Tuesday, January 27, 2009

Duit Syiling Mudzaffar Shah


Duit Syiling terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali mempunyai rekabentuk Islam adalah duit timah Sultan Mudzaffar Shah dari Melaka ( 1445 ). Sultan Mudzaffar Shah sultan Melaka yang keempat telah memperkenalkan duit syiling terawal yang berunsurkan Islam di Semenanjung Tanah Melayu.
Sumber : Bank Negara Malaysia

Monday, January 26, 2009

Duit Syiling Timah Perlis


Negeri Perlis diketahui mengeluarkan hanya sejenis duit syiling timah yang dipanggil Tra, yang dikeluarkan oleh Raja Perlis yang pertama, raja Syed Hussein jamalullai ( 1843 - 1873 ) Di muka depan syiling tersebut ditera dengan bunga teratai dgn lima kelopak, Bunga teratai lebih dikenali sebagai motif pada duit-duit Siam dan Perlis, yang terletak bersebelahan dengan Siam, mungkin telah terpengaruh dengan penggunaan motif yang sama. Muka belakang duit tersebut dicatat dengan tulisan Arab yang berbunyi "Belanja Balad al Perlis Sanat 1262, Kedah. Adalah jelas, catatan Kedah di atas duit ini dibuat sebagai penghargaan ke atasnya kerana Kedah mengesahkan kewujudan negeri Perlis
Sumber : Bank negara

Sunday, January 25, 2009

Rancangan Mengajar Ting 5 Minggu 2

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5
Tema: Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab: Ba 1 : Kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran: Perubahan sistem politik
i. Pengenalan sistem birokrasi Barat
asil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1) Menyenaraikan perubahan
pentadbiran kuasa Barat di Asia Aras 1
(2) Menghuraikan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara Aras 2

(3) Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan barat di Asia Tenggara Aras 2

(4) Menganalisis kesan pengenalan sistem birokrasi Barat Aras 3

Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 1 masa
Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 8-17) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
• Longman Esensi Sejarah SPM
• Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Gambar karton penjajah Barat
( 5 ) Pengurusan grafik Membandingkan sistem pentadbiran
sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tengara

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
• Guru mempamerkan gambar karton yang berkaitan dengan kepada pelajar
• Guru bertanya soalan kepada pelajar berkaitan gambar
• Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran • Buku teks sejarah Tg.5 hlm 8 - 13
• Internet http://images.google.com.my/images?gbv=2&svnum=10&hl=en&q=cartoon+imperialism+europe+in++asia&btnG=Search+Images
• http://www.utep.edu/hist3101/gif/civilize.gif

(1) Pengenalan
• Guru menerangkan kepada pelajar tentang kedatangan kuasa-kuasa Barat ke asia tenggara telah mengubah sistem politik di asia Tenggara
• Guru bersoaljawab dengan pelajar tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat ialah untuk meguasai ekonomi tempatan

• Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 8 - 13
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2) Perubahan sistem politik
i. Pengenalan sistem birokrasi Barat
• Guru menerangkan cirri-ciri umum sistem birokrasi barat di Asia Tenggara
• Guru mengedarkan pengurusan grafik membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara.
• Guru meminta pelajar mengisikan pengurusan grafik tersebut


Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 8 - 13
• OHT/slaid persembahan
• Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
Pengurusan grafik : Membandingkan
sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tengara

Perbandingan system pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan British

Sebelum penjajahan Negara Semasa penjajahan

Filipina


Indonesia


Burma


IndoChina


Tanah Melayu


Thailand


(3) Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. )
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. )
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. )

Rancangan Mengajar Ting 4 Minggu 2

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4
Tema: Tema 7 : Tamadun Awal manusia
Bab: Bab 2 : Peningkatan tamadun (Yunani, Rom,India dan China)
Bidang Pembelajaran: Peningkatan dan sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China.
Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)Menyatakan aspek peningkatan tamadun di India, china, Rom dan India.( Aras 1 )
(2)Menyenaraikan sumbangan tamadun India, China, Rom dan Yunani ( Aras 1 )
(3)Mengklasifikasi sumbangan setiap tamadun ( Aras 2 )
(4)Membandingkan sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi Malaysia hari ini ( aras 3 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan: (
1)Mengarahkan pelajar membaca buku teks di rumah
(2)Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah SPM
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan
(4)Sediakan grafik peningkatan tamadun


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
( 1) Set Induksi
•Guru menanyangkan gambar bangunan Colosseum dan menanyakan pelajar fungsi bangunan tersebut
•Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari terebut
•Buku teks sejarah Tg. 4
•Internet : http://images.google.com.my/images?hl=en&q=colloseum&oe=UTF-8&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi
(1)Pengenalan
•Guru menerangkan proses peningkatan tamadun Yunani, Rom, India dan china
•Guru menanyakan pelajar tentang bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun di atas.
•Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan proses peningkatan tamadun
•Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2)Proses Peningkatan Tamadun Yunani, Rom, India dan china
•Guru mengarahkan pelajar membentuk enam kumpulan berdasarkan aspek peningkatan tamadun

- Kumpulan 1 : Pemerintahan
- Kumpulan 2 : Perundangan
- Kumpulan 3 : Perluasan kuasa
- Kumpulan 4 : Peningkatan ekonomi
- Kumpulan 5 : Peningkatan sosial
- Kumpulan 6 : Sumbangan Tamadun

•Guru mengarahkan pelajar membincangkan aspek peningkatan tamadun mengikut aspek yang disediakan berdasarkan carta grafik
•Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil laporan masing-masing.
•Guru merumuskan hasil perbincangan pelajar

•Semua pelajar dikehendaki mengisi jadual yang disediakan oleh guru berdasarkan perbincangan dan rumusan guru.
Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
•OHT/slaid persembahan
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
•Cadangan aktiviti kumpulan ( Grafik )
Aspek/
Tamadun Yunani Rom India China
Pemerintahan
Perundangan
Perluasan kuasa
Peningkatan ekonomi
Peningkatan sosial
Sumbangan


(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
• Praktis A:
• Praktis B:
• Praktis C:

Bab 12 : Perjuangan PemimpinTempatan Menentang British

Sebab-Sebab Penentangan
•Dasar Penaklukan British menimbulkan kemarahan penduduk Tempatan
•Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
•Sistem pentadbiran Barat yang bertentangan dengan penduduk tempatan
•Campurtangan dalam adat resam tempatan
•Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
•Kesulitan penduduk tempatan
Peristiwa Penentangan
Penentangan Dol Said di Naning

•Naning dijadikan sebahagian Negeri-negeri Selat
•Penghulu Dol Said terpaksa membayar cukai 1/10 hasilnya sebagai ufti
•Dol Said enggan kerana Naning bukan wilayah Melaka
•British menghantar tentera untuk menakluki Naning
Penentangan Di Sarawak

•Linggir, Rentap, Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
•Linggir pemimpin kaum Iban yang menentang pencerobohan Brooke di kawasan mereka
•Rentap menentang Brooke kerana tindakan Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
•Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentang Brooke kerana kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan

Penentangan Di Sabah
•SBUB ditentang oleh pemimpin Tambunan iaitu Mohamed Salleh bin Datu Balu ( Mat Salleh )
•Mat Salleh kehilangan hak memungut cukai dan pengaruh ke atas masyarakat setempat.
Penentangan di Perak
•Pembaharuan Birch telah menimbulkan penentangan orang tempatan di bawah Dato Maharaja Lela
•Sultan Abdullah dan pembesar lain juga bersatu padu menentang British
•Birch telah dibunuh oleh orang Suruhan Dato Mahajara Lela
•British melancarkan serangan di Pasir Salak dan menangkap mereka yang terlibat di dalam pembunuhan Birch

Penentangan di Pahang
•Perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Pahang telah mendapat tentangan daripada Dato Bahaman yang mendapat bantuan daripada Tok Gajah, Mat Kilau dan Imam Rasul

Penentangan Di Kelantan
•Penentangan di lakukan oleh Haji Mat Hasan Bin Munas yang dikenali dengan nama Tuk Janggut.Ia disokong oleh Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad, Penghulu Adam

Penentangan di Terengganu
•Digerakkan oleh seorang tokoh ulama iaitu Haji Abdul Rahman Limbong
•Beliau menentang kerana tidakpuas hati dengan sistem cukai dan Undang-Undang Tanah

Saturday, January 24, 2009

Bab 1Tingkatan 5: Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara
• Penubuhan Kerajaan Pusat
• Penyatuan wilayah Tanah Jajahan
• Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah jajahan
• Pentadbiran Melalui Biro atau Jabatan
• Pegawai Barat sebagai ketua Biro

Faktor Kemunculan Nasionalisme

• Dasar Kuasa Barat yang tidak memberi peluang kepada penduduk tempatan
• Pengaruh agama sebagai ejen penyatuan. Karya sastera bertindak sebagai
pembangkit semangat Nasionalisme
• Kemunculan Golongan Intelektual yang menjadi pemimpin kepada gerakan
nasiopnalisme
• Pengaruh Media Massa untuk menyebarkan idea nasionalisme
• Perkembangan sistem pengangkutan memudahkan penyebaran idea nasionalisme
• Pengaruh luar memberi ilham kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

Tahap- Tahap Nasionalisme

Tahap Pertama
• Berkaitan dengan Isu Kebudayaan
• Isu agama dan hakperibumi
• Dipimpin oleh golongan pertengahan
• Menekankan kesedaranpolitik
• Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidupdibaiki

Tahap Kedua
• Bercorak radikal dan berorganinasi
• Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan Barat
• Mempunyai pengetahuan yang luas tentangpen getahuan Barat
• Menyedari tindakan Barat melakukan perubahan terhadap Negara
• Mempunyai matlamat yang jelas iaitu menuntut kemerdekaan

Perkembangan Nasionalisme

Filipina
• Gerakan Dakyah gerakan terawal
• Pimpinan Joses Rizal yang menubuhkan Liga Filipina
• Penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio bermulanya tahap kedua gerakan
nasionalisme.
• Matlamat mencapai kemerdekaan menerusi Revolusi

Indonesia
• Tahap awal memberikan Isu Kebudayaan
• Sekolah anak-anak perempuan ditubuhkan oleh Raden Adjeng Kartini
• Novel Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
• Muhammadiyah bermatlamat menyebarkan Islam
• Tahap Kedua penubuhan Parti Nasional Indonesia oleh Soekarno

Thailand
• Tahap Pertama perjuangan rakyat untuk mendapatkan kuasa memerintah dan
menghapuskan kuasa mutlak raja yang membawa kepada peristiwa Revolusi Thai
1932
• Tahap Kedua tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis
Barat dan orang Cina.

Saturday, January 17, 2009

Sejarah Kelantan semasa zaman Pra- Sejarah

Pada zaman Pra-Sejarah Kelantan adalah merupakan pusat penyebaran kebudayaan yang penting di Semenanjung Tanah Melayu. Ini dibuktikan dengan kedudukan Kelantan yang terletak ditengah-tengah perjalanan dari barat ke timur.
Isi bumi kelantan pada waktu itu juga kaya dengan emas seperti di Galas, kampung Pulai di Tanah Merah.
Pada zaman antara 8,000 - 7, 000 sebelum masehi terdapat buktisatu kebudayaan telah dijumpai di Lembah Nengiri, Gua Cha dan Sungai galas terutamanya di Gua Madu. Beberapa artifak yg berupa alat daripada batu, juga tinggalan sisa makanan.

Tuesday, January 6, 2009

Rancangan Mengajar Mingguan Sejarah Tingkatan 4

Download Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 Di sini : Klik Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 4 2009
Contoh rancangan Mengajar Tingkatan 4 mengikut Minggu, Boleh edit.

Friday, January 2, 2009

Download Rancangan Mengajar Mingguan Ting 5

Dapatkan rancangan Mengajar Mingguan di Sini ; Klik di sini Untuk Download Free
Rancangan Mengajar ini mengandungi,
1. Minggu 1 hingga 31
2. Tajuk/Subtajuk
3. Objektif
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran
5. Abm/Nilai

Selamat mendownload

Sunday, December 28, 2008

Buku Rujukan Sejarah Esensi Keluaran Longman


Dapatkan buku terbaru tulisan cikgusejarah di pasaran sekarang. Buku ni mengikut fakta yang terdapat di dalam buku teks. Mengandungi lebih 1000 soalan objektif dan banyak soalan latihan esei. Skema jawapan juga di sediakan. Buku ni boleh membantu anda mendapat SCoRE 1A dalam Subjek Sejarah SPM. Ia mencetuskan perasaan ingin tahun dan merangsang minda anda. Jgn biarkan guru yg berfikiran jumud dan ketinggalan zaman menguasai minda anda... Untuk berjaya dengan cemerlang gunakan Buku Teks dan Buku Rujukan sebagai membantu memudahkan pembelajaran anda...Buku ni dihasilkan dengan ayat yg mudah dan tidak menggunakan ayat-ayat yg berbelit-belit. Setiap tajuk yg penting dan boleh dijadikan soalan peperiksaan, cikgu sejarah meletakkan tajuk. mana-mana fakta yg penting...Penulis boldkan perkataan tersebut.
Jadikan pembelajaran Sejarah sebagai suatu subjek yang menyeronokan dan bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Dalam dunia yang serba canggih ni..cambahkan minda anda dengan meneroka semua cabang maklumat dan tidak hanya bergantung kpd buku teks semata-mata. CikguSejarah ( Penulis ) 12 tahun pengalaman sejarah tidak pernah gunakan buku teks dalam pengajarannya sebaliknya menggunakan buku Rujukan Esensi..Setiap tahun Ramai pelajar yang dapat 1A. Dapatkan segera di pasaran.
Jadikan Sejarah Hidup...jangan biarkan Kaku

Friday, December 26, 2008

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 2
Tema: Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British
Untuk Menjajah
Bab: Penapakan dan peluasan pengaruh British
Bidang Pembelajaran: Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Hasil Pembelajaran:

1Menceritakan tentang masalah di Kedah dan Johor yang membawa campur tangan British ( Aras 1 )

2Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang,
Seberang Prai, Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
3Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang, Seberang Prai,
Singapura dan Melaka ( Aras 1 )
4Menyatakan syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 1 masa
Persediaan:
(1)Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 3 - 6) di rumah
(2)Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 2
(3)Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
( 5 )Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Strategi/PeSumber Rujukan
( 1) Set Induksi
Guru mempamerkan bendera negeri pulau pinang dan menanyakan pelajar Bendera negeri manakah yang di pemerkan tersebut
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut iaitu Pertapakan Syarikat Hindia timur Inggeris Di Pulau Pinang
•Buku teks sejarah Tg. 2 hlm 4
•ibrary.kkdn.gov.my
(1)Pengenalan
Guru menerangkan kepada pelajar tentang kedudukan pulau pinang yang strategik menyebabkan Negara kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia
Guru juga menerangkan kepada pelajar tentang pergolakkan politik yang beralaku di Kedah telah menyebabkan British menjajah Pulau Pinang.
•Buku Teks Sejarah Tg., hlm. 3
•Longman Esensi Sejarah PMR, hlm.
(2)Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang - Masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar
- Perbincangan Sultan Kedah dengan Francis Light
Guru bersoaljawab dengan pelajar tentang kedudukan Pulau Pinang yang strategik telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris
Guru mengarahkan pelajar merujuk peta laluan perdagangan dari India ke China di halaman 4 Buku Teks sejarah Ting 2

-Guru meminta beberapa orang pelajar menyenaraikan peranan yang dimainkan oleh Pulau Pinang berdasarkan kedudukan yang strategik di papan tulis
-Guru mengedarkan carta grafik yang telah disediakan berkaitan dengan faktor-Faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang
-Guru meminta pelajar mengisi grafik tersebut dengan merujuk tajuk Faktor perluasan Kuasa British ke Pulau pinang di halaman 5 dan 6
-Guru mengarahkan pelajar menampal grafikk tersebut di dalam buku nota pelajar
-Guru menerangkan kembali Tajuk Faktor Perluasan Kuasa British ke Pulau Pinang Kajian Peta :Laluan perdagangan antara Eropah dan China
Carta Grafik : Faktor-faktor perluasan kuasa British ke Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. :
•Praktis A: Soalan 1 dan 6
•Praktis B: Soalan 1 – 5 (
•Praktis C: Soalan

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5 - Tema 10 - Minggu Pertama 2009

Rancangan Mengajar Sejarah Tingkatan 5
Tema: Tema 10: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab: Ba 1 : Kemunculan dan perkemban
gan nasionalisme di
Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran: Imperialisme Bara
t di AsiaTenggara
i. Imperialis Barat
ii. Faktor imperialisme - Penguasaan ekonomi dan politik

Hasil Pembelajaran: Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)Menyatakan takrif imperialisme( aras1 )
(2)Menyenaraikan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara ( Aras 1 )
(3)Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialisme ( aras 1 )
(4)Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara
( aras 1 )
Kemahiran: Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa: 2 masa
Persediaan: (1) Mengarahkan pelajar membaca buku teks (hlm. 5 - 7) di rumah
(2) Mengarahkan murid membawa buku:
•Longman Esensi Sejarah SPM
•Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3) Gunakan OHT 05 atau slaid persembahan 05
(4) Peta Negara-negara Eropah
( 5 ) Peta Imperialisme di Asia Tenggara
( 6 ) Carta minda faktor Imperialisme di Asia Tenggara

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1) Set Induksi
•Guru mempamerkan peta Negara-negara Eropah dan meminta pelajar menyebut nama-nama Negara tersebut
•Guru mengaitkan jawapan pelajar terhadap Negara Eropah yang menjalankan dasar imperialism
•Buku teks sejarah Tg.5 hlm 3 – 7
•Internet : http://www.explorecrete.com/crete-maps/crete-maps.html
(1)Pengenalan
•Guru menerangkan kepada pelajar tentang maksud imperialism
•Guru menjelaskan kepada pelajar dasar imperislisme Barat telah bermula sejak abad ke 15 lagi
•Buku Teks Sejarah Tg.5, hlm. 3 - 7
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
(2)Imperialisme Barat di AsiaTenggara
•Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan
•Setiap kumpulan membincangkan satu faktor imperialism Barat di Asia Tenggara

-Kumpulan 1 : Membincangkan kekayaan bahan mentah
-Kumpulan 2 : Sistem pengangkutan
-Kumpulan 3 : Persaingan Kuasa-Kuasa barat
-Kumpulan 4 : Beban Orang putih
-Revolusi Perindustrian

•Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing
•Guru membuat rumusan dan kesimpulan
•Guru mengedarkan carta minda yang berkaitan faktor imperialism di Asia Tenggara dan meminta pelajar mengisi ruangan yang disediakan
•Guru mengesarkan peta kuasa imperielisme dan meminta pelajar menanda Negara yang dijajah mengikut Negara imperielisme.
•Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm.
•OHT/slaid persembahan
•Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
Perbincangan kumpulan : Faktor yang membaw a imperialisme Barat ke Asia Tenggara



Carta Minda : Faktor Imperielisme
Melabel peta : Lokasi penguasaan kuasa-kuasa imperialis barat di Asia Tenggara


(3)Murid diarah untuk menyiapkan latihan Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
• Praktis A: Soalan 1 dan 6 (hlm. )
• Praktis B: Soalan 1 – 5 (hlm. )
• Praktis C: Soalan 1 (hlm. )