Sunday, November 4, 2012

Latihan Musim cuti Untuk Pelajar Ting 4A, 4B, 4C dan 4D

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DI ATAS, CIKGU DAH SEDIAKAN SOALAN LATIHAN UNTUK MUSIM CUTI

KELAS TAMBAHAN AKAN DI ADAKAN PADA

Tarikh : 1 Desimber 2012
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00


Soalan Panas 2012 sejarah
Soalan Struktur
Soalan 1
a.      Punca perdagangan Yunani
b.      Faktor Kepesatan Perdagangan di India
c.       Kemajuan bidang Pertanian di China
d.      Ciri-ciri pendidikan agama tamadun India
e.      Perubahan akibat perkembangan dalam pendidikan

Soalan 2
a.      Ciri-ciri system Feudal di Eropah
b.      Faktor politik kucar kacir di zaman gelap
c.       Keadaan gereja mengongkong masyarakat Eropah
d.      Faktor kegiatan perdagangan tidak berkembang
e.      Iktibar kemerosotan ekonomi zaman gelap


Soalan Esei

Soalan 5
a.      Maksud Piagam Madinah
b.      Kandungan Piagam Madinah
c.       Kepentingan Piagam madinah

Soalan 6
a.      Bukti Teori Kedatangan agama Islam
b.      Cara pedagang menyebarkan  islam
c.       Faktor islam mudah tersebar


Wednesday, October 31, 2012

Tajuk-Tajuk Popular SPM - Ramalan SPM 2012 - Terbaru

Tajuk-Tajuk Popular SPM - Ramalan SPM 2012

Tajuk Tingkatan 4
1. Kerajaan Kedah Tua - Bab 3
2. Hijrah
3. Kesan Kedatangan agama Islam dalam aspek bahasa dan Sastera
4. Zaman Gelap
5. Monumen dan kepentingan Monumen

Tajuk Tingkatan 5
1. Peranan Akhbar dan Majalah
2. Penentangan di Sarawak
3. penubuhan Malaysia
4. Pakatan Murni
5. dasar Pendidikan Kebangsaan

Jangan ulangkaji tajuk ini sahaja, ini hanya ramalan bukannya tepat 100%..study modul JPN Kelantan dan study tajuk-tajuk mengikut tema

Cikgu akan postkan Contoh Soalan dan Jawapan untuk Tajuk-tajuk di atas : Harap Bersabar dan Tunggu

Tajuk 1 : Kerajaan Kedah Tua, Contoh soalan dan jawapan 

Jelaskan faktor kemajuan kerajaan Kedah Tua

F1 Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal /Penanda alam
F2 Kedudukan yang strategik dilaluan Selat Melaka
F3 Terlindung daripada tiupan angin. ( Angin monsun Timur Laut/Barat Daya)
F4 Terdapat barang dagangan dari luar
F5 Kemudahan menyimpan barang dagangan/ Gudang 
F6 Kekayaan hasil hut
an seperti damar, rotan
F7 Kekayaan sumber bumi seperti bijih timah
F8 Sebuah pelabuhan entreport dan tertua

Apakah bukti pelabuhan Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan entreport?

F1 tembikar China
F2 pelita tembaga dari Timur Tengah
F3 tembikar dari Timur Tengah
F4 manik dari India

Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita. (KBKK)

F1 Membina pelabuhan moden
F2 Menurunkan kadar cukai pelabuhan
F3 Menyediakan kemudahan moden di pelabuhan
F4 Membina pusat perdagangan
F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
F6 Menggalakkan kemasukan syarikat perkapalan besar
F7 Membina pusat latihan maritime/kelautan
F8 Meningkatkan minat rakyat dalam bidang kelautan/maritim





Tajuk 2 : Hijrah

Senaraikan penduduk Madinah sebelum peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w

