Saturday, July 10, 2010

Soalan target SPM 2010

Minggu ini cikgusejarah akan membincangkan Soalan target SPM 2010 Mengikut Tema :

Tema 1 : Merangkumi Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 ( Sejarah Tingkatan 4 ) - Satu soaln wajib keluar SPM untuk Tema 1

Bab 1 : Tamadun Awal Manusia : Tumpuan kepada Tamadun Indus dan Hwang Ho
Bab 2 : Pendidikan Rom, Yunani dan India
Bab 3 : Soalan SPM keluar 2009

Contoh Soalan
Bab 1 : Tamadun Awal manusia
Soalan 1 : Raja dianggap sebagai pemimpin yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan sesebuah tamadun
a. Jelaskan pernyataan di atas dengan mengambil contoh peranan raja dalam tamadun awal manusia ( Indus dan Hwang Ho

Tamadun Indus

F1 Tiada bukti tentang kewujudan raja
F2 Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
F3 Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti
keagamaan

Tamadun Hwang Ho
F4Raja berkuasa secara langsung dikawasan pusat pentadbiran
F5 Mempunyai kewibawaan politik , ekonomi dan social
F6 Dianggap penerima mandat dari tuhan
F7 Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah
berketurunan pemerintah agama

b. Dengan merujuk kepada struktur organisasi social masyarakat Dinasti shang, huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho
F1 Struktur organisasi masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan
pembesar menduduki lapisan paling atas.
F2 Lapisan bawah terdiri golongan petani yang membentuk sebahagian besar
penduduk,
H2a Mereka mendiami kawasan luar Bandar, iaitu di sekeliling kota.
F3 Terdapat juga golongan Artisan yang mahir dalam teknologi gangsa
H3a terutamanya bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang
digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.
F4 Oleh sebab itulah golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan senjata
gangsa.
F5 Golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk
menundukkan golongan bawahan.
F6 Golongan yang paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
F7 Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
H7a Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan
tentera yang berjalan kaki.
F8 Golongan petani pula adalah sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
F10 Golongan inilah yang membentuk kumpulan artisan
H10a yang mencipta seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
F11 Golonag hamba pula adalah berfungsi sebagai tentera paksaan
H11a selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan
korban upacara penyembahan.

Soalan 5 :
a. Huraikan ciri-ciri keistimewaan kedua-dua Bandar tersebut
F1 Petempatan kekal yang wujud di Lembah Indus telah menyebabkan terbentuknya bandar yang terancang.
F2 Bandar di Indus terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
F3 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
H3a yang menempatkan bangunan pentadbiran,
H3b tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan,
Hc dan tempat pemyimpan hasil pertanian.
F4 Bahagian kedua adalah terdiri kawasan perumahan.
F5 Bandar-bandar adalah dirancang dengan sebegitu rapi terutamanya dari sudut susur aturnya yang sistematik.
F6 Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentu segi
empat
H6a setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan
bersambungan antara satu sama lain.
F7 Setiap Bandar mempunyai system kumbahan yang terancang.
F8 Bandar-bandar di sini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai
jalan perhubungan.

b. Jelaskan sebab-sebab masyarakat tamadun Indus dapat membina Bandar yang terancang
F1 Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang sperti Mohenjo-Daro dan
Harappa memerlukan gabungan kepakaran seperti sudut letak bandarnya dan dari segi pengisiannya.
F2 Kefahaman terhadap ilmu geometri,
H2a kesenian
H2b dan matematik sangat diperlukkan.
F3 Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam
perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.
F4 Ini adalah hasil pertembungan tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan
Mesir
H4a yang membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
yang diikuti oleh jalanraya yang lurus.
F5 Masuarakat Lembah Indus juga telah berusaha meningkatkan meningkatkan mutu
bahan binaan
H5a iaitu batu bata bukan lagi dihasilkan dengan pemanasan cahaya matahari.
F6 Batu-bata yang dihasilkan adalah menggunakan kepakaran tenologi baru melalui
pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Soalan 6 :
a. Huraikan ciri-ciri pengkhususan kerja yang terdapat dalam system organisasi social masyarakat Hwang Ho
F1 Kewujudan sistem sosial telah menyebabkan terbentuk pengkhususan pekerjaan.
F2 Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
H2a Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan
tentera yang berjalan kaki.
F3 Golongan petani pula adalah sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran
berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
H3a Golongan inilah yang membentuk kumpulan artisan yang mencipta seperti bekas
minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
F4 Golonag hamba pula adalah berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan
untuk membantu kerja-kerja perburuhan,
H4a dan untuk tujuan korban upacara penyembahan.
F5 Struktur organisasi masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan
pembesar menduduki lapisan paling atas.
F6 Lapisan bawah terdiri golongan petani yang membentuk sebahagian besar
penduduk, mendiami kawasan luar Bandar, iaitu di sekeliling kota.
F7 Terdapat juga golongan Artisan yang mahir dalam teknologi gangsa terutamanya
H7a bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan
oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.







b. Huraikan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia
F1 Pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
H1a Terdapat sedikt perubahan terutamanya gelaran raja telah ditukar kepada
maharaja.
H1b Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan maharaja dan
amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke – 20.
F2 Salah satu sumbangan ekonomi yang penting ialah pembinaan sistem pengairan.
H2a Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, amat mengambil berat
terhadap pembangunan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
H2b Sistem pengairan telah diteruskan pada zaman pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
H2c Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di
wilayah tersebut.
H2d Pembangunan pertanian telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan
serta penciptaan cangkul dan sabit.
H2e Para petani juga mula mencipta kaedah baru dalam pertanian seperti mula
menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
F3 Sistem tulisan juga merupakan sumbangan terpenting tamadun Hwang Ho.
H3a Ia berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
H3b Pengunaannya adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan
percetakkan.
H3c Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini juga
berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
F4 Unsur kepercayaan masyarakat Hwang Ho yang masih kekal sehingga hari ini
ialah pemujaan roh nenek moyang.
H4a Ia dijalankan sejak zaman Shang, dan terus diamalkan mengikut kesesuaian masa.
H4b Unsur pengorbanan manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsure
makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.
H4c Konsep Ying dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan
yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
F5 Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat
30 ari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
H5a Raja menggunakan kelendar untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai.
H5b Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.
F6 Salah satu sumbangan tamadun Hwang Ho ialah pengamalan falsafah Perang Sun
Tzu.
H6a Di dalam karyanya the Art of War yang membicarakan selok belok perang dan
bagaimana menangi musuh telah di ulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
H6b Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan
perniagaan.

No comments: