Wednesday, April 22, 2009
Analisis Soalan SPM 2008 mengikut Tema
Tamadun Awal Manusia
Bab 1 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Bab 2 - Peningkatan Tamadun
Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tengga
SPM 2008 - Bab 2 ( Pemerintahan Demokrasi Tamadun Yunani ) – Soalan Struktur
SPM 2008 - Bab 1 ( Ciri-Ciri dan Sumbangan Tamadun Mesir Purba ) – Soalan Esei
Tema 8 ( Tingkatan 4 )
Tamadun Islam dan Perkembangan
Bab 4 - Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah
Bab 6 - Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
SPM 2008 Bab 5 : Perjanjian Hudaibiyah – Soalan Struktur
SPM2008 BAB 4 : Zaman jahiliah - Soalan Esei
Tema 9 ( Tingkatan 4 )
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 9 - Perkembangan di Eropah
Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Nega
SPM 2008 : Bab 10 : Perlombongan Bijih Timah – Soalan esei
Tema 10 ( Tingkatan 5 )
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di AT
Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
SPM 2008 : Bab 2 : Penentangan masyarakat Melayu terhadap kedatangan British
Tema 11 ( Tingkatan 5 )
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka
Bab 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
Bab 8 - Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
SPM 2008 : Bab 8 : Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi – Soalan Esei
Tema 12
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
( Untuk Tema 12 Tiada pilihan Bab, Setiap tahun Soalan daripada Bab 9 ting 5 disoal dalam soalan peperiksaan SPM )
Wednesday, April 8, 2009
Tajuk Popular SPM 2009 Tema 1
Soalan : Nyatakan kepentingan agama kepada manusia
isi penting jawapan :
1. Satu keperluan Utama kepada manusia
2. Pedoman untum membimbing manusia
3, memenuhi keperluan manusia
4. Satu pegangan atau kepercayaan kepada manusia
Nyatakan 3 Fungsi tuhan di dalam masyarakat Hindu
1. Tuhan Brahman - Tuhan Mncipta
2. Tuhan Vishnu - Tuhan Memelihara
3. Tuhan Siva - Tuhan Membinasa
Mengapakan masyarakat Hindu percaya kepada Hukum Karma
1. Berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup
2. Kelahiran semula selepas mati
3. kelahiran semula adalah bergantung kepada karma
Apakah matlamat utama penganut agama Hindu
1. Untuk mencapai Nirvana atau Moksya
2. iaitu kebebasan mutlak
3. Mencapai tahap ini akan bersatu dengan tuhan
4. Tidak akan di lahirkan semula ke dunia
5. untuk mencapainya penganutnya mestilah membuat kebaikan kepada semua makhluk di dunia
Friday, March 6, 2009
Lokasi Sebenar Jambatan Guillemard
Terdapat percanggahan fakta di dalam buku teks sejarah Tingkatan 3 yang mengatakan jambatan Guillemard Berada di Kuala Krai.Mengikut Buku : " Perang Dunia Kedua " Peranan Askar Melayu " Tulisan Wan Hasyim Wan Teh Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1993 Menurut Buku tersebut : Jambatan Guillemard yang merentangi Sungai Kelantan di Tanah Merah telah dimusnahkan oleh Tentera British pada 11 Disember 1941.
Gambar : Kelihatan tentera berjalan kaki Jepun sedang menggunakan Jambatan itu untuk menuju ke Kuala Krai ( Mungkin disini kesilapannya...yg mengatakan jambatan Guillemard berada di Kuala Krai : Sebenarnya tentera Jepun gunakan jambatan tersebut untuk menuju ke Kuala Krai
Mengikut Pengetahuan Cikgusejarah, jambatan di Kuala Krai yang dijumpai ialah Jambatan Sultan Ismail. CikguSejarah berada 7 tahun di Kuala Krai..
Monday, March 2, 2009
Download bahan Sejarah - Soalan kertas 1 Ujian mac 2009
Perincian : Soalan ini mengandungi 20 Soalan bab 1 dan 20 Soalan bab 2 Tingkatan 4
Saturday, February 28, 2009
Keperwiraan Lt. Adnan
Keperwiraan Lt. Adnan bin saidi yang berasal dari kajang, Selangor menjadi satu lagenda keberanian anggota askar Melayu, walaupun ini merupakan kali pertama mereka menghadapi musuh dimedan perang. Mayat Lt. Adnan juga telah digantung pada salah satu pokok yang terdapat di Bukit Chandu, beliau telah digantung kaki ke atas dan kepala di bawa ( sama seperti mayat tuk janggut ) Perang Bukit Chandu pada 14 Februari yang begitu sengit merupakan satu titik tanda bersejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Mereka lebih sanggup bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir daripada menyerah kalah, walaupun sudah disedari pihak musuh jauh lebih ramai daripada Askar Melayu.Semangat yang ditunjukkan oleh Lt. Adnan patuh dicontohi oleh anak muda melayu hari ini, walaupun bukan dalam peperangan tetapi dalam perjuangan untuk memajukan diri sendiri demi bangsa, agama dan negara.
Wednesday, February 25, 2009
Kubu Zaman Jepun
Kubu Zaman Jepun yang digunakan oleh British semasa Perang Dunia Kedua sudah "ditelan ombak" Generasi muda di Kampung Pantai sabak ( Pantai dasar ) sudah tidak dapat melihat lagi kesan peninggalan sejarah tersebut. Semasa gambar ini diambil kubu tersebut sudah berada di dalam laut. gambar tu di ambil pada tahun 1993.Sekarang, tahun 2009, sudah lama berlalu...semuanya telah hilang...tiada lagi pantai...tiada lagi bahan peninggalan sejarah yang penting yang harus diingat oleh generasi hari ini..untuk melihat bagaimana peritnya penderitaan masyarakat kampung waktu itu semasa pemerintahan Jepun...." Peristiwa Sejarah boleh menjadi ikhtibar dan panduan kepada generasi hari ini"
Thursday, February 19, 2009
Gerakan Islah
Gerakan Islah
· Gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam
· Bertujuan memajukan umat Islam berdasarkan al-quran dan Hadis
· Tokoh-tokoh pentingialah SheikhTahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
· Isu penting yangdiperjuangkan ialah Memajukan ekonomi orang Melayu, sematkan sikap kritik penjajah dan mengkritik raja
· Akhbar dan majalah utama ialah Al-Imam, Neracha, Edaran Zaman dan Pengasuh.
· Di Kenali dengan nama Kaum Muda
- Kaum Muda telah berusaha untuk menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
- Antara yang diperjuangkanm oleh golongan kaum Muda ini ialah :
a. Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
b. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
c. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu
- Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi adalah merupakan tokoh gerakan Kaum Muda yang amat aktif pada ketika itu.
- Sheikh Tahir Jalaluddin adalah merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam dan juga menulis dalam majalah al-Manar.
- Begitu juga dengan Syed Syeikh al-Hadi yang telah menubuhkan Jelutung Press dan telah menerbitkan majalah Saudara.
Wednesday, February 11, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Friday, February 6, 2009
Tip-tip belajar Sejarah

Untuk memudahkan mengingati fakta Sejarah pelajar harus menghasilkan kad bertema dalam bentuk kad-kad kecil untuk satu-satu tajuk.
Setiap kad bertema harus mengandungi Tajuk dan tema-tema penting tajuk tersebut, tema-tema tersebut haruslah menjawab soalan Apa? Mengapa?Bila?Bagaimana?Dimana.
Contoh Kad







