Sunday, October 7, 2012

Tajuk Popular Sejarah SPM 2012


Tajuk Popular Utk SPM tahun 2012 ialah 

Bab 9 : Zaman Gelap - Tingkatan 4 
Bab 9 : Perang Dunia Pertama - Tingkatan 5

Kita lihat apakah bentuk soalan yang akan disoal pada zaman gelap 

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap ?

F1         Eropah mengalami zaman mundur
F2         Kejatuhan empayar Rom di Eropah
F3         merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
F4         Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

 Jelaskan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.

F1         -  Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
F2         -  Gereja katolik institusi amat berkuasa, kongkong masyarakat
F3         -  Gereja memiliki harta tanah yang banyak
F4         -  Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan  agama , ilmu  akhirat
F5         -  Tiada pentadbiran pusat yang berkesan
F6         -  Kemunculan golongan baron / tuan tanah
F7         -  Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
F8         -  Petani terpaksa membayar cukai yang tinggi  kepada tuan tanah             
F9         -  Petani yang tidak berkemampuan menyerahkan  tanah
F10       -  Terpaksalah mereka menjadi hamba
F11       -  Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja  
F12       -  Tuan tanah memberikan khidmat / cukai kepada raja
F13       -  Kegiatan ekonomi terhad, tumpuan kepada pertanian
F14       -  Kegiatan perdagangan tidak meluas
F15       -  Perdagangan  diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar
F16       -  Kawasan Meditteranean pula dikuasai oleh orang Islam 
F17       -  Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang / barter
F18      -  Penggunaan mata wang terhad
F19      -  Kemerosotan kehidupan bandar

Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah  pada Zaman Gelap

F1         Gereja amat berkuasa
F2         Gereja memiliki hartanah yang banyak
F3         Kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
F4         Berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
F5         Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada Zaman Gelap

F1         Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
F2         Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
F3         Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
F4         Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
F5         Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
F6         Penggunaan mata wang amat terhad
F7         Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh

Mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan  Melayu Melaka ?           

F1         Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
F2         Raja memiliki tanah secara mutlak
F3         Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
F4         Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
F5         Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
F6         Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
F7         Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

Untuk rujukan lebih lanjut pelajar boleh melihat Nota : tajuk zaman gelap di bawah 

1.      Zaman gelap ialah satu zaman keadaan masyarakat Eropah yang kurang maju jika dibandingkan dengan pencapaiannya dalam tamadun Rom dan Yunani.
2.      Keruntuhan empyar Rom disekitar kurun ke Lima  Masihi memulakan zaman pertengahan Eropah yang berlangsung selama lebih kurang seribu tahun.
3.      Pada zaman ini, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, tiada institusi politik yang berkesan.
4.      Pada masa tersebut dunia Islam telah tegak dengan kemilangannya.Ini  terbukti pada zaman Khulafa al-rasyidin ,Bani Umaiyah,dan Bani Abbasiah, Orang Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.
5.      Keruntuhan  empayar Rom menyebabkan  munculnya golongan Baron (tuan tanah).Para petani terpaksa membayar cukai perlindungan kepada tuan tanah bagi memberi perlindungan kerana keadaan yang tidak selamat, bagi yang tidak berkemampuan ,mereka memberi tanah mereka kepada tuan tanah dan terpaksalah mereka menjadi hamba.
6.      Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja,maka tuan tanah terpaksalah membayar cukai kepada raja.dengan adanya jalinan ikatan ini maka timbullah sistem feudal di Eropah.Golongan raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara.
7.      Negara kita juga mengamalkan  sistem feudal pada masa dahulu.
8.      Golongan raja adalah merupakan penaung utama kepada sistem feudal yang mempunyai hak ke atas tanah secara mutlak dinegeri-negeri masing-masing.
9.      Golongan pembesar merupakan pembantu kepada raja dan mereka berada dibawah naungan seorang raja, dan harus memberikan khidmat kepada raja.
10.  Rakyat biasa juga memberikan khidmat kepada tuan tanah dan terdapat juga golongan hamba.

1.        Pada zaman pertengahan pula kegiatan perdagangan tidak meluas, mereka selalu diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar.Mereka juga tidak dapat berdagang ke timur jauh kerana kawasan Mediterranean di kuasai oleh orang islam.Oleh itu mereka lebih menumpukan kepada sektor pertanian.
2.        Magyar ialah suku kaum yang terbesar di Hungry yang merupakan campuran antara suku kaum Urgila dengan Turki.Kaum ini telah menduduki Hungry mulai abad ke kesembilan Masihi dan menjadi ancaman kepada Eropah Barat.Mereka akhirnya dikalahkan oleh Raja Otto 1 dalam pertempuran Lechfeil, pada tahun 955 Masihi.
3.      Viking pula adalah suku kaum Norway, Sweden dan Denmark.Mereka mulai bergerak  pada abad kesembilan Masihi ke Russia dan Eropah Utara.Pada peringkat awal mereka merompak dan mengancam pusat-pusat pemerintahan  yang ada pada waktu itu.Kemudian mereka mula melakukan penaklukan dan penjajahan.
4.      Urusan perdagangan tidak menggunakan matawang kerana jumlah matawang di pasaran adalah terhad.
5.      Zaman tersebut dianggap sebagai zaman gelap kerana pada masa tersebut masyarakatnya adalah mempunyai cirri-ciri berikut:

a.       Pusat pemerintahan yang lemah
b.      Kegiatan ekonomi yang terhad
c.       Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
d.      Gereja mengongkong masyarakatnya.

6.      Zaman kemuncak Zaman Pertengahan berlaku ketika zaman peralihan dari zaman gelap ke Zaman Renaissance.
7.      Pada zaman ini Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal serta menjadi ejen penyatuan.
8.      Dari segi Ekonomi telah berlaku perubahan yang amat ketara akibat daripada pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan kegiatan perdagangan.
9.      Aktiviti perdagangan telah semakin maju dan menyebabkan banyak bandar baru telah dibuka, seperti Venice, Milan dan Florence.
10.  Ini telah menyebabkan lahirnya  masyarakat kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankkan.
11.  Oleh itu status sosial adalah tidak lagi berasaskan kepada pemilikan tanah sebaliknya berasaskan kekayaan.
12.  Rakyat pula mula terlibat dalam politik menerusi institusi parlimen yang diwujudkan untuk memenuhi tuntutan rakyat.Ini memberikan rakyat hak politik dan rakyat dapat menjalankan hubungan dengan pemerintah.


Selamat Mengulangkaji Pelajaran; Teruskan usaha sehingga benar-benar menguasai tajuk-tajuk tersebut

 
 
 














Wednesday, October 3, 2012

Tajuk-Tajuk hangat SPM Sejarah 2012

Tema 7 :

Bab 1 : Tamadun Awal Manusia ( hanya tinggal bab Tamadun Hwang Ho sahaja yang belum di Soal
Bab 2 : Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan
Bab 3 : Candi / Monumen / Pengaruh Hindu Buddha dalam semua aspek

Contoh Soalan :

Thursday, August 2, 2012

Tajuk Popular SPM 2012 : Akronim Bab 9


Faktor Perang Dunia Pertama :
N3P :
N : Nasionalisme,
P : Persaingan negara-negara Eropah,
P : Pakatan Kuasa-Kuasa Eropah, - Pakatan Bertiga ( BPR -   
     Britain, Perancis dan Rusia )
     Pakatan Kuasa Tengah ( JAI - Jerman, Austria Itali )
P : Pembunuhan serta merta bakal pewaris tahta austria Hungry.....baca akronim ni

Kesan Perang Dunia Pertama :
MAKPITH :
M: mengubah Peta Eropah,
A : Amerika Syarikat menguasai pasaran dunia,
K : Kematian dan Kemusnahan harta benda,
P :Penubuhan Liga bangsa dan Perjanjian Versailles,
I : berlakunya kadar inflasi yang tinggi,
T : Tamatnya pemerintahan Beraja,
H : Hutang peperangan yang tinggi.......Salin dan baca.......

