Saturday, May 22, 2010

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA

Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain.

Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara.

Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.

Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa.

Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya.

Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah-rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama diri.

Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man-mana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing-masing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun.

Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa.

Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Perayaan Rumah Terbuka

Adat Resam Perayaan Tahun Baru Pelbagai Etnik Minoriti

Adat Resam Perayaan Tahun Baru Pelbagai Etnik Minoriti

http://malay.cri.cn/chinaabc/images/c.gif

中国国际广播电台


Tahun Baru Cina merupakan perayaan bersama 56 buah etnik China. Selain bangsa Han, banyak etnik minoriti merayakan Tahun Baru Cina dengan cara istimewa etnik sendiri.

Etnik Li (terutamanya tinggal di Provinsi Hainan, selatan China):

Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, ahli sekeluarga etnik Li akan duduk bersama-sama menikmati lauk-pauk yang sedap dan sambil menyanyi lagu perayaan tahun baru. Pada hari pertama dan kedua tahun baru Imlek China, mereka memburu, membahagikan separuh hasil pemburuan kepada pemburu yang pertama berjaya menangkap binatang.

Etnik Yi ( terutamanya tinggal di Provinsi Sichuan China):

Dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina, etnik Yi akan bersama-sama menari untuk merayakan tahun baru. Pada hari pertama tahun baru Imlek China, di beberapa kampung akan membiarkan lelaki mengurus rumah tangga, perempuan berehat, tujuannya menyampaikan hiburan kepada perempuan yang sudah bekerja dengan giat untuk keluarga sepanjang tahun.

Etnik Miao ( terutamanya tinggal di Provinsi Hunan dan Guizhou):

Etnik Miao menyebut Tahun Baru Cina sebagai "Tahun Hakka". Mereka akan menyanyi "Lagu Ketibaan Musim Bunga".

Etnik Man (terutamanya tinggal di 3 Provinsi Timur Laut China, Beijing dan Provinsi Hebei):

Etnik Man akan merayakan Tahun Baru China dua kali masing-masing pada hari sebelum Tahun Baru Cina dan hari pertama tahun baru Imlek China. Dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina, perlumbaan loncat kekuda dan unta akan diadakan.

Etnik Dong ( terutamanya tinggal di Provinsi Guizhou China)

Penduduk Etnik Dong pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China akan menangkap beberapa ekor ikan dan diletakkan di atas meja makan, tujuannya berharap punya lebih banyak kebahagian pada tahun depan.

Etnik Zhuang ( terutamanya tinggal di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China)

Penduduk Etnik Zhuang lebih suka memasak masakan hari pertama tahun baru Imlek China pada hari sebelum Tahun Baru Cina, tujuannya tuaian makmur diwujud pada tahun akan datang.

Etnik Qiang ( terutamanya tinggal di Provinsi Sichuan):

Dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina, setiap keluarga etnik Qiang akan meletakkan lembu dan kambing di atas meja untuk menyembah nenek moyang. Selain itu, pada malam sebelum Tahun Baru Cina, sekeluga akan duduk mengelilingi jag arak dan menikmati bersama-sama arak itu.

Etnik Shui ( terutamanya tinggal di Provinsi Guizhou)

Dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina, kanak-kanak Etnik Shui akan mengunjungi setiap rumah untuk meminta gula, siapa mendapat lebih banyak gula, siapa akan dianggap lebih bertuah dan cerdik.

Etnik Bai ( terutamanya tinggal di Provinsi Yunan China)

Etnik Bai akan minum air manis pada sarapan hari pertama tahun baru Imlek China yang melambangkan kehidupan lebih bahagia pada tahun akan datang.

Etnik Korea ( terutamanya tinggal di Provinsi Jilin China):

Adat resam Etnik Korea adalah menempelkan kuplet Tahun Baru Cina, memasak masakan yang sedap, pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China, penduduk etnik Korea memakai pakaian yang cantik dan saling menyampaikan selamat tahun baru.

Etnik Mongol (terutamanya tinggal di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China ):

Pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China, pemuda-pemudi etnik Mongol memakai pakaian yang berwarna-warni dan menunggang kuda untuk menyampaikan selamat tahun baru kepada orang tua. Selain itu, etnik Mongol juga akan mengadakan perhimpunan yang meriah, penduduk etnik Mongol akan memakai jubah menari sambil menyanyi untuk menyambut tahun baru.

Etnik Hani ( terutamanya tinggal di Provinsi Yunan China):

Pemuda-pemudi etnik Hani dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina akan minum arak, menyanyi dan menari bersama-sama untuk memilih kekasih.

Etnik Naxi (terutamanya tinggal di Provinsi Yunan)

Pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China, etnik Naxi akan mengadakan upacara untuk pemuda yang berumur 13 tahun yang melambangkan mereka sudah dewasa.

Etnik Oroqen (terutamanya tinggal di Provinsi Heilongjiang China):

Pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China, pemuda etnik Oroqen akan menyumbangkan arak kepada orang tua. Kemudian, para pemuda saling menyampaikan selamat tahun baru. Selepas makan sarapan, pemuda-pemudi berkumpul menjalankan perlumbaan lari kuda dan memanah.

Etnik Daur (terutamanya tinggal di Provinsi Heilongjiang China):

Pada pagi hari pertama tahun baru Imlek China, tangan para pemuda-pemudi etnik Daur dipenuhi abu dapur dan mereka masing-masing menyapu ke muka orang lain, dikatakan tujuan aktiviti itu berharap tuaian makmur dan bahagia pada masa depan.

TAHUN BARU CINA

TAHUN BARU CINA
Pelbagai Dalam Satu
Malaysia sesungguhnya adalah bumi bertuah yang memiliki
kepelbagaian kebudayaan yang unik dan penuh warna-warni
menerusi gabungan keindahan kesenian budaya yang diwarisi dari
kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Jumlah penduduknya
menjangkau 26 juta terdiri dari 60 peratus kaum Melayu yang
kebanyakannya beragama Islam, 25 peratus kaum Cina yang
menganut agama Buddha, Taoist atau Kristian manakala 8 peratus
adalah kaum India diikuti kumpulan etnik minoriti yang lain.
Selain daripada masa untuk bersuka ria dan berpesta perayaan ini
sebenarnya merupakan satu masa yang penting untuk mewariskan
adat budaya dan tradisi dari satu generasi kepada satu generasi
yang lain. Ini adalah masanya untuk merayakan kejayaan yang telah
diperolehi pada tahun yang lalu dan juga sebagai meraikan
ketetapan kitaran musim. la mengiktiraf semula hubungan yang
harmoni di antara manusia dengan alam, manusia dengan komuniti
dan seterusnya kewajipannya terhadap keluarga. Hari ini, perayaan
musim bunga menjadi lebih penting kerana peranannya dalam
menegakkan adat dan tradisi masyarakat Cina di samping
mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.
TAHUN BARU LUNAR / PERAYAAN MUSIM BUNGA
Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu
perayaan utama masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia.
Malah, perayaan ini juga disambut oleh penduduk di Vietnam dan
Korea.
Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah. Setiap
rumah dihias dan dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang
melambangkan keamanan, kemakmuran dan keberuntungan.
Limau-limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis
yang memberi maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim
perayaan ini kerana warna keemasannya melambangkan limpahan
kekayaan. Demikian juga dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bo lok
dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa maksud ('kemakmuran'),
kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) atau
nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan
sepanjang tahun'. Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya
sehingga pada hari ke-15 perayaan.
Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga'
atau Chunlian. Kuplet ini sangat unik bentuknya dan berupaya
menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi
untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan
mengalu-alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah
perkataanperkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bunga
atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas
merah. Selain itu, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah
juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan
Tahun Baru.
Dalam perayaan Tahun Baru, 'makan besar' menjadi satu acara
yang penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti
ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy' (kekayaan) dan
sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup'
yang melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan memberi
keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di
antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan mentah dan
beberapa jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur
dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara
menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis)
menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang
akan mendatangkan pulangan yang baik.
CHINESE NEW YEAR
Unity in Diversity
Malaysia is indeed a wonderful country with a rich, vibrant cultural
heritage of a multi-racial society. Malaysia's population of 26 million
comprise of 60 percent ethnic Malays, the vast majority of them
Muslims, Chinese, most of them Buddhists, Taoists or Christians,
make up 25 percent, while mainly Hindu or Christian ethnic Indians
comprise 8 percent and the rest are other minority ethnic groups.
The Chinese New Year Festival is much more than a time of joy
and merry-making. It is a time when family values are continued
from one generation to another. It is a celebration of the fruits of
one's labour in the past year and the cyclical regularity of the
seasons. It is thus a link between the harmonious relations of man
and his environment, the social relations among communities, as
well as a reaffirmation of the responsibilities and duties to his family.
Today, the Lunar New Year is even more important in its role as
the conduit for the propagation of customs and traditions and also
the strengthening of family values.
THE LUNAR NEW YEAR / SPRING FESTIVAL
The Lunar New Year or Spring Festival is the major festival of
Malaysian Chinese as well as the Chinese throughout the world. The
same festival is also celebrated in the Korea, and Vietnam.
The festival is celebrated with joy and merry-making. Every house is
decorated and filled with items that symbolize peace, prosperity and
luck. The Mandarin oranges (called kam in Cantonese, to rhyme with
kam or gold) is a must as its golden richness symbolizes abundant
wealth. Similarly, other auspicious items include the pomeloes (bo
lok in Cantonese, to rhyme with 10k or prosperity), the New Year
cake or niangao (in Mandarin) or nenkul (Cantonese) to symbolize
"rising with the year", and many other goodies are stocked up to last
through the fifteen-day festival.
Among the decorative items are the Spring couplets or Chunlian.
They are a unique literary form that adds to the festive atmosphere.
They have become a traditional method of sending off the past year
and receiving the new one. Other items include Chinese characters
that emphasize luck, Spring, or peacefulness, all written in artistic
calligraphy on red papers. Flowers and the delightful red lanterns are
also essential decorative items to create a festive ambience.
The all-important reunion dinner on New Year's eve features dishes
that include, among others, fish (to symbolize "surplus"), the "fatt
choy" (wealth), etc. A typical Malaysian innovation is the "Yee Sang"
(literary "live fish" to symbolize a year of "vigorous and surplus
(profits)" activity. This comprises such ingredients as noodle, raw
fish and other appetising flavours, to be mixed by all around the
table. This act of mixing (Iou in Cantonese) is symbolic of a busy
year that would bring good returns.

