Saturday, January 30, 2010

Soalan 2 :

Penjajahan British pada tahun 1874 telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan

a) Berikan Tiga faktor yang menjadi pemangkin kepada semangat nasionalisme masyarakat Melayu Terhadap perubahan yang dibuat oleh penjajah

F1 Perkembangan sistem pendidikan

F2 Dasar British

F3 Pendudukan Jepun

F4 Penguasaan parti Komunis Malaya

F5 Kemunculan Mesin Cetak

F6 Gerakan pan-Islamisme

F7 Kesedaran politik serantau

F8 Pengenalan sistem politik Barat


a

Contoh Soalan Struktur Bab 2 Ting 5

Soalan Struktur :
Soalan 1 :
Gerakan pemimpin tempatan adalah secara spontan untuk menjaga kepentingan mereka daripada di cerobohidan dikuasai oleh orang luar.
a)Namakan dua orang tokoh yang melakukan penentangan terhadap kuasa Inggeris di Tanah Melayu ( 2 M )

F1 Penghulu Dol Said,
F2 Dato’ Maharaja Lela,
F3 Rentap dan
F4 Mat Salleh.
F5 Mat Kilau
F6 Tuk Janggut
F7 Dato Bahaman
F8 Haji AbdulRahman limbong

b)Nyatakan tiga sebab penentangan yang dilakukan oleh pemimpin tempatan terhadap
Kehadiran kuasa asing di Tanah Melayu ( 3 M )

F1 Dasar Penaklukan British
F2 Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan
F3 Sistem Pentadbiran Barat
F4 Campurtangan Terhadap Adat Resam Tempatan
F5 Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh
F6 Kesulitan Penduduk Tempatan

c)Nyatakan sebab penentangan penduduk Perak terhadap British ( 3 M )
F1 Kelemahan perjanjian Pangkor yang telah menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi
asal sebagai penasihat kepada pemerintah.
F2 Pembaharuan-pembaharuan Birch seperti Cukai, sistem perhambaan dan Perundangan
British
F3 Penghapusan hak pungutan cukai pembesar tempatan.
F4 Personaliti Birch seperti tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu
berbahasa Melayu.
F5 Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu.

d)Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan apakah pengajaran yang boleh diambil
Iktibar penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan terhadap British( 2 M )


F1 Perpaduan
F2 Berkerjasama
F3 Semangat setia Negara
F4 Sanggup berkorban
F5 Tolong menolong
F6 Sikap berdisiplin
F7 Gigih berusaha
F8 Melengkapkan diri dengan ilmu

Wednesday, January 27, 2010

Contoh Soalan Esei Ting 4 Bab 1

  1. Jelaskan sumbangan masyarakat Hwang-Ho dalam bidang pertanian ? ( 6 markah
  2. F1 Salah satu sumbangan ekonomi yang penting ialah pembinaan sistem pengairan.

F2 Mengambil berat terhadap pembangunan pertanian

H2a selain mengelakkan berlakunya banjir.

F3 Sistem pengairan telah diteruskan pada zaman pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.

F4 Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di

wilayah tersebut.

F5 Pembangunan pertanian telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan

H5a serta penciptaan cangkul dan sabit.

F6 Para petani juga mula mencipta kaedah baru dalam pertanian

H6a Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

  1. Nyatakan pemerintahan yang dijalankan oleh masyarakat shang ? ( 8 markah )

  2. F1 Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja

F2 penggantinya adalah secara warisan dikalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

F3 Raja-raja Shang mempunyai kewibaan politik, ekonomi dan social serta keagamaan.

F4 Raja–raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.

F5 Masayarakat tamadun ini amat percaya kepada Mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerena mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.

F6 Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

F7 Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran. Golongan bangsawan telah

dipertanggungjawab untuk mentadbir wilayahnya.

F8 Oleh itu golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti cukai, pertahanan dan undang-undang.

  1. Terangkan sistem feudal yang diamalkan oleh dinasti Chou ? ( 6 Markah )

F1 Sistem ini juga telah dilaksanakan oleh Dinasti Chou setelah mereka merampas kuasa daripada Dinasti Shang.

F2 Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah

H2a melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

F3 Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou,

H3a di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

F4 Mereka juga diminta melindungi raja

F4a dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

F5 Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

Contoh soalan esei ting 4

  1. Terangkan ciri-ciri penting Bandar Harrapa dan mohenjo daro yang berkaitan dengan aspek perancangan Bandar ? ( 8 markah )

F1 Bandar di Indus terbahagi kepada dua bahagian

H1a dikelilingi oleh tembok.

F2 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran

H2a keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran,

H2b tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual pembersihan,

tempat pemyimpan hasil pertanian.

F3 Bahagian kedua adalah terdiri kawasan perumahan.

F4 Bandar-bandar adalah dirancang dengan sebegitu rapi

H4a terutamanya dari sudut susur aturnya yang sistematik.

F5 Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentu segi empat

H5a setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambungan

antara satu sama lain.

F6 Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

F7 Bandar-bandar di sini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan

perhubungan.

  1. Bagaimanakah masyarakat di atas mampu membina bandar yang terancang ? ( 6 markah

F1 Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang sperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran

H1a seperti sudut letak bandarnya dan dari segi pengisiannya.

F2 Kefahaman terhadap ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukkan.

F3 Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan

bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.

F4 Ini adalah hasil pertembungan tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan

Mesir yang

F5 membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang

H5a diikuti oleh jalanraya yang lurus.

F6 Masyarakat Lembah Indus juga telah berusaha meningkatkan meningkatkan mutu

bahan binaan

H6a iaitu batu bata bukan lagi dihasilkan dengan pemanasan cahaya matahari.

F7 Batu-bata yang dihasilkan adalah menggunakan kepakaran tenologi baru

H7a melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

  1. Nyatakan aspek yang memperlihatkan sifat keterbukaan masyarakat Indus ? ( 6 Markah )

F1 Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu

mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.

F2 Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir telah membolehkan

kedua-dua belah pihak memperolehi manfaatnya dari segi teknologi dan sebagainya.

F3 Hubungan antara tamadun Indus dan Mesopotamia telah disesuaikan dengan keadaan

dan Susana setempat.

F4 Tamadun Indus telah memperlihatkan kepada masyarakat moden hari ini bahawa keamanan adalah penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun.

F5 Kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk

mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

F6 Tamadun Indus telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang

termasuklah perancangan Bandar, kegiatan ekonomi, aspek rohani dan keprcayaan.

F7 Keadaan ini adalah disebabkan adanya sumber asas kehidupan iaitu Sungai Indus,

selain itu kreativiti masyarakatnya menjadikan sumber tersebut punca kepada kejayaan.


a) Beri 4 amalan kepercayaan yang disembah oleh masyarakat shang ( 4 Markah )

F1 animisme

F2 politiesma.

F3 Mereka juga menyembah roh nenek moyang.

F4 Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-Ti )

F5 Tuhan bumi ( Tu ),

F6 penyembahan terhadap sungai, bukti dan gunung.

b) Bagaimanakah upacara penyembah masyarakat Hwang Ho dijalankan ( 2 markah )

F1 Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban.

F2 Ia diketua oleh seorang bomoh.

F3 Terdapat jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.

F4 Tulang ini dikenali sebagai tulang oracle

F5 Berfungsi untuk meramal sesuatu keadaan.

a) Apakah fungsi tulang oracle ( 1 Markah )

F1 Tulang ini dikenali sebagai tulang oracle yang berfungsi untuk meramal sesuatu

keadaan.

b) Bagaimanakah upacara meramal dilakukan ? ( 3 markah )

F1 Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan

F2 akan meletakkan tulang ini di atas unggun api

F3 sehingga timbul rekahan

F4 ia ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.


bab 1 : tingkatan 4 ( contoh Soalan dan Jawapan )

a. Beri maksud tamadun di atas? ( 3 Markah )

Pilih mana-mana tiga

F1 bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa

F2 pembukaan Bandar.

F3 bahasa Inggeris Civilization yang berasal daripada bahasa Greek

F4 civitas yang bermaksud Bandar.

F5 sebagai kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi.

F6 Ia juga boleh di ertikan sebagai peradaban.

b. Nyatakan 3 ciri penting tamadun ? ( 3 Markah )

Pilih mana-mana tiga

F1 Negara Kota

F2 Kerajaan

F3 Teknologi

F4 Lapisan sosial

F5 Bahasa dan tulisan

F6 Agama dan kepercayaan

a. Nyatakan maksud tamadun mengikut perpeksktif Barat ? ( 2 markah ) Pilih mana-mana dua

F1 Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti

F2 Penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

F3 Mengikut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun

dalam sesebuah masyarakat.

