkan bahawa islam telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke-13 lagi.
F10 Bukti-bukti lain yang mengukuhkan lagi teori islam datang daripada China ialah terdapatnya persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.
F11 Wujud juga pendapat yangmengatakan Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi menerusi Champa.
H11a Di Melaka, unsur-unsur seni bina dapat dilihat pada bentuk bumbung rumah ibadat China ( pagoda ), iaitu di bahagian hujung perabung atapnya kelihatan meletik.
F12 Terdapat juga pengaruh China seperti atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.
H12a Begitu juga pada jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di Masjid


c. Bukti Islam datang dari India

F1 Teori ini menyatakan bahawa islam datang melalui Cambay dalam wilayah Gujerat dan Koromandel pada kurun ke 13.
F2 Ia di kemukakan berdasarkan bukti terdaptnya hubungan perdagangan yang begitu lama antara India dengan Asia Tenggara.
F3 Gujerat adalah sebuah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khinji di India.
F4 Ramai pedagang islam dan Gujerat telah datang berniaga dirantau Asia Tenggara.
F5 Menerusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di Asia Tenggara.
F6 Terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik,
Jawa, dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
F7 Masyarakat di Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan India
terutama dari segi budaya.
H7a Banyak unsur Hindu di Asia Tenggara telah menunjukkan terdapatnya hubungan
yang rapat antara kedua-dua Negara sejak dahulu lagi.

Soalan 2 : Bagaimanakah kerajaan di Asia Tenggara menyebarkan agama Islam di kepulauan Melayu
F1 Kelahiran Kerajaan Islam seperti Perlak, Samudera Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao telah membolehkan islam terus berkembang di Asia Tenggara.
F2 Kerajaan-kerajaan ini telah meluaskan jajahan takluknya masing-masing yang menyebabkan islam turut tersebar dengan lebih meluas.
F3 Sejak abad ke 15 lagi Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal.
F4 Peranan yang dimainkan oleh Tun Perak sebagai Bendahara Melaka amat berpengaruh sekali,
H4a beliau telah berjaya menguasai beberapa kawasan baru seperti kawasan pesisir pantai pantai Sumatera Utara, iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar, dan Indergiri menerusi penaklukan.
H4b Rakyat yang ingin mendapat keistimewaan dari raja Melaka telah mendorong mereka memeluk agama Islam.
F5 Beberapa ulama telah dihantar dikawasan tersebut untuk megajar mereka tentang agama Islam.
F6 Kerajaan Johor-Riau yang merupakan warisan kepada Kesultanan Melayu Melaka telah cuba untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka.
H6a Usaha untuk menguasai semula Melaka telah dapat meningkatkan penyebaran agama Islam iaitu dengan menghalang Melaka daripada menjadi pusat penyebaran Agama Kristian.
F7 Kerajaan Demak juga memainkan peranan dalam penyebaran Islam ke seluruh Pulau Jawa setelah berjaya menguasai Kerajaan Majapahit.
F8 Usaha ini telah diteruskan oleh kerajaan Islam yang lain di Pulau Jawa seperti Kerajaan Pajang dan Mataram.
F9 Kerajaan Acheh adalah merupakan sebuah kerajaan yang kukuh dan menjadi pusat perdagangan yang penting di bahagian Utara Melaka yang digelar sebagai Serambi Makkah.
H9a Ramai orang Islam di Asia Tenggara singgah di Acheh dalam perjalanan mereka untuk menunaikan haji.
F10 Tedapat juga kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Kerajaan Pattani yang telah diislamkan pada tahun 1457.
F11 Raja Pattani iaitu Phya Tu Nakpa telah menganut Islam dan telah menukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah.
H12a Islam telah berkembang di Pattani lebih awal daripada pengislaman rajanya iaitu semenjak abad ke-10 lagi dengan kehadiran para pendakwah serta pedagang Islam Arab dan Parsi ke pattani.
H12b Pada masa Pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah seluruh Pattani telah diislamkan.
F13 Kerajaan Brunei juga telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting setelah Islam bertapak di Brunei.
F14 Mengikut catatan China pada tahun 977 Masihi,Kerajaan Bunei telah menghantar seorang pembesar iaitu Pu Ali, ke China.
F15 Islam telah tersebar dengan meluas di Brunei dan di Pantai Pulau Borneo pada abad ke-15 dan abad ke-16.
H15a Tokoh pedakwah yang menyebarkan Islam ke wilayah tersebut ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam atau Shariff Berkat yang berasal dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
H15b Pengislaman Brunei ini telah membolehkan wilayah disekitarnya iaitu Kepulauan Sulu dan Mindanao telah dapat diislamkan.
F16 Islam juga telah tersebar ke Champa, tetapi bukti kukuh tentang kedatangan Islam
agak lewat. Penemuan batu nisan yang bertarikh 1039 Masihi dan sebuah prasasti bertarikh 1052 Masihi yang mempunyai catatan tentang syarat pembayaran cukai dan hutang.

