Friday, September 21, 2018

Tajuk Target soalan spm sejarah 2018

Bahagian A
( 40 Markah )
Jawab Semua Soalan
1

( a ) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad
ke-3 Sebelum Masihi. BT4 Hal 51
f1 Hubungan perdagangan dengan luar
f2 Munculnya pusat perusahaan
f3 Mempunyai barang dagangan yang banyak
F4 Terdapat banyak pelabuhan
F5 Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
F6 Terdapat undang-undang perdagangan.
F7 Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
F8 Pelaksanaan sistem cukai
( 2 Markah )

( b ) Bagaimanakah faktor 1( a)  membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India?
Gunakan pengetahuan sejarah  dan pengetahuan am anda.
F1 Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia
Tengah dan Asia Tenggara.
F2 Kemunculan Pusat-pusat pedagangan seperti Anga, Kalinga dan Karusa
F3 Berkembangnya bidang perusahaan seperti Contohnya perusahaan tekstil, dan
sutera di Bengal dan Benares. Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata
F4 Mempunyai barang dagangan yang banyak seperti senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
F5 Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
F6 Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
F7 Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.Undang-undang diawasi oleh raja

( 4 Markah )

( c ) Berdasarkan kajian anda, terhadap tamadun India,  Apakah sifat yang dimiliki oleh masyarakatnya yang membolehkan tamadunnya mengalami perkembangan yang pesat dan terkenal diseluruh dunia?
F1 Rajin berusaha dalam semua bidang
F2 Menguasai segala ilmu pengetahuan
F3 Berani meneroka bidang baru
F4 Semangat jati diri kepada negara yang kuat
F5 Cekal dalam menghadapi segala masalah
F6 Sentiasa berkerjasama
F7 Mementingkan keamanan

 ( 4 Markah )
2 Terdapat 3 pelabuhan utama di dalam kerajaan Maritim iaitu Pelabuhan Pembekal, Pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot
( a ) `Namakan 2 Contoh pelabuhan pelabuhan tersebut  tersebut?
Pelabuhan pembekal
F1 Jenderam Hilir
F2 Kuala Berang
F3 Kuala selising

Pelabuhan Kerajaan
F4 Champa
F5 Langkasuka
F6 Kedah Tua
F7 Srivijaya

Pelabuhan Intreport
F8 Kedah Tua
F9 Srivijaya

 ( 2 Markah )

 ( b ) Bagaimanakah pelabuhan di ( 1 ) (a) berkembang menjadi pelabuhan tersebut?
Pelabuhan Pembekal
F1 Merupakan pelabuhan peringkat awal.
F2 Beperanan membekalkan hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil
hutan (damar, kayu gaharu, rotan), hasil laut dan juga makanan kepada para pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.

Pelabuhan Kerajaan

F3 Merupakan pelabuhan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah
kerajaan di sekitar pelabuhan pembekal.
F4 Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang, tetapi
untuk kawasan yang lebih luas.
F5 Antara pelabuhan kerajaan yang wujud ialah Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan
Srivijaya.
F6 Pada awalnya, kerajaan-kerajaan iniberdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan Langkasuka.
F7 Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian
pedagang dari persisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan Barat.

Pelabuhan Entrepot

F8 Merupakan pelabuhan yang memperdagangkan hasil tempatan serta hasil dari
kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
F9 Pelabuhan ini juga membeli barangan daripada saudagar-saudagar yang datang dari
pelabuhan sekitarnya dan yang datang dari kawasan takluknya.
F10 Pelabuhan ini biasanya berkembang dari pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya Kedah Tua dan Srivijaya. Ini berdasarkan :
F11 Lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda.
F12 Kedudukannya di laluan perdagangan di antara India dan China.
F13 Kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil laut dan hasil pertanian.
 ( 4 markah )
( c ) Pada pandangan anda,  bagaimanakah negara kita hari ini boleh mewujudkan sebuah pelabuhan yang maju dan menjadi tempat persinggahan kapal kapal di seluruh dunia?
F1 membina banyak kemudahan dipelabuhan
F2 memperdalamkan lagi pelabuhan
F3 Menghapuskan percukaian yang tidak munasabah
F4 Mengutamakan sistem keselamatan pelabuhan yang standart
F5 memodenkan pelabuhan yang terdapat dinegara kita
F6 menyediakan tenaga buruh yang mahir dipelabuhan

( 4 markah )

4 Salah satu sistem demokrasi berperlembagaan di Malaysia ialah pilihanraya.
( a ) Jelaskan apakah yang anda faham dengan maksud pilihanraya?
F1 Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri
` atau persekutuan.
F2 Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan teratur.
F3 Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
F4 Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
 ( 2 Markah )
( b ) Bagaimanakah pilihanraya di Malaysia dijalankan?
F1 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan
tarikh pengundian.
F2 Penamaan calon yang bertanding diadakan.
F3 Parti yang bertanding menyediakan manifesto.
F4 Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
F5 SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
F6 Pemberian kertas undi kepada pengundi.
                F7 Diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
                F8 Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh
pengundi.
F9 Pembuangan undi.
        F10 Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
        F11 Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.
F12 Pengiraan undi.
F13 Pengumuman keputusan pilihan raya
 ( 4 markah )

( c ) Berdasarkan pengkajian anda, apakah kepentingan sistem pilihanraya terhadap negara kita Malaysia?
F1 Melibatkan rakyat dalam pemerintahan Negara
F2 Mengekalkan amalan demokrasi
F3 Memilih kerajaan yang berwibawa
F4 Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
F5 Menjamin pemerintahan yang adil
F6 Memastikan pentadbiran berjalan lancer
( 4 markah )

4


( a ) Bagaimanakah globalisasi  mampu membawa membawa kemajuan kepada Malaysia?
F1 Memberi manfaat kepada peningkatan ilmu pengetahuan
F2 Memberi peluang untuk Malaysia mempromosikan barangan Malaysia
F3 Meningkatkan teknologi
F4 Bepeluang untuk meningkatkan usaha esaha ekonomi diperingkat
Antarabangsa
F5 Peningkatan modal  antarabangsa
F6 Peningkatan pelaburan asing
 ( 4 markah )

( b ) Apakah kesan globalisasi tersebut kepada negara negara miskin di dunia?
F1 Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun
diketahui negara maju.
F2 Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi
kepentingannya
F3 Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
F4 Serangan matawang asing menyebabkan kejatuhan mata wang tempatan
F5 Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak
lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara
F6 Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan
dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara.
F7 Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan
F8 Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS)
F9 Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan
ekonomi negara.

 ( 4 markah )

( c ) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah globalisasi dapat merealisasikan kejayaan pelajar di sesebuah institusi pendidikan masa kini?
F1 Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet.
F2 Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri.
F3 Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi.
F4 Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang
perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul.
F5 Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.


 ( 2 markah )


5 Kerajaan Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu
( a ) Jelaskan apakah bukti kerajaan tersebut  berperanan  sebagai pelabuhan entreport sebelum kewujudan Kerajaan Melaka?
F1 Jumpaan tembikar china yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang
H1a iaitu pada abad ketujuh Masihi
H1b Pada zaman Dinasti song pada abad 10 masihi
H1c pada zaman Dinasti Yuan pada abad ke 10 masihi hingga abad ke 13 masihi
F2 Jumpaan pelita tembaga dan tembikar tembikar dari Timur Tengah bertarikh
sekitar abad kesembilan dana bad ke 10 masihi
F3 Pelbagai jenis manik yang merupakan barangan dagangan
H3a dari beberapa tempat seperti dari India, Sri Langka dan Burma telah turut
ditemui

( 6 Markah )

( b ) Bagaimanakah kerajaan tersebut mampu berkembang maju?
F1 Gunung Jerai yang berdekatan merupakan mercu tanda
H1a yang dapat memandu kapal-kapal pedagang keluar masuk pelabuhannya.
F2 Kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan di Selat Melaka.
H2a Pelabuhannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya
dan monsun timur laut.
F3 Terdapat pelbagai  kemudahan-kemudahan
H3a seperti kemudahan memunggah, memuat dan menyimpan barang serta
bekalan minuman dan makanan.
F4 Kawasan sekitarnya yang kaya dengan hasil hutan
H4a seperti damar, rotan, ubat-ubatan dan hasil galian seperti timah.
F5 Kedah Tua juga mudah memperoleh barangan luar
H5a seperti kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.


( 8 Markah )


( c ) Kemajuan sesebuah pelabuhan amat penting untuk kemajuan ekonomi sesebuah negara.
Berikan penjelasan anda?
F1 Meningkat pelaburan asing
F2 Pusat tumpuan kegiatan perdagangan
F3 meningkatkan pelaburan dalam bidang perkilangan, perladangan,
perbankan dan sebagainya
F4 Ekonomi  Malaysia akan menjadi betambah maju kerana hasil pengeluaran
semakin bertambah
F5 Meningkatkan aktiviti perdagangan dan dapat menambahkan pendapatan
Negara
F7 Pelabuhan yang lengkap dan moden menarik minat negara luar untuk
berdagang di Malaysia dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara.
F8 Akan berlaku peningkatan teknologi dlm pelbagai bidang

( 6 Markah )

6 Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622 Masihi telah menimbulkan perasaan iri hati dikalangan orang Arab Quraisy
( a ) Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Arab Quraisy tersebut untuk menunjukkan perasaan iri hati mereka?
F1 Mula mencari sokongan dikalangan Orang Yahudi
Hh1a Daripada penduduk Arab sekitar Tanah Arab
H1b Untuk menghapuskan kerajaan islam
F2 Orang Arab Quraisy juga cenderung untuk melakukan keganasan
H2a Dengan menyerang kafilah perdagangan islam

( 4 Markah)

( b ) Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW membetulkan keadaan di 6 ( a ) tersebut?
F1 Nabi menyedari tindak tanduk orang Arab Quraisy
H1a dan berhati hati menghadapinya.
F2 Baginda mula menyusun strategi menyebarkan Islam
H2a dengan menghantar perutusan ke Rom timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan
wilayah di semenanjunag Tanah Arab.
F3 Nabi Muhammad saw tidak memaksa mereka memeluk islam
H3a tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai yang baik
H3b Baginda juga mewujudkan rsa persefahaman dengan wilayah tersebut.

( 8 Markah )


( c ) Peperangan di zaman kini bukan bertujuan untuk mencari keamanan tetapi demi kepentingan politik dan ekonomi.
Bersetujukah anda dengan pandangan tersebut
Berikan penjelasan anda?
F1 Bersetuju
F2 Peperangan  untuk kuasa politik dan mengawal negara lain untuk
kepentingan  negera kuasa besar.
F3 Untuk menguasai ekonomi sesebuah negara yang kaya dengan hasil seperti
minyak di negara –negara teluk.
F4 peperangan untuk kepentingan ekonomi bagi mendapatkan sumber
kekayaan seperti emas, minyak dan sebagainya;
F5 Peperangan untuk penguasaan sesebuah negara kaya terhadap negara
miskin
F7 Peperangan untuk kemegahan dan kuasa kerana sesebuah negara yang
menguasi negara lain akan mendapat kemegahan dan kuasa.
F8 Peperangan adalah disebabkan oleh ideologi, masing masing ingin
menhebatkan idologi masing masing.
F9 Peperangan untuk mendapat keuntungan dari semua segi
F10 Peperangan untuk kepentingan kaum atau etnik
F11 Peperangan  untuk menghapuskan musuh politik

( 8 Markah )

7 Selepas kejatuhan tamadun Rom, eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai zaman gelap.
( a ) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan zaman gelap di Eropah?
F1 Zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan
kehidupan perbandaran di Eropah.
F2 Pada masa ini tiada pentadbiran pusat yang kuat.
F3 Kehidupan masyarakat dikongkong oleh Gereja.
F4 Kegiatan perdagangan tidak meluas.
F5 Masyarakatnya tidak menghargai ilmu pengetahuan.

( 4 Markah )

( b ) Mengapakah zaman tersebut dikatakan sebagai zaman gelap
Berikan penjelasan anda?
F1 Keadaan politik di Eropah tidak stabil.
F2 Tidak ada kerajaan pusat yang kuat.
F3 Mengamalkan sistem feudal.
F4 Keadaan ekonomi merosot.
F5 Kegiatan perdagangan tidak maju.
F6 Mereka hanya menjalankan pertanian sara diri.
F7 Masyarakat tidak menghargai ilmu pengetahuan.
F8 Ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom tidak dipelajari.
F9 Gereja Katolik mengongkong masyarakat.
( 8 Markah )

( c ) Bagaimanakah zaman gelap tersebut dapat dielakan daripada berlaku di negara kita?
F1 Masyarakat menceburi bidang perdagangan
F2 Menjalin hubungan dengan negara luar
F3 Sanggup bersaing secara sihat.
F4 Rajin berusaha hingga mencapai matlamat.
F5 Menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.
F6 Menggunakan ilmu untuk memajukan bangsa.

( 8 Markah )

8 Pernyataan berikut berkaitan dengan dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara

( a ) Jelaskan mengapakah mereka menggunakan slogan tersebut?
F1 Mereka  mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
H1a Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera.
F2 Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”.
H2a Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
F3 Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur.
H3a Slogan tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan
kepentingan mereka.
F4 Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan.
H4a Kuasa-kuasa Barat bersaing sesama mereka.
H4b Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas.
H4c Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan.
F5 Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah.
H5a Mereka menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin
bekalan bahan mentah secara konsisten.
H5b Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat meluaskan pasaran hasil
perkilang  pasaran ke India dan China.
F6 Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk menguasai
ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.
H6a Dengan menjajah Asia Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk
melabur dalam bidang perniagaan, perlombongan dan perladangan.
F7 Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya Barat
H7a agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur.
H7b Mubaligh Kristian pula berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk tanah jajahan.

( 4 Markah)

( b ) Jelaskan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya imperialisme barat  di Asia Tenggara?
F1 Kedudukan Asia Tenggara yang strategic
H1a Kedudukan strategik Asia di antara China dengan India.
H1b Kaya dengan bahan mentah dan hasil bumi.

F2 Revolusi Perindustrian
H2a Revolusi perindustrian menyebabkan pengeluaran pelbagai barangan
kilang secara besar-besaran.
H2b Bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan diperlukan untuk
menampung perindustrian.

F3 Sistem pengangkutan dan perhubungan
H3a Penggunaan kapal berkuasa wap telah mempercepatkan kegiatan
imperialisme.
H3b Kapal lebih selamat dan boleh membawa lebih banyak muatan.
H3b Terusan Suez dibuka pada 1869.

F4 Persaingan kuasa-kuasa Barat
H4a Kuasa-kuasa imperialis yang mempunyai tanah jajahan luas akan
disanjung tinggi oleh kuasa Barat lain.
H4b Keluasaan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa
Barat tersebut.

F5 Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun
H5a Kuasa-kuasa Barat mendakwa bangsa mereka lebih maju dan
bertamadun.
H5b Mereka menganggap tugas dan tanggungjawab mereka yang lebih maju
untuk memimpin orang sebelah Timur.
( 8 Markah )
( c ) Dasar imperialisme Barat  masih berlaku pada zaman kini. Mengapakah dasar imperialisme tersebut masih lagi berlaku pada zaman kini.
F1 Menguasai politik negara lain untuk kepentingan kuasa kuasa besar
F2 Melakukan penjajahan ekonomi negara negara lain terutamanya negara
F3 Ingin menguasai sumber minyak di negara negara miskin contohnya
penguasaan dan penjajahan ke atas negara Iraq dan Afghanistan.
F4 Ingin menguasai dunia dengan menjadi kuasa terkuat
F5 Membentuk kerajaan baru dengan menjadikan pemimpin tersebut sebagai
boneka mereka
F6 untuk meluaskan wilayah dan juga menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk
digantikan dengan kerajaan yang boleh mengikut telunjuk negara yang menguasainya.
F7 berlaku melalui perluasan pengaruh. Negara maju telah mengenakan syarat-
syarat perdagangan yang berat sebelah.
F8 kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia juga campur tangan dalam
hal ehwal politik negara lain.
F9 Kuasa besar seperti Amerika dan Russia telah Amerika Syarikat dan Russia
juga campurtangan di Syria apabila cuba menegakkan kerajaan yang dapat
memihak kepada mereka.

( 8 Markah )

9 Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
( a ) Terangkan apakah usaha yang telah dilakukan untuk membentuk  Pakatan Murni Tersebut?
  F1 Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
H1a JHAK dianggotai oleh kaum Melayu,  Cina dan India..
      H1b JHAK mengutamakan perpaduan untuk kemerdekaan
·          H1c JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
            F2 Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan
H2a untuk memajukan masyarakat luar bandar,         
              F3 pemberian kerakyatan kepada imigran,
H3a dan pelaksanaan pilihan raya pada masa sesuai.
F4 Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan
Melayu.
        H4a Beliau dikecam kerana orang Melayu.
        H4b Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
F5 Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
        H5a Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
        H5b Konsep kerjasama kaum dalam satu parti diutamakan
F6 Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan.
        H6a Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
        H6a Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
F7 Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
H7a Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
              H7b Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik.

( 8 Markah )

( b ) Apakah kejayaan yang capai setelah Parti Perikatan mengadakan Pakatan murni?
  F1 Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur 1952.
F2 Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran di beberapa
bandar utama.
F3 Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
F4 Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
F5 PERIKATAN turut dianggotai oleh MIC pada 1955.
F6 Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan
Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
F7 PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
F8 PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
F9 Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
F10 Tunku melantik anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
F11 Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.

( 8 Markah )


( c ) Pakatan murni amat diperlukan oleh negara kita Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa?
Jelaskan pernyataan berikut?
  F1 Mewujudkan kestabilan politik
F2 Menjamin kebajikan kepada semua kaum
F3 Membahagikan hak yang adil antara kaum
F4 Memupuk perpaduan kaum
F5 Menjamin keamanan negara
F6 Meningkatkan kemakmuran negara
F7 Menggalakkan perkembangan ekonomi

( 4 Markah )
10 Gambar berikut berkaitan dengan lambang-Lambang Negara.

( a ) Jelaskan maksud yang terkandung dalam jata negara tersebut?
F1 Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang
dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
F2 Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
F3 Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
F4 DUA ekor harimau melambangkan keberanian.
F5 Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
F6 Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan
14  buah negeri Persekutuan.
F7 Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
F8 Hitam putih lambang negeri Pahang.
F9 Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
F10 Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
F11 Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

( 8 Markah )


( b ) Mengapakah jata negara tersebut penting kepada negara kita Malaysia?
F1 lambang kemegahan penduduk
  F2 lambang rasmi negara
F3 identiti sesebuah negara
  F4 menjadi kebanggaan warga negara
F5 simbol perpaduan
  F6 lambang kedaulatan negara
  F7 memangkin semangat patriotik rakyat
F8 Menunjukkan kesetiaan
F9 Membangkitkan semangat perjuangan
F10 Menunjukkan kesanggupan untuk berkorban
F11 Menunjukkan kecintaan terhadap tanah air
F12 supaya rakyat sentiasa bersemangat F
F13 supaya rakyat bersatu padu
F14 Sanggup mempertahankan kedaulatan

( 8 Markah )

( c ) Sebagai rakyat Malaysia,  bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menghormati jata negara tersebut?
F1 Rakyat Malaysia perlu mempraktikalkan budaya bertoleransi dan bersatu
padu
H1a dalam mengekalkan identiti kebangsaan ini dari sudut pameran.
H1b Apabila lambang kemegahan negara ini sentiasa dipamerkan,
H1c ianya perlulah menjadi kesepakatan rakyat Malaysia.
F2 Rakyat juga mestilah sentiasa prihatin dengan kedudukan dan martabat
lambang kemegahan negara ini.
F3 Lambang ini perlulah sentiasa dijaga dengan rapi dan tidak boleh diletakkan di merata tempat.
F4 Rakyat perlulah menghayati dan memahami maksud yang tersirat di sebalik simbol-simbol yang terdapat pada jata negara ini.
F5 Lambang negara ini amat penting kerana menjadi simbol kemegahan negara.
H5a Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya menghargai jata negara kerana ia merupakan identiti negara Malaysia dan merupakan pemangkin semangat patriotik dalam setiap rakyat Malaysia.
H5b Perkara ini juga menjadi satu kebanggaanbagi setiap rakyat dan menjamin kedaulatan negara.
( 4 Markah )

11 Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
( a ) Jelaskan apakah matlamat wawasan tersebut?
F1 Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding
dengan negara maju   
F2 Menitikberatkan kemajuan bersepadu
F3 Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
H1a perpaduan rakyat
H1b kestabilan politik
H1c ketinggian taraf hidup
H1d kekukuhan nilai moral dan etika
H1e kekukuhan sistem kerajaan
H1f ketinggian maruah bangsa
H1g semangat yakin diri bangsa

( 4 Markah )

( b ) Apakah cabaran yang terdapat di dalam wawasan 2020?
F1 Cabaran Pertama :       Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan
Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan
H1b Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

F2 Cabaran Kedua :         Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram   dan
berkeyakinan
H2a Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat
bangsa dan negara
H2b Musuh negara mudah ditangkis
F3 Cabaran Ketiga :         Memupuk dan membina masyarakat   demokratik yang matang
H3a masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
H3b menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
H3c perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan
melalui saluran tertentu
F4 Cabaran Keempat:      Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan  beretika
H4a diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat  berbudaya
unggul
H4b kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
H4c keberkesanan sistem pendidikan
H4d keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
H4e penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

F5 Cabaran Kelima :        Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan
bertoleransi
H5a masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak  secara
melulu
h5b masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan
berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
h5c Dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi ,
kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
F6 Cabaran Keenam :       Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a Masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk  membina kecemerlangan
H6b Penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
H6c Mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
F7 Cabaran Ketujuh :       Mewujudkan masyarakat berbudaya    penyayang
H7a Dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
H7b masyarakat yang tidak individualistik
H7c meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
H7d Asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
F8 Cabaran Kelapan :       Menjamin masyarakat yang adil dan saksama   ekonominya
H8a Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
H8b Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat
F9 Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat    makmur
H9a Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9b tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
H9c pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
H9d Tanggungjawab pelajar  dalam merealisasikan Wawasan 2020


( 8 Markah)

( c ) Berdasarkan kajian anda, apakah kesan kepada negara kita apabila semua cabaran yang terdapat di dalam wawasan 2020 dapat di atasi?
F1 Mewujudkan sebuah negara yang aman dan hubungan kaum yang sihat
F2 Rakyat yang beridentitikan Malaysia dapat diwujudkan
F3 Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju
F4 martabat negara dan bangsa akan berada dipersada dunia
F5 Malaysia akan menjadi sebuah negara demokratik yang rakyatnya bersifat
rasional
F6 Tiada lagi ahli masyarakat kita yang melarat dalam kehidupan
mereka.
F7 Pendapatan isi rumah yang meningkat dan berada pada tahap yang
tinggi
F8 akan melahirkan kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing dan tabah dengan segala cabaran.
F9 Rakyat yang setia kepada negara dan sanggup berkorban untuk negara


Friday, August 17, 2018

contoh jawapan soalan percubaan spm 2018 Kelantan kertas 3 bab 8 ting 5


TAJUK : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN
NEGARA MALAYSIA BERDAULAT
Peraturan Pemarkahan Bab 8 ( Tingkatan 5 )
Soalan :
Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan
selepas merdeka. Sejauhmanakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan
kesejahteraan rakyat. Bincangkan.
Soalan Isi dan huraian Markah
1.Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan
ekonomi di negara kita

Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya
untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
Telah  Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Dimulakan oleh kerajaan Perikatan,  Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.  Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan  Untuk membasmi kemiskinan dan  Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah diperkenalkan bagi  Menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000  beberapa  Rancangan Pembangunan Lima Tahun diwujudkan secara bersepadu untuk pembangunan negara


Memahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) (10 markah)
ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) (10 markah)
iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) (10 markah)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka.  Matlamat membangunkan kawasan luar bandar  Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
Untuk Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar dan  Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada
getah dan bijih timah
Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam,   Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
Penanaman semula getah digalakkan dan  Hasil pertanian dipelbagaikan
Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan keseluruh negara
Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan .  Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
RIDA dan FELDA ditubuhkan
Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar Ia Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar
Pencapaian rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan  Kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara disalurkan untuk
keselamatan negara
ini di tambah lagi dngan Kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia.

ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama.  Ia  Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar  Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan
penduduk luar bandar dengan bandar dan  Mengurangkan kadar kemiskinan, serta  Meningkatkan taraf hidup rakyat.
Rancangan ini juga Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial  Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan Ia  Menyediakan peluang pekerjaan
 Strateginya menggiatkan peranan FELD dan  Program pembukaan tanah FELDA dipergiatkan. Ia Mempelbagaikan hasil pertanian negara untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makan import dipergiatkan.
FAMA ditubuhkan pada 1965 da ia  berperanan membantu petani mengatasi masalah
pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
Kerajaan telah Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur  Untuk menyelaraskan pembangunan negeri, daerah dan kampung
Pengenalan Buku Merah  Yang mempunyai program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan

iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Ia Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia. Rancangan tersebut  Memberi tumpuan pada integrasi nasional bagi  Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
Ia Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dan  Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan  Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah
Baru.
Usaha pembukaan tanah baru oleg FELDA semakin pesat seperti  Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.
FELCRA ditubuhkan pada 1965 dan Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
Kerajaan melancarkan Strategi pembangunan perindustrian dengan menubuhkan
MARA pada 1966 , MARA menggantikan RIDA.Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
Strategi MARA menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera, serta menyediakan kemudahan asas bumiputera.
Dalam Rancangan ini juga kerajaan telah menubuhkan Bank Bumiputera untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sector perusahaan dan perdagangan
Penubuhan PERNAS pada 1969 bertujuan  menggiatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
MARDI ditubuhkan 1969  yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan
memperkenalkan teknologi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
MIDA ditubuhkan pada 1967 untuk pembangunan perindustrian. Akta Pelaburan 1969 bagi menggalakkan kemunculan industri baru.
 Rancangan Malaysia pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Malaysia
keempat.
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB,  Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini
tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal,  Penggunaan teknologi tinggi dan  Keperluan tenaga pekerja mahir
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)iaitu  Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1980
HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta
Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Skudai, Johor/Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah.
Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas,  Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Punang) dan Sungai Way (Selangor)
Kerajaan telah melancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan
Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara dan  Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
pembangunan industrinya dan strategi pelaksaaannya
Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan  Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumipitera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun.
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian, iaitu perngenalan Dasar Pertanian Negara (DPN)
Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalama Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun.  Pendapatan Perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4,000 juta pada tahun 1985







4.         Usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan melalui dasar dasar
pembangunan ekonomi.
Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Dasar Pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ketahap maksimum melalui  Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap.dan pengurusan yang berkesan.
Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan  Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum dan  Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara bagi membangunkan ekonomi negara dan setersnya dpat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Perkongsian kepakaran dalam syarikat  Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional.  Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan agar  memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sector swasta.
Ini akan merapatkan jurang ekonomi luar bandar dan seterusnya membangunkan kawasan luar bandar dan .mMemaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi.
Kerajaan juga Melaksanakan program usahawan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan juga menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua
kaum.
Menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti dan memberi peluang ekonomi untuk semua kaum.

5. Kejayaan dasar-dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat saya kejayaan dasar dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat ialah dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/kawasan/wilayah
Berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum bagi menambahkan pendapatan
Serta berjaya enyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
Kejayaan juga dalam menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan dengan  Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
Penubuhan MARA juga merupakan salah satu kejayaan kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera serta menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera
Kejayaan dasar pembangunan ekonomi juga dapat dilihat menerusi penyediakan kemudahan asas kepada bumuputera
Kerajaan juga telah membantu golongan petani dengan menggalakkan perkembangan perusahaan/perdagangan/memajukan bandar
Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN bagi menstabilkan harga padi
Kejayaan dapat dilihat dengan Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM membangunkan / meodenkan industry perikanan meningkatkan taraf hidup nelayan
Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA H13a Membangunkan Bandar

Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan RISDA membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Penubuhan Lembaga PErtubuhan Peladang /LPP dalam embantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi juga memperlihatkan  kejayaan pelaksanaaan dasar dasar ekonomi negara.
Penubuhan PETRONAS dalam memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman seperti tembakau, nenas dan sebagainya
Kejayaan menerusi dasar-dasar ekonomi juga diperlihatkan atas usaha kerajaan untuk mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar dengan memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
Kerajaan juga telah Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industry desa

6.         Cabaran dan langkah-langkah dalam memupuk perpaduan
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Cabaran untuk merapatkan Jurang ekonomi antara kaum dan juga  Pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
Kerajaan juga menghadapi cabaran dari segi Sentimen perkauman yang menebal.
Dan  Campur tangan anasir luar.
Cabaran kerajaan untuk memupuk perpaduan juga dihadapi apabila tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan.
Rakyat Terkongkong dengan ekonomi tradisional dan kurang penghayatan terhadap unsur-unsur patriotism, serta tiada sikap berdaya saing. Masyarakat bersikap memilih kerja
Dan Kurang sifat  jati diri
Masalah pemasaran pemasaran yang berlaku dinegara kita seperti bencana alam. Contoh banjir dan bencana alam yang merosakkan alam sekitar dan kawasan yang dimajukan
( Mana-mana yang munasabah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran diatas. (5 markah)

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat perpaduan ialah Menganjurkan program motivasi / ceramah / kempen /aktiviti kemasyarakatan dan memastikan pelibatkan semua kaum dalam pembangunan negara.
Kerajaan juga harus Memantapkan lagi institusi pendidikan dengan Menaik taraf infrastruktur.serta Menghayati dasar-dasar pembangunan negara.
Langkah seterusnya ialah kerajaan Memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah dengan menyediakan Kemudahan kredit lebih longgar.serta  Memantapkan institusi keluarga
Langkah seteruusnya ialah Melahirkan semangat berdaya saing dikalangan rakyat supaya mereka sentiasa bersedia utk meningkatkan pendapatan keluarga.
Langkah seterusnya ialah Pemasaran melalui e-dagang dengan mengadakan kursus kursus bagi membantu rakyat miskin dan luar bandar.





7.         Nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada perkembangan
ekonomi negara.
Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara

            Nilai nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah  Berkemahiran tinggi dalam setiap bidang yang diceburi dan   
Perlu Gigih berusaha untuk memajukan diri sendiri demi kemajuan keluarga Nilai murni, iktibar yang perlu diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah perlunya sifat berdaya saing dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita juga perlu Bijak dalam merebut peluang yang terhidang didepan mata dan tidak hanya melihat orang lain berjaya.
Kita juga perlu Mengukuhkan perpaduan agar tidak wujud perasaan curiga mencuriga diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Kita perlu berani menghadapi risiko sesuatu bidang yang kita ceburi, setiap bidang ada masalah dan perlu bijak dalam menangai masalah tersebut, dan kita tidak gentar terhadap resiko tersbut.
Tabah menghadapi cabaran dalam melaksanakan pembangunan ekonomi.
Semangat Kerjasama antara semua masyarakat juga boleh diamalkan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi.
Semangat patriotisme yang jitu adalah hasil peningkatan ekonomi negara yang patut kita amalkan demi negara kita yang tercinta.     
Kita juga perlu mengamalkan sikap Kreatif/inovatif dalam melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.
Kebijaksanaan pemimpin dalam memimpin negara kea rah yang lebih cemerlang dan mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.


Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh yang diperolehi daripada tajuk ialah kerajaan telah melaksanakan pembangunan ekonomi dengan merancang dasar dasarpembangunan seperti rancangan Malaysia lima tahun dan dasar dasar pembangunan ekonmoi seperti dasar pertanian negara.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara terhadap dasar pembangunan tersebut ialah Imemberi peluang kepada semua rakyat agar dapat meningmati kekayaan negara secara bersama.
Harapan saya terhadap dasar dasar pembangunan ekonomi tersebut ialah rancangan tersebut diteruskan dan memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa merasainya. Negara kita juga akan mencapai kejayaan yang cemrlang dan rakyat dapat hidup dengan suasana yang damai dan makmur.