F4 Darcy Riberio dan R. A Buchanan pula menolak unsur rohani sebaliknya hanya

menekankan

F5 kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

b. Apakah pandangan Ibnu Khaldun tentang tamadun? ( 2 markah )

F1 Berpendapat Kehidupan Bandar ialah kehidupan bertamadunIa terbentuk apabila

F2 lahir semangat assabiyah atau kekitaan

F3 Hasilnya wujud semangat berkerjasama dan saling Bantu membantu

F4 Penulisan adalah berdasarkan pengalaman sebenarnya.

F5 Di dalam karyanya yang ulung, iaitu Muqaddimah, beliau telah menggunakan istilahumran yang

F6 bermakna Tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dan istilah hadarah

yang bermaksud hidup di Bandar.

F7 Hadarah bermaksud kehidupan di Bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, dan moral

yang yang tinggi

F8 Karyanya telah menjadi rujukan utama sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antrapologi,

antropologi dan sejarah.

Saturday, January 23, 2010

a) Apakah yang anda faham dengan Nasionalisme ? ( 2 M )

F1 Nasionalisme ialah perasaan cinta kepada bangsa

F2 Cinta kepada Negara

F3 Mengakibatkan gerakan membebaskan tanah air.

F4 Ia juga bermaksud membebaskan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

a) Nyatakan dua -faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ( 2 M )

F1 Dasar Penjajah Barat yang menindas

F2 Pengaruh Agama membangkitkan penyatuan

F3 Karya sastera

F4 Sistem Pendidikan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati

F5 Kemunculan Golongan Intelektual

F6 Pengaruh Media Massa

F7 Kemudahan system Pengangkutan

F8 Pengaruh politik disebelah luar

Contoh soalan KBKK bab 1

a) Apakah sikap yang perlu ada pada kita untuk mengelakkan kita dijajah oleh kuasa Barat ( 2 M )

F1 Bersifat Terbuka

F2 sanggup menerima perubahan

F3 Tidak bertindak mengikut nafsu

F4 Bermesyuarat

F5 Semangat perpaduan

Contoh soalan Struktur/esei bab 1 ting 5

a) Berikan dua sebab mengapakah Thailand berjaya mengekalkan wilayahnya daripada Pengaruh Barat?

F1 Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.

F2 Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan

F3 Raja Monkut juga telah melantik penasihat kewangan, pegawai pelabuhan dan polis dari Britain.

F4 Sementara itu penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan perancis.

F5 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut dengan memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.

F6 Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran Negara.

F7 Juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan Negara.

F8 Keadaan ini telah menyebabkan telah muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berasaskan tahappendidikan mereka.

F9 Sistem raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem raja berperlembagaan pada tahun 1932.

Friday, January 22, 2010

Bab 1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

1. Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara berlaku secara berasingan di Negara Asia Tenggara.

2. Terdapat perbezaan dari segi masa dan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

3. Namun begitu, fakitor pencetus kepada nasionalisme di Asia tenggara mempunyai persamaan di Negara-negara Asia Tenggara.

Dasar Kuasa Barat

1. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat.

3. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan.

4. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo.

5. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja.

6. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat.

7. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan ekonomi oleh golongan imigran terbabit.

Pengaruh Agama

1. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.

1. Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906.

2. Agama telah dijadikan sebagai alat perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme.

3. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat.

4. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk menentang kuasa Sepanyol.

5. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Karya Kesusasteraan

1. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Ia merupakan media bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.

3. Di Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme di Asia Tenggara.

4. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat nasionalisme.

5. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.

Sistem Pendidikan

1. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat tempatan.

3. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

4. Pendidikan hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar.

5. Ini dapat dilihat di Indonesia, anak-anak golongan berkedudukan di Jawa ( Priyayi ) diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.

6. Di Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji ancaman kepada sekolah Buddha.

7. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris.

8. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

Kemunculan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.

2. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan Islam.

3. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang mengamalkan dasar diskriminasi.

4. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Pengaruh Media Massa

1. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada.

1. Peranan akhbar dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme dapat di lihat dalam jadual di bawah:

Negara Asia Tenggara

Akhbar dan Majalah

Vietnam

Tribune Indigene dan Cloche Felee

Tanah Melayu

Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis

Filipina

La Solidaridad

Indonesia

Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindi

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

1. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Kemunculan alat sebaran am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis.

3. Kewujudan jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di pendalaman.

4. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat.

Pengaruh Luar

1. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ialah pengaruh luar.

2. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.

3. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara.

4. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan.

5. Beliau enggan berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.