F1 Suku Aus
F2 Suku Khajraj
F3 Orang Yahudi bani Qainuqa

Nyatakan pengertian hijrah. *****

F1 - Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2 - Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F3 - Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4 - Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.
F5 - Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6 - Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7 - Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8 - Perubahan dari segi sikap /Perubahan cara berfikir/Perubahan tingkahlaku

Terangkan kepentingan hijrah kepada umat Islam. *****

F1 - Dakwah Islamiah
H1a - dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b - sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
F2 - Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a - yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b - melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3 - Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
Islam Madinah
H3a - Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b - menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan
ekonomi dan sosial
H3c - Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang
berhijrah ke Madinah
H3d - gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4 - Menyatukan penduduk Madinah
H4a - yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama
H4b - Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
H4c - Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5 - Membina sebuah masjid
H5a - iaitu Masji al-Nabawi
H5b - Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c - Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang
masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F6 - Wujud takwim Islam
H6a - Berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b - Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7 - menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a - menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah
H7b - Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F8 - Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a - Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b - Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan, keperluan asas
H8c - menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9 - Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a - Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta
H9b - Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c - Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F10 - Menunjukkan peranan wanita
H10a - Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b - Menghantar makanan
H10c - menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F11 - Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a - Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b - Tidak pernah berputus asa
H11c - Bijak mengatur strategi peperangan
H11d - Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah

Sebagai pelajar bagaimanakah anda dapat mengamalkan konsep hijrah dalam diri anda? KBKK

F1 Berubah daripada sikapt negatif kepada positif
F2 Bersikap rajin
F3 Bersedia untuk berubah kea rah kebaikan
F4 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F5 Berwawasan dalam mengejar impian
F6 Mengamalkan strategi dalam pembelajaran

Apakah iktibar yang boleh dipelajari pelajar daripada peristiwa hijrah untuk mencapai kecemerlangan diri dalam kehidupan seharian. KBKK

F1 - Perubahan sikap dan tingkah laku negatif kepada yang positif
F2 - Perubahan dari tidak berdisplin kepada berdisplin
F3 - Perubahan dari sifat malas kepada rajin berusaha
F4 - Sikap suka melanggar undang-undang kepada akur kepada undang-undang
F5 - Sikap mementingkan diri sendiri berubah kepada sikap bantu-membantu
F6 - Sikap suka bertangguh kerja berubah kepada menghargai masa.
F7 - Tidak menghormati orang tua kepada menghormati orang tua





Tajuk 5 : Monumen

Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
F1 Dibawa oleh Ksyatria
F2 Disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
F3 Dibawa oleh pedagang/vaisya
F4 Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
F5 Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
F6 Galakan pemerintah dengan peme
rintah lain
F7 Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas
perdagangan antara India dengan Asia Tenggara

Nyatakan kepentingan candi sebagai monomen keagamaan Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
F1 Binaan untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting
F2 Monumen berupa candi/kui/wat/stupa/patungl
F3 Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F4 Candi Berperanan sebagai rumah ibadat
F5 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
F6 Tempat menyimpan patung dewa utama
F7 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F8 Lambang kehebatan seni bina
F9 Lambang orde kosmos
F10 Contoh Candi Borobodur/Angkor Wat/Stupa/Candi Dieng/Candi Prambanan
F11 Lambang kehebatan ahli seni agama di Asia Tenggara

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H1a Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
H1b Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
F2 Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di bawahnya terdapat kerabat diraja
H2b Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
H2c Di ikuti dengan rakyat
H2d Hamba golongan paling bawah
F3 Raja berkuasa mutlak
H3a Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
F4 Perintah raja menjadi undang-undang
H4a Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
H4b Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat takut menderhaka
H5b Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
H5c Dipercayai memiliki kesaktian
F6 Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
H6a Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
F7 Wujud adat istiadat pertabalan raja
H7a Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
H7b Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
H7c Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F8 Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a Bertujuan menjadi raja terulung
H8b Mendirikan kompleks kota
H8c Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
F9 Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
H8a Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
H8b Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat

Nyatakan kepentingan candi sebagai monomen keagamaan Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.

F1 Binaan untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting
F2 Monumen berupa candi/kui/wat/stupa/patungl
F3 Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F4 Candi Berperanan sebagai rumah ibadat
F5 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
F6 Tempat menyimpan patung dewa utama
F7 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F8 Lambang kehebatan seni bina
F9 Lambang orde kosmos
F10 Contoh Candi Borobodur/Angkor Wat/Stupa/Candi Dieng/Candi Prambanan
F11 Lambang kehebatan ahli seni agama di Asia Tenggara

Kepentingan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara

F1 Untuk merekodkan ilmu pengetahuan
F2 Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
F3 Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
F4 Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
F5 Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang
F6 memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat
contohnya inskripsi di Palembang
F7 menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di
Lembah Bujang
F8 bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama
F9 bacaan mentera / upacara keagamaan
F10 perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /
manusia / pahala / rupa / sengsara
F11 bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
F12 pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
F13 pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha, Kunjarkarma
F14 Penceritaan lisan dan wayang kulit
F15 Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,
Hikayat Seri Rama
F16 Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen

Kesan kedatangan Islam terhadap Islam terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara (KBKK)/Kedatangan Islam memantapkan sistem pentadbiran

F1 Gelaran raja ditukar kepada gelaran sultan
F2 Mufti/kadi menjadi penasihat sultan
F3 Undang-undang manu ditukar kepada undang-undang syarak/Islam
F4 Sultan dianggap khalifah Allah di mukabumi/Khalifatul mukminin/Zilullah fil Alam
F5 Pemansuhan unsur mitos dan legenda
F6 Penggunaan unsur daulat dan derhaka
F7 Semangat jihad untuk mempertahankan negara
F8 Islam sebagai agama rasmi kerajaan
F9 Penggunaan pada negeri-negeri /Kedah Darul Aman/ Acheh Darus Salam
F10 Istana menjadi pusat perkembangan dakwah Islam

Tuesday, October 30, 2012

Tajuk Popular SPM 2012 : Tajuk Pendidikan


Tajuk Pendidikan juga amat penting dan menjadi tajuk yang boleh keluar dalam peperiksaan SPM yang semakin hampir Disini cikgu beri contoh tajuk Pendidikan bagi tema 7 ( bab 2 ) tingkatan 4

Terangkan perkembangan sistem pendidikan Zaman Vedik tamadun India***

F1      Pendidikan pentingkan keagamaan
H1a    Teras pendidikan agama Hindu
H1b    Pendidikan didominasi kaum lelaki
H1c    Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan
F2      Pendidikan tertumpu kepada pembelajaran Kitab-kitab  Veda
H2a    Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
H2b    Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami Kitab Veda
F3      Pendidikan sebagai persediaan manusia hadapi hari selepas mati
H3a    Tumpuan pendidikan ialah agama Hindu /Buddha
H3b    Segala hukum agama  harus dipelajari
H3c    Mereka hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar agama
F4      Pendidikan tinggi di Kolej Brahman  selepas tahun 100 S.M
H4a    Pendidikan diberikan di istana / di rumah pada peringkat awal
H4b    Muncul universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
F5      Untuk mencapai taraf Brahmin berpendidikan
H5a    Perlu  menghafal  perbagai buku agama/ Veda
H5b    Veda mengandungi peraturan ritual/ mantera/ lagu-lagu agama
H5c    Pelajar juga belajar karya saintifik/ falsafah
F6      Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
H6a    Menambahkan ilmu pengetahuan
H6b    Mengatasi buta huruf
H6b    Memperoleh jawatan dalam pemerintahan


Pada pandangan anda , Apakah kepentingan bidang berikut  kepada negara kita?

i. Pendidikan

F1    Melahirkan masyarakat yang berilmu berpengetahuan
F2    Melahirkan modal insan berilmu
F3    Memaju negara/ Membangunkan negara
F4    Mengukuh perpaduan rakyat
F5    Mampu menghadapi cabaran globalisasi
F6    Menjadikan rakyat celik huruf/Menghapuskan kadar buta huruf
F7    Meningkatkan penghormatan negara luar terhadap negara kita
F8    Meningkatkan taraf hidup rakyat

ii. Pertanian

F1     Menyediakan sumber makanan negara
F2     Mengurangkan kawasan tanah terbiar
F3     Menjana sumber pendapatan
F4     Menyumbang modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F5     Mengelak pengangguran di kawasan luar bandar
F6     Pertanian sebagai perniagaan
F7     Mengurangkan import bekalan makanan dari luar
F8     Menjimatkan kos mengimport bekalan makanan luar negara

Jelaskan perkembangan Pendidikan dalam Tamadun Yunani***

F1
H1a Pendidikan di Athens
Untuk melahirkan manusia yang seimbang
H1b Jasmani dan rohani
H1c Manusia yang mampu memenuhi tuntutan fizikal dan mental
H1d Mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan manusia
H1e Tumpuan pengajaran kepada pendidikan /sukan/muzik/kesusateraan/seni berpidato/membaca/menghafal/menulis
F2
H2a Pendidikan di Sparta
bertujuan melahirkan warganegara gagah
H2b Sempurna/setia kepada negara
H2c Tumpuan kepada latihan fizikal
H2d Mahir menggunakan senjata
F3 Perkembangan sekolah falsafah
H3a Di negara kota Athens/Thebes/Elea/Miletus
H3b Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani
H3c Semasa pemerintahan Pericles
H3d Melahirkan sejarawan Yunani
C3d Herodotus/Thucydides
H3e Pemikir dalam bidang sains dan teknologi


(a) Nyatakan pusat pendidikan dalam tamadun Yunani.***

F1     Athens
F2     Thebes
F3     Elea
F4     Miletus
F5     Sparta
                                                                 
(b) Berikan aspek yang diberi penekanan dalam bidang pendidikan di Yunani.***

F1     Sukan
F2     Muzik
F3     Kesusasteraan
F4     Seni berpidato
F5     Membaca
F6     Menghafal
F7     Menulis
F8     Falsafah
F9     Latihan fizikal/Latihan ketenteraan
                                                                   
(c)    Nyatakan tujuan pendidikan di Yunani.***

F1   Melahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani
F2   Meningkatkan tahap intelek
F3   Melahirkan warganegara tentera yang gagah/sempurna
F4   Melahirkan warganegara yang setia kepada negara kota
F5   Mahir menggunakan senjata
F6   Melahirkan manusia yang cemerlang
F7   Manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
                                                                         
(d) Jelaskan kesan kemajuan pendidikan kepada peningkatan tamadun Yunani.***

F1  Athens menjadi pusat cendekiawan Yunani
F2  Kemunculan banyak sekolah falsafah
F3  Melahirkan ramai ahli sejarawan
F4  Lahir ramai pemikir dalam bidang sains/teknologi
F5  Penulisan karya sejarah saintifik
M-Mana-mana yang munasabah
                                                                         
(e) Pada pandangan anda, mengapakah bidang pendidikan penting kepada kemajuan sesebuah negara?***

F1  Melahirkan manusia yang mampu bersaing
F2  Meningkatkan tahap kemajuan diri
F3  Membantu kemajuan negara
F4  Melahirkan masyarakat berilmu
F5  Mengurangkan kadar buta huruf/meningkatkan kadar celik huruf
F6  Mampu bertindak secara rasional
F7  Melahirkan rakyat yang setia Negara

Pada pandangan anda, bagaimanakah Dasar Pelajaran Kebangsaan mampu
mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia? KBKK

F1 Penggunaan sukatan pelajaran sama
F2 Bahasa pengantar sama
F3 Sistem persekolahan yang sama
F4 Pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
F5 Penerapan nilai-nilai murni
F6 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
F7 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
F8 Konsep sekolah wawasan
F9         Pendidikan moral

Saturday, October 27, 2012

Tajuk Popular SPM 2012 : Tajuk dari Tamadun Islam

Malam ni Cikgu nak postkan tajuk Tamadun Islam, biasanya dalam SPM bermula 2004 hingga spm 2012, mesti ada soalan dari bab tamadun Islam, pelajar boleh baca dan study tajuk di bawah sebagai contoh untuk study 

Kertas 2 
Bahagian A – Jawab semua Soalan
Soalan 1 : Perjanjian Hudaibiyah adalah perintis kepada Pembukaan Semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi.
a) Berikan dua syarat yang terdapat di 
dalam perjanjian Hudaibiyah
F1 Gencatan senjata selama 10 tahun
F2 Kabilah arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraish Mekah
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 Orang Quraish Mekah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H

b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW membuka semula kota Makkah?
F1 Orang Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah
F2 Membunuh beberapa orang Bani Khuzanah yang berpihak kepada Islam
F3 Merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran dakwah Islam
F4 Dapat mantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah

c) Nyatakan dua faktor yang membawa kejayaan kepada tentera Islam semasa menakluki Kota Makkah
F1 Kekuatan Tentera
F2 Strategi yang berkesan 4 pasukan tentera
F3 Memasuki 4 arah yang berlainan
F4 Mengepong Kota Makkah
F5 Kelemahan tentera Quraisy
F6 Pengislamaan pembesar Kota Makkah
F7 Jaminan keselamatan kepada Quraisy

d) Nyatakan Dua Kepentingan pembukaan Semula Kota makkah terhadap agama Islam
F1 Kaabah terpelihara dari unsur jahiliah
F2 Masyarakat Islam mula mendiami ilmu pengetahuan Islam
F3 Makkah dijadikan wilayah Islam
F4 Makkah dijadikan kota suci umat Islam
F5 Makkah jadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat
F6 Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh dunia
F7 Pengislaman pembesar Kota Makkah
F8 Membuktikan negara Islam kuat di bawah Nabi Muhammad

e) Pada pengamatan anda, wajarkan penaklukan sesebuah kota dilakukan pada hari ini?
F1 Tidak Wajar
F2 Kota suci umat islam
F3 Tempat umat islam menunaikan ibadat haji
F4 Akan berlaku kematian dan kemusnahan harta benda
F5 Ramai orang tidak berdosa akan mati
F6 Hormati Negara lain
F7 mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu
F8 Peperangan tidak menyelesaikan masalah

Soalan 2 : Tokoh-tokoh ulama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.
a) Namakan Dua orang tokoh pendakwah yang menyebarkan islam di Asia Tenggara ?
F1 Syeikh ismail
F2 fakir Muhammad
F3 Syeikh Abdul Aziz
F4 Maulana Yusuf
F5 Syarif Amir Sayyid al-Syirazi
F6 Maulana Abu Bakar

b) Berikan peranan ulama semasa menyebarkan islam di Melaka?
F1 Mengajar perkara asas tentang Islam
F2 Mengajar secara tidak formal
f3 Mengajar secara formal
F4 Menggunakan masjid/istana/rumah sebagai tempat mempelajari Islam peringkat awal
F5 Pusat pendidikan berkembang ke pondok/pasentren

c) Nyatakan cara Wali Songo berdakwah di Jawa ?

F1 Menimbulkan kesedaran
F2 Menanam semangat maksud bekerja
F3 Menanam semangat beramal
F4 Berusaha menghapuskan pengangguran
F5 Mengikis sifat malas

d) Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh agama Islam sehingga ia mudah diterima oleh penduduk Asia Tenggara?
F1 Konsep seperti Tuhan yang Maha Esa atau Tauhid,
F2 islam mnegakkan keadilan,
F3 Menjaga hak individu dan masyarakat,
F4 kehidupan yang harmoni,
F5 menyanjung akhlak mulia,
F6 dan konsep kebahagian di dunia dan akhirat.

e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sifat yang harus ada pada pendakwah dalam usaha untuk menyebarkan islam ke seluruh pelosok dunia?
F1 Keperibadian yang baik
F2 jujur
F3 Ikhlas
F4 Menguasai bahasa Asing
F5 mempunyai ilmu pengetahuan
F6 Sanggup berkorban untuk agama islam

Soalan Esei :

Soalan 6 : Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II telah berlaku diantara nabi Muhammad saw dengan penduduk Madinah.
a) Terangkan apakah syarat-syarat yang terdapat di dalam Perjanjian Aqabah I dan II? ( 10 Markah )

Perjanjian Aqabah 1
F1 penduduk Madinah berjanji akan beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul,
H1a berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
H1b tidak melakukan amalan jahiliah
H1c seperti mencuri, berzina, meminum arak dan tidak membunuh anak perempuan..
F2 Berjanji akan melakukan segala kebaikan yang diisuruh oleh islam
H2a akan membantu Rasulullah s.a.w semasa senang atau susah.
Perjanjian Aqabah Kedua

F3 mengulangi janji taat setia kepada Rasulullah s.a.w
F4 menjemput baginda serta pengikutnya ke Madinah.
F5 Mereka berjanji untuk memeluk agama Islam dan secara sukarela
F6 menyediakan tempat tinggal
H6a jaminan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah
H6b serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.

b) Jelaskan apakah kesan Perjanjian Aqabah tersebut kepada Umat Islam di Makkah dan Madinah ? ( 6 Markah )

F1 Mendorong kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
F2 Orang Islam Makkah mendapat bantuan orang Arab Madinah
F3 Strategi penyebaran yang lebih luas / lebih aman
F4 Penyebaran Islam di Madinah / seluruh Tanah Arab
F5 Pembentukan masyarakat Islam yang kuat / sebuah ummah
F6 Menyatukan masyarakat Madinah / perpaduan
F7 Kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia

c) Berdasar pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran yang dapat diperolehi daripada peristiwa perjanjian tersebut? ( 4 Markah )
F1 Sentiasa menepati janji
F2 Saling hormat menghormati
F3 Tolong menolong
F4 bekerjasama
F5 Bersikp Ikhlas
F6 Tolak ansur
F7 Berpandangan jauh
F8 Saling bantu membantu
F10 Sanggup berkorban

Tuesday, October 23, 2012

Tajuk Ramalan SPM 2012

Untuk SPM 2012 tajuk yang paling popular ialah daripada Tema akhir di tingkatan 5, tema ini memang wajib keluar dalam SPM pada tiap-tiap tahun. Tajuk yang belum keluar lagi dalam SPM tinggal  beberapa tajuk lagi : Pelajar boleh mengulangkaji tajuk-tajuk seperti

1. Perang Dunia Pertama
2. Blok Dunia
3. Perang Dingin
4. Dasar Luar malaysia

Pelajar boleh melihat contoh-contoh soalan :


Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama
(1914-1918)****                                                                                                                        
F1        -  Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
H1a      -  Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
H1b      -  Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
H1c      -  Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk                        
                membuktikan kekuasaan masing-masing.
F2        -  Wujud pakatan negara-negara Eropah.
H2a      -  iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
C2a      -  Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
C2b      -  Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
H2b      -  Persaingan antara kedua-dua pakatan i mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud
   pada masa itu.
F3        -  Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
H3a      -  bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
H3b      -  dan untuk memasarkan barang keluaran mereka
F4        -  Faktor politik
H4a      -  Archduke Franz Ferdinand  pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh
   pengganas Serbia.
H4b      -  Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
H4c      -  Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
F5        -  Serangan Jerman terhadap Perancis
H5a      -  Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan                     
                kemarahan Britain.
H5b      -  Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
H5c      -  Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut                          
                terlibat dalam perang itu.

Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.            *****

F1        -  Negara-negara yang berperang mengalami inflasi        
F2        -  Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
F3        -  Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
F4        -  Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
F5        -  membawa kepada masalah pengangguran
F6        -  Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
F7        -  ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
F8        -  Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.  

Mengapakah Liga Bangsa gagal mencapai matlamat penubuhannya?****

F1        Gagal menggalakkan keamanan / kesejahteraan dunia
F2        Tidak berjaya mencapai  kerjasama antarabangsa
F3        Gagal menjamin keselamatan dunia
F4        Kuasa-kuasa besar tidak akur dengan prinsip Liga Bangsa
F5        Pencerobohan Perancis di Ruhr ( Jerman )1923
F6        Pencerobohan Jepun di Manchuria 1931
F7        Pencerobohan Itali di Habsyah (Ethiopia)
F8        Pencerobohan Itali di Perancis  1940
F9        Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa 1931
F10       Liga Bangsa sebuah organisasi yang lemah
F11       Tidak disertai Amerika Syarikat dan Soviet Union
F12       Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945

Jelaskan bagaimana kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 antara faktor berlakunya
Perang Dunia Kedua.

F1        Kemelesetan ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
F2        Kemudian merebak ke seluruh dunia
F3        Amerika tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman
F4        Jerman tidak mampu membayar hutang perang
F5        Kemelesetan ekonomi menyebabkan negara-negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan
F6        Di antaranya ialah negara Britain, Peranchis dan Itali
F7        Jerman cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
F8        Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya
F9        Jerman menjalankan dasar perluasan kuasa
F10       Jepun juga cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah            ekonomi
F11       Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraan
F12       Jepun merangsang aktiviti dasar perluasan kuasa
F13       Jepun menakluki Manchuria 1931
F14       Jerman menduduki Peranchis
F15       Jepun menduduki Indo-China

. Apakah yang dimaksudkan dengan blok dunia ?

F1     Negara yang sehaluan bersatu
F2     Negara yang bertindak bersama-sama untuk kepentingan ahli
F3     Negara ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik/ ekonomi/ geografi

Mengapakah terbentuknya blok dunia ?

F1    Perbezaan  ideologi dan fahaman politik
F2    Persaingan antara blok kapitalis (Amerika) dengan blok komunis (Soviet Union)
F3    Kedua-dua blok berusaha membuktikan kekuatan
F4    Ingin menjaga kepentingan masing-masing

Jelaskan ciri-ciri Blok Dunia berikut selepas tamat Perang Dunia Kedua.***
Blok Kapitalis
 
 


F1        Blok kapitalis merupakan negara demokratik
F2        Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya
F3        Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian
F4        Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian
F5        Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya

Blok Komunis
 
 


F1        Blok komunis diperintah oleh diktator
F2        Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf
F3        Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan
F4        Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan
F5        Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu

Jelaskan perkembangan perkembangan politik berikut selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

(i)                     Blok Dunia****

F1        Kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua
H1a      Menimbulkan bibit perpecahan
H1b      Blok dunia merupakan Negara-negara yang sehaluan
H2a      Bertindak secara bersama
H2b      Menjaga kepentingan ahli
H2c      Tampil dalam pelbagai bentuk
H2d      Sama berdasarkan aspek politik/ekonomi /geografi
H2e      Terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik

(ii)                    Perang Dingin****

F1        Berlaku disebabkan perbezaan ideologi/fahaman politik
H1a      Persaingan kuasa antara berlaku blok kapitalis dengan blok komunis
H1b      Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat
H1c      Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union
F2        Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung
H2a      Bersaing membuktikan kekuatan
H2b      Bersaing untuk menyebarkan pengaruh
H2c      Memajukan kepentingan masing-masing di Eropah/ Asia
H2d      Melalui propaganda/bantuan ekonomi/bantuan ketenteraan
F3        Negara Dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali
H3a      Kedua-dua blok berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga
H3b      Tawaran bantuan pertahanan/ekonomi
H3c      Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar/ Rebutan Amerika Syarikat/Soviet Union/China
F4        Penubuhan NATO/Pakatan Warsaw/SEATO( South East Asia Treaty Organisation)
H4a      Berlaku perlumbaan senjata
           






Apakah kesan daripada  Perang Dingin?****

F1        Pembentukan blok dunia
F2        Yang terbahagi kepada blok kapitalis dan blok komunis
F3        Penubuhan NATO
F4        Penubuhan pakatan WARSAW
F5        Pembentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South-East Asia Treaty Organization / SEATO
F6        Berlaku perlumbaan senjata
F7        Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
F8        Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.

F1
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
F2
Memelihara kepentingan nasional
F3
Mengekalkan kedaulatan negara
F4
Menggalakkan pembangunan/ kemajuan ekonomi
F5
Menjaga keamanan sejagat
F6
Menjadi warga dunia yang bertanggungjawab
F7
Memupuk kesejahteraan dunia

Bentuk Hubungan Luar
Maksud
Bilateral
Hubungan terus dengan negara tertentu
Multilateral
Hubungan melalui kumpulan atau pertubuhan seperti ASEAN, OIC

Terangkan lima asas penggubalan dasar luar Malaysia sejak mencapai kemerdekaan

F1
·         Faktor Sejarah
H1a
·         Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
H1b
·         Hubungan serumpun di Kepulauan Melayu
H1c
·         Contoh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
H1d
·         Menyertai Komanwel selepas merdeka
H1e
·         Pro-Barat kerana mengamalkan dasar anti komunis
H1f
·         Bergantung kepada Barat untuk mendapatkan bantuan pertahanan
F2
·         Faktor Ekonomi
H2a
·         Mengamalkan pasaran bebas
H2b
·         Hubungan baik dengan Britaian dan Amerika Syarikat kerana pasaran bijih timah dan getah
H2c
·         Mengharapkan pasaran dan modal dari Barat selepas merdeka
H2d
·         Menggalakkan kemasukan pelaburan asing
H2e
·         Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk
H2f
·         Pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur
H2g
·         Berbaik dengan Jepun dan Korea Selatan
H2h
·         Meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
H2i
·         Mengalakkan kemasukan pelaburan negara Jepun dan Korea
F3
·         Faktor Politik
H3a
·         Mengamalkan amalan demokrasi berparlimen
H3b
·         Berhak menentukan hala tuju masa depan negara berdasarkan prinsip keamanan sejagat
H3c
·         Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
H3d
·         Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat
H3e
·         Berpegang teguh kepada prinsip piagam PBB
H3f
·         Menyokong resolusi PBB ke arah keamanan dunia

F4

·         Kedudukan Geografi
H4a
·         Berkongsi sempadan dengan Indonesia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
H4b
·         Perairan menjadi laluan kapal dagang dunia
F5
·         Faktor Demografi
H5a
·         Menjalin hubungan baik dengan negara Islam
H5b
·         Tidak menjalin hubungan degan Israel kerana menceroboh Palestin
H5c
·         Menentang dasar aparteid
H5d
·         Menghargai kebebasan beragama dan budaya hidup rakyat

Perkembangan Dasar Luar Malaysia (spm 2010 )

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

·         Dasar pro-Barat yang antikomunis
·         Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
·         Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·         Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
·         Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
·         Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·         Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
·         Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
      Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
·         Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·         kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·         terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
·         Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·         Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

  Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

·         Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·         Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh British di Timur  
·         Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
·         Mengisytiharkan ZOPFAN
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

 Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

·         Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
·         Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
·         Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
·         Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
·         lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
·         Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
·         Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.