- Jelaskan ciri-ciri Negara dan Bangsa Kesultanan Melayu Melaka? ( 10 Markah )
F1 Wilayah pengaruh
H1a Wilayah satu tempat tinggal rakyat iaitu merujuk kepada kawasan yang
rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja.
H1b Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas
meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
F2 Kerajaan
H2a Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja dan Sultan adalah
merupakan pemerintah yang tertinggi yang dibantu oleh sistem pembesar empat l ipatan
H2b iaitu Bendahara, Temenggung, laksamana dan penghulu Bendahari.
H2c Ia merupakan badan yang diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan
dan memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terjamin.
H2d Kerajaan juga haruslah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara
lain bagi memastikan kesinambungan kerajaan mereka.
F3 Lambang-lambang
H3a Lambang adalah satu simbol yang menjadi identiti sesebuah Negara atau
kerajaan.
H3b Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditinggalkan kepada kita
telah dijadikan asas kepada lambang kerajaan pada hari ini.
H3c Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai asas penyatuan Negara dan bangsa.
Hd Alat-alat kebesaran seperti alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-
undang, protokol dan adat istiadat istana telah mengambarkan kebesaran
Kesultanan Melayu Melaka.
F4 Rakyat
H4a Seluruh penduduk yang terdapat didalam sesebuah kerajaan adalah
dianggap sebagai rakyat sesebuah kerajaan atau Negara.
H4b Mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan yang telah
dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan Seperti Kerajaan Melayu Melaka.
H4c Semua rakyat adalah bertanggungjawab untuk mentaati pemerintah, dan
sanggup mempertahankan Negara, menghadiri adapt istiadat kerajaan,
mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
F5 Kedaulatan
H5a Kedaulatan adalah merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah
Negara atau kerajaan.
H5b Ia merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.
H5c Sesebuah kerajaan atau negara boleh menggunakan segala kuasanya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
H5d Kedaulatan merupakan hak mutlak sesebuah kerajaan atau Negara
terhadap rakyatnya.
H5e Ia akan memastikan sesebuah Negara itu bebas daripada campur tangan,
paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.
F6 Keunggulan Undang-Undang
H6a Keunggulan undang-undang dalam sesebuah pemerintahan merupakan
asas pembentukan Negara dan bangsa.
H6b Ia merupakan cara untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang
telah ditetapkan bagi menjamin hak dan keamanan rakyat.
H6c Keunggulan sesebuah Undang-Undang akan menentukkan struktur
kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan sesebuah kerajaan dan Negara.
H6d Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua undang-undang yang d igunakan iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.
F1 mengamalkan Sistem pembesar Empat Lipatan
H1a Yang diketuai oleh Sultan atau Raja
F2 Diikuti oleh pembesar Empat
H2a yang terdiri daripada Bendahara
H2b Penghulu bendahari
H2c Temenggung
H2d Laksamana
F3 Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah
H3a diberi portfolio mengikut bidang masing-masing
H3b iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jajahan takluknya
F4 Selepas pembesar Empat, terdapat pula pembesar Berlapan
F5 Diikuti oleh Pembesar Enam belas
F6 Seterusnya pembesar Tiga Puluh Dua.
- Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang harus dilakukan oleh generasi hari ini dalam usaha untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah Negara dan bangsa? ( 4 Markah )
F1 meningkatkan ilmu pengetahuan
F2 Memajukan diri, agama bangsa dan negara
F3 menguasai teknologi moden
F4 Penguasaan dalam bidang ekonomi global
F5 menyokong dasar-dasar kerajaan
F6 bersikap terbuka dan tolenransi
No comments:
Post a Comment