Soalan 1
Senaraikan dua peperangan yang berlaku di Madinah antara tahun
622 – 630 Masihi.
Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Tabuk
Mana-mana 2 x 1 m
Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam
dalam peperangan.
Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua,
kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri
Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
Dilarang merobohkan tempat ibadat
Mana-mana 2 x 1 m
Nyatakan dua sebab Islam membenarkan umatnya berperang.
Apabila diserang oleh musuh
Untuk mencari keamanan
Untuk memelihara tempat ibadat
Menjaga maruah negara
Memelihara daripada kemusnahan harta benda
Melindungi orang yang tidak berdosa
Mana-mana 2 x 1 m
Nyatakan dua bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.
Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai
Mana-mana 2 x 1 m
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan
peperangan daripada berlaku ?
Mengamalkan akhlak yang mulia
Saling bertolak ansur
Kepimpinan melalui teladan
Menghormati hak asasi
Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi pemerintahan
(Mana-mana yang munasabah)
Soalan 2 :
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah meninggalkan pengaruh dalam undang-undang dan semangat jihad penduduk tempatan
Apakah kandungan undang-undang syariah kesan pengaruh Islam di Asia Tenggara ?
Mengendalikan kes jenayah / kecurian
Kes pembunuhan
Urusan pernikahan
Urusan perniagaan
Pembahagian harta pusaka
Mana-mana 2 x 1 m
Senaraikan ulama tempatan yang menulis tentang semangat jihad di Asia Tenggara
Syeikh Nurudin al-Raniri
Abdul Rauf Singkel
Syeikh Daud al-Pattani
Mana-mana 2 x 1 m
Mengapakah ulama menggerakkan semangat jihad dalam kalangan rakyat tempatan?
Menentang penjajahan Barat
Di Acheh - untuk lindungi kesucian Islam daripada Portugis
Di Jawa, penduduk bersatu di bawah prinsip Islam menentang Portugis dan Belanda
Di Acheh, ulama Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel menulis kitab menerangkan kewajipan berjihad bagi orang Islam
Syeikh Daud al-Pattani memuatkan kitabnya dengan kelebihan berjihad
Beliau menulis surat kepada muridnya untuk berjuang menentang penjajah Siam
Jihad juga merupakan usaha menentang kemiskinan
Orang Islam juga digalakkan berjihad untuk mencapai sesuatu yang sempurna
Mana-mana 3 x 1 m
Kepentingan mendaulatkan undang-undang
Hormati undang-undang
Tidak melakukan kesalahan
Wujud keamanan
Tidak dicabar mana-mana pihak
Negara tidak dijajah
Menjamin kedudukan raja-raja
Wujud perpaduan
Lahir semangat cintai tanah air
Lahir semangat jihad
Mana-mana yang munasabah
Mana-mana 3 x 1 m
Soalan 3 :
Dua tokoh yang mengganggotai Suruhanjaya Cobbold
Lord Cobbold
Sir Anthony Abell
Sir David Watherston
Dato’ Wong Pow Nee
Tan Sri Ghazali Shafie
Mana-mana 2 x 1 m
Terangkan dua laporan Suruhanjaya Cobbold
Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
Satu pertiga menyokong dengan syarat.
Satu pertiga menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Mana-mana 2 x 1 m
Berikan dua cadangan Suruhanjaya Cobbold
Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputeranSarawak dan Sabah
Pemberian nama Malaysia kepada Negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
Mana-mana 2 x 1 m
Mengapakah Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan
Malaysia ?
Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.
Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme
Mana-mana 2 x 1 m
Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan
pembentukan Malaysia?
Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah.
Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.
Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.
Kerjasama serantau/kerjasama antarabangsa penting untuk menjayakan pembentukan Malaysia
Mana-mana yang munasabah
Mana-mana 2 x 1 m
Soalan 4 :
Berikan dua cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Dua elemen penting untuk menyuburkan semangat perpaduan.
Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.
Kurikulum bercorak kebangsaan yang seragam.
Penubuhan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum.
Sekolah Menengah dibahagikan kepada sekolah menengah Melayu dan sekolah menengah Inggeris.
Penggunaan pengantar bahasa Melayu di Sekolah Umum.
Penggunaan pengantar bahasa Inggeris,Cina dan Tamil di Sekolah Jenis Umum.
Penggunaan pengantar bahasa Melayu di sekolah menengah Melayu.
Penggunaan pengantar bahasa Inggeris di sekolah menengah Inggeris
Mewajibkan Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris di semua sekolah.
Mana-mana 2 x 1 m
Nyatakan dua perubahan yang dicadangkan dalam Laporan Rahman Talib 1960 terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelumnya.
Mencadangkan penukaran sekolah di peringkat rendah.
Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.
Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
tanpa mengira keturunan dan agama.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan
yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan
sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Mana-mana 2 x 1 m
Kajian Aminudin Baki 1965 telah memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan. Apakah matlamat sistem persekolahan tersebut ?
Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
Memberikan pelbagai kursus kemahiran
Melahirkan tenaga mahir
Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
Mana-mana 2 x 1 m
Mana-mana 2 x 1 m
Nyatakan dua perkara yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk memantapkan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
Kenaikan darjah secara automatik
Penekanan terhadap sekolah vokasional
Sukatan pelajaran sekolah swasta
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
Mana-mana 2 x 1 m
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasar pendidikan ?
Belajar di sekolah yang sama
Menggunakan pengantar yang sama
Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum.
Menggunakan kurikulum yang sama
(Mana-mana yang munasabah)

