Wednesday, September 20, 2017

Nota grafik bab 9 tingkatan 4










Tajuk Fokus SPM 2017 : Bab 8 Ting 4

Faktor Perdagangan Melaka
·       Melaka terletak di kedudukan  strategik di tengah jalan  perdagangan membantu perkembangannya
·       Menyedikan kemudahan pentadbiran yang  licin dan teratur
·       Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi    menjaga urusan kelautan dan Jawatan  Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
·       Penggubalan  Undang-   Undang Laut Melaka.
·       Terdapat  84 bahasa yang dipertuturkan di Pelabuhan Melaka menandakan kepesatan kegiatan perdagangan di Pelabuhan Melaka.
·       wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.

·       Kaedah urusan perdagangan  di Melaka iaitu kaedah    pertukaran barangan dan kaedah jual beli.

Zaman kesultanan Melayu Melaka

·       Cukai perlu dibayar sebelum   kegiatan perniagaan dapat dijalankan.
·       Cukai tetap( cukai import ) - cukai yang  paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.
·       Cukai 6 %  kepada Pedagang-pedagang dari  India, Ceylon, Tanah Arab,   Siam dan Pegu
·       Cukai 5% kepada Pedagang dari Jepun, dan China
·       Barang makanan seperti  beras adalah tidak dikenakan   cukai.
·       Tedapat juga cukai diraja – 3% dikenakan ke atas orang asing yang   datang dari kepulauan Melayu dan menetap di   Melaka dan 6% dikenakan ke atas orang asing lain
·       Amalan riba diharamkan kepada perniagaan yang   dijalankan oleh orang Islam.
·       Golongan ceti yang menjalankan kegiatan ekonomi   mereka telah dibenarkan.
·       Di dalam Hukum Kanun Melaka, ter dapat penegasan    berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba,   begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.
·        Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan   kaya supaya membayar zakat harta untuk     menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.
·       Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di  baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan     kemakmuran Negara serta sebagai sumber bantuan     kepada ahli masyarakat.

Matawang

·       Di Melaka, Wang timah telah digunakan, ia berbentuk bulat dan beratnya adalah satu kati lapan tahil. Pada wang tersebut terdapat nama sultan yang memerintah. Nama Sultan Muzaffar Shah dan tarikh Islam telah diukir dengan tulisan Jawi pada wang tersebut.
·       Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga telah digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan wang tempatan.
·       Di Johor- wang katun yang diperbuat daripada timah., bentuk bulat atau enam segi, ia tidak mempunyai tarikh, tetapi terdapat tulis jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
·       Di negeri Kedah juga terdapat juga penggunaan mata wang sendiri, terutamanya semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II ( 1710 – 1773 )Mata wang ini adalah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin, ia boleh dipatahkan dan digunakan secara brasingan.
·       Abad ke 16, Kerajaan Johor telah menggunakan matawang yang diperbuat daripada Emas.
·       Di Kelantan terdapat mata wang yang dikenali dengan nama kijang