Friday, January 8, 2010

Bab1 : Imperialisme Barat di Asia Tenggara - Nota Ting 5

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

  1. Kegiatan imperialisme telah berlaku sejak zaman Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
  2. Imperialisme zaman moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
  3. Imperialisme ini boleh ditakrifkan sebagai dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruhnya dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu seperti ekonomi, politik dan keagamaan.

1.1.1 Imperialisme Barat

  1. Portugal merupakan perintis utama kepada imperialisme

Barat .

  1. Ini kerana kejayaannya menawan Melaka pada tahun 1511.
  2. Imperialisme Barat ini berlaku secara tidak langsung dan

Bertujuan untuk menguasai kepentingan

Perdagangan rempah sahaja.

  1. Namun, selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan antara kuasa barat menjadi semakin sengit.
  2. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh kuasa Imperialisme Barat.
Faktor Imperilisme

  1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dan India telah menarik minat imperialisme Barat untuk menguasainya.
  2. Ini akan menjamin pasaran yang luas.
  3. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah dan tanah yang subur.
  4. Sejak abad ke-17 berlaku kepesatan sektor perindustrian di Eropah yang membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai barangan perkilangan secara besar-besaran.
  5. Ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah
  6. Keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka.
  7. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
  8. Ini kerana China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat.
  9. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.
  10. Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.

  11. Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat dan Timur.
  12. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat dan menjimatkan kos
  13. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur.
  14. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat
  15. Imperialisme Barat juga telah didorong oleh persaingan antara kuasa barat yang telah menjadikan Negara Asia Tenggara sebagai mangsa penjajahan mereka.

No comments: