(The Jepan story of the time attacked the sabak Beach during the period of the Second World War )Semasa aku kecil dahulu...masa tu aku masih disekolah rendah...Atuk ku sering bercerita tentang pengalamannya berada di zaman Jepun. Atuk aku cerita...Dia pernah kena penampar Jepun...Pernah dipaksa minum air sabun setengah baldi kerana tak pandai panjat kelapa dan macam-macam lagi pengalaman menakutkan semasa berada di bawah pemerintahan Jepun...pendek kata tak keluar rumah...kerana takut bertembung dengan tentera jepun. Dalam cerita-cerita sedih ada juga cerita lucu yang diceritakan oleh datuk ku...Cerita lucu ni aku tak pernah lupakan...dan membuat ingatanku terhadap atuk ku sering menjelma. Atuk ku kata Semasa serangan Jepun yang pertama di pantai sabak..Tentera Jepun menggunakan kapal untuk menyerang di bahagian pantai...masa tu tentera yang mengawal di Pantai sabak kebanyakkannya tentera upahan ( askar india berketurunan Sikh ) Tentera British dah tak ada masa tu sebab semuanya pergi ke Selatan tanahair. Tentera Sikh di Pantai Sabak masa tu taklah ramai sangat...Atuk cakap pasti kalau jepun mendarat mesti sekejap je Pantai Sabak akan ditakluki oleh Jepun, tetapi kerana tipu helah yang dibuat oleh askar Sikh menyebabkan Armada Jepun tu berpatah balik dan tak menyerang Pantai sabak melalui kapal.tapi sebaliknya tentera yang melalui sempadan Burma dan Thai masuk ke pantai Sabak dengan menggunakan Basikal. Kalian nak tahu apa tipu helah Jepun tu..Atuk aku kata...pada hari Serangan tu..Semua tentera Sikh berbaris di tepi pantai Sabak dengan keadaan Bogel dan menonggeng punggung ke arah laut...punggungnya pula di cat merah, Seolah-olah nampak macam meriam disepanjang Pantai sabak. Mungkin disebabkan inilah armada kapal Jepun tu berpatah balik..dan tak berani mendarat di Pantai sabak.
Itulah kisah lucu bagi aku yang pernah diceritakan oleh atuk kepada aku...tapi semua tu dah tinggal kenangan..Atuk ku dah lama meninggal dunia..Alfatihah untuknya semuga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment