Bahagian A
( 40 Markah )
Jawab Semua Soalan
1
( a )
Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad
ke-3 Sebelum Masihi.
BT4 Hal 51
f1
Hubungan perdagangan dengan luar
f2
Munculnya pusat perusahaan
f3
Mempunyai barang dagangan yang banyak
F4
Terdapat banyak pelabuhan
F5
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
F6
Terdapat undang-undang perdagangan.
F7
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
F8
Pelaksanaan sistem cukai
( 2 Markah )
( b )
Bagaimanakah faktor 1( a) membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India?
Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda.
F1
Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia
Tengah dan Asia Tenggara.
F2
Kemunculan Pusat-pusat pedagangan seperti Anga, Kalinga dan Karusa
F3
Berkembangnya bidang perusahaan seperti Contohnya perusahaan tekstil, dan
sutera di Bengal dan Benares. Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata
F4
Mempunyai barang dagangan yang banyak seperti senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
F5
Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
F6
Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
F7
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.Undang-undang diawasi oleh raja
( 4 Markah )
( c )
Berdasarkan kajian anda, terhadap tamadun India, Apakah sifat yang dimiliki oleh masyarakatnya yang membolehkan tamadunnya mengalami perkembangan yang pesat dan terkenal diseluruh dunia?
F1
Rajin berusaha dalam semua bidang
F2
Menguasai segala ilmu pengetahuan
F3
Berani meneroka bidang baru
F4
Semangat jati diri kepada negara yang kuat
F5
Cekal dalam menghadapi segala masalah
F6
Sentiasa berkerjasama
F7
Mementingkan keamanan
( 4 Markah )
2
Terdapat 3 pelabuhan utama di dalam kerajaan Maritim iaitu Pelabuhan Pembekal, Pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot
( a )
`Namakan 2 Contoh pelabuhan pelabuhan tersebut tersebut?
Pelabuhan pembekal
F1
Jenderam Hilir
F2
Kuala Berang
F3
Kuala selising
Pelabuhan Kerajaan
F4
Champa
F5
Langkasuka
F6
Kedah Tua
F7
Srivijaya
Pelabuhan Intreport
F8
Kedah Tua
F9
Srivijaya
( 2 Markah )
( b )
Bagaimanakah pelabuhan di ( 1 ) (a) berkembang menjadi pelabuhan tersebut?
Pelabuhan Pembekal
F1
Merupakan pelabuhan peringkat awal.
F2
Beperanan membekalkan hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil
hutan (damar, kayu gaharu, rotan), hasil laut dan juga makanan kepada para pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.
Pelabuhan Kerajaan
F3
Merupakan pelabuhan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah
kerajaan di sekitar pelabuhan pembekal.
F4
Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang, tetapi
untuk kawasan yang lebih luas.
F5
Antara pelabuhan kerajaan yang wujud ialah Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan
Srivijaya.
F6
Pada awalnya, kerajaan-kerajaan iniberdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan Langkasuka.
F7
Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian
pedagang dari persisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan Barat.
Pelabuhan Entrepot
F8
Merupakan pelabuhan yang memperdagangkan hasil tempatan serta hasil dari
kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
F9
Pelabuhan ini juga membeli barangan daripada saudagar-saudagar yang datang dari
pelabuhan sekitarnya dan yang datang dari kawasan takluknya.
F10
Pelabuhan ini biasanya berkembang dari pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya Kedah Tua dan Srivijaya. Ini berdasarkan :
F11
Lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda.
F12
Kedudukannya di laluan perdagangan di antara India dan China.
F13
Kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil laut dan hasil pertanian.
( 4 markah )
( c )
Pada pandangan anda, bagaimanakah negara kita hari ini boleh mewujudkan sebuah pelabuhan yang maju dan menjadi tempat persinggahan kapal kapal di seluruh dunia?
F1
membina banyak kemudahan dipelabuhan
F2
memperdalamkan lagi pelabuhan
F3
Menghapuskan percukaian yang tidak munasabah
F4
Mengutamakan sistem keselamatan pelabuhan yang standart
F5
memodenkan pelabuhan yang terdapat dinegara kita
F6
menyediakan tenaga buruh yang mahir dipelabuhan
( 4 markah )
4
Salah satu sistem demokrasi berperlembagaan di Malaysia ialah pilihanraya.
( a )
Jelaskan apakah yang anda faham dengan maksud pilihanraya?
F1
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri
`
atau persekutuan.
F2
Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan teratur.
F3
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
F4
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
( 2 Markah )
( b )
Bagaimanakah pilihanraya di Malaysia dijalankan?
F1
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan
tarikh pengundian.
F2
Penamaan calon yang bertanding diadakan.
F3
Parti yang bertanding menyediakan manifesto.
F4
Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
F5
SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
F6
Pemberian kertas undi kepada pengundi.
F7
Diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
F8
Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh
pengundi.
F9
Pembuangan undi.
F10
Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
F11
Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.
F12
Pengiraan undi.
F13
Pengumuman keputusan pilihan raya
( 4 markah )
( c )
Berdasarkan pengkajian anda, apakah kepentingan sistem pilihanraya terhadap negara kita Malaysia?
F1
Melibatkan rakyat dalam pemerintahan Negara
F2
Mengekalkan amalan demokrasi
F3
Memilih kerajaan yang berwibawa
F4
Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
F5
Menjamin pemerintahan yang adil
F6
Memastikan pentadbiran berjalan lancer
( 4 markah )
4
( a )
Bagaimanakah globalisasi mampu membawa membawa kemajuan kepada Malaysia?
F1
Memberi manfaat kepada peningkatan ilmu pengetahuan
F2
Memberi peluang untuk Malaysia mempromosikan barangan Malaysia
F3
Meningkatkan teknologi
F4
Bepeluang untuk meningkatkan usaha esaha ekonomi diperingkat
Antarabangsa
F5
Peningkatan modal antarabangsa
F6
Peningkatan pelaburan asing
( 4 markah )
( b )
Apakah kesan globalisasi tersebut kepada negara negara miskin di dunia?
F1
Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun
diketahui negara maju.
F2
Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi
kepentingannya
F3
Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
F4
Serangan matawang asing menyebabkan kejatuhan mata wang tempatan
F5
Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak
lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara
F6
Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan
dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara.
F7
Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan
F8
Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS)
F9
Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan
ekonomi negara.
( 4 markah )
( c )
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah globalisasi dapat merealisasikan kejayaan pelajar di sesebuah institusi pendidikan masa kini?
F1
Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet.
F2
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri.
F3
Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi.
F4
Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang
perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul.
F5
Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.
( 2 markah )
5
Kerajaan Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu
( a )
Jelaskan apakah bukti kerajaan tersebut berperanan sebagai pelabuhan entreport sebelum kewujudan Kerajaan Melaka?
F1
Jumpaan tembikar china yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang
H1a
iaitu pada abad ketujuh Masihi
H1b
Pada zaman Dinasti song pada abad 10 masihi
H1c
pada zaman Dinasti Yuan pada abad ke 10 masihi hingga abad ke 13 masihi
F2
Jumpaan pelita tembaga dan tembikar tembikar dari Timur Tengah bertarikh
sekitar abad kesembilan dana bad ke 10 masihi
F3
Pelbagai jenis manik yang merupakan barangan dagangan
H3a
dari beberapa tempat seperti dari India, Sri Langka dan Burma telah turut
ditemui
( 6 Markah )
( b )
Bagaimanakah kerajaan tersebut mampu berkembang maju?
F1
Gunung Jerai yang berdekatan merupakan mercu tanda
H1a
yang dapat memandu kapal-kapal pedagang keluar masuk pelabuhannya.
F2
Kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan di Selat Melaka.
H2a
Pelabuhannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya
dan monsun timur laut.
F3
Terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan
H3a
seperti kemudahan memunggah, memuat dan menyimpan barang serta
bekalan minuman dan makanan.
F4
Kawasan sekitarnya yang kaya dengan hasil hutan
H4a
seperti damar, rotan, ubat-ubatan dan hasil galian seperti timah.
F5
Kedah Tua juga mudah memperoleh barangan luar
H5a
seperti kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.
( 8 Markah )
( c )
Kemajuan sesebuah pelabuhan amat penting untuk kemajuan ekonomi sesebuah negara.
Berikan penjelasan anda?
F1
Meningkat pelaburan asing
F2
Pusat tumpuan kegiatan perdagangan
F3
meningkatkan pelaburan dalam bidang perkilangan, perladangan,
perbankan dan sebagainya
F4
Ekonomi Malaysia akan menjadi betambah maju kerana hasil pengeluaran
semakin bertambah
F5
Meningkatkan aktiviti perdagangan dan dapat menambahkan pendapatan
Negara
F7
Pelabuhan yang lengkap dan moden menarik minat negara luar untuk
berdagang di Malaysia dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara.
F8
Akan berlaku peningkatan teknologi dlm pelbagai bidang
( 6 Markah )
6
Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622 Masihi telah menimbulkan perasaan iri hati dikalangan orang Arab Quraisy
( a )
Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Arab Quraisy tersebut untuk menunjukkan perasaan iri hati mereka?
F1
Mula mencari sokongan dikalangan Orang Yahudi
Hh1a
Daripada penduduk Arab sekitar Tanah Arab
H1b
Untuk menghapuskan kerajaan islam
F2
Orang Arab Quraisy juga cenderung untuk melakukan keganasan
H2a
Dengan menyerang kafilah perdagangan islam
( 4 Markah)
( b )
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW membetulkan keadaan di 6 ( a ) tersebut?
F1
Nabi menyedari tindak tanduk orang Arab Quraisy
H1a
dan berhati hati menghadapinya.
F2
Baginda mula menyusun strategi menyebarkan Islam
H2a
dengan menghantar perutusan ke Rom timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan
wilayah di semenanjunag Tanah Arab.
F3
Nabi Muhammad saw tidak memaksa mereka memeluk islam
H3a
tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai yang baik
H3b
Baginda juga mewujudkan rsa persefahaman dengan wilayah tersebut.
( 8 Markah )
( c )
Peperangan di zaman kini bukan bertujuan untuk mencari keamanan tetapi demi kepentingan politik dan ekonomi.
Bersetujukah anda dengan pandangan tersebut
Berikan penjelasan anda?
F1
Bersetuju
F2
Peperangan untuk kuasa politik dan mengawal negara lain untuk
kepentingan negera kuasa besar.
F3
Untuk menguasai ekonomi sesebuah negara yang kaya dengan hasil seperti
minyak di negara –negara teluk.
F4
peperangan untuk kepentingan ekonomi bagi mendapatkan sumber
kekayaan seperti emas, minyak dan sebagainya;
F5
Peperangan untuk penguasaan sesebuah negara kaya terhadap negara
miskin
F7
Peperangan untuk kemegahan dan kuasa kerana sesebuah negara yang
menguasi negara lain akan mendapat kemegahan dan kuasa.
F8
Peperangan adalah disebabkan oleh ideologi, masing masing ingin
menhebatkan idologi masing masing.
F9
Peperangan untuk mendapat keuntungan dari semua segi
F10
Peperangan untuk kepentingan kaum atau etnik
F11
Peperangan untuk menghapuskan musuh politik
( 8 Markah )
7
Selepas kejatuhan tamadun Rom, eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai zaman gelap.
( a )
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan zaman gelap di Eropah?
F1
Zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan
kehidupan perbandaran di Eropah.
F2
Pada masa ini tiada pentadbiran pusat yang kuat.
F3
Kehidupan masyarakat dikongkong oleh Gereja.
F4
Kegiatan perdagangan tidak meluas.
F5
Masyarakatnya tidak menghargai ilmu pengetahuan.
( 4 Markah )
( b )
Mengapakah zaman tersebut dikatakan sebagai zaman gelap
Berikan penjelasan anda?
F1
Keadaan politik di Eropah tidak stabil.
F2
Tidak ada kerajaan pusat yang kuat.
F3
Mengamalkan sistem feudal.
F4
Keadaan ekonomi merosot.
F5
Kegiatan perdagangan tidak maju.
F6
Mereka hanya menjalankan pertanian sara diri.
F7
Masyarakat tidak menghargai ilmu pengetahuan.
F8
Ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom tidak dipelajari.
F9
Gereja Katolik mengongkong masyarakat.
( 8 Markah )
( c )
Bagaimanakah zaman gelap tersebut dapat dielakan daripada berlaku di negara kita?
F1
Masyarakat menceburi bidang perdagangan
F2
Menjalin hubungan dengan negara luar
F3
Sanggup bersaing secara sihat.
F4
Rajin berusaha hingga mencapai matlamat.
F5
Menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.
F6
Menggunakan ilmu untuk memajukan bangsa.
( 8 Markah )
8
Pernyataan berikut berkaitan dengan dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara
( a )
Jelaskan mengapakah mereka menggunakan slogan tersebut?
F1
Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
H1a
Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera.
F2
Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”.
H2a
Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
F3
Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur.
H3a
Slogan tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan
kepentingan mereka.
F4
Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan.
H4a
Kuasa-kuasa Barat bersaing sesama mereka.
H4b
Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas.
H4c
Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan.
F5
Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah.
H5a
Mereka menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin
bekalan bahan mentah secara konsisten.
H5b
Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat meluaskan pasaran hasil
perkilang pasaran ke India dan China.
F6
Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk menguasai
ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.
H6a
Dengan menjajah Asia Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk
melabur dalam bidang perniagaan, perlombongan dan perladangan.
F7
Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya Barat
H7a
agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur.
H7b
Mubaligh Kristian pula berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk tanah jajahan.
( 4 Markah)
( b )
Jelaskan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya imperialisme barat di Asia Tenggara?
F1
Kedudukan Asia Tenggara yang strategic
H1a
Kedudukan strategik Asia di antara China dengan India.
H1b
Kaya dengan bahan mentah dan hasil bumi.
F2
Revolusi Perindustrian
H2a
Revolusi perindustrian menyebabkan pengeluaran pelbagai barangan
kilang secara besar-besaran.
H2b
Bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan diperlukan untuk
menampung perindustrian.
F3
Sistem pengangkutan dan perhubungan
H3a
Penggunaan kapal berkuasa wap telah mempercepatkan kegiatan
imperialisme.
H3b
Kapal lebih selamat dan boleh membawa lebih banyak muatan.
H3b
Terusan Suez dibuka pada 1869.
F4
Persaingan kuasa-kuasa Barat
H4a
Kuasa-kuasa imperialis yang mempunyai tanah jajahan luas akan
disanjung tinggi oleh kuasa Barat lain.
H4b
Keluasaan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa
Barat tersebut.
F5
Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun
H5a
Kuasa-kuasa Barat mendakwa bangsa mereka lebih maju dan
bertamadun.
H5b
Mereka menganggap tugas dan tanggungjawab mereka yang lebih maju
untuk memimpin orang sebelah Timur.
( 8 Markah )
( c )
Dasar imperialisme Barat masih berlaku pada zaman kini. Mengapakah dasar imperialisme tersebut masih lagi berlaku pada zaman kini.
F1
Menguasai politik negara lain untuk kepentingan kuasa kuasa besar
F2
Melakukan penjajahan ekonomi negara negara lain terutamanya negara
F3
Ingin menguasai sumber minyak di negara negara miskin contohnya
penguasaan dan penjajahan ke atas negara Iraq dan Afghanistan.
F4
Ingin menguasai dunia dengan menjadi kuasa terkuat
F5
Membentuk kerajaan baru dengan menjadikan pemimpin tersebut sebagai
boneka mereka
F6
untuk meluaskan wilayah dan juga menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk
digantikan dengan kerajaan yang boleh mengikut telunjuk negara yang menguasainya.
F7
berlaku melalui perluasan pengaruh. Negara maju telah mengenakan syarat-
syarat perdagangan yang berat sebelah.
F8
kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia juga campur tangan dalam
hal ehwal politik negara lain.
F9
Kuasa besar seperti Amerika dan Russia telah Amerika Syarikat dan Russia
juga campurtangan di Syria apabila cuba menegakkan kerajaan yang dapat
memihak kepada mereka.
( 8 Markah )
9
Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
( a )
Terangkan apakah usaha yang telah dilakukan untuk membentuk Pakatan Murni Tersebut?
F1
Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
H1a
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu, Cina dan India..
H1b
JHAK mengutamakan perpaduan untuk kemerdekaan
·
H1c
JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
F2
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan
H2a
untuk memajukan masyarakat luar bandar,
F3
pemberian kerakyatan kepada imigran,
H3a
dan pelaksanaan pilihan raya pada masa sesuai.
F4
Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan
Melayu.
H4a
Beliau dikecam kerana orang Melayu.
H4b
Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
F5
Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
H5a
Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
H5b
Konsep kerjasama kaum dalam satu parti diutamakan
F6
Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan.
H6a
Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
H6a
Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
F7
Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
H7a
Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
H7b
Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik.
( 8 Markah )
( b )
Apakah kejayaan yang capai setelah Parti Perikatan mengadakan Pakatan murni?
F1
Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur 1952.
F2
Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran di beberapa
bandar utama.
F3
Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
F4
Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
F5
PERIKATAN turut dianggotai oleh MIC pada 1955.
F6
Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan
Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
F7
PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
F8
PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
F9
Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
F10
Tunku melantik anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
F11
Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.
( 8 Markah )
( c )
Pakatan murni amat diperlukan oleh negara kita Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa?
Jelaskan pernyataan berikut?
F1
Mewujudkan kestabilan politik
F2
Menjamin kebajikan kepada semua kaum
F3
Membahagikan hak yang adil antara kaum
F4
Memupuk perpaduan kaum
F5
Menjamin keamanan negara
F6
Meningkatkan kemakmuran negara
F7
Menggalakkan perkembangan ekonomi
( 4 Markah )
10
Gambar berikut berkaitan dengan lambang-Lambang Negara.
( a )
Jelaskan maksud yang terkandung dalam jata negara tersebut?
F1
Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang
dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
F2
Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
F3
Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
F4
DUA ekor harimau melambangkan keberanian.
F5
Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
F6
Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan
14 buah negeri Persekutuan.
F7
Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
F8
Hitam putih lambang negeri Pahang.
F9
Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
F10
Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
F11
Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan
( 8 Markah )
( b )
Mengapakah jata negara tersebut penting kepada negara kita Malaysia?
F1
lambang kemegahan penduduk
F2
lambang rasmi negara
F3
identiti sesebuah negara
F4
menjadi kebanggaan warga negara
F5
simbol perpaduan
F6
lambang kedaulatan negara
F7
memangkin semangat patriotik rakyat
F8
Menunjukkan kesetiaan
F9
Membangkitkan semangat perjuangan
F10
Menunjukkan kesanggupan untuk berkorban
F11
Menunjukkan kecintaan terhadap tanah air
F12
supaya rakyat sentiasa bersemangat F
F13
supaya rakyat bersatu padu
F14
Sanggup mempertahankan kedaulatan
( 8 Markah )
( c )
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menghormati jata negara tersebut?
F1
Rakyat Malaysia perlu mempraktikalkan budaya bertoleransi dan bersatu
padu
H1a
dalam mengekalkan identiti kebangsaan ini dari sudut pameran.
H1b
Apabila lambang kemegahan negara ini sentiasa dipamerkan,
H1c
ianya perlulah menjadi kesepakatan rakyat Malaysia.
F2
Rakyat juga mestilah sentiasa prihatin dengan kedudukan dan martabat
lambang kemegahan negara ini.
F3
Lambang ini perlulah sentiasa dijaga dengan rapi dan tidak boleh diletakkan di merata tempat.
F4
Rakyat perlulah menghayati dan memahami maksud yang tersirat di sebalik simbol-simbol yang terdapat pada jata negara ini.
F5
Lambang negara ini amat penting kerana menjadi simbol kemegahan negara.
H5a
Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya menghargai jata negara kerana ia merupakan identiti negara Malaysia dan merupakan pemangkin semangat patriotik dalam setiap rakyat Malaysia.
H5b
Perkara ini juga menjadi satu kebanggaanbagi setiap rakyat dan menjamin kedaulatan negara.
( 4 Markah )
11
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
( a )
Jelaskan apakah matlamat wawasan tersebut?
F1
Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding
dengan negara maju
F2
Menitikberatkan kemajuan bersepadu
F3
Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
H1a
perpaduan rakyat
H1b
kestabilan politik
H1c
ketinggian taraf hidup
H1d
kekukuhan nilai moral dan etika
H1e
kekukuhan sistem kerajaan
H1f
ketinggian maruah bangsa
H1g
semangat yakin diri bangsa
( 4 Markah )
( b )
Apakah cabaran yang terdapat di dalam wawasan 2020?
F1
Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a
Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan
Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan
H1b
Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
H1c
Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
F2
Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan
berkeyakinan
H2a
Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat
bangsa dan negara
H2b
Musuh negara mudah ditangkis
F3
Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a
masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
H3b
menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
H3c
perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan
melalui saluran tertentu
F4
Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a
diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya
unggul
H4b
kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
H4c
keberkesanan sistem pendidikan
H4d
keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
H4e
penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis
F5
Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan
bertoleransi
H5a
masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu
h5b
masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan
berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
h5c
Dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi ,
kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
F6
Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a
Masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
H6b
Penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
H6c
Mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
F7
Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a
Dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
H7b
masyarakat yang tidak individualistik
H7c
meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
H7d
Asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
F8
Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a
Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
H8b
Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat
F9
Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a
Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9b
tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
H9c
pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
H9d
Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020
( 8 Markah)
( c )
Berdasarkan kajian anda, apakah kesan kepada negara kita apabila semua cabaran yang terdapat di dalam wawasan 2020 dapat di atasi?
F1
Mewujudkan sebuah negara yang aman dan hubungan kaum yang sihat
F2
Rakyat yang beridentitikan Malaysia dapat diwujudkan
F3
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju
F4
martabat negara dan bangsa akan berada dipersada dunia
F5
Malaysia akan menjadi sebuah negara demokratik yang rakyatnya bersifat
rasional
F6
Tiada lagi ahli masyarakat kita yang melarat dalam kehidupan
mereka.
F7
Pendapatan isi rumah yang meningkat dan berada pada tahap yang
tinggi
F8
akan melahirkan kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing dan tabah dengan segala cabaran.
F9
Rakyat yang setia kepada negara dan sanggup berkorban untuk negara