Monday, July 16, 2012

Akronim untuk tajuk Popular SPM 2012


Soalan : Syarat-Syarat menjadi Calon Pilihanraya
Ak
Tema
Isi/Fakta
J
Jawatan
Tidak memegang jawatan dalam    perkhidmatan awam
U
Umur
Umur 21 tahun ke atas
M
Muflis
Muflis – Tidak muflis
P
Penamaan
Penamaan – Mengemukakan kertas penamaan calon 
A
Akal
Akal yang sempurna
K
Kesalahan
Tidak di Sabitkan dengan kesalahan sesuatu jenayah
T
Tempoh
Tempoh – calon dibenarkan berkempen



Terangkan Proses Pilihanraya di Malaysia
Tok Pantang Menangis Kalau Umie pergi beli kayu usang 

Ak
Tema
Isi/Fakta
T
Tarikh
Tetapkan tarikh Penamaan calon dan pengundian oleh SPR
P
Penamaan
Penamaan Calon diadakan pada tarikh yg ditetapkan
M
Manifesto
Manifesto disediakan oleh parti yang bertanding
K
Kempen
kempen Pilihanraya diadakan
U
Umum
Umum tempat pengundian dan tempat pengiraan undi
P
Pemberian
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti
B
Buang
Buang undi – proses pengundian
K
Kira
Kira Undi ditempat ditetapkan
U
Umumkan
Umumkan kepeutusan pilihanray oleh pegawai suruhanjaya 

Sunday, July 8, 2012

Tajuk Popular SPM 2012

Tema 7 - Bab 2


BAB 2 :          PENINGKATAN TAMADUN

TAMADUN ROM

1.             Fungsi Majlis Perbandaran
2.             Keistimewaan Bandar Pompei
3.             Rom menjadi sebuah republik
4.             Ciri-ciri sistem republik  Rom.
5.             Tugas ahli dewan Senat
6.             Peranan Julius Ceasar
7.             Perkembangaan sistem perundangan
8.             Prinsip – prinsip undang-undang Rom




BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

1.            Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria. (ms 75  )
2.            Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria. (ms 75-76 )
3.            Apakah faktor-faktor yang menyumbang kemajuan pertanian  kerajaan Angkor
             (ms77 )
4.                         Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor (ms 77 )
5.                         Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda boleh membantu meningkatkan hasil pertanian negara?
6.                         Saling bergantung /melengkapi antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim
7.                         Faktor penduduk membina pertempatan awal di tepi sungai atau tasik.
8.                         Jelaskan faktor-faktor perkembangan kerajaan Angkor ( Kerajaan Agraria)
9.                         Mengapakah kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada hari ini?
10.                      Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara. (ms 79-80 )
11.                      Huraikan faktor-faktor kerajaan Srivijaya menjadi kuasa maritim yang kuat  pada abad ke-7 hingga abad ke-13. (ms 80-81 )
12.                      Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua  sebagai  pusat   perdagangan di Asia Tenggara. (ms 81 )
13.                      Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang perdagangan.                       
14.                      Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelabuhan utama dunia?
15.                      Huraikan cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.  (ms 84 )
16.                      Jelaskan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan  pentadbiran kerajaan  awal di Asia Tenggara( ms 85-86)
17.                      Apakah maksud monumen ? (ms88)
18.                      Jelaskan kepentingan candi / monumen kepada kerajaan awal di Asia Tenggara (ms 88-89 )
19.                      Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
20.                      Nyatakan ciri-ciri binaan candi Angkor Wat (ms 90 )
21.                      Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Borobudur.(ms 90)
22.                      Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Lembah Bujang .(ms92)
23.                      Pada pandangan anda apakah yang perlu dilakukan sebagai langkah pemuliharaan tinggalan seni pada candi- candi yang terdapat di Asia Tenggara?
24.                      Mengapakah binaan candi perlu dikekalkan? (ms88)
25.                      kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ( ms 92-93 )
26.                      Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman awal kerajaan di  Asia Tenggara.  (ms 93-94 )
27.                      Kesan kedatangan Islam terhadap Islam terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara (KBKK)/Kedatangan Islam memantapkan sistem pentadbiran
28.                      Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?