Soalan 3 :
a. Bagaimanakah para pedagang mampu menyebarkan agama islam dengan berkesan di Asia Tenggara


1. Faktor perdagangan merupakan faktor utama kemasukan islam ke Asia Tenggara. Ketika menjalankan aktiviti perdagangan pedagang dari Arab, China dan India telah singgah ke Asia Tenggara dan memperkenalkan ajaran agama Islam kepada penduduk tempatan.
2. Telah wujud jalinan perhubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo-China serta pelabuhan di Kepulauan Rempah seperti Maluku, dan Makasar termasuk pelabuhan di Laut Jawa.
3. Pelabuhan tersebut telah menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan.
4. Sikap yang telah ditunjukkan oleh pedagang Islam seperti kemurnian dan tingkah laku yang baik telah menjadi ikutan penduduk setempat.
5. Wujudnya ativiti perbincangan yang berkaitan tentang Islam di kalangan pedagang yang tinggal di kawasan tersebut.
6. Semangat dakwah ini dikalangan pedagang ini telah menarik minat masyarakat Asia Tenggara yang berada di Bandar-bandar pelabuhan utama.
7. Golongan pedagang Islam yang tinggal di kawasan tersebut telah menjalankan aktiviti dakwah, di samping itu mereka juga membawa ulama dan tinggal di kawasan tersebut untuk beberapa bulan bagi tujuan untuk menyebarkan agama Islam.
8. Sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh ketika menyampaikan ajaran Islam telah menyebarkan Islam semakin mudah tersebar.
9. Sifat Mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas dan lemah lembut yang ada pada pedagang juga telah menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk agama Islam.
10. Agama Islam juga telah tersebar apabila wujudnya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.
11. Layanan istimewa telah diberikan oleh pemerintahan tempatan kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka.
12. Ini telah memberikan peluang kepada pedagang Islam untuk berdakwah kepada masyarakat setempat.
13. Pemerintah tempatan juga telah melantik pedagang-pedagang Islam sebagai Syahbandar di beberapa Bandar pelabuhan di Asia Tenggara kerana tertarik degan kejujuran dan sifat amanah yang ditunjukkan oleh pedagang Islam.


b. Terangkan kedudukan syahbandar yang membolehkan mereka menyebarkan agama Islam

F1 Jawatan Shahbandar adalah merupakan jawatan sebagai pentadbir pelabuhan
H1a ia bertanggungjawab berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan.
F2 Peranannya adalah amat penting kerana ia menentukan kemajuan sesebuah pelabuhan dan aktiviti perdagangan.
F3 Sifat jujur yang ada pada Shahbandar yang telah dilantik
H3a kebijaksanaannya menguruskan para pedagang dari pelbagai tempat telah membolehkan pelabuhan tersebut berkembang maju.