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu
Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.


Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.


Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.


Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."


Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Sumber: http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hari-raya.html

BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Nyatakan ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia
Tenggara.
Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara
ialah
F1 menubuhkan kerajaan pusat.
F2 diketuai Gabenor Jeneral.
F3 menubuhkan biro.
F4 diketuai pegawai Barat
F5 pengenalan undang-undang Barat.
2. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol
di Filipina.
Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol di
Filipina ialah
F1 wujud pentadbiran pusat
F2 Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi
F3 wilayah diketuai Datuk Bandar
F4 bandar diketuai Gabenor Kecil
F5 barangay disatukan membentuk Ecomienda
F6 diketuai oleh Encomiendero
F7 Ecomeindero berperanan mengutip cukai
Senaraikan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh
Belanda di Indonesia.
Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Belanda di
Indonesia ialah
F1 wujud pentadbiran pusat
F2 diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3 tubuh jabatan kerajaan
F4 tubuh Dewan Tempatan sebagai penasihat
F5 Volksraad ditubuhkan sebagai langkah ke arah
kemerdekaan
F6 pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
F7 tetapi diawasi Belanda
4. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja
Mongkut di Thailand.
Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja
Mongkut di Thailand ialah
F1 melantik 80 orang penasihat Barat
F2 penasihat kewangan dari Britain.
F3 penasihat pelabuhan dari Britain.
F4 polis dari Britain
F5 penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6 penasihat tentera dari Peranchis
5. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja
Chulalongkorn di Thailand.
Ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja
Chulalongkorn di Thailand ialah
F1 melantik juruaudit dari Britain
F2 menubuhkan Kabinet Menteri
F3 menubuhkan Majlis Penasihat Rendah.
F4 menubuhkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F5 sebagai badan penasihat raja
Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia
Tenggara.
Faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
F1 menentang dasar penjajahan barat
F2 dasar ekonomi menindas penduduk
F3 Sistem Tanaman Paksa di Indonesia (Belanda)
F4 Sistem Polo di Filipina (Sepanyol)
F5 Pengaruh agama cetuskan nasionalisme
F6 Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
F7 karya kesusasteraan bangkitkan nasionalieme
F8 sistem pendidikan pilih kasih
7. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di
Filipina.
ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina
ialah
F1 merupakan gerakan dakyah
F2 dipimpin oleh Jose Rizal
F3 menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F4 menubuh Liga Filipina
F5 menuntut kebebasan bersuara
F6 ditangkap dan dibunuh
8. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di
Filipina.
Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina ialah
F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2 menubuhkan Katipunan
F3 untuk menyatukan bangsa Filipina
F4 mencapai kemerdekaan
F5 melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6 menggunakan akhbar kalayan
F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8 bekerjasama dengan Amerika Syarikat

Friday, May 21, 2010

Tajuk Popular SPM 2010

TAMADUN INDUS
1. Namakan bandar terancang dalam tamadun Indus
F1 Mohenjo-Daro
F2 Harappa
2. Nyatakan ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus
Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah
F1 terbahagi kepada dua bahagian
F2 dikelilingi tembok
F3 bahagian utama pusat pentadbiran
F4 bahagian kedua kawasan perumahan
F5 susunan blok segiempat
F6 jalan raya lurus
F7 sistem kumbahan terancang
3. Apakah faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus?
Faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus ialah
F1 maju dalam bidang geometri dan matematik
F2 kemajuan pembinaan
F3 sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F4 kemahiran membuat batu bata
F5 cintakan keamanan
4. Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan
tamadun Indus?
Iktibarnya ialah daripada sifat keterbukaan tamadun Indus
ialah
F1 perlu cintakan ilmu
F2 perlu gigih, rajin
F3 perlu pertukaran teknologi
F4 perlu kreatif dan inovatif
F5 menjalin hubungan diplomatik
F6 sedia menerima pengaruh baik
F7 menjalin hubungan perdagangan

HWANG HO
5. Nyatakan ciri-ciri pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho?
Ciri-ciri pemerintahan tamadun Hwang Ho ialah
F1 pemerintahan beraja
F2 anak lelaki raja pengganti raja
F3 putaran dinasti
F4 mandat daripada tuhan
F5 raja dibantu oleh bangsawan
F6 raja dibantu oleh pegawai kerajaan
6. Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?
Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian ialah
F1 memperkenalkan sistem pengairan
F2 memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F3 menggunakan cangkul
F4 menggunakan sabit
F5 memperkenalkan teknologi pembajakan
F6 memperkenalkan batas untuk tanaman
7. Jelaskan ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho.
F1 tulisan Ideogram
F2 berbentuk gambar dan simbol
F3 terhasil dari penilikan tulang oracle
F4 diguna dalam penulisan
F5 diguna dalam pencetakan
F6 diguna oleh orang Jepun dan Korea
8. Namakan karya Sun Tzu?
F1 The Art of War
9. Apakah yang dapat dipelajari dari karya ‘Sun Tzu’?
F1 selok belok perang
F2 cara menangani musuh
F3 boleh guna dalam strategi perniagaan
F4 strategi mencapai kejayaan dalam hidup
10. Apakah kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang
diwarisi sehingga hari ini?
F1 pemujaan roh nenek moyang
F2 konsep Yin dan Yang
F3 amalan Feng Hsui
F4 kepercayaan animisme dan politeisme
F5 amalan penilikan
11. Jelaskan sistem kalendar dalam tamadun Hwang Ho
F1 30 hari dalam sebulan
F2 360 hari dalam setahun
F3 guna untuk menentukan musim menanam dan menuai
F4 guna dalam upacara perkahwinan, pengebumian dan

Saturday, April 17, 2010

Panduan Melaksanakan Kerja Kursus 2010

Arahan Kepada Calon: 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. 3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. 5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. 6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. 9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. 10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 11.Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 12. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.

E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif

Format / Jadual Pelaksanaan

Elemen 1 - (Mac-April) – pengumpulan fakta Elemen 2 - (April-Mei) - pembinaan folio Pemantauan LPM – E1 dan E2 (April) kali pertama Elemen 3 - (Mei-Jun) - menulis esei Pemantauan LPM – E3 (Mei@Jun) kali kedua Penggredan (Jun)

Penghargaan (contoh)

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Murad b. Ali dan Pn. Rahimah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Zamri bin Talib , iaitu guru mata pelajaran Sejarah SMK Kemumin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan iaitu Nur 'Ain Sofiyya dan Aisyah yang turut membantu berkongsi bahan internet dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai. Kpd 3 pihak – ibubapa, guru, rakan

Objektif kajian

Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui secara mendalam tentang bangunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan, bahan-bahan yang digunakan serta cara pembinaan bangunan tersebut dibina.Objektif selanjutnya adalah untuk menanam semangat patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. · Menghuraikan 3 Objektif

Kaedah kajian

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/www.malaysiana.pnm.my. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.Saya juga membuat penyelidikan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Saya merujuk beberapa sumber seperti buku berjudul “ Bangunan-bangunan bersejarah di Negeri Perak” dan majalah “Warisan”. Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.Selain dari itu saya telah melawat bangunan tersebut untuk lebih mengenali dan melihat dengan mata sendiri keunikkan bahan binaan yang digunakan serta dapat mengaitkan pengaruh penjajah masa itu di negara kita.Menghuraikan 3 kaedah.

HASIL KAJIAN

1. Nama bangunan; Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang; - Asal-usul - Pengasas (sekiranya ada) - tarikh pembinaan - lokasi - kos pembinaan - tujuan pembinaan - perasmian 3. Keistimewaan bangunan - reka bentuk pelan - bahan binaan - pengubahsuaian - hiasan dalaman - kegunaan dahulu dan sekarang - cara pembinaan

Rumusan (contoh)

Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang bangunan bersejarah dalam negara kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai bangunan bersejarah di negera kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia. · 3 unsur patriotisme berkaitan tajuk/ iktibar

Elemen 3 – Tugasan 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Susunan Kerja Kursus

Kulit buku spt yg dibekalkan oleh LPM (format)

1. Elemen 1: Bahan-bahan drp org sumber, jurnal, buku, internet, dsbnya (fotostat)

2. Elemen 2 (a) Tajuk. (b) Senarai kandungan. (c) Penghargaan. (d) Objektif Kajian. (e) Kaedah kajian. (f ) Laporan Kajian. (g) Rumusan. (h) Lampiran. (i) Rujukan

3. Elemen 3a. Esei – 150 patah perkataan